CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 26, 2013

SIAKAP BAKAR BERSAMBAL....sedappp

Assalamualaikum....
Semalam MA ada buatkan  Ikan Siakap Bakar Bersambal, dah lama rasanya MA tak buat menu nie.
Resepi nie, dah lama MA simpan, sampai dah tak ingat daripada mana MA dapat, tapi resepi nie MA dah ubahsuai mengikut cara & citarasa MA. Selalunya MA buat menu nie dengan ikan Talapia Merah, tapi di sebabkan ikan siakap je yang ada di rumah nie....maka MA ambil keputusan untuk membakarkan saja ikan siakap nie. Sebelum nie MA masak Ikan Siakap Stim ala Thai, jadi di kali ini MA ubah selera pula, kita bakar je ikan siakap nie. Kalau bakar dengan cara ini.......senang kerana tak perlu membuat air asam lagi.
Okeyle tak usah kita berceloteh panjang-panjang, mari kita tengok resepinya....


SIAKAP BAKAR BERSAMBAL.....sedappp
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya :

Seekor ikan siakap sederhana besar di belah belakang -direndam sebentar
dng air limau kasturi. Cuci & di toskan.
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia*
1 batang serai*(*bahan-bahan ini di tumbuk/di blander kasar)- KIV serai boleh juga di titikkan
1" lengkuas- di mayang
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili kering - yang telah di blander
100ml santan pekat
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara memasaknya :
  1. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * beserta lengkuas hingga layu & naik bau.
  2. Masukkan cili kisar.Kacau seketika & masukkan sos tiram beserta air asam jawa.
  3. Masak sehingga naik minyak. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga sebatikan.
  4. Masakkan sehingga santan masak & pekat. Kacau selalu.
  5. Perasakan dengan garam & gula. Setelah sesuai rasanya dengan citarasa kita.Padamkan api & ketepikan.
  6. Jika suka lapikkan dalam dulang pembakar dengan daun pisang.
  7. Lumurkan ikan dengan sambal & bakarkan. 
  8. Sekali sekala lumurkan lebihan sambal pada ikan hingga habis. 
  9. Bakar hingga masak selama 20 minit.
TIPS:
  • Untuk membakar ikan biasanya dalam masa 20 minit, ikan telah siap di bakar menggunakan pemanggang ajaib. MA terbalikkan setiap 4 minit & lumurkan dengan lebihan sambal pada ikan. Ini untuk ikan yang bersaiz sederhana.
  • Untuk pastikan isinya betul-betul masak, check sama ada isinya telah boleh bercerai drp tulang bila di cungkilkan sikit dengan garpu.

SIAKAP BAKAR BERSAMBAL SUDAH TERHIDANG
JEMPUT MAKAN






No comments:

Post a Comment