CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 11, 2013

MELTY HERSHEY CHOCOLATE .....YANG TENGAH MELETOP

Assalamualaikum....
N3 kali ini MA paparkan pula dessert yang memang sedap......boleh melelehkan air liur...saperti kata Puan Azlita Aziz tuan punya blog masam-masam manis... ye ke ???
Bagi MA...memang sedap Melthy Hershey Chocolate nie....hinggakan tak boleh berhenti semasa menekmatinya.....selagi tak habis selagi itulah asyik mengadapnya....
Nak rasa keenakkannya, anda cubalah buat sendiri....berbaloi...
Kepada anda yang ingin melihat resipi daripada blog masam manis  bolehlah lihat di SINI....
terima kasih pada Puan Azlita diatas resipi perbagai versi yang beliau paparkan....
tepok dada tanya selera yang mana satu pilihan anda....
Wbp dessert yang MA catitkan disini adalah sumber resipi daripada Rahel blogspot.....memandangkan
 MA tidak mahu menggunakan gelatin......makanya MA cuba resipi ini...... 
kata Rahel beliau ambil resipi ini daripada  Noraslinda Bugal
Terima kasih pada penyumbang resipi......namun bagitu, maafle kerana resipi asal telah
diolah mengikut citarasa MA sendiri.....kerana Puan Azlita kata " Sebenarnya ada perbagai
teknik & gaya pengolahan Melty Hershey ini. Anda boleh gunakan apa-apa saja 
bahan yang anda rasa menepati citarasa selera anda".
Oleh yang demikian anda juga boleh buat versi anda sendiri mengikut selera anda.....
Mai kita lihat resipi Melty Hershey Chocolate yang tengah hits nie.....


MELTY HERSHEY CHOCOLATE
Resipi asal : Noraslinda Bugal
Sumber : Rahel Blogspot
Olahan : MA

Bahan A :
  • 250g UHT Whipping Cream (Dairy fresh cream) - MA guna jenama ANCHOR
  • 250g cream cheese - MA guna jenama ANCHOR juga
  • 200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B :
  • Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang berperisa strawberry pun boleh/ nutella, apa-apa jenis filling) - MA guna jenama American Garden
  • Biskut Marie / Oreo - MA guna Oreo hancur
Bahan-bahan hiasan :
  • Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/ diparut) - MA guna badam, walnut & coklat chips.(Badam & walnut dibakar terlebih dahulu)
Cara Membuatnya :
  1. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat. Putar hingga rata kemudian masukkan pula UHT  Whipping Cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
  2. Ambil bekas & ceduk 1 susu adunan cheese & tuang kedalam bekas.
  3. Susun/ patah-patahkan biskut marie/ oreo (MA guna biskut oreo hancur)
  4. Pichitkan syrup Hershey & ratakan. taburkan coklat chips. Ulang step diatas hingga habis.
  5. lapisan diatas sekali, tuang adunan cheese & picit syrup Hershey
  6. Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti
  7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.



Ini dia Melthy Hershey Chocolate 
yang sungguh mengancam selera anda......

Ini pula jenama yang MA guna untuk buat 
Melty Hershey Chocolate

Friday, November 8, 2013

KEK ORANGE BLENDER ....YANG SAMPOI

ALHAMDULILLAH.....
Dikesempatan kali ini MA N3kan pula kek orange yang memang sedap ....
Buatnya pun taklah susah sangat.....terima kasih pada K.Fida yang sudi berkongsi resipi nie.
Kek nie dah banyak kali dah MA buat.....kebetulan memang My Hubby suka  dengan
Kek Orange....
Resipi yang simple je....
Jadinya selalulah MA buatkan untuk sarapan kami....Pantang saje dirumah nie, 
kalau My Hubby ternampak ada buah orange, pasti dia request suruh buatkan 
Kek Orange nie....
Memang Kek favourite dia nie.....
Mai kita skodeng resipinya......



KEK ORANGE BLANDER
Sumber : K.Fida MyResipi
Oleh : MA

Bahan-bahan (Loyang 9")
  • 1 biji buah orange
  • 1 cawan minyak  (MA cairkan butter)
  • 2 cawan gula halus (MA kurangkan kepada 1 3/4 cawan je)
  • 3 biji telur (MA guna gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar baiking powder* (*diayak bersama)
Cara Membuatnya :
  1. Cuci buah orange, potong & buang biji beserta urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah orange kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula & telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk 7 campurkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.
  3. Tuang adunan kedalam loyang yang telah beralas & gris.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.  


