CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 4, 2013

KUIH TALAM PANDAN.......YANG SEDAPPP

Selamat pagi semua pengunjung blog MA....
Hari nie..awal-awal pagi lagi dah hujan...semalam pun bagitu, agaknya dah tiba musim hujan...
Bagi yang tinggal dikawasan rendah & selalu mengalami banjir...terpaksalah
bersiap sedia dari sekarang....barang-barang yang berharga serta sijil-sijil yang 
penting mesti dikumpulkan disatu tempat....semoga dapat diselamatkan...
Wbp bagi anda yang menghadapi situasi nie....MA doakan semoga anda selamat & tabah 
menghadapi dugaan daripada Allah ....pasti ada hikmah disebalik dugaan ini.......
semoga rahmat bersama kalian.......Amin.
Okeylah berbalik pada resipi hari nie....malam tadi MA buatkan...tiba-tiba teringin 
pulak nak makan Talam Pandan nie.....hehehe
Biasalah lah terkadang tu....duduk tak duduk teringat kuih yang memang menjadi favourite
semasa zaman kanak-kanak dulu..... selalu juga arwah nenek buatkan kuih nie..
Tapi yelah ketika itu....tenguk je arwah nenek buatkankan.....tak teringin pun nak belajar membuatnya...
Namun bagitu sekarang barulah terkial-kial nak membuatnya....terpaksalah pergi berguru....
Resipi nie dah lama MA simpan.....jarang membuatnya....
Resipi nie MA pelajari masa MA duduk diShah Alam tempuhari.....zaman MA tergila-gila
pergi belajar memasak kesana sini....tengah bekerja pun MA akan ambil cuti...
cuma kerana nak belajar resipi yang berkenan dihati......Beribu-ribu ringgit
dah MA habiskan ....cuma kerana nak belajar perbagai resipi......
Okeyle....tak payah le nak berceloteh panjang-panjang....nanti anda pun jemu & MA pun letih...
Jom kita tenguk resipinya....... resipi daripada basic asal yang telah diolah oleh MA...



KUIH TALAM PANDAN
Olahan : MA

Bahan- Bahannya : (utk acuan 7"X 10.5")

Lapisan Bawah : (adunan hijau)
  • 200g gula pasir
  • 5 helai daun pandan- diblend & ambil airnya
  • 190g tepung beras
  • 23g tepung ubi kayu
  • 1 1/2 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Air
Cara Membuat bahagian bawah (adunan hijau) :
  1. Masak gula bersama air sehingga gula larut.
  2. Mesinkan daun pandan bersama air & campurkan bersama air gula
  3. Gaul tepung-tepung tadi, bersama air daun pandan & air gula serta campurkan air kapur. Jadikan adunan ini 1 litre (4.5 cawan).
  4. Tambahkan sedikit pewarna hijau.
  5. Kacau adunan ini diatas api sehingga naik wap.
  6. Masukkan kedalam acuan & kukuslah selama 20 minit.
Lapisan Atas : (adunan Putih)
  • 200ml santan pekat (RM3.00)
  • 70g tepung gandum (MA guna cap sauh)
  • 35g tepung beras
  • 35g  tepung ubi
  • Air
  • 1 1/2 sudu teh garam
Cara Membuat bahagian atas (adunan putih):
  1. Panaskan santan sebentar sehingga panas, tak perlu mendidih.
  2. Gaulkan bahan yang disenaraikan dengan santan suam & air. Jadikan bancuhan ini 1 litre.
  3. Masukkan bancuhan ini kedalam periuk 
  4. Panaskan sehingga naik wap.
  5. Bila adunan bawah sudah masak, lorekkan diatasnya dengan garpu (fungsi supaya adunan atas & bawah akan melekat)
  6. Tuangkan adunan putih keatas adunan hijau & kukuskan selama 25 minit . Bila telah masak bukakan tudung kukusan & kukuskan selama 5 minit lagi supaya air diatas kuih kering.
  7. Angkat & sejukkan, barulah boleh dipotong. 
Talam Pandan dah pun terhidang...
Untuk breakfast pagi ini.....
Jemput makan....

