CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 19, 2013

PINTU-PINTU MURAH REZEKI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,
keluarga serta sahabat serta pengikut istiqamah
menurut Baginda sehingga kehari Kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...

Dalam soal rezeki, manusia hanya diminta untuk berusaha, berdoa & bertawakkal.
 Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu & umur untuk mencari rezeki.
 Berusaha mencari rezeki....apabila ikhlas niat & dilaksanakan
 mengikut jalan-jalan yang HALAL adalah ibadah kepada ALLAH.
Dalam mencari rezeki juga dapat menguatkan akidah seorang muslim,
 ALLAH SWT adalah pemberi rezeki.
 Salah satu nama ALLAH ialah ....AL-RAZZAK...iaitu pemberi rezeki.
 Banyak perkara didunia ini dipermudahkan olih ALLAH SWT untuk manusia, 
agar dipermudahkan dalam mencari rezeki. 
Olih itu jangan sampai kita lupa kepada ALLAH SWT,
 apabila kita mendapat nikmat daripadaNYA.

Sebagai manusia biasa...kadangkala keyakinan & pergantungan kita kurang kepada ALLAH.
Kita menganggap bahawa usaha-usaha kitalah penentu segala-galanya untuk mendapat rezeki.
Tetapi seorang mukmin berbedza pandangan & keyakinannya.
Ikhtiar & usahanya adalah dalam rangka ibadah...tetapi pergantungan
mutlak adalah kepada ALLAH SWT.
Jika dia memperolehi sedikit rezeki dia redha, dan menerima banyak
dia bersyukur kepada ALLAH SWT.

Apabila kita berbicara mengenai rezeki, ulamak telah ada menjelaskan
bahawa terdapat lapan (8) pintu-pintu murah rezeki. 
Jika kita faham & amalkan perkara-perkara tersebut, akan terbuka pintu-pintu rezeki, 
yang akan dibukakan olih ALLAH SWT
samada dari langit ataupun dari bumi.

PINTU-PINTU REZEKI TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

PERTAMA : JANGAN DERHAKA KEPADA KEDUA IBU & BAPA

Nabi SAW dalam satu peristiwa pernah ditanya olih seorang lelaki sebagaimana
hadis yang bermaksu : "Ya Rasulullah!!! ...siapakah yang berhak saya berbuat baik ???"
Jawab Rasulullah SAW : " Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi : "Kemudian siapa lagi ??"
Ujar Baginda : "Ibumu" Lelaki itu bertanya sekali lagi...
"Kemudian siapa lagi ???" Jawab Baginda: "Ibumu"
Lelaki itu bertanya lagi : "Kemudian siapa lagi ???"
Baginda menjawab : " Bapamu" . (Muttafaqun alaih ).


Malah, dalam sebuah hadis lain dinyatakan : "Reda ALLAH bergantung kepada reda 
kedua ibubapa & murka ALLAH bergantung kepada murka dua-dua ibubapa"
( Hadis Riwayat Al-Hakim)

Jika seorang anak itu derhaka kepada kedua ibubapa atau salah satu
daripadanya, maka akan tertutup pintu rezeki & keberkatan.
Rezeki yang tidak berkat walaupun dapat banyak tetapi
cepat habis & sentiasa tidak mencukupi.


KEDUA : JANGAN BERGADUH DENGAN SAUDARA MARA & AHLI KELUARGA

Pergaduhan diantara adik beradik, diantara anak dengan ibubapa, anak saudara
dengan bapa saudara atau diantara mentua dengan menantu,
akan mengundang kemurkaan ALLAH SWT. 
Sesiapa yang mulakan dulu sengketa maka dia yang perlu
memulihkan semula.....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Dari Al-Zuhri bahawa Rasullullah SAW bersabda ....
" Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silatulrahim" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi 3 hari,
maka barang siapa yang tidak bertegur sapa lebih dari
3 hari, nescaya akan masuk neraka " (Riwayat Abu Daud : no 4914)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga
hubungan silatulrahim dengan sebaik-baiknya.
Jangan disebabkan masalah kecil yang remeh- temeh menyebabkan
hubungan menjadi renggang atau retak.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
" Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya"
( Hadis Riwayat Bukhari )


Mendoakan ibubapa juga menjadi penyebab mengalirnya rezeki, 
berdasarkan sabda Nabi SAW...
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
nescaya terputuslah rezeki (ALLAH SWT ) daripadanya."
( Hadis Riwayat Al-Hakim & ad-Dailami) 