Inilah rupenya KEK ORANGE BLENDER...
Lembut & Gebu je....... sedaappp

Thursday, November 7, 2013

IKAN KELI PANGGANG LADA HITAM 2

Salam mesra untuk pengunjung setia MA ......
Kembali menemui anda dialam maya......untuk kesekian kalinya, MA N3kan resipi Ikan Keli Panggang Lada Hitam....Resipi nie memang resipi favourite MA sekeluarga.....Sebelum nie pun MA pernah N3kan resipi nie...DISINI
Kalau ke pasar, sekiranya MA teringat nak belikan ikan keli pastilah akan MA buat resipi nie....
Tambahan lagi sekarang untuk memanggangnya tidak menjadi masalah besar dah.......sejak ada pemanggang ajaib nie kerja memanggang menjadi senang.
Sebenarnya sedari dulu MA nie tak pernah mencuba makan ikan keli......tapi semenjak kebelakangan ini pula, MA suka sekali memakan ikan keli.....sebelum nie hanya My Hubby & anak-anak je yang suka makan ikan keli nie....... MA, alaahaii tak pernah pun sentuh.....
Bak kata pepatah.... 'Sekali air bah......makanya pasir akan turut berubah' bagitulah dengan MA....mana tahan beb......kalau kita tak ikut merasa sama, memandangkan melihat My Hubby & anak-anak berselera sekali memakannya.......
Jadinya MA mencubalah sikit.....Alahaii, sedappp tuu.....patutlah mereka asyik request suruh MA memanggang je...kalau MA belikan ikan keli.......
Apatah lagi kalau dicicah dengan air asam......Woooiii terangkattt
Okey...mai kita tenguk resipinya......

                            

IKAN KELI PANGGANG LADA HITAM
Oleh : MA

Bahan-bahnnya :

3 ekor ikan keli - dibersih, rendam dengan air limau kasturi 20-25 minit, cuci lendirnya & toskan
2 biji bawang putih -ditumbuk lumat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak bijan (pilihan)

Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan ikan keli , toskan.
  2. Perapkan ikan keli bersama bahan-bahan lain diatas, kecuali mentega selama 30 minit.
  3. Susun ikan keli yang telah berperap tadi didalam pemanggang ajaib.
  4. Letakakn mentega diatas ikan keli tersebut secara rambang.
  5. Kemudian tutupkan pmanggang ajaib, & bakarlah ikan keli tersebut. Setiap 5 minit, ikan keli tersebut mestilah diterbalikkan. Bakar sehingga ikan keli tersebut elok masaknya, lebih kurang 20-25 minit.
  6. Bila ikan keli tersebut telah masak, hidangankan bersama air asam.



Bersama-sama ini juga MA, N3kan resipi air asam yang selalu MA buat untuk dicicah dengan ikan bakar.
Resipinya simple je......tapi demi untuk rujukkan anak-anak MA updatekan diblog ini......
Jom kita tenguk ....

AIR ASAM TOMATO 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 3 biji bawang merah - dipotong nipis
  • 2 ulas bawang putih - dipotong nipis
  • 1 biji buah tomato - bersaiz kecil - (Dipotong dadu kecil)
  • 6 ulas cili padi - dipotong halus
  • 5 biji limau kasturi - pilihan ( boleh juga digantikan dengan air asam jawa)
  • Garam secukup rasa
  • 1" belacan
  • 1 sudu besar kerisik ( pilihan)
  • 1 sudu besar cili sos (jika suka)
  • Kicap lemak manis Jalen secukupnya.

Cara Membuatnya :
  1. Potong halus bahan-bahan   diatas, ( Bawang putih, bawang merah, cili padi & tomato)kemudian letakkan didalam satu bekas.
  2. Masukkan belacan bersama sedikit garam 
  3. Perahkan air asam limau (Jika guna air asam limau) kedalam bekas yang berisi bahan-bahan tersebut. (Jika guna asam jawa - hendaklah di bancuh dengan sedikit air)
  4. Masukkan juga kerisik & cili sos kacau sebatikan.
  5. Siap untuk dihidang bersama ikan keli bakar....




Friday, November 1, 2013

TAZKIRAH....SEMOGA RAHMAT ALLAH BERSAMA KITA.....

Assalamualaikum.....
Pagi Jumaat yang berkat  ini, MA nak kongsikan bersama anda pengunjung setia.....
Semoga apa yang MA kongsikan disini akan memberi
manfaat kepada kita semua.....
Terima kasih kepada blog Tazkirah Ringkas Islamiah
diatas perkongsian Tazkirah ringkas ini......
Izinkan MA kongsikan pula Tazkirah ini diblog MA..
Semoga kita semua di rahmati Allah hendaknya......
Aminnn..... 
Photo: Assalamualaikum w.b.r.t.h...
Menutup aurat itu WAJIB?
Photo 

Photo: Maka kita haruslah bersabar pada setiap musibah yang menimpa kita kerana Allah sengaja menguji tahap kesabaran kita.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui di setiap ujian2 kepada hambanya.....

Photo: Assalamualaikum w.b.r.t.h...

Renungan petang drp Ustz Azhar Idrus

Photo

Photo: Renung- renungkan bersama...

Photo