CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 21, 2013

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA TAUGEH


Assalamualaikum......salam di hujung minggu..
Semalam salah satu menu berbuka MA...... Kerabu Pucuk Paku Bersama Taugeh. Kerabu nie memang favourite MA & My hubby. Dah lama MA teringin nak buat kerabu nie.....tapi seperti biasalah asyikkan tertangguh je....
Kebetulan semalam, MA berpeluang ke Pasar Besar Ipoh, jadi MA pun ambil peluang ini untuk membeli bahan-bahan kerabu.....sbb di pasar nie je ada di jualkan kerang yang telah berkupas...fresh. Lagi pun di Pasar Besar Ipoh, sayur-sayur kampung banyak di jual.....apatah lagi kalau MA mencari di kawasan pasar Melayu.......boleh di katakan semua ulam-ulaman kampung boleh di cari di sini.
MA juga ada belikan batang keladi, ingatkan nak masak dengan siput sedut....tapi pusing punya pusing mencari siput sedut.....haram tak ada......huhuhu
Wbp batang keladi nie, MA simpankan dulu untuk menu yang akan datang....baru terfikir-fikirkan menunya..... Buat masa sekarang MA taklah susah hati sangat dengan menunya......kan cik google ada, bila-bila masa dia akan menolong kita dengan syarat bahan-bahannya semua ada.....he3x
Okeyle berbalik kepada menu Kerabu Pucuk Paku bersama Taugeh nie......Mai kita jengok resepinya.....





KERABU PUCUK PAKU BERSAMA TAUGEH
Oleh : MamaAna

Bahan-bahannya:

1 ikat pucuk paku (Sekarang harga dah RM2.00)
Sedikit taugeh - anggaran 50sen
Kerang yang telah berkupas fresh - anggaran RM3.00 - (Boleh juga di gantikan dengan perut lapis)
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*bahan ini di hiris)
1" halia#
2 biji cili merah#
3 biji cili padi#- KIV jika mahu pedas
Sedikit belacan#
2 batang serai#- di hiris terlebih dahulu
1 sudu kecil lada hitam#(# bahan-bahan ini di tumbuk halus)
2 sudu besar kerisek (Boleh juga di gantikan dengan pati santan)
2 biji limau kasturi
Sedikit garam & gula

Cara Membuatnya :
  1. Potongkan pucuk paku & bersihkan taugeh beserta kakinya. 
  2. Sediakan air rebusan yang telah di bubuh dengan sedikit garam & sedikit minyak. Biarkan hingga mendidih.
  3. Bila air telah mendidih, celurkan sebentar sahaja pucuk paku, taugeh & kerang. Ketepikan.
  4. Sediakan bahan-bahn lain seperti di atas. Masukkan ke dalam bekas bahan-bahan yang dicelurkan tadi. Gaul sebatikan.
  5. Masukkan kerisek & air limau kasturi, gaul rata.
  6. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  7. Kerabu Pucuk Paku bersama Taugeh telah siap. Hidangkan.

                                        Kerabu Pucuk Paku Bersama Taugeh telah terhidang

-JEMPUT MAKAN-


No comments:

Post a Comment