KETIGA : BERUSAHA UNTUK MENUNAI FARDU HAJI /UMRAH

Menunaikan fardu haji ke Baitullah adalah menyempurnakan rukun islam yang ke 5,
bagi sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai kuota dan terpilih.
Mereka yang berpeluang menjadi tetamu ALLAH SWT
adalah mereka yang terpilih disisi ALLLAH SWT,
olih itu mereka yang mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki ketanah suci
cukup berharga & doa disana sungguh mustajab disisi ALLAH SWT.
Terbukti mereka yang mendapat haji mabrur sentiasa dimurahkan rezeki
olih ALLAH SWT & sentiasa didalam ketaatan kepada-Nya.
Bagi yang belum berkesempatan menunaikan haji maka
sekurang-kurangnya bolih memulakan dengan mengerjakan 
umrah sunat ke Baitullah.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
" Sesiapa menunaikan Haji kerana ALLAH SWT, & tidak dicemari dosa
& maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan ".
( Hadis riwayat Bukhari )

Jika belum mendapat peluang mengerjakan haji tetapi berpeluang
menunaikan umrah maka tunaikanlah kerana banyak 
keberkatan & kebaikkan didalamnya.
Lebih baik mengerjakan umrah daripada menghabiskan wang 
dengan melancung keluar negara.


KEEMPAT : SENTIASA SOLAT DUHA

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang diantara kamu adalah sedekah.
Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah,
setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah,
mencegah kemungkaran itu juga sedekah.
dan semua itu cukup melakukan dua rakaat solat DUHA"
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
" Kekasihku (Rasulullah SAW ) telah memberi wasiat kepadaku,
untuk mengerjakan shaum ( puasa) tiga hari setiap bulan, 
solat Duha dua rakaat & solat witir sebelum saya tidur ".
( Hadis Riwayat Lima Imam Hadis )

Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahawanya Nabi SAW telah bersabda :
ALLAH telah berfirman :
" Wahai anak Adam !!! Bersembahyanglah untuk AKU diawal pagi,
nescaya AKU akan mencukupimu di akhirnya ".
( Hadis Riwayat Ahmad )

Hadis Qudsi ini mengnjurkan kita menganjurkan kita mengerjakan
Solat Duha yang mana antara faedahnya, ALLAH SWT
memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan
 keduniaan manusia setiap hari termasuk 
rezeki untuk manusia.


KELIMA : JANGAN TIDUR SELEPAS SOLAT SUBUH

Ibn Qaiyim menambah " Tidur pada awal (lepas waktu subuh) &
akhir siang hari (hampir magrib) amat dikeji kerana ia akan
mewarisi penyakit kebengkakkan (muka akan kelihatan sembab & tidak bercahaya),
merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa,
melemahkan syahwat.
Sekeji-keji ialah ketika awal hari (ketika matahari terbit), &
terlebih keji lagi tidur diakhir siang hari (lepas asar).
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu subuh,
maka dikatakan kepada anaknya :
" Bangun !!! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan ???".
Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanay Rasulullah SAW bersabda :
" Waktu subuh adalah sejak terbit fajar sehingga terbit matahari.
Apabila matahari terbit, berhentilah solat, 
kerana ia terbit antara dua tanduk syaitan".
(Hadis Riwayat Muslim)


KEENAM : SELALU BACA SURAH AL-WAQIAH
DIWAKTU MALAM SETIAP HARI & 
BERDOA SELEPAS BACA SURAH TERSEBUT.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiapa malam, dia tidak
 akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya".
(Hadis Riwayat Baihaqi dari ibnu Mas'ud r.a.)

Kekuatan surah Al-Waqiah juga ada dijelaskan dalam ayat
89 hingga 91. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
"Maka dia memperuhi ketenangan & rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan.
Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka....
"Salam bagimu (wahai) golongan kanan !!! (sambut malaikat)"
(Surah Al-Waqiah ayat 89-91)

Foto Bayi Perempuan Muslim
Foto Bayi Lucu Berjilbab

Rasulullah SAW bersabda :

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ



Maksudnya : "Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah
kamu membacanya & ajarkanlah kepada anak-anak kamu"
(Hadis Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas : Kasyf al-Khafa')


KETUJUH : REZEKI ADA DALAM PERKAHWINAN

Dengan berkahwin, bukan saja rezeki kita menjadi berkat bahkan
ALLAH SWT akan buka pintu rezeki kita dengan 
seluas-luasnya kerana kita telah mengikut sunnah
& juga mendirikan separuh daripada ugama.