Saturday, November 30, 2013

PENGAT/ BUBUR DURIAN BERSAMA PULUT SERTA KHASIAT DURIAN

Assalamualaikum....
Salam sejahtera kepada anda yang sudi berkunjung keblog MA ini . Kali ini MA nak berkongsi resipi pengat/bubur durian bersama pulut. Makanan yang memang menjadi favourite boleh dikatakan kebanyakkan orang2 Malaysia.......
Kini musim durian kembali lagi....disana sini, ada saja dijualkan buah durian nie,,,,,,
Durian...ohhh durian...memang sedappp kannn??? Sebut je buah durian ...sape yang tak terlio hendak memakannya.....Tapi tahukah anda manfaat durian pada kesihatan ???
Buah durian sangat terkenal diAsia...dimana ia mempunyai kulit yang keras & berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang.....Isinya lembut & manis. Hotel-hotel dinegara ini melarang pengunjungnya membawa buah durian masuk kedalam biliknya, kerana baunya yang sangat kuat......
Ia digelar sebagai RAJA segala buah bukan kerana kulitnya yang keras & berduri.....tetapi kerana kasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien & anti-oksidan yang tinggi. Ia juaga dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol & membersihkan darah.Kalau soal rasa, tidak yang lebih sensasi drp durian. Hinggakan dalam ferensi barat disebutkan "smells like hell, but tastes like heaven"

Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan

KHASIAT & MANFAAT BUAH DURIAN.....
  • Dapat mengatasi anemia kerana durian kaya akan asam folat & zat besi.
  • Dapat mengatasi sembelit kerana durian mempunyai banyak serat.
  • Selain itu kulit durian yang dilumatkan & disapukan keperut dapat memudahkan buang air besar.
  • Durian juga mengandungi asid amino & vitamin B,Cdan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan daripada redikal bebas, seperti pencemaran udara & asap rokok. Dengan cara ini, akan mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awek muda.
  • Meningkatkan tekanan darah yang rendah kerana mengandungi zat besi & sifatnya yang panas.
  • Mengatasi bengkak.
  • Mengubati penyakit ruam pada kulit (kurap & kulat) kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
  • Baik untuk kesihatan tulang & persendian kerana mengandungi kalsium., potasium dan berbagai vitamin B.
  • Kandungan mangaan dapat menjaga kestabilan kadar gula dalam darah.
  • Kulit durian yang dibakar lalu dijadikan abu, airnya dapat melancarkan haid, tetapi juga bersifat abortif. 
  • Buahnya menjadi sebagai ubat penyakit kuning.
  • Meningkat nafsu makan kerana mengandungi niasin & thiamin.
  • Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.
  • Memelihara kesihatan tiroid kerana kandungan tembaganya.
  • Tryptophan adalah antara bahan yang didapati didalam asid amino dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberi ketenangan & keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi , sering marah & menghadapi tekanan perasaan. Dapat mengurangkan stres & depresi kerana kandungan piridoksin (vitamin B6).
  • Baik untuk kesihatan gigi kerana mengandungi  fosfor (P).
  • Kulit buah durian dapat diguna sebagai pengusir nyamuk.
  • Akar & air saduran daun durian dapat menjadi sebagai antipiretik (berkhasiat menurunkan suhu tubuh atau demam panas).
  • Diyakini bisa membangkitkan gairah atau potensi seksual.
  • Akarnya dapat mengubat infaksi pada kuku. 
Okey laaa...mai kita kita jenguk-jenguk...tenguk-tenguk...resipi Pengat durian & pulut lak....
Senang sangat resipinya....sesenang A,B & C....namun bagitu MA n3kan jugak diblog nie...sekurang-kurangnya untuk rujukkan anak-anak yang baru belajar memasak.....& juga boleh memberi idea pada yang sedang terfikir-fikir nak makan ape untuk juadah petang nanti.....


