CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 18, 2013

AYAM LADA HITAM......Masakkan Sampoi Je...

Assalamualaiku....selamat pagi....... pagi nie cuaca boleh dikatakan elok, langit cerah diselaputi awan, agaknya mungkin pagi nie tidak hujan.....semoga suasana cerah ini berkekalan hingga kepetangnya....
Di Ipoh cuaca kini tidak menentu.......sekarang boleh dikatakan musim hujan....jika pagi tak hujan pasti petang atau malam hujan....Suasana dikawasan rumah MA, sentiasa saja didalam kesejukkan....apatah lagi rumah MA berhampiran dengan bukit bukau & gunung.....
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah kesini.....kecil tapak tangan nyiru MA tadahkan.....
Silakan...silakan....skodenglah resipi2 yang berkenan dihati....
Resipi yang MA N3kan kali ini juga sampoi sekali......wbp untuk rujukan anak2, MA persembahkan juga resipinya disini.....
Resipi asal yang MA ambil daripada buku resipi Chef Hanieliza. Terima kasih pada beliau, namun bagitu maafle..... MA telah olahkannya semula mengikut citarasa MA.
Kepada anda yang tengah mencari idea untuk memasak hari nie.....Jom kita tenguk resipinya....
  

AYAM LADA HITAM
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi ( Chef Hanieliza)
Olahan : MA

Bahan-bahannya A :
  • 500g ayam - dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil (MA tak guna sbb tak ada stok)
  • 1 sudu makan kicap pekat (MA guna kicap lemak manis Jalen je)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 cawan air) - MA guna 1 sudu kecil je
  • 2 sudu makan lada hitam - ditumbuk (MA guna 1 sudu makan je)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
  • 1/2 kiub pati ayam (Ini MA tambah)
Bahan-bahan B (Bagi Menumis) :
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*(* dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar- dipotong bulat
  • 8 biji cili padi  - diketuk (Ini MA tambah)
Bahan C (Sebagai Hiasan) :
  • 2 tangkai daun sup*
  • 2 tangkai daun bawang*
  • 1 biji tomato - dipotong 4* 
  • 2 biji cili merah - dihiris*(Ini semua MA tak bubuh sbb tak ada stok)
Cara Membuat :
  1. Buang kulit ayam kemudian dipotong kecil2- ( Cara MA : ayam yang telah dipotong kecil, dibersihkan kemudian dilumurkan dengan  garam & kunyit kemudian digoreng separuh masak)
  2. Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi & layu.(Masukkan sekali cili padi)
  3. Masukkan ayam & digorengkan sehingga masak (dagingnya lembut) - tapi kalau cara MA : ayam dimasukkan kemudian sekali, kerana ayam dah pun bergoreng.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, kiub pati ayam & KIV garam.
  5. Masukkan ayam yang telah bergoreng, kacaukan sehingga ayam elok bersalut (Ini cara MA)
  6. Masakkan sehingga pekat & masukkan bahan hiasan. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  7. Angkat hidangkan dengan nasi atau pun roti. 
Ayam Lada Hitam .....Dah siap terhidang...
Jemput makan.......

Saturday, November 16, 2013

BISKUT ALMOND ROSELLE.......Yang Sedappp & KHASIAT BADAM

Assalamualaikum.......salam ceria untuk pengunjung blog MA  semua....
Hari nie MA buatkan lagi Biskut Almond Roselle.......biskut yang menjadi kegemaran MA & Si Bungsu.
Membuatnya tidak lah susah sangat......cuma dikali ini MA hiaskan diatas biskut nie dengan loretan coklat putih.......supaya menaikkan serinya lagi.....hehehe
Biskut yang pastinya sedapp tak terkata.....oleh kerana bahan utamanya badam & crispy pula tuu....
Biskut nie tak puas kalau dimakan sikit...pasti anda terasa mahu memakannya lagi...& lagi.........
Biskut nie lebih crispy jika disimpan didalam peti ais......
Okeylah kerana resipinya telah MA updatekan dalam blog MA.....jadi tak payahlah MA salinkan semula resipinya.......memadailah bagi anda yang berminat nak mencubanya, bolehlah dapatkan resipinya DISINI.



Memandangkan Biskut ini bahan utamanya BADAM. Apa kata mari kita skodeng keistimewaan khasiat badam untuk tubuh kita.........
Menikmati snek....memang sesuatu yang menyeronokkan & mengasyikkan terutama semasa bersantai. Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Bagitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
Sabenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walau pun badam mengandungi kuantiti  kandungan lemak yang tinggi, namun 90% lemak dalam badam adalah kandungan lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan. Kandungan lemak mano taktepu (manounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana yang terdapat dalam minyak Zaitun membuatkan badam menjadi senjata yang terhebat bagi memerangi kelestrol LDL dalam badan anda. Tahukah anda badam adalah makanan seimbang yang paling tinggi kasiatnya dikalangan kekacang???

