CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 18, 2013

NASI GORENG MAMA untuk anak-anakku

Asalamualaikum....
Hari nie MA N3kan resepi yang tertunggak lagi ........
Nasi goreng nie favourite anak-anak MA....bila mereka balik kerumah nie, pasti untuk sarapan pagi, nasi goreng nie adalah menu wajib......
Terutama kalau ada SiYob & SiYanti, pasti sebelah malamnya mereka dah pun berpesan, pagi besuk nak bersarapan dengan nasi goreng nie.....
Oleh yang demikian MA titipkan resepi Nasi Goreng Mama nie di sini, untuk rujukkan anak-anak, semoga mereka dapat memasakkannya...walau pun dimana mereka berada sekiranya mereka rindukan masakkan mama......
Nasi goreng nie dimakan panas-panas.......yummyumm  sedapppnyaa.
Jom kita tenguk resepi yang simple nie ......



NASI GORENG MAMA
Resepi : MA

Bahan-bahannya:

1 mangkuk nasi sejuk
2 biji cili masak*
8 biji cili padi*
1 ulas bawang besar*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*(*bahan-bahan ini dikisar)
Segenggam ikan bilis yang telah di buang tahinya - dikisar kasar
1 sudu besar Maggi Concentrated Chicken Stock/kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bahan-bahan yang di kisar.
  2. Goreng hingga naik bau & garing bahan-bahan yang di kisar tadi.
  3. Masukkan Maggi Concentrated Chicken Stock, sos tiram, garam & gula.
  4. Masukkan juga ikan bilis yang telah di kisar tadi. Kacau rata & biarkan 3 minit.
  5. Rasakan masin & manisnya, sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.  
  6. Masukkan telur & biarkan sebentar biar dia mengeras sedikit. Kacau sebatikan.
  7. Bila semua bahan telah menepati rasa, masukkan nasi sejuk. Kacau & gorenglah sehingga kering sedikit.
  8. Nasi siap untuk di hidangkan.


Inilah nasi goreng favourite family MA



Gambar-gambar yang disertakan ini pula
untuk kenangan MA.....ketika
bersarapan pagi bersama anak & menantu
semasa mereka pulang berhariraya  bagi 
tahun 2013




Ini hidangan yang MA sediakan untuk 
sarapan pagi kami sekeluarga
Nasi Goreng Mama menu wajib,
makan bersama rendang ayam
disamping itu MA masakkan juga 
mee goreng & Wat Tan Ho.
JEMPUT MAKAN




AYAM MASAK HITAM MANIS KISMIS

Salam di hujung minggu pada pengunjung blog MA khasnya....
Hari nie anda masak apa?? Masih mencari idea menu apa untuk dimasak hari nie.......!!!
Bosan juga kalau dok memikirkan menu apa nak dimasak.........
Kalau bagitu, apa kata mai kita masak Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie........
Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie MA buat bersama Nasi Ketumbar tempoh hari....
Alhamdulillah kombinasi yang sesuai......
Resepi Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie dah lama MA simpan.....cuma MA catatkan bahan-bahannya saja, pemilik asalnya MA tak pula ketahui....wbp terima kasih pada penyumbangnya....
Resepi asal menggunakan daging, tapi memandangkan My hubby tak boleh makan daging, jadi MA tukarkan kepada ayam je.
Sekiranya anda menggunakan daging, potong daging tu dadu besar & direbus terlebih dahulu hingga empuk.
Resepi yang MA sertakan disini telah diolah mengikut citarasa MA, kepada anda yang ingin mencubanya......jom kita tenguk resepinya........



AYAM MASAK HITAM MANIS KISMIS

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 16 ketul
1/4 cawan kicap pekat
2 sudu besar kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)
12 biji bawang merah - dihiris halus
8 biji cili padi - diketuk
sekeping asam gelugur

Bahan Rempah Kering:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil ketumbar

Bahan-bahan kisar :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering - dibuang biji & direbuskan sebentar supaya lembut utk diblander
1" halia
1/4 cawan kismis hitam (MA guna kismis biasa je)
( kalau tak mahu guna kismis boleh digantikan dengan gula merah)

Bahan Rempah tumis :