PENGAT/BUBUR DURIAN 
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :

  • 1 biji durian
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula (kemanisan ikut citarasa masing2)
  • 2 helai daun pandan (bersih serta disiat2kan & disimpulkan)
  • Sedikit garam
Cara Membuatanya :
  1. Kupas durian & ambil isinya. Ketepikan..
  2. Masukkan isi durian kedalam periuk, bubuhkan daun pandan.
  3. Tuangkan separuh daripada santan kedalam periuk yang berisi durian tadi.
  4. Masaklah diatas api yang sederhana kecil & kacaukanlah selalu supaya kuahnya sebati...
  5. Masukkan gula & air untuk mengimbangi kepekatan kuah durian. Kacaukan lagi.
  6.  Masukkan pula baki santan  beserta dengan sedikit garam(fungsi untuk menaikkan rasa lemak kuah durian tersebut).
  7. Biarkan mendidih sambil dikacau kuah durian tersebut anggaran mendidih 2 ke3 kali...bolehlah ditutupkan api.
  8. Sedia untuk dihidangkan panas2.  
NOTA : Pengat/ bubur durian nie sedap dimakan bersama pulut, roti jala serta roti. 
untuk kali nie MA gandingkan dengan pulut saje......
Mai kita kita masakkan pulut pulak..... Sesiapa pun boleh buat pulut nie, hanya kukuskan saja....



PULUT KUKUS
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 1/2 kilo pulut putih
  • Santan pekat
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan - bersih  serta disiat & disimpulkan
Cara Membuatnya :
  1. Pulut direndam kira-kira sejam atau lebih elok semalaman. Bersihkan pulut & toskan.
  2. Satukan garam & santan, sebatikan, sesuaikan rasa masinnya agar tidak keterlaluan.
  3. Masukkan pulut didalam bekas & dan masukkan santan tadi sehingga paras pulut tersebut.
  4. Masukkan juga daun pandan yang telah bersimpulkan tadi.
  5. Kukuslah pulut tersebut anggaran 20 minit, buka pengukus & karehkan pulut supaya santan elok sebatinya dengan pulut.
  6. Kukuskan semula anggaran 10 minit lagi.
  7. Tutup api & siap untuk dihidangkan bersama pengatbubur durian.
'SELAMAT MENCUBA' 


Pengat / Bubur durian telah pun terhidang
Jemput makan......

Saturday, November 23, 2013

GRILL CHICKEN CHOP DAN LAMB CHOP BLACK PEPPER SAUCE

Assalamualaikum....
Menu Western untuk dinner malam tadi & lunch tadi.....menu cuti-cuti sekolah nie.....biasalah ikut aje selera siBungsu......mama & abah pun suka jugak. Dah lama siBungsu merengek nakkan menu nie.....tapi MA alahaiii terlalulah malasnya ....kerana bila nak buat menu nie banyak sekali yang nak dipreparekan.......
Wbp pun dicuti sekolah nie kita layan je lah.....keinginan anak.....almaklum, dicuti sekolah nie kalau lambat sikit makan pun tak ape.......
Bila dah buat....tak sah pulah kalau tak dicukupkan set menunya...jadinya MA buatkan lah sekali wedges potato, mashed potato, coleslaw, black pepper sauce & cheesy wedges.
Terpaksalah MA skodeng menu-menu yang berkenan dihati dengan pertolongan cik google.....
Alhamdulillah......tercapailah sudah hasrat dihati.....terima kasih pada penyumbang resipi yang MA skodeng nie.....terutama pada MyResipi, Teratak Mutiara Kasih, Hairul.com, Nabeel Fikree, Nasron al-Jauhari & lina pg.
Okeylah ...tak mau cerita panjang-panjang, sbb nanti nak n3 kan menu pun dah tentunya akan jadi berjela-jela........Fuhhhh hembuskan nafas sekejap.....sebelum MA mulakan menulis resipinya......hahaha
Nasib baiklah hari nie kes rajin........