Badam bantu kurangkan selera makan

Pokok Badam dengan buahnya yang matang ...
Lokasi : Majorca, Spain
Bunga Badam yang manis

Bunga Badam yang pahit

Badam yang masih hijau


Badam yang masih dalam 'cengkerang' (kiri)
Badam yang telah dikeluarkan drp 'cengkerang' (kanan)

Badam juga mengandungi Vitamin E & sebatian yang dikenali sebagai fitokimia yang dikatakan mampu melindungi terhadap penyakit kardiovaskula, malahan kanser. Selain tidak ada kolesterol, anda juga boleh mendapat kira-kira 35% Vitamin E dalam bentuk alpha tocopherol, serta antioksidan yang memiliki kuantiti penentang kanser yang banyak.
Selain itu badam juga dapat.....
  1. Cegah Osteoporosis 
  2. Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi & serangan jantung.
  3. Kurangkan risiko kanser servik
  4. Badam menghalang obesiti (kegemukkan)
  5. Cepatkan tahap intelektual
  6. Meredakan diebetis
  7. Membantu & menghalang batu karang
  8. Mengurang risiko berbagai penyakit
  9. Baik untuk kesihatn kulit.
Badam juga amat bermanfaat untuk lelaki kerana ia mempunyai asid lemak yang tinggi berfungsi untuk mengeluarkan hormon & boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.

Kesimpulannya mai kita makan Badam selalu

Sumber 1 : laman-seri.blogspot.com
Sumber 2 : keunggulan-wanita.blogspot.com



Tuesday, November 12, 2013

SAYUR LEMAK LABU.....KEGEMARAN ANAKKU

Alhamdulillah dikesempatan yang terluang ini MA updatekan resipi tertunggak SAYUR LEMAK LABU.
Sayur lemak labu nie memang kegemaran anak MA, My Yanti.....
Kalau balik ke Ipoh je...pasti sayur lemak labu nie le yang dia request.....
Sebagai ibu, pastinya MA akan sedaya upaya dengan rasa senang hati & penuh dengan kasih sayang menyediakan juadah kesukaan anak-anak & suami yang tercinta. Memang MA rasa berbaloi sekali bila memasakkan  masakkan kegemaran mereka....apatah lagi jika mereka makan dengan berselera sekali.
Labu  boleh di perbagaikan memasaknya dengan bemacam-macam cara. Dari labu kita boleh buat sayur, pengat , sira labu, cucur labu. bingka labu, lepat labu, kek labu, tart labu dll mengikut kretiviti kita.....
Sebelum kita pergi keresipinya......apa kata kita lihat dulu Tip terpenting cara kita menyimpan buah Labu yang berlebihan ......kerana selalunya jika kita membeli buah labu kuning, pastinya kita akan membeli sebiji.....jarang sekali kita perolehi labu yang sudah dipotong atau separuh sahaja  yang dijualkan.
Oleh yang demikian mai kita tenguk tip cara menyimpannya, supaya labu yang dibeli akan tahan lebih lama.

TIP MENYIMPAN LABU :

  • Labu kuning & hijau sangat mudah untuk disimpan, pada umumnya labu dapat disimpan dalam sebiji (tanpa dipotong) selama 2 sampai 3 bulan.  Sehingga dizaman dahulu apabila kekurangan sayuran dimusim dingin, orang menggunakan labu sebagai sumber penting penyimpanan vitamin. 
  • Labu yang dipotong kemudian disimpan, nutrisi (zat) pentingnya akan mudah hilang, jadi yang terbaik adalah dengan menyimpan dalam bungkus plastik sehingga saat disimpan  bisa bertahan 5 sampai 6 hari. 
  • Kalau nak labu yang disimpan dalam peti ais untuk tahan lama, sebelum disimpan dalam peti ais, buang bijinya terlebih dahulu & labu itu dibungkus dengan plastik. 


