CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 22, 2013

BUBUR SOM-SOM....penyejuk tekak di bulan puasa

Assalamualaikum....
Hari ini dah masuk hari ke 13 dah kita semua menjalani ibadat puasa di tahun ini...
Ya Allah cepat betul rasanya masa berlalu......bagitulah jua dengan umur kita. Anak-anak yang dulunya kecil, kini masing-masing dah meninggalkan kita....tidak lagi duduk dibawah ketiak kita...
Kini yang tinggal kita & hubby..... itu pun kalau di berikan Allah panjang umur kita. Bagi MA nasib baiklah si bongsu masih bersama kami......sekurang-kurangnya ada tempat bergaduh...he3x
Entah kenapa hari nie MA ber emosi sikit.....satelah membaca apa yang kkida tayangkan......Anak kecil yang baru nak mengenal erti hidup....menghadapi situasi yang begitu perit sebelum menemui ajalnya.
Meninggal di dalam kereta akibat lemas setelah di tinggalkan ibunya selama 6 jam dalam terik matahari...... (Utusan online). Usah kita menunding jari mempersalahkan ibunya......ibu mana yang mahu melihat anaknya menghadapi situasi seperti itu........ Sudah di takdirkan bagitu, terima saja qada' & qadar ILAHI. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....semoga keluarganya bersabar serta dapat menerima dugaan ini dengan tabah.....Aminn
Okey le.....berbalik pada resepi hari ini yang MA nak tayangkan ..........
Pagi nie MA skodeng ke rumah Yatie.....Alahaiii terpikat MA pada Bubur Som-Som yang Yatie tayangkan..... Kebetulan bahan-bahan semua ada.....jadi apa lagi, MA pun terus le projek membuatnya bagi juadah berbuka puasa, sebagai penyejuk tekak kami hari nie........Membuatnya pun tak susah.
Terima kasih pada Yatie kerana idea ini, dan kata Yatie resepi nie dari K.Fida jadi terima kasih juga pada K.Fida kerana sudi berkongsi resepi ini. Izinkan MA berkongsi pula resepinya di blog MA bagi rujukkan MA & anak-anak .......



BUBUR SOM-SOM
Resepi : K.Fida
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan A :
  • 100g tepung beras (Yatie guna 1 cawan) MA guna 100g)
  • 100g tepung jagung (Yatie guna 1 cawan) MA guna 100g)
  • 1750ml santan (500ml KARA +air) MA guna santan kotak M&S
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau, merah & kuning
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :(MA juga spt Yatie buat separuh adunan saja)
  • 500g gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1000ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
Cara-caranya:
  1. Masak sirap gula hingga gula larut. Ketepikan
  2. Satukan kesemua bahan A, tapiskan & masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat & berkilat, sehingga adunan meletup-letup, guna api sederhana & sentiasa di kacau rata.
  4. Bila dah masak tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kecil & sejukkan.
  5. Saji bersama sirap gula melaka.


Bubur Som-Som yang telah sedia terhidang 
untuk berbuka hari ini





2 comments:

  1. Assalamualaikum MamaAna...
    alahaiiiii wat terliur semula tngk bubur som2 kat sini...sedapkan..tq sudi mencuba...menarik warna ijau dan putih...

    ReplyDelete
  2. wkumsalam Yatie...
    Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..
    Memang sedap Bubur Som2 nie...dah terlalu lama mama tak membuatnya...
    Sbb semalam terlio tengok Bubur Som2 Yatie le...mama buat nie...
    Alhamdulillah, terima kasih daun keladi, lain kali mama buat resepi lain lagi....

    ReplyDelete