GRILLCHICKEN CHOP & LAMB CHOP
Resipi : lina pg
Sumber : Teratak Mutiara Kasih
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 keping whole leg (debone)lamb
  • 1/2 kiub apti ayam (MA guna concentrated chicken stock)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee) - MA tak bubuh pun kicap
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1cm halia*(*ditumbuk halus) 
  • Lada hitam, lada sulah
  • Sedikit olive oil (MA guna minyak biasa je)
  • 3 sudu besar Original BBQ Sauce (Brand American Garden) - yang ini MA tambah
Cara-Caranya :
  1. Bersih ayam / lamb, dan lapkan dengan kichen towel
  2. Cucuk sikit bahagian yang ada isi dengan garpu / apa-apa yang tajam supaya bahan perapan meresap kedalam ayam / lamb.
  3. Lumurkan kepingan ayam / lamb dengan kiub ayam, lada hitam & lada sulah.
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram & kicap manis (MA juga masukkan BBQ Sauce)
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil, supaya daging tak kering.
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap elok kedalam daging.
  8. Bakar daging hingga masak. Lina guna pan jerr... gunakan api kecil supaya daging masak sekata & tidak hangus. (MA guna pemanggang ajaib jerr....dengan api kecil....setiap belah daging MA bakar 5 minit jerr).

Resipi Kentang putar yang best nie....terlupa nak catitkan dari blog mana MA dapat....walau bagaimanapun terima kasih pada tuan resipi...apa-apa pun mohon izin daripad tuan resipi untuk MA share disini untuk rujukkan MA & anak-anak serta teman-teman ....jom kita intai-intai resipi yang senang & mudah nie...


MASHED POTATO

Bahan-bahan : 
  • 10 biji kentang -  dibuang kulit & dipotong dadu
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Rebus kentang dengan sedikit garam.
  2. Setelah empuk toskan air & tumbuk sedikit kasi hancur.
  3. Kemudian gunakan hand mixer putar sehingga kentang jadi halus & gebu.
  4. Sambil putar jangan lupe masukkan garam, lada hitam & susu secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidang.
P/S :
Oleh kerana kentang mashed potato nie terlalu banyak, makanya MA buatkan separuh sahaja.


WEDGES POTATO
Sumber : MyResipi
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 2 biji kentang saiz LX - dipotong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya :
  1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran kulit, setelah bersih, potong berbaji, kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang & toskan. Tunggu hingga agak suam2 sikit.
  3. Selepas itu satukan serbuk lada hitam & serbuk cili didalam satu plastik. masukkan kentang tadi dan goncang2 sehingga kedua2 serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu kedalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. Goreng dengan api perlahan sehingga keemasan.
  6. Hidang panas-panas bersama sos thousand island & mayonis.

COLESLAW KFC
Sumber : Nasron al-Jauhari 
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 1 kg kobis putih (MA tambahkan kobis purle juga & 1/2 kobis putih)
  • 150g lobak merah (MA guna 1/2 biji jerr)
  • 200g mayonis
  • 4 sudu besar susu tepung penuh cream (MA guna Whipping Cream UHT Anchor)
  • 5 sudu besar gula pasir (MA guna gula kaster)
  • 1 sudu teh garam (rata)
  • 1 sudu besar cuka
  • Bekas (plastik container/ tupperware) yang mempunyai penutup
Cara Membuatnya :
  1. Kobis & lobak merah dibasuh bersih & dikeringkan.Setelah itu hiris & cincang halus-halus. 9Untuk lobak merah MA sagatkan saja).
  2. Masukkan kobis & lobak merah yangtelah dicincang itu ke dalam bekas penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonis, susu tepung (Whipping cream),gula, garam & cuka ke dalam mangkuk & kacau sampai betul2 sebati. Sebaiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jerr.....
  4. Tuang ramuan yang telah sebati kedalam sayuran yang telah dicincang itu, lalu dikacau sampai betul2 rata.
  5. Setelah itu tutup bekas tu dan simpan dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan 'matang' dan siap untuk disantap setelah 12jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair & rasanya 'smooth'. Tapi kalau tak sabar ...nak makan time tu jugak, boleh......tiada sape nak marah.
NOTA TAMBAHAN :
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letakkan terus pun tak pe, sebab kemasaman mayonis tu pun sudah memadai.
  • Kalau sesiapa sukakan kemanisan, tambahlah gula lebih sedikit.
  • Kalau sesiapa sukakan "milky" tambahkan lebih susu la.
  • Resipi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut suka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis don't worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat Mencuba.


