CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 22, 2013

UNTUK TEMPAHAN

TEMPAHAN-TEMPAHAN YANG TELAH DI TERIMA

Alhamdulillah ,syukor rezeki melimpah luah.............
Tempahan-tempahan ini MA terima daripada kawan-kawan dan katering yang biasa memberi kepercayaan kepada MA dalam meliasasikan impian mereka. Kepada anda yang ingin membuat pertanyaan atau tempahan drpd MA, bolehlah talifon terus pada MA di talian : 0122485408 & sms tinggalkan pesanan atau e-mail saja kepada MA : anarozall54@gmail.com.InsyAllah MA akan menghubungi anda semula.

                                                   Kuih cara berlauk & kuih ketayap

Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan ini, MA kini berada di kawasan Rapat Setia Baru, Ipoh Perak. Jadi bermakna MA hanya ambil tempahan kuih-kuih ini di kawasan bandar Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya sahaja.Kalau jauh sangat , maafle ye......teman tak boleh nak tolongggg..........
Sekiranya anda berada disekitar 3 kilometer drpd kawasan perumahan MA, penghantaran boleh di uruskan...........
Andainya anda boleh datang mengambil sendiri tempahan tersebut.......... maka anda dialu-alukan.
Namun komunikasi adalah tersangat penting, dalam apa situasi pun anda boleh berbincang terus dengan MA, cara mengambilnya.

Cream Puff + custard cream & Martabak Macaroni Bakar

Tempahan boleh di buat bagi kuih -muih yang boleh di kira mengikut biji..........mestilah ditempah sekurang-kurangnya 50-100 biji, manakala tempahan kuih yang menggunakan talam, anda boleh menempahnya dalam 2 saiz ukuran talamnya : 10"x10" atau 13"x13". Bagi kuih yang menggunakan talam MA akan memotongkannya siap-siap, melainkan atas pemintaan, baru MA tidak memotongkan kuih-muih tersebut.Kuih-muih yang berukuran talam 10" x10" kepingan potongan yang boleh di perolehi 81 potongan manakala kuih yang talamnya berukuran 13"x 13' potongan kuihnya boleh di perolehi 121 potong.


                                               Tepong Pelita /Limas (Panggilan orang Perak)

Sokongan daripada anda dalam busines MA ini, diucapkan ribuan terima kaseh. Semoga kita bersama-sama  mendapat manafaatnya. Keikhlasan hati kita yang paling penting, pasti rahmat ALLAH sentiasa bersama kita.
Bagi tempoh booking tempahan yang di perlukan, sekurang-kurangnya mestilah 1 minggu daripada tarikh yang di perlukan bagi tempahan tersebut. Dalam situasi tertentu pula paling kurang 3 hari daripada tarikh tempahan kuih-muih itu diperlukan. Ini bergantung pada jenis kuih.
Dalam hal ini anda boleh berbincang dengan  MA terus.......


                                                                 BlueberryCheese Tart




No comments:

Post a Comment