CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 25, 2013

SEDAPPNYEE TART BUAH

Salam sayang kepada semua.......nie pula MA baru buatkan petang semalam tart buah kegemaran si bongsu & MA .....
Sedap tart nie, cantik sekali bila di hidangkan apabila tetamu berkunjung ke rumah anda......nampak meriah.
Tart nie boleh juga di buat hantaran........cuma kita mesti kretive dalam menghiasnya.......Bagi MA kalau di buat untuk hantaran MA selalu letakan tangkai pada tart nie........ pasti nampak cute.
Untuk membuat tart crust/ shell nie MA selalu gunakan resepi daripada Azita Zain, terima kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu....... Wbp kadang-kadang MA gunakan jugak resepi Tart Crust / Shell yang MA belajar semasa tinggal di Shah Alam dulu......
Kali ini MA gunakan resepi yang MA belajar bersama sifu MA, Kak Pau.
Ok le mari kita tengok resepinya .......




TART BUAH
Double Short Crust Pastry (untuk pastri manis)

Bahan-bahannya:

150g tepung gandum
50g butter ( untuk lebih rangup gunakan majerine)
25g shortening
1/4 sudu teh garam
50g gula kaster
1 biji merah telur gred B
3-4  sudu makan air ais

Cara-caranya:

  1. Gaulkan tepung bersama butter, shortening, garam dan gula sebatikan sehingga menjadi serbok roti.
  2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga menjadi sebuku doh.
  3. Rehatkan selama 20 minit ( terbaik masukkan di dalam peti ais sekejap) sebelum di bentuk.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan di dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
  5. Bakar dengan suhu 170C  selama 20 minit atau sehingga masak. (Ini bergantung pada jenis oven)


HIASAN:

Buah anggor, buah kiwi  dan buah peach dalam tin.
Sedikit jelly apricot

UNTUK INTINYA: 

Bagi intinya pula MA selalu gunakan bagi membuat inti untuk cream puff. Resepinya ada di SINI.
Silalah lihat di link berkenaan, maafkan MA kerana terlalu le malas nak menaip semula resepinya.

CARA MENGHIAS TART BUAH:

  1. Susunkan shell tart berkenaan. Masukkan inti di dalm bag paipping dan picitkan kedalam tart crust/shell tersebut.
  2. Setelah penuh tart dengan intinya, bolih le di letakkan buah- buahan hiasan yang telah di potong kecil diatas inti tart tersebut. 
  3. Untuk lebih nampak cantik tart buah tersebut sapulah di atasnya dengan brush sedikit jelly apricot yang telah di cairkan dengan beberapa titis air panas.

NOTA :


  • Tart crust/ Shell ini boleh di buatkan sehari atau dua hari awal terlebih dahulu, dan di simpan dalam bekas yang kedap udara.
  • Untuk tart crust/ shell yang tahan daripada menjadi cepat lemau - sapulah sedikit di permukaan dalamnya dengan cairan cokelat atau pun telur putih. (Jika sapu telur putih mestilah di sapukan sebelum proses tart crust/shell itu di bakar). Kemudian barulah di hias tart tersebut dng inti dan buah-buahan. 
  • Bagi inti tart ini boleh tahan cuma dalam masa tidak lebih 3 hari.....itu pun sekiranya di masukkan ke dalam peti ais, sekiranya tidak cuma tahan untuk di makan pulang hari sahaja. 





No comments:

Post a Comment