CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 1, 2014

SEPAGI DI LAM LOK KIN @ MEMORY LANE IPOH

Assalamualaikum.....
Selamat tahun baru untuk anda semua....semoga tahun 2014, dapat
menceriakan kehidupan anda. Dalam melangkah ketahun baru...pastinya
kita mempunyai keazaman & impian yang tersendiri . Semoga apa2 yang diimpikan
 dapat dicapai  pada tahun 2014 ini....Amin. 
Ini adalah entri MA yang pertama untuk tahun 2014 ini.

Kali ini MA ingin membawa anda untuk mengenali bandar Ipoh yang sinonim dengan ...
'LAMLOKIN a.k.a MEMORY LANE'

Memory Lane Ipoh adalah satu tempat yang istimewa buat warga bandaraya Ipoh, Perak. Ia lebih dikenali
sebagai 'Pasar Karat' atau 'Lamlokin' bagi sebilangan besar warga Ipoh. Atas inisiatif pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya  Ipoh 'Lamlokin' atau 'Memory Lane' ini, diadakan disuatu lorong bersebelahan pasaraya The Store Ipoh & dibelakang premis-premis perniagaan dibandar Ipoh. Lamloking @ Memory Lane terletak sepanjang Jalan Lim Bo Seng & dibuka setiap pagi Ahad.
Asal 'Lamlokin' mendapat nama adalah diambil sempena nama peniaga berbangsa Cina yang bernama 'Lok Hin'. Bagitulah nama itu dipakai terus sehingga sekarang.

Memory Lane - Singgah la...macam-macam ada...

Untuk warga Ipoh yang lebih senior pasti memaklumi bahawa tapak 'Lamlokin' nie telah pun berpindah dari satu tempat kesatu tempat , beberapa kali.... Pada tahun 1985 lokasi 'Lamlokin' ini adalah berdekatan dengan Sungai Kinta bersebelahan dengan Pasaraya Parkson, Pada ketika itu 'Lamlokin ' kurang mendapat sambutan. Antara yang gemar mengunjunginya adalah gulungan yang berpendapatan rendah & sederhana. Kebanyakkan barang-barang yang dijualbeli adalah barangan lusuh & dari barangan buangan masyarakat tempatan.


Tidak lama lepas itu 'Lamlokin' berpindah lokasi sekali lagi. Kali ini tempatnya ialah disatu lapangan di Pinggir Sungai Kinta bersebelahan Restoran Nasmir sekarang ini. Dilokasi ini 'Lamlokin' mula mendapat sambutan. Setiap pagi Ahad berpusu-pusu orang ramai datang berkunjung & membeli belah di 'Lamlokin'.
Antara barangan yang dijual disini adalah barang antik, barang elektrik terpakai seperti radio, permain piring hitam, peralatan bunyi, peti TV, perkakas kenderaan, jam2 lama, ubat-ubatan tradisional, pakaian & lain-lain.


'Lamlokin' berpindah lagi atas sebab-sebab tertentu, kali ini lokasinya agak jauh dari pusat bandar Ipoh. Dimana lokasi barunya berdekatan dengan Stadium Perak. Tempat baru disekitar perkarangan Stadium ini tidak lama & hanya sementara sebelum 'Lamlokin' berpindah ketempat sekarang ini. 


Dari lokasi yang agak jauh dari pusat bandar, kini 'Lamlokin' berpindah lagi betul-betul ditengah-tengah pusat bandar. Berapa lama lagi 'Lamlokin' akan menetap disini ???


Pengunjung 'Lamlokin' hari ini terdiri daripada semua lapisan masyarakat & umur serta penuh sesak setiap minggu. Konsep perniagaan di 'Lamlokin ' masih kekal menjual barang-barang lama & antik. Tetapi tidak berkecuali juga barang-barang yang baru yang berteknologi moden juga terdapat dijual disini. 'Lamlokin kini mendapat liputan yang meluas & menjadi salah satu tempat tarikkan orang ramai setiap hari minggu.
Malah bukan sahaja dikunjungi oleh warga bandar Ipoh malah warga dari negeri-negeri lain juga turut mengunjungi 'Lamlokin' @ 'Memory Lane'.


Bagi pengunjung tetap 'Lamlokin' akan biasa dengan suasana riuh rendah, & kesesakkan pada lorong membelinya. Dihujung simpang terdapat satu suasana yang lain dari yang lain. Satu sudut dimana tempat orang ramai menghiburkan diri dengan mendengarkan lagu-lagu irama 60an nyanyian pemuzik 'Lamlokin'.
(D' Lokin Brothers).
D' Lokin Brothers akan membuat persembahan setiap hari Ahad pada jam 10.00 pagi, jika tiada apa-apa halangan. Kebanyakkan lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu irama tahun 60an. Konsep lagu lama dikira amat sesuai dengan Memory Lane yang menjual barang-barang lama.


Di 'Lamlokin' juga pengunjung boleh menjamu selera, kerana terdapat gerai-gerai makan yang beroperasi dikawasan 'Lamlokin' ini. Seawal pagi lagi kita boleh mendapatkan jamuan Satey yang memang mengancam selera pengunjung-pengunjung 'Lamlokin'. Kepada anda yang belum pernah berkunjung ke 'Lamlokin' @'Memory Lane'........mai le cuba melancung ke bandar Ipoh & jangan lupa berkunjung ke 'Lamlokin @ 'Memory Lane' pada setiap pagi AHAD. Pasti anda akan teruja bagi mendapatkan barang-barang antik & barang-barang yang akan menggamit nostalgia silam anda. 


Juga untuk pengetahuan : Ibu negeri & pusat pentadbiran Perak, Ipoh merupakan sebuah bandaraya  terletak dalam daerah KINTA Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang ke 4  yang terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, George Town & Johor Bahru.
Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan & perniagaan yang terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya selain daripada lokasi yang terkenal deangan perlombongan Bijih Timah. 
Nama "IPOH" diambil dari pohon "EPU" panggilan bagi orang putih atau lebih dikenalai sebagai "POKOK IPOH" deangan getahnya yang beracun & diguna oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Manakala orang Cina pula menyebunya sebagai t "IPOH" atau "PALUH".


Berikut merupakan fakta yang boleh diunkapkan dengan keuwudan 
Bandaraya Ipoh & serba sedikit mengetahui  tarikh 
Ipoh ditubuhkan :

01.01.1980 - Majlis Perbandaran Ipoh ditubuhkan
12.05.1988 - Ipoh diistiharkan sebagai Bandaraya
01.10.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh mengambil alih
pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapanga ll seluas 3394 hekta
21.03.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh menjalin hubungan diantara
Datuk Bandar Ipoh deangan Bandaraya Fukuoka di Jepun sebagai
bandaraya kembar atau 'sister city'.
1991 - Penduduk MBI seramai 382,633 orang 
dengan keluasan134,7 km / persegi.
Ipoh juga turut menjalin hubungan dengan GUANGZHOU, China 
juga dibawah konsep bandaraya berkembar / 'Sister City'



Sumber : 1. dlokinbrothers,blogspot.com
2. asamgaram2puteri.blogspot.com
(Terima kasih)











No comments:

Post a Comment