CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 16, 2014

KUIH TALAM KELADI,,,,SEMPENA MALIDUR RASUL

                                                                                       بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ   

                                                                         JOM KITA BERSELAWAT 

                                                                اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam MaulidurRasul kepada semua pengunjung MA yang berugama Islam.... TANGGAL 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah bagi semua umat islam diserluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014, dengan tema sambuatan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"......
Apa itu Wasatiyyah?? Wasatiyyah atau sikap kesederhana merupakan salah satu ajaran yang diterapkan oleh Islam merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau & tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.
MAULIDUR RASUL: KEPERIBADIAN  TERRPUJI PERJUANGAN DIHAYATI ......... 
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita menghayati & mencontohi ketabahan serta kesungguhan Baginda SAW & para sahabat dalam menegak syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan, kegemilangan Islam merentasi dunia timur & barat. Salain daripada itu Nabi Muhamad SAW juga sangat suka menghubungkan silaratulrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim & ibu tunggal, seorang yang pemurah & sebagainya. Keperibadian terpuji.

Okey le kali nie pula MA catitkan disini kuih Talam Keladi yang MA buat sempena hari Maulidur Rasul nie.....Talam Keladi nie memang kegemaran MA. Selalu juga MA terima tempahan untuk talam keladi nie. Talam Keladi nie lembut....kepada anda yang minat dengan keladi, mai kita cuba buatnya sendiri.
Okey le, tak payahlah MA membebel panjang-panjang, MA leteh & anda pun jemu...... jadi jom kita layan resipinya saja.....


TALAM KELADI
Oleh : MA

Bahan-bahanya: (Untuk acuan 10"x10")
Bahagian Bawah:

  • 170g tepung beras
  • 100g gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 700ml santan (150ml santan pekat + 550ml air)
  • 250g keladi (selepas di kupas)
  • 13g tepung ubi
  • Sedikit pewarna purple.

Cara Membuatnya :
  1. Keladi dipotong dadu, dibersihkan & ditoskan. Gaulkan keladi dengan pewarna purple - sebatikan, kemudian dikukuskan anggaran 20 minit. Ketepikan.
  2. Tepung beras, tepung ubi, garam & santan dibancuh rata.
  3. Kemudian ditapiskan & campurkan gula pasir, gaul sebatikan.
  4. Kacau atas api hingga hampir pekat, tutup api & masukkan keladi kiub tadi.
  5. Tuang & kukus dalam loyang(10"x10") yang telah dialas dengan plastik (14"x14") selama 20 minit.
Lapisan Atas :

  • 700ml santan - perahan pertama (300ml santan pekat + 400ml air) 
  • 2 biji telur
  • 160 tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • 200g gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh perasa keladi
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna ungu

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sebahagian santan dengan gula, garam & daun pandan. Keluarkan daun pandan.
  2. Sebahagian santan lagi campurkan & kisarkan dengan bahan- bahan lain, kecuali gula pasir, tapis campuran santan & masukkan kedalam (1)
  3. Baru masukkan gula pasir kedalam adunan tadi. Kacau sebatikan.
  4. Kacau adunan ini sehingga naik wap dengan api yang sederhana, apabila adunan sudah hampir pekat, matikan api. Tuangkan adunan ini di atas lapisan bawah tadi.
  5. Sebelum masukkan aduanan itu, lapisan bawah hendaklah dilorekkan sedikit dengan garpu (fungsi supaya adunan lapisan bawah & lapisan atas akan melekat dengan eloknya).
  6. Kukus sehingga 30-45 minit atau sehingga masak.
Di bawah ini pula MA catitkan sukatan bahan-bahan untuk membuat talam keladi bagi acuan 13"x13" pula, Ini bagi rujukkan MA sekiranya ingin membuat Talam Keladi ini dalam kuantiti banyak. sbb MA sering menerima tempahan bagi Talam Keladi ini . Bagi anda yang ingin membuat Talam Keladi ini dalam kuantiti banyak sekiranya untuk buat jamuan, bolehlah rujuk disini. Mai kita intai resipinya .........

TALAM KELADI
Oleh : MA

Bahan-bahannya (Bagi acuan 13'X13')
Lapisan Bawah :

  • 300g tepung beras
  • 200g gula pasir
  • 1 3/4 sudu teh garam
  • 1225ml santan (200ml santan + 1025ml air)
  • 470g keladi (Selepas di kupas)
  • 26g tepung ubi
  • Sedikit pewarna ungu

Lapisan Atas :

  • 1200ml santan (500ml santan pekat + 700ml air)
  • 3 biji telur
  • 280g tepung gandum (Ma guna cap sauh)
  • 350g gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh perasa keladi
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna ungu

Cara Membuatnya : Sama saperti yang tercatit diatas.



Talam keladi kegemaranku....

No comments:

Post a Comment