CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 27, 2015

TIRAMISU SIMPLE


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum...masih lagi belum terlambat mama ucapkan selamat hariraya pada pengunjung setia blog niee....setia kerr??
Walau pun tuan rumahnya dah lama menyepi...terima kasih banyak2 kepada yang masih sudi bertandang lagi kesini....
Tak usah kita bercerita panjang2....sementara mood mama masih berkubar2 untuk menulis niee....mai kita ke resipi yang yang akan mama kongsikan...
Resipi niee mama google dari blog noreason....terima kasih pada beliau kerana sudi berkongsi resipi yang simple dan sedapp sangat niee..... dah lama mama cari resipi yang simple niee...dan kebetulan pula berjumpa ngan blog niee...makanya apa lagi mama pun mencuba lerr...
Kebetulan anak2 pun masih lagi ada dirumah, jadi berbaloi lerr jugak kalau membuatnya....sbb ada yang akan tolong mengabiskannya....
Tak mau cerita panjang2.....moh kita kesegmen membuatnya....
Bagi anda yang ingin mencubanya.....mai kita sama2 buat, memang simple & sedapp tiramisu niee....

Bahan2 yang perlu disediakan....


Biskut Lady Finger @ tiramisu ada dijual dikedai bahan kek, tapi kalau tak jumpa boleh jerr gunakan kek span yang apa2 perisa pun boleh....

-

Untuk bahan2nya yang lebih detail...mai kita tenguk disini...
Bahan2 nya:
  • 250g whipping cream
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula kaster
  • serbuk koko secukupnya
  • 1 sudu besar nescafe / kopi / milo / mocca - yang mana2 berkenan
  • 1 cawan air panas untuk bancuhkan nescafe
  • 1sudu teh gelitin - halal ( niee mama tambah sbb nak keraskan sikit cream cheese yg telah dipukul) - gelitin niee mesti dicairkan dengan double boil..bubuh 1 sudu besar air panas & kacau sehingga gelitin cair.
Cara nak buatnya :
  1. Sediakan mixer anda. Kalau tak ada boleh guna cara manual, tapi kenerr gagah perkasa untuk memukulnya he3...
  2. Campurkan whipping cream + cream cheese + gula kaster
  3. Putar dengan kelajuan paling perlahan dahulu...kalau laju terus alamat teperciklah kemuka sendiri. Bila bancuhan tuu dah stabil, boleh lerr putarkan laju2 sampai kembang. Masukkan gelitin cair tadi, pukulkan sehingga sebati. Dah siap ketepikan dahulu.
  4. Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut lady finger kedalam nescafe, tapi jangan lama2 nanti takut biskut boleh terlalu lembik dan hancur didalam nescafe pulak. Kenerr celup terus keluarkan. ( Cara yang paling selamat. Susun jerr terus biskut kedalam bekas. Lepas tuu tuangkan sikit2 air nescafe sesudu sesudu ke atas biskut lady finger sampai semuanya sudah tersalut).
  5. Kalau nak mudah gunakan bekas 4 segi, senang nak susun biskut dan xpayah lerr potong banyak sangat biskut tuu..
  6. Bila dah siap disalut biskut ngan nescafe...letak adunan cream cheese tadi diatasnya. Kemudian susun semula biskut yg telah disalut nescafe, letak lagi cream cheese. Kiranya dah jadi 2 lapis gitu...nak buat banyak lapis pun boleh, terpulang pada citarasa masing2.
  7. Dah siap, niee lapisan paling atas, boleh masuk sekejap dalam peti sejuk sebelum ditaburkan serbuk koko di atasnya. Nak taburkan terus pun boleh, tapi dikuatiri nanti serbuk koko akan meresap dalam cream cheese. Jadi xberapa best. Agak2 cream cheese dah keras sikit, keluarkan drp peti ais dan boleh lah taburkan serbuk koko. Disaran gunakan penapis masa menabur serbuk koko itu, supaya tidak berketul2 . Taburkan janganlah terlampau banyak, pahit pula nanti.
  8. Simpan dalam peti ais selama 4 jam atau lebih. Dah siap...boleh lerr potong dan di makan..

Chesy..yummmy...sedapp yang amat sangat...rugi saperr xcuba...
Mudah dan enak, resipinya sonang jerr...semudah ABC...
kalau sosah den pun tak kooso nak buek....he3

No comments:

Post a Comment