BLACK PEPPER BROWN SAUCE
Sumber : Buku The Joy Of Baking (Bake With Yen (KL) Sdn Bhd)
 Oleh : MA

Chicken Stock untuk Brown Sauce
Bahan-Bahannya:
  • Seketul tulang ayam (rangka ayam) - MA guna 1/4 cawan concentrated Chicken Stock jerr
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 1 batang fresh celery - dipotong panjang2 anggaran 4-5 potong
  • 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 batang lobak merah - dipotong 4-5 potong
  • 1600ml air ( MA guna separuh jerr)
Cara Membuatnya :
  1. Kesemua bahan diatas direbuskan selama anggaran 30 minit atau lebih lagi elok.
  2. Kemudian sejukkan sebentar bahan ini, apabila telah sejuk blanderkan kesemua bahan2 tersebut.
  3. Ketepikan chicken stock ini.
BROWN SAUCE (Sauce ini boleh diguna untuk chicken Chop atau pun Lamb Chop)
Bahan-Bahannya :
  • 120g mentega
  • 120g tepung serbaguna  (MA guna separuh jerr)
  • 1 sudu teh kicap (MA guna 1 sudu besar kicap lemak manis Jalen)
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*bahan ini dipotong halus)
  • 1500ml Chicken Stock (MA guna separuh jerr)
  • 1/2 sudu makan tomato paste (Larutkan bersama sedikit chicken stock)
  • 1 1/4 sudu teh garam
  • 1 camca besar Black Pepper Sauce ( Ini MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan kuali masukkan mentega & gorengkan bawang sehingga garing kuning keemasan.
  2. Masukkan tepung & diikuti dengan chicken stock, tomato paste, kicap dan garam serta black pepper sauce.
  3. Kacaulah dengan whish supaya bahan sauce tersebut tidak bergentel.
  4. Rasalah sauce tersebut supaya bersesuaian dengan citrasa kita. 
  5. Masaklah sehingga mendidih. Sedia untuk digunakan pada Chicken Chop atau Lamb Chop. 

CHEESY WEDGES SEDAP
Sumber : NabeelStores(dot)com
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Setengah buku butter
  • 2 kiub pati ayam ( MA guna concentrated Chicken Stock 2 sudu besar)
  • Sedikit serbuk perasa (MA tak bubuh pun)
  • Sedikit lada putih (MA bubuh 1 sudu teh)
  • Sedikit lada hitam (MA bubuh 1 sudu teh)
  • 12 keping cheese
  • 500ml susu penuh kerim
  • Sedikit pewarna kuning
Cara Membuatnya :
  1. Cairkan menteg adalam non-stick pan. Tapi kalau tak de, boleh je guna pan biasa pun.
  2. Lepas tu masukkanpulak susu & tepung gandum.Gaulkan sampai tak berketul ok?
  3. Lepas tu kacau sehingga menjadi halus & sebati.
  4. Masukkan cheese.
  5. Pastu masukkan pula serbuk perasa, ladahitam , lada putih & warna kuning. Kacau lagi sampai sebati.
  6. Haaa.... kacau sehingga jadi macam nampak teksturnya yang halussss?. Lepas tu tutup api.
  7. Okey dah pun siap. senang je kan nak buat. Oh ya korang akan dapat satu tupperware penuh kalau buat sos cheese nie. Sangat banyak. Boleh simpan dalam tupperware yang reheat-able tu. Nanti bila nak makan, reheat je dalam microwave kan senang...????