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Membuatnya :
  1. Sangaikan bahan rempah kering terlebih dahulu. Sejukkan & kisar hingga halus.
  2. Panaskan 2 senduk minyak, masukkan bawang merah yang dihiris, goreng hingga keperangan menjadi bawang goreng. Angkat & ketepikan.
  3. Kemudian gorengkan ayam separuh masak dengan menggunakan minyak yang sama. Ketepikan ayam yang telah bergoreng tadi.
  4. Dengan minyak yang sama juga, tinggalkan 1 senduk sahaja, masukkan bahan rempah tumis & gorengkan hingga wangi. Masukkan bahan kisar - kacau sebatikan & biarkan 3 minit.
  5. Masukkan bahan rempah kering & gaul sebati - biarkan 5 minit dengan api yang kecil (tambah sedikit air jika perlu).
  6. Masukkan ayam, asam gelugur, kicap pekat & lemak manis serta cili padi. Kacau hingga sebati & kuah agak pekat.
  7. Rasakan manis masinnya, tambahkan gula/garam jika perlu.
  8. Bila kuah dah agak kering, masukkan bawang goreng. Gaul sebati sebelum ditutup api.
* Penggunaan bawang goreng dalam resepi nie membuatkan masakkan ini menjadi sedappp...
   Tapi tak digalakkan guna bawang goreng yang segera tu ye.....



Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie MA gandingkan
dengan Nasi Ketumbar
Alhamdulillah gandingan yang serasi
Jelatah timun pasti tak boleh 
di tinggalkan....kerana dialah 
pembuka selera.... 


Saturday, August 17, 2013

NASI KETUMBAR - FAVOURITE SIBONGSU


Salam Syawal untuk semua....
Kali nie MA n3kan resepi nasi ketumbar, tentunya dah ramai bloggers yang telah pun mencuba nasi ketumbar nie.....
MA sekeluarga pun suka dengan aroma nasi nie.... kerap juga ada siaran ulangan nya....he3x
Nasi ketumbar nie MA masakkan untuk makan tengahari semalam, tapi baru hari nie kesempatan untul entry......
Nasi nie mudah dibuat, bahan-bahannya pun simple saja.....yang penting mesti ada daun ketumbar ye.....
Harum semerbak bau daun ketumbarnya, membuka selera......
Kalau MA buat nasi nie, pasti My hubby & sibongsu bertambah-tambah makan nasinya....pasti tak cukup sepinggan. Selalunya nasi ketumbar nie MA gandingkan dengan ayam masak kerutuk & jelatah timun je.....
Tapi kali ini MA tukarkan pula masakkan ayamnya......next time bila buat lagi MA nak cuba pula gandingkan dengan ayam masak merah berempah seperti K.Nor secubit garam lakukan.
MA nie selalunya kalau nak masak terpaksalah gunakan ayam je....sbb daging, huhuhu... My hubby tak boleh makan, biasalah orang gout.
Okeyle jom kita tenguk resepinya........  



NASI KETUMBAR
Resepi : Q'ein @ Myresipi
Sumber : Secubit Garam

Bahan-bahannya :

500g beras (MA guna beras basmathi Jasmine King)
3 sudu besar mentega/minyak sapi (MA guna minyak sapi)
Sedikit minyak
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blander halus)
Sedikit garam
Pewarna hijau
1 kiub ayam (MA guna Maggi Concentrated Chicken Stock)

Cara-caranya:
  1. Basuh beras & toskan.
  2. Cairkan mentega/minyak sapi bersama sedikit minyak.
  3. Masukkan bawang & goreng hingga wangi. Masukkan juga kiub ayam/Maggi Concentrated Chicken Stock.
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah diblanderkan tadi & secubit garam.
  5. Masukkan air & masak saperti nasi biasa (air - MA masukkan 500ml, sama dengan sukatan beras).
  6. Bila nasi sudah kering, buatkan beberapa lubang & titiskan pewarna hijau.
  7. Tunggu nasi betul-betul masak & gemburkan sebelum dihidangkan.
*   Daun ketumbar yang diblend tak perlu ditapis, kalau ditapis akan mengurangkan aroma
     daun ketumbar dalam nasi.



Serious sedap nasi nie!!...kami sekeluarga suka sangat!!!
Sentiasa ada siaran ulangan....
Selalunya MA gandingkan nasi ini dengan
ayam masak kerutuk, tapi kali ini MA
gandingkan dengan
ayam masak hitam manis kismis
& yang pastinya jelatah timun tak boleh ditinggalkan.



