CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 24, 2013

AYAM PERCIK KELANTAN

Assalamualaikum....selamat pagi..
Semalam untuk berbuka puasa bagi hari ke 14,  MA masakkan Ayam Percik Kelantan, hasil skodeng di rumah Azie Kitchen. Pada mulanya memang tak ada rancangan pun nak buat ayam percik nie; entah kenapa semasa skodeng tu....MA terpikat pulak dengan masakkan Ayam Percik Kelantan - Azie Kitchen. Banyak juga resepi ayam percik yang MA search hasil pertolongan cik google....tapi Ayam Percik Kelantan juga yang menjadi pilihan.
Mungkin resepi ayam nie simple saja kut......Resepi ayam percik lain, ada yang menggunakan rempah ratus. Wbp di lain kali, dilain masa & hari MA akan mencuba resepi ayam percik yang lain pula......
Berbalik pada ayam percik nie...... senang saja, MA bakarkan ayam nie menggunakan pemanggang ajaib sahaja.... Senang & mudah kerja MA.....hanya MA akan pantau semasa nak menyalutkan bahan kuahnya sahaja. MA bakar ayam nie selama 16 minit je...... tiap-tiap 4 minit MA terbalikkan & salutkan bahan kuah.
Si bongsu & My hubby sangat sukakan Ayam Percik Kelantan nie.....terima kasih pada Azie Kitchen kerana sudi berkongsi resepi yang sedap nie.Wbp Ayam Percik Kelantan MA nie berwarna merah cikit....kerana MA lebihkan cili keringnya.....biasalah MA sekeluarga memang suka masakkan pedas. Pada kawan-kawan yang ingin melihat resepi asalnya ada DISINI. di bawah nie MA salinkan semula resepinya bagi rujukkan MA.
Mai kita tenguk resepinya.......






AYAM PERCIK KELANTAN
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahannya:

I ekor ayam - potong 4

Bahan-bahan Perap:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1" halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap & di keluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya :

  1. Kisar bahan perap hingga halus & perap pada ayam dalam 30 minit.
  2. Bakar ayam hingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam di bakar siapkan bahan-bahn kuah.
  3. Kisar semua bahan kuah & masakkan atas dapur dengan api perlahan , sambil terus di kacau.
  4. Masak hingga kuah pekat, masukkan garam & gula.
  5. Sesuaikan rasa & bolehlah di angkat.


-SELAMAT MENCUBA-

2 comments:

  1. fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fazliana...terima kasih kerana sudi bertandang kesini. Silakan share....
      ayam percik nie memang sedap.dan senang jerr nak membuatnya, apatah lagi kalu ada pemanggang ajaib.
      InsyaAllah nanti mama akan bertandang keblog mamafisya yerr...

      Delete