CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 24, 2013

KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PERIA KATAK....untuk My hubby

Selamat pagi.....
Ini satu lagi resepi yang MA masakan bagi juadah berbuka kami pada hari yang ke 14 puasa tahun nie....
Disamping  Ayam Percik Kelantan, MA ada juga masakkan Sayur Bayam Masak Bening Air. Resepi Keli Salai Masak Lemak Cili Padi bersama Peria Katak nie adalah masakkan request daripada My hubby. Dia memang suka sangat dengan Peria Katak nie.....
Bagi MA memang tak suka...kerana Peria Katak nie kan pahit....!!!
Bagi My hubby apa yang pahit, itulah yang sedap padanya....
Wbp sebagai seorang isteri...MA akan masakkan apa yang My hubby suka makan....Rasanya berbaloi MA masak...sebab waktu berbuka berseleraaaanyaaa dia makannn .....
Untuk keli salai nie saperti biasa MA bakar menggunakan pemanggang ajaib juga.....senang & mudah kerja kita kalau ada pemanggang ajaib nie... MA cuma bakarkan 15 minit je, dah pun siap keli salainya. Bagi kawan-kawan yang sukakan buah peria katak bolehlah mencuba resepi nie....
Okey mari kita jengok resepinya.....
 




KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PERIA KATAK
Oleh : mamaAna

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan keli - dibersih & di rendam dengan air limau kasturi  serta di toskan
6 biji buah peria katak- bersaiz kecil (buangkan bijinya & di potong 4 
- rendam dalam air beras /garam untuk kurangkan rasa pahitnya)
2 ulas bawang merah*
10- 16 biji cili padi*
1 ulas kunyit hidup /kunyit serbok - MA guna kunyit hidup* (* bahan-bahan ini 
di tumbuk/ diblander halus)
2 batang serai - di titik
200ml santan pekat 
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit kunyit serbuk

Cara-caranya:
  1. Lumur ikan keli bersama garam & kunyit, bakar ikan sampai agak garing.
  2. Masukkan bahan-bahan yang di blander ke dalam periok, masukkan juga serai yang di titikkan tadi. Jerangkan bahan-bahan ini di atas api supaya airnya kering sedikit supaya cili padi layu & masak sedikit.
  3. Masukkan santan bersama dengan sedikit air, sesuaikan kepekatannya, kuah ini hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
  4. Apabila susah mendidih sedikit, masukkan keli salai bersama dengan buah peria katak. Kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam & asam keping. Sesuaikan dengan citarasa kita & bolehlah di padamkan api.
  6. Hidangkan.  







No comments:

Post a Comment