Okey le hari nie MA nak N3 satu lagi resepi berbuka MA .....Masak Lemak Cili Padi Perut Muda.....resepi nie, resepi turun- temurun daripada Arwah nenek MA di sebelah ayah .....
Al-Fatihah....buat arwah nenek Samsiah..... semoga rohnya di cucuri rahmat & di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.....Aminnn
Anda pernah makan masakan perut panjang /perut muda tak???
Resepi nie adalah resepi masakkan jawa....nenek MA dari sebelah ayah berketurunan Jawa Penang...
Memang MA sekeluarga sukakan masakkan nie......kalau ada perut muda, pasti MA sendiri tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya & memasak resepi nie....
Kebetulan semasa MA pergi ke Pasar Besar Ipoh pagi semalam.....MA ternampak ada di jual perut muda nie....apa lagi, pucuk di cinta ulam mendatang.....Sekilo perut muda nie RM13.00.....jadi MA belikan 2 kilo, kerana memang susah nak dapat perut muda nie......
Selalunya....MA akan masak resepi nie, bila tiba hariraya Aidil Adha je.....
Pada masa tu....banyak lembu di korbankan, jadinya perut muda senang di perolehi....My hubby memang minat dalam menolong melapah daging korban nie......kerja-kerja macam nie memang dia suka & cekap.....Katanya dia berasal dari kampung....kerja-kerja macam nie sering di buatnya......mana tidaknya, keluarganya banyak membela kerbau......
Okey le bagi anda yang yang belum pernah mencuba makan masakkan perut muda nie......cuba-cuba le...pasti anda akan jatuh cinta dengannya...... uummppp sedappp
Mari kita tengok resepinya....
Bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat
masak lemak cili padi perut muda
Gambar perut muda yang di sediakan bagi proses untuk di rebus
Masak Lemak Cili Padi Perut Muda tersedia di hidangkan
Jemput Makan
MASAK LEMAK CILI PADI PERUT MUDA....ummppp sedapnyaaa
Oleh : MamaAna
Bahan-bahanya :
1 kilo perut muda-dibersihkan, diikat setiap hujungnya dengan tali rafia & di rebus
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2" halia*(* bahan ini di hiris & ketepikan 1/4 daripadanya)
Santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 biji ubi kentang- di belah 4 tiap sebiji (MA rebuskan sampai empuk)- KIV
1 batang serai - di titik
10 biji cili padi -di ketuk pecah-pecahkan saja
7 biji cili padi#
2" kunyit hidup#
Sedikit belacan#(#bahan ini di tumbuk hingga lumat bersama 1/4 bahan yang di hiris)
1 keping asam gelugur
Garam & gula
Sedikit kacang tanah
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
- Perut muda di bersihkan & di rebuskan dalam pressure cooker selama 20 minit, lepas tu di toskan & di potong kecil-kecil anggaran 1" panjang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang di hiris sehingga agak layu sedikit.
- Masukkan serai, bahan-bahan yang di tumbuk, kacang tanah beserta cili padi yang di ketukkan tadi, tumis lagi hingga naik bau & bawang agak garing sedikit.
- Masukkan perut muda beserta kentang yang telah empuk tadi, kacau sebatikan.
- Masukkan santan & kacau sebatikan. Sesuaikan kepekatan kuahnya, jika terlalu pekat...masukkan sedikit air lagi, Masukkan sekeping asam gelugur. Kacau sehingga mendidih.
- Masukkan garam & sedikit gula, sesuaikan dengan citarasa yang kita kehendaki.
- Tutup api & bolehlah di hidangkan.
-SELAMAT MENCUBA-
No comments:
Post a Comment