Firman ALLAH SWT maksudnya :
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian diantara kamu &
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu
yang lelaki & perempuan. Jika mereka miskin ALLAH SWT 
akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.
Dan ALLAH Maha Luas (PemberianNYA)
lagi Maha Mengetahui.
(Surah AN-NUUR Ayat 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung & bimbang
untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana 
belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun
tetap ada perasaan bimbang juga.
Sebahagian mereka tetap ragu akan nilai gajinya.
dalam fikiran mereka.....
"Apakah dengan gaji ini cukup untuk berkeluarga,
dengan gaji sekian ??? ".

Ayat tersebut merupakan jawapan untuk mereka yang ragu
untuk melangkah kealam perkahwinan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam
masaalah ini adalah kesanggupan untuk  memberi nafkah, 
& terus bekerja mencari nafkah demi 
memenuhi  keperluan keluarga.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
" Ada 3 golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka,
iaitu seorang Mujahid Fi Sabilillah, seorang hamba yang 
menebus dirinya supaya merdeka & seseorang 
yang berkahwin kerana ingin memelihara kehurmatannya.  
(Hadis Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasaly, Tirmizi, 
Ibnu Majah Hadits no : 2518 & Hakim 2: 160)

Bagi siapa saja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya,
maka berhak mendapat pertolongan dari ALLAH
berdasarkan penegasan Rasulullah dalam Hadis ini.
Dan pertolongan ALLAH itu pasti datang.


KELAPAN : REZEKI ADA PADA ANAK

" Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah 
rezeki, dan rezeki anak itu juga akan diturunkan
kepada ibubapanya".


ALLAH berfirman :

وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاَقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا

Maksudnya :
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin,
KAMIlah yang memberi rezeki kepada mereka
dan juga kepada kamu".
(Surah AL-Isra ayat : 31)
Gambar Gambar Bayi Lucu
Keadaan ini berlaku dizaman Jahilliah dan menular kezaman moden ini.
Dalam kalangan mereka ada yang membunuh anak
kerana takut ditimpa kemiskinan, kerana apabila mereka 
mempunyai ramai anak maka kos pengeluaran
dan sara hidup akan menjadi bertambah tinggi.
Perkara ini akan menjadi satu bebanan yang besar, 
apatah lagi mereka hidup dikotaraya 
yang memerlukan banyak kos yang perlu
dibelanjakan.
Kejadian membunuh anak hari ini 
dapat kita baca diruangan akhbar & media massa.

Gambar Gambar Bayi Lucu
Sesungguhnya ayat diatas, adalah jaminan daripada 
ALLAH SWT, setiap anak yang dilahirkan 
telah dijamin rezeki daripada ALLAH SWT.

Marilah sama-sama kita fahami & hayati perkara-perkara diatas
untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT &
 menjauhkan amalan-amalan yang boleh menjadi penyebab 
terhalangnya rezeki dari ALLAH SWT.
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tapi
rezeki itu merangkumi keseluruhan kehidupan kita iaitu
mendapat keberkatan, ketenangan, kebahagiaan
& keselamatan daripada musibah & bencana.

Sumber : www.facebook.com/Surau TBR
Gambar : Ikhsan Cik Google


Wednesday, December 11, 2013

CUCUR NASI....Penambat Hati Di Kala Kesejukkan..

