CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 25, 2013

PERISTIWA NUZUL AL -QURAN


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Alhamdulillah....kita dah berpuasa 16 hari, pada malam ini sampailah saatnya pada malam 17 Ramadhan, tarikh ini dipanggil Nuzul al-Quran iaitu masa al-Quran di turunkan pada Junjungan Besar Rasulullah SAW.
Kita sedang berada dipenghujung fasa kedua iaitu pengampunan dari Allah SWT, & akan masuk fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka.
Mari kita muasabah & memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan & amalan ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang dilakukan pada zahir & batin iaitu puasa dalam erti sebenar???

  • Sekiranya kita dapat mengawal hati, nafsu & keinginan lahiriah maka kita telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu puasa darisegi lahir &batin.
  • Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikullah, mengingati Allah, meningkatkan iman , takwa, tawakkal, tawaduk, sabar & membuang sifat-sifat mazmunah(sifat yang dikeji spt hasad dengki, irihati, sombong, takbur & buruk sangka)
  • Puasa pada nafsu iaitu tidak makan & minum disiang hari drp perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa serta tidak makan & minum berlebihan semasa berbuka. Kontrol nafsu makan & tidak melakukan pembaziran.
  • Puasa pada pacaindera iaitu menjaga mulut, mata ,telinga & anggota lain supaya tidak melakukan sesuatu yang di tegah oleh syarak.
  • Darisegi ibadah yang lain pula, berjalan berterusan secara konsistan iaitu solat terawih 20 rakaat,solat witir 3 rokaat, solat duha, solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, membaca al-Quran, mendengar tazkirah Ramadhan,sedekah, bermunajat, berdoa & berzikir. Tidak ada ruang langsung mambuang masa yang sia-sia.
Sekiranya apa yang dinyatakan diatas terdapat dalam puasa kita dalam perlaksana ibadah-ibadah yang lain, memenuhi ciri-ciri tersebut insyaAllah kita mempunyai puasa yang berkualiti saperti yang di kehendaki oleh Allah SWT.


Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama pada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ketika baginda sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan 'NUZUL' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut al-Quran adalah mujizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna yang terlalu besar bagi umat islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW, melalui perantaraan Malaikat Jibril iaitu 5 ayat pertama dari Surah Al-Alaq maksudnya :
" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang mencipta (sekelian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu yang maha pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena & tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-Alaq ayat 1-5)

Sedangkan ayat al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah AL-Baqarah. 

Untuk pengetahuan pada awal nya Allah SWT menempatkan keseluruhan al-Quran di LUH MAHFUZ, iatu satu tempat yang amat mulia dan suci.

Langkah kedua ialah , Al-Quran di turunkan secara sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu malam kemuliaan (Lailatul Qadr) dibulan Ramadhan. Hal ini tercatat dalam firmanNYA yang bermaksud " Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya di turunkan al-Quran, sebagai pertunjuk bagi manusia dan penjelasan pada pertunjuk-pertunjuk itu dan pembeza (antara benar & batil)". - (Surah al-Baqarah ayat 185)

Ibnu Abbas menyatakan: "Al-Quran itu diturunkan pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr) dalam bulan Ramadhan ke langit dunia sekaligus, Kemudian al-Quran itu diturunkan secara beransur-ransur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulallah SAW di Gua Hira'.

Apa kah kaitannya malam al-qadar dengan nuzul al-Quran?? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.

Lailatul qadar pula ialah satu malam pada bulan Ramadhan yang bagitu istimewa sekali fadilatnya. Lailatul qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu adalah lebih baik dari 1000 bulan.

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunya al-Quran iaitu pada turunnya Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasululah SAW pada hari isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu al-Quran diturunkan pada hari ISNIN , malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan memberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai AL-NUR bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak & batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Nabi SAW banyak membaca  al-Quran dalam bulan Ramadhan, Maknanya Nabi SAW juga belajar secara berguru iaitu dengan Malaikat Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad SAW juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran, bagitu juga dengan para sahabat. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafal al-Quran".

Antara faedah membaca al-Quran adalah:

  • Mampu mengusir bisikkan  syaitan terkutuk
  • Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT
  • Memperolehi pahala yang banyak
  • Membahagiakan rakan seperjuangan
  • Menghapuskan kesalahan & dosa
  • Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri
  • Melapangkan hati & fikiran, menjernihkan sanubari
  • Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT
  • Memelihara umur manusia
  • Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikkan dalam hidup yang sementara.
  • Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkat kualiti hubungan dengan NYA.


Marilah sama-sama kita menghayati
 di malam Nuzul Al-Quran ini dengan azam 
menjadikan Al-Quran sebagai 
pedoman hidup kita,
 membacanya, memahami maknanya
 & menghayati maksud
 yang terkandung di dalamnya.
 Semata-mata mencari keredaan Allah SWT 
dan mencapai kebahagian dunia & akhirat.
Aminn...


No comments:

Post a Comment