CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 26, 2015

TEMPAHAN DEMI TEMPAHAN YANG DITERIMA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alahaiii...lama betul MA tak bersiaran.... terlalu banyak perkara yang nak diuruskan. Tempahan demi tempahan MA terima, membuat MA tak berkesempatan untuk mengupdate blog kesayangan MA ini. Apa tah lagi sejak kebelakangan nie badan pun kurang sehat serta berjangkit pula dengan keluarga yang lain, jadinya asyik berulang alek ke hospital lerr kami. Semoga anda yang sudi dan sering melayari teratak MA ini memahami situasi yang MA hadapi. InsyaAllah MA akan cuba meluangkan masa walau pun kadangkala MA macam biskut cipmore....
Okey...buat sementara waktu nie...mai kita cuci mata dengan tempahan-tempahan yang MA sering ambil....
Bagi anda yang ingin menempah...MA sekarang cuma mengambil tempahan disekitar bandar IPOH sahaja....walaupun MA sering menerima pertanyaan bagi tempahan daripada luar kawasan......maafkan MA kerana tak dapat menunaikannya....

Puding hantaran
yang hiasan bunganya juga dibuat daripada
JELLY...
Terima kasih kepada Puan Rokiah 
Semoga puan berpuas hati..

Cup cake hantaran tema orange
Terima kasih kepada Puan Shima
yang sering menempah...
Semoga jalinan kerjasama ini berpanjangan...Aaamiinn


Tart buah tempahan untuk hantaran juga..
Terima kasih kepada puan Rosnani...
yang sudi melayari blog MA ...lalu menempah

Puding selasihku sayang
yang sering ditempah oleh pelanggan tetap MA



Kek masam manis juga menjadi pilihan
dalam senarai menempah
Terima kasih pada Puan Latha yang sudi 
 dan juga sering menempah


Serimuka pulut hitam juga dalam
senarai tempahan yang paling top..


Puding kek marble 
juga dalam senarai yang sering ditempah



Cupcake red valvet 
yang menjadi pilihan...


Pavlova yang juga menjadi pilihan
dalam senarai tempahan 
Bahulu kemboja yang lemak manis
 dan lembut sekali...menjadi senarai 
yang memang digemari ramai 

Kuih cara berlauk
untuk peminat kuih yang pedas
sering juga mendapat tempahan..
Talam Keladi
menjadi tempahan keutamaan
pada peminat ubi keladi
Kuih lompang warna warni 
juga menjadi pilihan pelanggan tetap...

UNTUK ANDA YANG INGIN MENEMPAH 
Sila whatsApp MA di no 0183665488
Tempahan diterima bagi kawasan IPOH sahaja.
Terima kasih diatas sokongan anda semua.


2 comments:

  1. Salam MA..saya doakan semoga MA sihat dan ceria2 selalu...
    emmm, sedapnya semua juadah tu, geram saya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam...nani, t.kasih atas doa tuu..aaminn.
      Nani duduk dmana yerr...???? Klu nak mama boleh cb poskan...hehehe

      Delete