Assalamualaikum....
Dah lama jugak MA menyepikan diri.....maafkan MA, sejak kebelakangan nie terlalu sebuk dengan aktiviti lain. Wbp jika berkesempatan serta mood rajin masih ada....MA pasti akan update resipi-resepi yang tertunggak.....Walau pun bz camne pun masak tetap lah masak.....Selagi mana MA masih menjadi & masih bergelar seorang ibu & isteri, memasak tetaplah tak boleh diabaikan, pastinya itu adalah satu tanggungjawab yang wajib.......
Resipi yang MA n3kan ini telah dibuat minggu lepas lagi......untuk minum petang kami. Resipi yang sering MA buatkan dikala perut dok keroncong.....hehehe. Resipinya boleh juga rujuk DISINI
MA masih ingat lagi dihari yang MA buatkan Cucur nie, ditempat MA sepanjang hari hujan turun...walaupun tidaklah selebat mana....tapi aktiviti diluar rumah semuanya tergendala ...... Terlalulah malas untuk keluar......jadinya, untuk aktiviti memasak, capai  je stok ape yang ada tersimpan dalam peti ais.  
Dan....dikala itulah perut asyikkan berbunyi jeee.....   
Dikala kesejukkan bagini, pastinya hidangan panas-panas yang lebih uuummpp....
Oleh yang demikian resipi nielah sebagai penyelamat perut yang dok berbunyi-bunyi nie.......terima kasih pada Yatiememories & Cik Mat Gebu diatas resipi ini. (kerana MA skodeng resipi nie dari rumah DTS) Wbp maafle...resipi asal telah diolah semula mengikut citarasa MA....namun idea asal serta resipinya, masih lagi rujukkan daripada Yatie. Cucur Nasi nie...MA gandingkan je dengan cili sos, looo tak cukup sepinggan dibuatnya.....ape lagi sambil makan sambil mengadap TV..... 
Okeyle....untuk kawan-kawan & adik-adik serta anak-anak yang tak pernah mencuba resipi nie.....mai kita sama-sama mencubanya, pasti berbaloi.....tentunya ada siaran ulangan, apetah lagi ketika kesejukkan dihari hujan......resipi nie pastinya pembuka selera serta penyelamat pada perut yang dok kruukkk kruuukkk......
Mai kita tenguk resipinya...... 


CUCUR NASI
Resipi asal : Yatiememories
Sumber : Cik Mat Gebu
Olahan : MA

BAHAN-BAHAN :
  • 2 cawan nasi
  • 2 cwan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris (MA tak guna pun)
  • 1/2 biji bawang besar - didadu (MA tak gunakan juga)
  • 1/2 cawan ikan bilis,- cuci & rendam sekejap & toskan (MA gantikan dengan 1 kiub ayam)
  • 1 biji cili merah - dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang - dihiris halus (MA guna daun kucai)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit serbuk kunyit (Ini MA tambah)
CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih & ikan bilis (MA gantikan ngan kiub ayam) dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan-bahan kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup /daun bawang (MA gantikan dengan daun kucai), cili hiris dan perasakan dengan garam secukupnya & gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air & jemput adunan tadi & masukkan kedalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat & toskan, letakkan atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap. Hidang bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Cucur Nasi dah pun terhidang
Untuk santapan dihari hujan
Jangan asyik je... pandang-pandang
Mai kita sama-sama buat untuk sajian


Wednesday, December 4, 2013

KUIH TALAM PANDAN.......YANG SEDAPPP

Selamat pagi semua pengunjung blog MA....
Hari nie..awal-awal pagi lagi dah hujan...semalam pun bagitu, agaknya dah tiba musim hujan...
Bagi yang tinggal dikawasan rendah & selalu mengalami banjir...terpaksalah
bersiap sedia dari sekarang....barang-barang yang berharga serta sijil-sijil yang 
penting mesti dikumpulkan disatu tempat....semoga dapat diselamatkan...
Wbp bagi anda yang menghadapi situasi nie....MA doakan semoga anda selamat & tabah 
menghadapi dugaan daripada Allah ....pasti ada hikmah disebalik dugaan ini.......
semoga rahmat bersama kalian.......Amin.
Okeylah berbalik pada resipi hari nie....malam tadi MA buatkan...tiba-tiba teringin 
pulak nak makan Talam Pandan nie.....hehehe
Biasalah lah terkadang tu....duduk tak duduk teringat kuih yang memang menjadi favourite
semasa zaman kanak-kanak dulu..... selalu juga arwah nenek buatkan kuih nie..
Tapi yelah ketika itu....tenguk je arwah nenek buatkankan.....tak teringin pun nak belajar membuatnya...
Namun bagitu sekarang barulah terkial-kial nak membuatnya....terpaksalah pergi berguru....
Resipi nie dah lama MA simpan.....jarang membuatnya....
Resipi nie MA pelajari masa MA duduk diShah Alam tempuhari.....zaman MA tergila-gila
pergi belajar memasak kesana sini....tengah bekerja pun MA akan ambil cuti...
cuma kerana nak belajar resipi yang berkenan dihati......Beribu-ribu ringgit
dah MA habiskan ....cuma kerana nak belajar perbagai resipi......
Okeyle....tak payah le nak berceloteh panjang-panjang....nanti anda pun jemu & MA pun letih...
Jom kita tenguk resipinya....... resipi daripada basic asal yang telah diolah oleh MA...