Friday, August 16, 2013

WAT TAN HO - Chineese Food.....SIMPLE & EASY


Salam sejahtera....
Beberapa hari yang lalu MA ada buatkan Wat Tan Ho.....prepare untuk tetamu yang emergency datang beraya ke rumah.....
Ye le ....takkan biarkan tetamu menjamu selera dengan biskut je......
Wat Tan Ho nie senang saja membuatnya ......simple je, jadi MA sediakanlah bahan-bahannya simpan dalam peti ais, jika ada tetamu datang MA masakkan je Wat Tan Ho nie......makan panas-panas.......sedapppp
Rata-rata tetamu memuji di atas kesedapan Wat Tan Ho nie.......siap minta resepi lagiiii
Resepi Wat Tan Ho nie dah lama MA simpan dan selalu membuatnya......
Resepi asal MA dapat daripada Myresipi.com, penyumbangnya che'iza....terima kasih pada beliau di atas resepi yang simple & sedap nie.
Wbp resepi asalnya MA dah olah mengikut citarasa MA......
Kalau dihari-hari biasa, MA buatkan Wat Tan Ho nie, sepinggan- sepinggan, tapi bila hari raya nie memandangkan tetamu datang beramai-ramai....jadi MA buatkan Wat Tan Ho nie banyak-banyak sekali & kuahnya di asingkan......
Jika tetamu nak makan....mereka ambil sendiri kuey teownya & masukkan sendiri kuahnya.......
Wan Tan Ho nie memang sedap kalau di makan panas-panas.......Oleh yang demikian MA buatkan Wan Tan Ho nie semasa tetamu dah sampai & berada di rumah........  
Buatnya tak lah susah & lama sangat.......
Yang pasti bahan-bahannya mestilah di preparekan dulu.......
Okey le bagi anda yang ingin mencuba buat Wat Tan Ho nie.......jom kita  tengok resepinya....


WAT TAN HO
Sumber : MyResepi - che'iza


Bahan-bahannya:

Untuk Kuey Teow

300g kuey teow (MA guna kuey teow sup - Kuey Teow halus)
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada sulah/ lada hitam
5 biji cili padi- diketuk (MA tambah)

Untuk Kuah

6 ekor udang - sederhana besar
Beberapa hirisan daging (MA guna isi ayam)
3 ekor sotong - sederhana besar (MA tambah)
1 biji baby jagung
3 helai daun sawi
Sedikit lobak merah
2 ulas bawang putih - diketuk
3 hirisan halia - dihiris halus
5 biji cili padi - diketuk (MA tambah)
Sedikit lada sulah/lada hitam
1sudu kecil serbuk pati ayam (MA guna 1 sb Maggi Concentrated Chicken Stock)
500ml air/ lebih kurang 3 cawan
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 biji telur

Cara-caranya :
  1. UNTUK KUEY TEOW : Tumis bawang putih & cili padi hingga kekuningan. Masukkan kuey teow, kicap pekat, kicap manis & sos tiram gaul rata. Masukkan lada sulah/ lada hitam gaul sebatikan. Siap angkat kuey teow & letakkan dalam 2 pinggan - ketepikan.
    2.  UNTUK KUAHNYA : Tumis bawang putih & halia hingga kekuningan, masukkan air.
         Biar mendidih, masukkan daging, masukkan pati ayam & lada sulah/ lada hitam. 
         Masukkan pula udang, sawi, lobak & putik jagung. Bubuh garam sedikit & rasalah 
         mengikut citarasa kita.   
         (CARA MA : Tumiskan bawang putih, cili padi & halia hingga kekuningan, masukkan
         isi ayam, sotong & udang, serta lobak merah, gorengkan sebentar kemudian baru di 
         bubuhkan air. Masukkan Chicken Stock & lada sulah/ lada hitam. Biarkan mendidih,
         baru  dimasukkan sawi & putik jagung. Bubuh garam sedikit & sesuaikan rasanya.)

    3.  Bila kuah sudah mendidih masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan 
         sedikit air tadi. Kacau sebatikan, jangan terlalu pekat sangat. Kemudian 
         pecahkan telur kedalam kuali tadi,& kacau cepat-cepat, biar telur hancur. 
         Kejap je....siap & tuangkan kuah pada kuey teow yang telah tersedia tadi. 
         Makan panas-panas.....sedappp



Wat Tan Ho dah tersedia untuk di makan
Makan panas-panas ye....baru le 
terangkat
Sedapppnya tak terkata...