CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 25, 2013

PERISTIWA NUZUL AL -QURAN


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Alhamdulillah....kita dah berpuasa 16 hari, pada malam ini sampailah saatnya pada malam 17 Ramadhan, tarikh ini dipanggil Nuzul al-Quran iaitu masa al-Quran di turunkan pada Junjungan Besar Rasulullah SAW.
Kita sedang berada dipenghujung fasa kedua iaitu pengampunan dari Allah SWT, & akan masuk fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka.
Mari kita muasabah & memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan & amalan ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang dilakukan pada zahir & batin iaitu puasa dalam erti sebenar???

  • Sekiranya kita dapat mengawal hati, nafsu & keinginan lahiriah maka kita telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu puasa darisegi lahir &batin.
  • Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikullah, mengingati Allah, meningkatkan iman , takwa, tawakkal, tawaduk, sabar & membuang sifat-sifat mazmunah(sifat yang dikeji spt hasad dengki, irihati, sombong, takbur & buruk sangka)
  • Puasa pada nafsu iaitu tidak makan & minum disiang hari drp perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa serta tidak makan & minum berlebihan semasa berbuka. Kontrol nafsu makan & tidak melakukan pembaziran.
  • Puasa pada pacaindera iaitu menjaga mulut, mata ,telinga & anggota lain supaya tidak melakukan sesuatu yang di tegah oleh syarak.
  • Darisegi ibadah yang lain pula, berjalan berterusan secara konsistan iaitu solat terawih 20 rakaat,solat witir 3 rokaat, solat duha, solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, membaca al-Quran, mendengar tazkirah Ramadhan,sedekah, bermunajat, berdoa & berzikir. Tidak ada ruang langsung mambuang masa yang sia-sia.
Sekiranya apa yang dinyatakan diatas terdapat dalam puasa kita dalam perlaksana ibadah-ibadah yang lain, memenuhi ciri-ciri tersebut insyaAllah kita mempunyai puasa yang berkualiti saperti yang di kehendaki oleh Allah SWT.


Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama pada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ketika baginda sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan 'NUZUL' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut al-Quran adalah mujizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna yang terlalu besar bagi umat islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW, melalui perantaraan Malaikat Jibril iaitu 5 ayat pertama dari Surah Al-Alaq maksudnya :
" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang mencipta (sekelian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu yang maha pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena & tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-Alaq ayat 1-5)

Sedangkan ayat al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah AL-Baqarah. 

Untuk pengetahuan pada awal nya Allah SWT menempatkan keseluruhan al-Quran di LUH MAHFUZ, iatu satu tempat yang amat mulia dan suci.

Langkah kedua ialah , Al-Quran di turunkan secara sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu malam kemuliaan (Lailatul Qadr) dibulan Ramadhan. Hal ini tercatat dalam firmanNYA yang bermaksud " Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya di turunkan al-Quran, sebagai pertunjuk bagi manusia dan penjelasan pada pertunjuk-pertunjuk itu dan pembeza (antara benar & batil)". - (Surah al-Baqarah ayat 185)

Ibnu Abbas menyatakan: "Al-Quran itu diturunkan pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr) dalam bulan Ramadhan ke langit dunia sekaligus, Kemudian al-Quran itu diturunkan secara beransur-ransur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulallah SAW di Gua Hira'.

Apa kah kaitannya malam al-qadar dengan nuzul al-Quran?? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.

Lailatul qadar pula ialah satu malam pada bulan Ramadhan yang bagitu istimewa sekali fadilatnya. Lailatul qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu adalah lebih baik dari 1000 bulan.

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunya al-Quran iaitu pada turunnya Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasululah SAW pada hari isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu al-Quran diturunkan pada hari ISNIN , malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan memberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai AL-NUR bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak & batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Nabi SAW banyak membaca  al-Quran dalam bulan Ramadhan, Maknanya Nabi SAW juga belajar secara berguru iaitu dengan Malaikat Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad SAW juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran, bagitu juga dengan para sahabat. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafal al-Quran".

Antara faedah membaca al-Quran adalah:

  • Mampu mengusir bisikkan  syaitan terkutuk
  • Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT
  • Memperolehi pahala yang banyak
  • Membahagiakan rakan seperjuangan
  • Menghapuskan kesalahan & dosa
  • Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri
  • Melapangkan hati & fikiran, menjernihkan sanubari
  • Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT
  • Memelihara umur manusia
  • Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikkan dalam hidup yang sementara.
  • Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkat kualiti hubungan dengan NYA.


