CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 26, 2014

ASAM PEDAS MELAKA...YANG MEMANG TERANGKAT SEDAPPNYAAA

Assalamualaikum...salam sejahtera semua yang sudi bertandang keblog MA niee
N3 kali niee pula adalah resipi Asam Pedas Melaka...yang sekarang dah menjadi favourite family MA....
Jika MA teragak nak makan asam pedas....inilah resipi Asam Pedas yang MA akan masakkan. Sebelum ini juga MA ada juga masakkan asam pedas niee.....resipinya ada DI SINI. Untuk kelainan rasanya ....jadi di kali ini MA bubuhkan sedikit belacan ...resipi asal tiada belacan dimasukkan. Dikali ini MA masakkan asam pedas ini dengan menggunakan ikan Rohu @ Ara pancingan MA. Ikannya MA gorengkan separuh masak dahulu... untuk mendapatkan isinya yang sedikit keras.....Wbp....ummmphh nya tetap terangkat......
Minta maaf banyak-banyak pada pemilik resipi asal yerrkk....kerana MA dah menderhaka...
WOkey...jangan kita lengahkan masa lagi.....mai kita tenguk resipinya ......

Asam Pedas Melaka mari niee...
memang MA masak pekatkan sikit...
Looo...memanggg terangkatt sedappnya

ASAM PEDAS MELAKA....yang memang terangkat sedapppnyaaa
By : junjs myR
Sumber : Teratak Mutiara Kasih
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 keping ikan pari - MA guna ikan Rohu @ Ara (MA gaul bersama garam dan kunyit serbuk dan goreng ikan separuh masak)
Bahan Kisar :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili kering 
  • 5 biji cili padi - pilihan (MA tambah sbb nak pedaskan lagi)
  • 1/2" halia
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam (MA gunakan 1/2 sudu teh serbuk lada hitam)
  • 1/2" kunyit hidup
  • Sedikit belacan (MA tambah)
Bahan Tumis :
  • 1/2 bawang besar 
  • 1 sudu teh halba
  • 1/4 sudu teh biji sawi (MA guna 1/2 sudu teh)
  • 2 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya
  • 1 biji tomato - potong 2 (MA potong 4)
  • 5 biji kacang bendi (MA tak letak pun)
  • 1 batang serai - diketuk
  • Bunga kantan atau daun kesom secukupnya (MA guna kedua-duanya)
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukupnya.
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, daun kari, halba dan biji sawi hingga wangi dan naik bau, serta sehingga bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan air, biarkan mendidih kemudian baru masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
  4. Masukkan garam dan gula, rasa dan sesuaikan deangan selera kita. Biarkan hingga masak dan mendidih. Tutup api dan bolehlah dihidangkan panas-panas....makan dengan nasi putih.
Amboiii mak...sedaapppnyaaa...
Asam Pedas Melaka nieee...
Rugi sesiapa tak mencuba.....

Asam Pedas Melaka dah pun terhidang...
JEMPUT MAKAN !!!



Saturday, January 25, 2014

UNGKEP AYAM PEDAS

Salam sejahtera....semoga kita semua diberikan Allah rahmat dan hidayahNya.
Untuk petang  nie MA nak n3kan resipi Ungkep Ayam Pedas yang MA skodeng daripada rumah Yatiememories. Memang sedappp resipi nie....malah membuatnya pun tak lah susah. Terima kasih pada penyumbang asal resipinya CMG dan terima kasih juga kepada Yatie untuk resipi ini. Izinkan MA salin resipi nie diblog MA yerrk......untuk rujukkan MA dan anak-anak dimasa akan datang.
Wokeeyyy...mai kita tenguk resipinya......


UNGKEP AYAM PEDAS
Resipi Asal : CMG
Sumber : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam- potong ikut suka hati, cuci bersih & toskan
  • 2 biji kentang - saya tambah, kupas kulitnya & potong 4 setiap biji (MA juga sama)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan-bahan Kisar Halus :
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1/2" lengkuas
  • 3/4" kunyit hidup
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 3 biji buah keras - dihiris
  • 1 biji cili hijau (MA guna cili merah jee)
  • 20 biji cili padi
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan-bahan kisar halus dan tumis sekejap hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, biarkan ayam kecut sedikit. (Masukkan juga ubi kentang).
  2. Tuang air secukupnya (jika anda guna ayam daging yang cepat empuk, guna 1 1/2 cawan air). Kacau rata. Masukkan daun salam @ bay leaf, asam gelugur dan sedikit garam. kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Masak hingga pekat, tambah gula melaka, kacau dan masak lagi hingga kering seperti rendang. Kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu tambah lagi sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidang bersama nasi, ketupat dan sebagainya.
Rasanya saperti rendang...ummpph sedaapppnyaa..
Tak guna santan pun...

