CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 12, 2013

SAYUR LEMAK LABU.....KEGEMARAN ANAKKU

Alhamdulillah dikesempatan yang terluang ini MA updatekan resipi tertunggak SAYUR LEMAK LABU.
Sayur lemak labu nie memang kegemaran anak MA, My Yanti.....
Kalau balik ke Ipoh je...pasti sayur lemak labu nie le yang dia request.....
Sebagai ibu, pastinya MA akan sedaya upaya dengan rasa senang hati & penuh dengan kasih sayang menyediakan juadah kesukaan anak-anak & suami yang tercinta. Memang MA rasa berbaloi sekali bila memasakkan  masakkan kegemaran mereka....apatah lagi jika mereka makan dengan berselera sekali.
Labu  boleh di perbagaikan memasaknya dengan bemacam-macam cara. Dari labu kita boleh buat sayur, pengat , sira labu, cucur labu. bingka labu, lepat labu, kek labu, tart labu dll mengikut kretiviti kita.....
Sebelum kita pergi keresipinya......apa kata kita lihat dulu Tip terpenting cara kita menyimpan buah Labu yang berlebihan ......kerana selalunya jika kita membeli buah labu kuning, pastinya kita akan membeli sebiji.....jarang sekali kita perolehi labu yang sudah dipotong atau separuh sahaja  yang dijualkan.
Oleh yang demikian mai kita tenguk tip cara menyimpannya, supaya labu yang dibeli akan tahan lebih lama.

TIP MENYIMPAN LABU :

  • Labu kuning & hijau sangat mudah untuk disimpan, pada umumnya labu dapat disimpan dalam sebiji (tanpa dipotong) selama 2 sampai 3 bulan.  Sehingga dizaman dahulu apabila kekurangan sayuran dimusim dingin, orang menggunakan labu sebagai sumber penting penyimpanan vitamin. 
  • Labu yang dipotong kemudian disimpan, nutrisi (zat) pentingnya akan mudah hilang, jadi yang terbaik adalah dengan menyimpan dalam bungkus plastik sehingga saat disimpan  bisa bertahan 5 sampai 6 hari. 
  • Kalau nak labu yang disimpan dalam peti ais untuk tahan lama, sebelum disimpan dalam peti ais, buang bijinya terlebih dahulu & labu itu dibungkus dengan plastik. 


MASAK LEMAK LABU
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 biji labu kuning - dibuang kulit & dipotong kecil
  • 1/4 biji kobis - dipotong kasar, bersih & toskan
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak & dipintalkan
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 1 biji cili besar - dibelah 2
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Segengam ikan biliskiub pati ikan bilis (kalau guna ikan bilis - ditumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan labu kuning didalam periuk bersama dengan bawang merah & bawang putih, daun kunyit & cili besar.
  2. Masukkan juga ikan bilis tumbuk/ kiub pati ikan bilis, santan beserta dengan sedikit air, jerang periuk diatas api.
  3. Biar sehingga mendidih & sehingga labu empuk. Kacau santan selalu supaya tidak pecah minyak. 
  4. Apabila labu telah agak empuk, masukkan kobis. Kacau kuahnya sehingga mendidih dua atau tiga kali.. 
  5. Masukkan garam & rasalah kesesuaian nya.
  6. Tutupkan api & bolehlah dihidangkan.  


Kuah Lemak Labu yang enak....
jemput makan

No comments:

Post a Comment