Marilah sama-sama kita menghayati
 di malam Nuzul Al-Quran ini dengan azam 
menjadikan Al-Quran sebagai 
pedoman hidup kita,
 membacanya, memahami maknanya
 & menghayati maksud
 yang terkandung di dalamnya.
 Semata-mata mencari keredaan Allah SWT 
dan mencapai kebahagian dunia & akhirat.
Aminn...


Wednesday, July 24, 2013

CUCUR UDANG RANGUP

Salam sejahtera....
Awal pagi-pagi nie MA masih dalam mood memasak lagi.....he3x
Kali ini  MA nak tayangkan pula Cucur Udang Rangup - Delima Zamrud, yang ramai bloggers lain dah mencubanya. Resepi nie MA skodeng dari rumah Mas- Duniaku. Memang betul kata Mas, tekstur cucur nie memang rangup, garing & ini memang sangat ...best. Terima kasih pada Delima Zamrut  kerana sudi berkongsi resepi yang sedappp nie. TQ juga pada jiran Delima Zamrud yang tidak lokek ilmu ....kerana resepi asalnya daripada beliau.
Cucur Udang Rangup nie, MA buatkan untuk menu berbuka semalam.....entah kenape semalam MA terlebih rajin.....akekkekekk, masuk bakul angkat sendiri....nampakk. Nasib baik le sekarang dah ada lif.....kalau tak sapa le pulak nak angkat bakul tu nanti...
Berbalik pada resepi Cucur Udang Rangup nie....memang pun berbeza, sebab bahannya menggunakan telur putih, cuka & minyak masak...... Alahaiii sapa sangka telur putih saja di masukkan dalam bahan resepi.... selama hari nie kalau kita nak buat cucur, kita masukkan sekali keseluruhan telur tu.....& lagi cuka juga di gunakan, fungsinya bagi cucur tidak di serap minyak.....
Alhamdulillah sekarang dah ada cik google nie.....macam-macam ilmu yang kita akan perolehi ....
Dunia tanpa sempadan.....hanya di hujung jari kita sahaja. Rajin dengan tidak sahaja untuk kita menimba ilmu - ilmu berkenaan..... Terlalu ramai yang sudi berkongsi ilmu mereka.
Okeyle....kita tengok resepinya dulu....




CUCUR UDANG RANGUP
Resepi: Delima Zamrud
Sumber: Mas Duniaku

Bahan-bahannya :

1/2 kg udang kertas yang kecil halus-halus tu* - di bersih buanag kepala & janggutnya
2 biji bawang besar*- mayang
1 gengam taugeh* - kalau nak letak banyak-banyak pun boleh
1 cekak daun kucai* - dipotong panjang
1 biji putih telur*
1 sudu besar minyak masak*
1 sudu kecil cuka*
1 sudu kecil serbuk pati sedap Knorr*
3-4 senduk tepung gandum* - mengikut keperluan
Secubit serbuk kunyit*- untuk warna
Garam* - secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan bertanda* dalam bekas & gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan-bahan.
  2. Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung, masukkan air sedikit demi sedikit, bancuh sampai adunan menjadi likat seperti dalam gambar DISINI. Jangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau.
  3. Rasa garam, kalau tak cukup tambah & barulah di goreng.
  4. Panaskan minyak (menggunakan api yang perlahan & kecil saja tau)
  5. Guna senduk & letak adunan di tepi kuali & di lenyek-lenyekkan, supaya dia nipis seperti dalam gambar.
  6. Bila adunan agak garing, dia akan senang nak pisahkan dari kuali seperti dalam gambar, biarkan betul-betul garing baru korang terbalikkan k. Ini bagi mendapatkan cucur udang yang garing & rangup.
  7. Bila dah garing baru korang terbalikkan sebelah lagi, dan masak sampai sebelah tu garing juga, seperti dalam gambar.
  8. Bila dah cukup garing, angkat & di toskan, siap untuk di hidangkan.
NOTA :

Kalau korang rajin gunting kecil-kecil cucur udang nie...pastu korang potong le timun sikit, sengkuang sikit, pastu korang goreng tauhu, gak siram dengan kuah kacang wahhhhh mau berkilo naik lemak 
aku ekkekekke....




KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PERIA KATAK....untuk My hubby

Selamat pagi.....
Ini satu lagi resepi yang MA masakan bagi juadah berbuka kami pada hari yang ke 14 puasa tahun nie....
Disamping  Ayam Percik Kelantan, MA ada juga masakkan Sayur Bayam Masak Bening Air. Resepi Keli Salai Masak Lemak Cili Padi bersama Peria Katak nie adalah masakkan request daripada My hubby. Dia memang suka sangat dengan Peria Katak nie.....
Bagi MA memang tak suka...kerana Peria Katak nie kan pahit....!!!
Bagi My hubby apa yang pahit, itulah yang sedap padanya....
Wbp sebagai seorang isteri...MA akan masakkan apa yang My hubby suka makan....Rasanya berbaloi MA masak...sebab waktu berbuka berseleraaaanyaaa dia makannn .....
Untuk keli salai nie saperti biasa MA bakar menggunakan pemanggang ajaib juga.....senang & mudah kerja kita kalau ada pemanggang ajaib nie... MA cuma bakarkan 15 minit je, dah pun siap keli salainya. Bagi kawan-kawan yang sukakan buah peria katak bolehlah mencuba resepi nie....
Okey mari kita jengok resepinya.....
 




KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PERIA KATAK
Oleh : mamaAna

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan keli - dibersih & di rendam dengan air limau kasturi  serta di toskan
6 biji buah peria katak- bersaiz kecil (buangkan bijinya & di potong 4 
- rendam dalam air beras /garam untuk kurangkan rasa pahitnya)
2 ulas bawang merah*
10- 16 biji cili padi*
1 ulas kunyit hidup /kunyit serbok - MA guna kunyit hidup* (* bahan-bahan ini 
di tumbuk/ diblander halus)
2 batang serai - di titik
200ml santan pekat 
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit kunyit serbuk

Cara-caranya:
  1. Lumur ikan keli bersama garam & kunyit, bakar ikan sampai agak garing.
  2. Masukkan bahan-bahan yang di blander ke dalam periok, masukkan juga serai yang di titikkan tadi. Jerangkan bahan-bahan ini di atas api supaya airnya kering sedikit supaya cili padi layu & masak sedikit.
  3. Masukkan santan bersama dengan sedikit air, sesuaikan kepekatannya, kuah ini hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
  4. Apabila susah mendidih sedikit, masukkan keli salai bersama dengan buah peria katak. Kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam & asam keping. Sesuaikan dengan citarasa kita & bolehlah di padamkan api.
  6. Hidangkan.  







AYAM PERCIK KELANTAN

Assalamualaikum....selamat pagi..
Semalam untuk berbuka puasa bagi hari ke 14,  MA masakkan Ayam Percik Kelantan, hasil skodeng di rumah Azie Kitchen. Pada mulanya memang tak ada rancangan pun nak buat ayam percik nie; entah kenapa semasa skodeng tu....MA terpikat pulak dengan masakkan Ayam Percik Kelantan - Azie Kitchen. Banyak juga resepi ayam percik yang MA search hasil pertolongan cik google....tapi Ayam Percik Kelantan juga yang menjadi pilihan.
Mungkin resepi ayam nie simple saja kut......Resepi ayam percik lain, ada yang menggunakan rempah ratus. Wbp di lain kali, dilain masa & hari MA akan mencuba resepi ayam percik yang lain pula......
Berbalik pada ayam percik nie...... senang saja, MA bakarkan ayam nie menggunakan pemanggang ajaib sahaja.... Senang & mudah kerja MA.....hanya MA akan pantau semasa nak menyalutkan bahan kuahnya sahaja. MA bakar ayam nie selama 16 minit je...... tiap-tiap 4 minit MA terbalikkan & salutkan bahan kuah.
Si bongsu & My hubby sangat sukakan Ayam Percik Kelantan nie.....terima kasih pada Azie Kitchen kerana sudi berkongsi resepi yang sedap nie.Wbp Ayam Percik Kelantan MA nie berwarna merah cikit....kerana MA lebihkan cili keringnya.....biasalah MA sekeluarga memang suka masakkan pedas. Pada kawan-kawan yang ingin melihat resepi asalnya ada DISINI. di bawah nie MA salinkan semula resepinya bagi rujukkan MA.
Mai kita tenguk resepinya.......






AYAM PERCIK KELANTAN
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahannya:

I ekor ayam - potong 4

Bahan-bahan Perap:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1" halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap & di keluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya :

  1. Kisar bahan perap hingga halus & perap pada ayam dalam 30 minit.
  2. Bakar ayam hingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam di bakar siapkan bahan-bahn kuah.
  3. Kisar semua bahan kuah & masakkan atas dapur dengan api perlahan , sambil terus di kacau.
  4. Masak hingga kuah pekat, masukkan garam & gula.
  5. Sesuaikan rasa & bolehlah di angkat.


-SELAMAT MENCUBA-