Hari nie MA buatkan lagi Biskut Almond Roselle.......biskut yang menjadi kegemaran MA & Si Bungsu.
Membuatnya tidak lah susah sangat......cuma dikali ini MA hiaskan diatas biskut nie dengan loretan coklat putih.......supaya menaikkan serinya lagi.....hehehe
Biskut yang pastinya sedapp tak terkata.....oleh kerana bahan utamanya badam & crispy pula tuu....
Biskut nie tak puas kalau dimakan sikit...pasti anda terasa mahu memakannya lagi...& lagi.........
Biskut nie lebih crispy jika disimpan didalam peti ais......
Okeylah kerana resipinya telah MA updatekan dalam blog MA.....jadi tak payahlah MA salinkan semula resipinya.......memadailah bagi anda yang berminat nak mencubanya, bolehlah dapatkan resipinya DISINI.
Memandangkan Biskut ini bahan utamanya BADAM. Apa kata mari kita skodeng keistimewaan khasiat badam untuk tubuh kita.........
Menikmati snek....memang sesuatu yang menyeronokkan & mengasyikkan terutama semasa bersantai. Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Bagitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
Sabenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walau pun badam mengandungi kuantiti kandungan lemak yang tinggi, namun 90% lemak dalam badam adalah kandungan lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan. Kandungan lemak mano taktepu (manounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana yang terdapat dalam minyak Zaitun membuatkan badam menjadi senjata yang terhebat bagi memerangi kelestrol LDL dalam badan anda. Tahukah anda badam adalah makanan seimbang yang paling tinggi kasiatnya dikalangan kekacang???
Badam bantu kurangkan selera makan
Pokok Badam dengan buahnya yang matang ...
Lokasi : Majorca, Spain
Bunga Badam yang manis
Bunga Badam yang pahit
Badam yang masih hijau
Badam yang masih dalam 'cengkerang' (kiri)
Badam yang telah dikeluarkan drp 'cengkerang' (kanan)
Badam juga mengandungi Vitamin E & sebatian yang dikenali sebagai fitokimia yang dikatakan mampu melindungi terhadap penyakit kardiovaskula, malahan kanser. Selain tidak ada kolesterol, anda juga boleh mendapat kira-kira 35% Vitamin E dalam bentuk alpha tocopherol, serta antioksidan yang memiliki kuantiti penentang kanser yang banyak.
Selain itu badam juga dapat.....
- Cegah Osteoporosis
- Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi & serangan jantung.
- Kurangkan risiko kanser servik
- Badam menghalang obesiti (kegemukkan)
- Cepatkan tahap intelektual
- Meredakan diebetis
- Membantu & menghalang batu karang
- Mengurang risiko berbagai penyakit
- Baik untuk kesihatn kulit.
Kesimpulannya mai kita makan Badam selalu
Sumber 1 : laman-seri.blogspot.com
Sumber 2 : keunggulan-wanita.blogspot.com
No comments:
Post a Comment