MASAK LEMAK LABU
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 biji labu kuning - dibuang kulit & dipotong kecil
  • 1/4 biji kobis - dipotong kasar, bersih & toskan
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak & dipintalkan
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 1 biji cili besar - dibelah 2
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Segengam ikan biliskiub pati ikan bilis (kalau guna ikan bilis - ditumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan labu kuning didalam periuk bersama dengan bawang merah & bawang putih, daun kunyit & cili besar.
  2. Masukkan juga ikan bilis tumbuk/ kiub pati ikan bilis, santan beserta dengan sedikit air, jerang periuk diatas api.
  3. Biar sehingga mendidih & sehingga labu empuk. Kacau santan selalu supaya tidak pecah minyak. 
  4. Apabila labu telah agak empuk, masukkan kobis. Kacau kuahnya sehingga mendidih dua atau tiga kali.. 
  5. Masukkan garam & rasalah kesesuaian nya.
  6. Tutupkan api & bolehlah dihidangkan.  


Kuah Lemak Labu yang enak....
jemput makan

PENGAT LABU...UNTUK SARAPAN PETANG

Salam sejahtera......apa kyabar semua ???
Untuk kesekian kalinya MA N3kan Pengat Labu pula. Resipi nie sampoi je....dah lama juga buatnya ...tapi tak berkesempatan nak update....biasalah MA sekarang nie jarang-jarang sekali mengadap laptop.....
Wbp blog nie masih lagi menjadi blog kesayangan MA.....bila masa terluang akan MA updatekannya......
Pengat Labu nie MA buatkan untuk sarapan petang minggu kami yang baru berlalu.....ketika My Yanti balik bercuti ke Ipoh baru-baru nie.....
Lebihan labu yang MA belikan untuk dibuat Masak Lemak Labu yang memang kegemaran My Yanti....

Khasiat Labu Kuning Untuk Kesehatan

Buah labu ini adalah salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW
Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan lah dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka " Beliau suka kepada buah labu & mengatakan : " Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

KASIAT BUAH LABU :

  1. VITAMIN A : Labu kuning adalah salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah Vitamin A yang memungkinkan kita sering dijangkiti sebarang jenis penyakit.
  2. KULIT HALUS BERSERI : Sekiranya anda mengidam kulit yang halus & berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
  3. ANTIOKSIDA : Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak saperti antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
  4. RABUN MALAM : Sealain masalah kulit kusam yang tak bermaya, buah labu juga baik bagi anda yang mempunyai masalah rabun malam . Bagi yang mempunyai masalah ketidak seimbangi gula dalam darah juga digalakkan  agar memakan labu sekerap yang boleh.
  5. MASALAH PARU-PARU : Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakkan sendi & masalah paru-paru.Mudah sahaja ambil bijinya & dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak & memudahkan untuk anda meminumnya.

Wallahu'alam.......
Sumber : salamsejahtera66.blogspot.com

Khasiat Labu Kuning Untuk Kesehatan

LABU KUNING juga sangat baik untuk kesihatan ginjal & jantung & mampu mencegah penuaan, kerana mengandungi antioksida untuk mengubati bisul & sebagai pencahar urin telah dikenal lama. Isi buah labu mengandungi alkaloid berguna sebagai anti kanser, yang sangat baik bagi mencegah serangan sel kanser. Kasiat buah labu untuk perawatan kulit, mencegah tulang koropos & meningkatkan kekebalan/ daya tahan tubuh. Untuk kecantikkan pula, labu juga dapat mengurangi munculnya pigmentasi wajah, pencegahan & perubatan jerawat.

Sampai disini perbincangan  kasiat labu untuk tubuh kita. Mari kita beralih pada resipi pula....... 
Okeylah walau pun masakkannya sampoi je.....tapi MA N3kan disini untuk rujukkan anak-anak yang masih baru berjinak dengan dunia masakkan......
Saperti biasa jom kita jenguk resipinya.......


PENGAT LABU
Oleh : MA

Bahan-bahannya : 
  • 1/2 biji labu manis - dipotong kecil-kecil
  • 2 biji ubi keledek (saiz kecil) - dipotong dadu
  • 1/4 cawan biji sagu
  • 11/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula (ikut kemanisan yang disukai)
  • 1/8 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan - disiat & disimpulkan.

Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan labu manis buangkan kulit  & potong kecil-kecil, bersih & toskan
  2. Ubi keledek dibuang kulit & dipotong dadu, dibersihkan & di toskan juga.
  3. Masukkan labu & ubi keledek kedalam periuk, masukkan daun pandan.
  4. Masukkan separuh daripada santan & tuangkan sedikit air, masakkan atas api sehingga mendidih serta sedikit empuk. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Masukkan biji sagu yang telah dibersihkan sebentar. Kacau selalu supaya biji sagu tidak berketul.
  6. Masukkan juga gula serta garam seta lebihan santan tadi. 
  7. Kacau sehingga ubi & labu empuk serta sagu elok masaknya..
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.


Ini dia Pengat Labu telah pun siap terhidang...
Tunggu nak makan je.....