Ungkep Ayam Pedas
Memang senang membuatnya.....
SELAMAT MENCUBA.


AMALAN ZIKIR HARIAN

Pagi tadi MA berjalan2 melawat blog kawan2 yg aktif dalam berbloggers nie.....
Terutama sekali ..MA suka sekali melayari blog yang membincangkan tentang UGAMA ISLAM.
Alahaii terpikat MA kepada nukilan resepirahsiaku.com.....Untuk itu izinkan MA mengabadikan nukilan beliau diblog MA pula. Ini untuk ingatan MA....semoga Amalan Zikir Harian ini dapat di manfaatkan dalam kehidupan MA dan anak-anak.
Semoga apa yang kita usahakan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.....aminn.
Terima kasih kepada tuan punya blog..... diatas pengkongsian ini.
Untuk itu mai kita sama-sama menghayatinya.......


AMALAN ZIKIR HARIAN
Oleh : MA

Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik daripada omong kosong yang akan mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati ALLAH SWT. Tidak kira dimana dan apa jua dilakukan, hati kita sentiasa mengigati ALLAH. Dengan menyebut dan mengingati ALLAH SWT, hati akan tenang.

Berzikir tidak semestinya berada di atas sejadah. Boleh berzikir semasa memandu kereta ketempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, semasa membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu distinasi ke distinasi yang lain.

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke satu distinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan disanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang ABADI selama-lamanya.
Jadi apakah bekalan kita telah mencukupi untuk ke sana??? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amalan kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan MENGERASKAN HATI, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh daripada ALLAH SWT.

Berikut adalah ZIKIR HARIAN sebagai amalan kita pada setiap hari..........


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’d 28. 

Rasullullah SAW telah bersabda....
”Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasullullah SAW bersabda lagi....
”Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Nukilan Asal : www.resepirahsiaku.com
Gambar : Ikhsan Cik Google
wALLAHu'alam

Thursday, January 23, 2014

MASAK LEMAK LABU BERSAMA PUCUK MANIS.....KEGEMARAN ANAK2KU

Assalamualaikum.....agak lama juga MA tak update...blog nie. Sejak dua menjak nie....bz cikit...tak sempat nak updatekan blog pun....Wbp sekali-sekali ada juga MA jenguk-jenguk sebentar jee.....blog nie....utk tgk comments bagi dijawab....nanti tak jwb lak...ciaaan pengunjung blog yang dok mengharapkan jawapan & respon... dari MA. Alhamdulillah,,,terima kasih pada pengunjung yang setia ngan MA....
Resipi kali nie...resipi tertunggak lagi.....biasalah, tak sempat nak n3kannya dihari yang sama....huhuhu
Resipinya sampoi jerr.....tapi memang menjadi favourite kami sekeluarga terutama anak MA....Si Yanti.
Untuk anda yang dah memang pandai memasak.....mungkin tak menjadi hal, namun bagitu sekurang-kurangnya boleh memberi idea....untuk yang dok pening, hari-hari memikirkan apelah nak masak dhari niii????
Okeyyylaaa...mai kita pakat-pakat membuatnya....resipinya sampoi tapi sedappp...

MASAK LEMAK LABU BERSAMA PUCUK MANIS
Oleh : MA

Bahan-bahannya:

Secekak daun pucuk manis/ daun asin-asin (dilurutkan drp tangkainya)
1/2 biji buah labu manis - dibuang kulit & dipotong kecil
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* dihiris halus)
1 biji cili merah - dibelah 2
1/2 cawan santan pekat
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Caranya :

Daun pucuk manis dibersihkan & ditoskan.
Sediakan periuk...masukkan bawang yang telah dihiris, cili merah &  labu.
Masukkan sedikit air anggaran terhapus jee..... buah labu tu.
Masaklah sehingga buah labu separuh empuk.
Kemudian masukkan pati santan & kacaulah sehingga mendidih, 
baru masukkan pula daun pucuk manis.
Masukkan juga kiub pati ikan bilis bersama dengan
garam, sesuaikan rasanya......
Ketika ini mesti dikacau selalu...supaya santan tidak pecah minyak.
(Ketika ini juga labu telah pun elok empuknya)
Apabila semuanya telah berpuas hati, tutupkan api.
Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Masak Lemak Labu bersama pucuk manis dah pun terhidang...
MAI KITA PAKAT BUAT.....