KUIH TALAM PANDAN
Olahan : MA

Bahan- Bahannya : (utk acuan 7"X 10.5")

Lapisan Bawah : (adunan hijau)
  • 200g gula pasir
  • 5 helai daun pandan- diblend & ambil airnya
  • 190g tepung beras
  • 23g tepung ubi kayu
  • 1 1/2 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Air
Cara Membuat bahagian bawah (adunan hijau) :
  1. Masak gula bersama air sehingga gula larut.
  2. Mesinkan daun pandan bersama air & campurkan bersama air gula
  3. Gaul tepung-tepung tadi, bersama air daun pandan & air gula serta campurkan air kapur. Jadikan adunan ini 1 litre (4.5 cawan).
  4. Tambahkan sedikit pewarna hijau.
  5. Kacau adunan ini diatas api sehingga naik wap.
  6. Masukkan kedalam acuan & kukuslah selama 20 minit.
Lapisan Atas : (adunan Putih)
  • 200ml santan pekat (RM3.00)
  • 70g tepung gandum (MA guna cap sauh)
  • 35g tepung beras
  • 35g  tepung ubi
  • Air
  • 1 1/2 sudu teh garam
Cara Membuat bahagian atas (adunan putih):
  1. Panaskan santan sebentar sehingga panas, tak perlu mendidih.
  2. Gaulkan bahan yang disenaraikan dengan santan suam & air. Jadikan bancuhan ini 1 litre.
  3. Masukkan bancuhan ini kedalam periuk 
  4. Panaskan sehingga naik wap.
  5. Bila adunan bawah sudah masak, lorekkan diatasnya dengan garpu (fungsi supaya adunan atas & bawah akan melekat)
  6. Tuangkan adunan putih keatas adunan hijau & kukuskan selama 25 minit . Bila telah masak bukakan tudung kukusan & kukuskan selama 5 minit lagi supaya air diatas kuih kering.
  7. Angkat & sejukkan, barulah boleh dipotong. 
Talam Pandan dah pun terhidang...
Untuk breakfast pagi ini.....
Jemput makan....

Saturday, November 30, 2013

PENGAT/ BUBUR DURIAN BERSAMA PULUT SERTA KHASIAT DURIAN

Assalamualaikum....
Salam sejahtera kepada anda yang sudi berkunjung keblog MA ini . Kali ini MA nak berkongsi resipi pengat/bubur durian bersama pulut. Makanan yang memang menjadi favourite boleh dikatakan kebanyakkan orang2 Malaysia.......
Kini musim durian kembali lagi....disana sini, ada saja dijualkan buah durian nie,,,,,,
Durian...ohhh durian...memang sedappp kannn??? Sebut je buah durian ...sape yang tak terlio hendak memakannya.....Tapi tahukah anda manfaat durian pada kesihatan ???
Buah durian sangat terkenal diAsia...dimana ia mempunyai kulit yang keras & berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang.....Isinya lembut & manis. Hotel-hotel dinegara ini melarang pengunjungnya membawa buah durian masuk kedalam biliknya, kerana baunya yang sangat kuat......
Ia digelar sebagai RAJA segala buah bukan kerana kulitnya yang keras & berduri.....tetapi kerana kasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien & anti-oksidan yang tinggi. Ia juaga dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol & membersihkan darah.Kalau soal rasa, tidak yang lebih sensasi drp durian. Hinggakan dalam ferensi barat disebutkan "smells like hell, but tastes like heaven"

Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan

KHASIAT & MANFAAT BUAH DURIAN.....
  • Dapat mengatasi anemia kerana durian kaya akan asam folat & zat besi.
  • Dapat mengatasi sembelit kerana durian mempunyai banyak serat.
  • Selain itu kulit durian yang dilumatkan & disapukan keperut dapat memudahkan buang air besar.
  • Durian juga mengandungi asid amino & vitamin B,Cdan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan daripada redikal bebas, seperti pencemaran udara & asap rokok. Dengan cara ini, akan mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awek muda.
  • Meningkatkan tekanan darah yang rendah kerana mengandungi zat besi & sifatnya yang panas.
  • Mengatasi bengkak.
  • Mengubati penyakit ruam pada kulit (kurap & kulat) kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
  • Baik untuk kesihatan tulang & persendian kerana mengandungi kalsium., potasium dan berbagai vitamin B.
  • Kandungan mangaan dapat menjaga kestabilan kadar gula dalam darah.
  • Kulit durian yang dibakar lalu dijadikan abu, airnya dapat melancarkan haid, tetapi juga bersifat abortif. 
  • Buahnya menjadi sebagai ubat penyakit kuning.
  • Meningkat nafsu makan kerana mengandungi niasin & thiamin.
  • Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.
  • Memelihara kesihatan tiroid kerana kandungan tembaganya.
  • Tryptophan adalah antara bahan yang didapati didalam asid amino dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberi ketenangan & keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi , sering marah & menghadapi tekanan perasaan. Dapat mengurangkan stres & depresi kerana kandungan piridoksin (vitamin B6).
  • Baik untuk kesihatan gigi kerana mengandungi  fosfor (P).
  • Kulit buah durian dapat diguna sebagai pengusir nyamuk.
  • Akar & air saduran daun durian dapat menjadi sebagai antipiretik (berkhasiat menurunkan suhu tubuh atau demam panas).
  • Diyakini bisa membangkitkan gairah atau potensi seksual.
  • Akarnya dapat mengubat infaksi pada kuku. 
Okey laaa...mai kita kita jenguk-jenguk...tenguk-tenguk...resipi Pengat durian & pulut lak....
Senang sangat resipinya....sesenang A,B & C....namun bagitu MA n3kan jugak diblog nie...sekurang-kurangnya untuk rujukkan anak-anak yang baru belajar memasak.....& juga boleh memberi idea pada yang sedang terfikir-fikir nak makan ape untuk juadah petang nanti.....


PENGAT/BUBUR DURIAN 
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :

  • 1 biji durian
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula (kemanisan ikut citarasa masing2)
  • 2 helai daun pandan (bersih serta disiat2kan & disimpulkan)
  • Sedikit garam
Cara Membuatanya :
  1. Kupas durian & ambil isinya. Ketepikan..
  2. Masukkan isi durian kedalam periuk, bubuhkan daun pandan.
  3. Tuangkan separuh daripada santan kedalam periuk yang berisi durian tadi.
  4. Masaklah diatas api yang sederhana kecil & kacaukanlah selalu supaya kuahnya sebati...
  5. Masukkan gula & air untuk mengimbangi kepekatan kuah durian. Kacaukan lagi.
  6.  Masukkan pula baki santan  beserta dengan sedikit garam(fungsi untuk menaikkan rasa lemak kuah durian tersebut).
  7. Biarkan mendidih sambil dikacau kuah durian tersebut anggaran mendidih 2 ke3 kali...bolehlah ditutupkan api.
  8. Sedia untuk dihidangkan panas2.  
NOTA : Pengat/ bubur durian nie sedap dimakan bersama pulut, roti jala serta roti. 
untuk kali nie MA gandingkan dengan pulut saje......
Mai kita kita masakkan pulut pulak..... Sesiapa pun boleh buat pulut nie, hanya kukuskan saja....



PULUT KUKUS
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 1/2 kilo pulut putih
  • Santan pekat
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan - bersih  serta disiat & disimpulkan
Cara Membuatnya :
  1. Pulut direndam kira-kira sejam atau lebih elok semalaman. Bersihkan pulut & toskan.
  2. Satukan garam & santan, sebatikan, sesuaikan rasa masinnya agar tidak keterlaluan.
  3. Masukkan pulut didalam bekas & dan masukkan santan tadi sehingga paras pulut tersebut.
  4. Masukkan juga daun pandan yang telah bersimpulkan tadi.
  5. Kukuslah pulut tersebut anggaran 20 minit, buka pengukus & karehkan pulut supaya santan elok sebatinya dengan pulut.
  6. Kukuskan semula anggaran 10 minit lagi.
  7. Tutup api & siap untuk dihidangkan bersama pengat/ bubur durian.
'SELAMAT MENCUBA' 


Pengat / Bubur durian telah pun terhidang
Jemput makan......