Pagi nie MA nak melencong ke situasi lain .....buat renungan kita bersama. Asyik-asyik masakkan je....boring jugak. N3 masakkan memang masih banyak menanti.....Wbp kita lupakan sebentar...mari kita sama-sama renungkan apa yang patut kita tahu untuk dijadikan pedoman....
........APA YANG LELAKI dan WANITA perlu tahu tentang
PERASAAN masing-masing.........
LELAKI perlu tahu yang PEREMPUAN .......
- SENSITIF : Bukan bermaksud suka MERAJUK, tapi hanya ingin bermanja & mendapat perhatian.
- CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.
- HALUS : Ibarat sehelai sutera, cantik mulus, lembut & mudah tercarik & koyak....Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan; biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran, bukan DENDAM.
- IKHLAS : Ikhlas seorang Wanita tak perlu diragui.
- KORBAN : Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang sangat di sayangi, termasuk ibubapa, anak-anak & suami. Wanita amat TABAH.
- PRIHATIN : Sentiasa memerhati keadaan sekeliling dalam DIAM.
- MANJA : Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
- EGO :Wanita yang terlalu sayang kekasihnya, sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- CINTA : Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam & tulus.
- SEKS : Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita dicipta dengan 9 nafsu & 1 akal. Nafsu yang banyak & tidak tertumpu pada yang satu. Lelaki pula dijadikan 9 akal & 1 nafsu. Fungsi lelaki untuk membimbing wanita bukan menghanyutkannya.
"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah pelindung & bukan sebagai pemusnah. Wanita dicipta oleh ALLAH SWT dari tulang rusuk kiri, ianya untuk dipeluk & dimanja, bukan untuk di kasari, maka lelaki haruslah memahami hati & perasaan WANITA."
PEREMPUAN juga perlu tahu yang LELAKI.....
- Lelaki juga boleh menjadi seorang yang bgitu SENSITIF & mengambil berat (PRIHATIN)
- Jika seorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya CANTIK. Cukup dengan budi bahasa & kesopanan yang tinggi, Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya. Samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakian untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan kuat terhadap wanita, sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita & menonton Baywatch!! atau mencuci mata ditepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakkan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak manco, hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap "Emm..tengoklah dulu", itu seringkali bermaksud dia kata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bercakap jujur & berterus terang & mengharap wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak 'despreate', datang dari sekolah all boys!!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutama apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemua pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan....& tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Bertapa hebatnya lelaki itu bersikap Romeo & 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa.....yang lain hanyalah kawan.
- Bila lelaki tengok dada wanita & wanita itu menyedarinya....maafkan saja, kebanyakan lelaki tak sengaja......mereka merasakan kejadian wanita itu bagitu indah.
- Bila sesuatu hubungan putus ditengah jalan, lelaki juga rasa bersedih, cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati lelaki, perempuan itu patut bagi hint!! mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
- Adalah memalukan bagi lelaki bila tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan....mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimana rupanya atau pandangan luarannya. Jadi perempuan jangan lah berharap semua yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal & mempunyai kelemahan.
Sumber : Bidadari Syurga
Salam mama...
ReplyDeleteasz setuju sgt...td baru jer bercerita dgn students asz pasal nie....byk idea dan kupasan dr mulut pelajar2 :)
Waalaikummusalam asz...
ReplyDeleteOo yeke..terima kasih, diatas kesudian asz melawat blog mama...
Students masa kini memang byk idea & kupasan mereka pun selalunya bernas...
Asz sebagai tenaga pengajar...pasti selalu berdebat dengan mereka.
Pastinya mereka takkan mengalah..