34 MINIT SEHARI
Apabila kita melakukan sesuatu perkerjaan, kadang-kadang kita terlalu sebuk sehingga kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jadi lakukan le sedikit pengiraan sehari, kita perlu menunaikan solat.
- SUBUH : 2 rakaat
- ZUHUR : 4 rokaat
- ASAR : 4 rokaat
- MAGRIB : 3 rokaat
- ISYAK : 4 rokaat
Bagaimana pula dalam masa seminggu ??? 34x7 = 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam.
Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan 4 minggu, jadi 3.97x4 = 15.88 jam. Dalam setahun pula, 15.88x12 = 190.56 jam, dan ini jika di tukar dalam unit hari adalah bersamaan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk solat hanyalah lebih kerang 8 hari saja.
Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah lebih kurang 60 tahun. Umur 10 tahun adalah merupakan umur seseorang mencapai akil baligh & sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna seorang yang berumur 60 tahun perlu solat selama 50 tahun. Jika dalam setahun masa yang di ambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh 50 tahun masa yang di ambil untuk menunaikan solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang = 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan, dari keseluruhan umur 60 tahun kita, untuk menunaikan solat. Itu pun kadangkala masa solat kita kurang kerana : uzur, jama', kurang 2 rokaat untuk solat Jumaat.
Jika di kira kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam. shopping berjam-jam. 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita & menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh & penuh khusyuk.
Aminnn.....
SOLAT DALAM AIR
Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuk waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar-tukar baju apa semua mungkin tak sempat, jadi di teruskan sahaja solat di dalam air.
Tak salah !!
Sebab solat sahaja membezakan antara orang islam & bukan islam....
Sebesar-besar pencuri, adalah orang yang mencuri waktu solatnya.....
SUBHANALLAH
Renung-renungkan lah......siapalah kita!!!
Sumber: Mr Tazkirah
Salam...
ReplyDeleteHerm....blog yang cantik....
Terima kasih MA sudi singgah dapur Rahel...
Wkumsalam...salam perkenalan
ReplyDeleteMA sungguh terharu kerana Rahel sudi berkunjung ke blog MA.
Terima kasih daun keladi...senang2 singgah le lagi...
InsyaAllah MA akan selalu berkunjung ke dapur Rahel...MA suka
dengan resepi2 & susun atur dapur Rahel.