KUEY TIAW (CHINESE STYLE).......Yang Paling Mudah & Sedappp

Selamat pagi...
Salam ceria dipagi minggu nie.....agaknya ape aktiviti anda hari nie.....???? Bagi MA yang tinggal di Ipoh nie.....selalunya dihari-hari minggu ini, MA & Hubby sekiranya tidak pergi memancing, kami akan pergi mengunjungi PASAR KARAT untuk menyuci mata & mencari barang-barang yang berkenan dihati.. PASAR KARAT nie memang terkenal di Ipoh .....sekiranya anda mengunjunggi  kebandar Ipoh, jika anda tidak ke PASAR KARAT....rasanya tidak sah.
Di PASAR KARAT nie terlalu banyak barang-barang antik anda boleh perolehi. Bagitu juga dengan barang-barang lama & baru banyak sekali dijualkan disini. Aktiviti disini selalunya disebelah pagi je....sehingga pukul 12 tengahari. PASAR KARAT nie cuma dibuka pada hari minggu je.....ramai pengunjung & peminatnya yang tersendiri......bukan sahaja pengunjung daripada bandar Ipoh , malah pengunjung daripada negeri-negeri lain juga akan kesini......memang mereka datang kebandar Ipoh nie semata-mata untuk melawat PASAR KARAT.
Okey lah kita tinggalkan dulu aktiviti Pasar Karat.....nanti satu hari yang sesuai MA updatekan pula cerita PASAR KARAT IPOH.
N3 kali ini MA persembahkan resipi Kuey Tiaw Chinese Style yang paling mudah...... 
Bukan saja mudah malah sedappppp......Kuey Tiaw style nie....memang menjadi favourite Abah & Mak MA.....Kini MA & Sibungsu pula mengikut jejak langkah mereka berdua.......
Mak MA belajar cara membuat Kuey Tiaw nie daripada Arwah nenek MA.....memang menjadi makanan favourite beliau juga.......Jadinya MA telah menjadi generasi ketiga manakala anak MA SiBungsu pula adalah generasi ke 4 yang meminatinya.
Bagi anda yang ingin mencuba kelainan dalam menikmati Kuey Tiaw......mai kita tenguk resipinya.......




KUEY TIAW (CHINESE STYLE) yang paling Mudah & Sedappp
Oleh : MA

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo kuey tiaw
  • 3 biji bawang merah - dipotong halus
  • 2 biji bawang putih - dipotong halus
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar kicap (MA guna kicap lemak manis Jalen)
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar minyak bijan - pilihan
  • Sedikit minyak untuk menggoreng bawang
  • Sedikit bijan yang telah disangai - pilihan (MA tak letak pun....tapi kalau letak lagi sedap)
Cara Membuatnya :
  1. Celurkan sebentar kuey tiaw dengan air panas mendidih, kemudian toskan & ketepikan.
  2.  Gorengkan bawang merah & bawang putih sehingga elok garing & kuning. Simpan minyaknya.
  3. Masukkan kuey tiaw yang telah dicelorkan tadi dalam satu bekas bersih.
  4. Masukkan kedalam kuey tiaw cili sos, kicap,cuka makan serta bawang goreng beserta minyak menggorengnya, minyak bijan & gaullah sehingga sebati bahan-bahan tadi dengan kuey tiaw.
  5. setelah elok sebati taburkan diatasnya dengan bijan.
  6. Siap untuk dimakan.......senang kannnn...kannnn 
Update :
Oppphh....terlupa MA nak bagitau....kuey tiaw nie lebih sedap jika dimakan bersama cili jeruk. Sekiranya anda inginkan resipi cili jeruk cara MA boleh lah cuba lihat DISINI.


Kuey Tiaw Chinese Style 
yang sedappp & mudah dibuat....