Assalamualaikum....Selamat tengahari..
Semoga hari Jumaat yang berkat nie....memberi rahmat kepada hidup kita....
Ditempat MA seawal pagi lagi hujan telah mencurah-curah turun...
Jadinya tak dapat kemana-mana, terlalulah malasnya nak melangkah keluar
dalam hujan -hujan begini...
Jadinya dikesempatan yang terluang nie...MA manfaatkan dengan n3
menu-menu yang tertunggak jerk..
Menu kali ini adalah Kerabu Tomato...MA memang suka dengan menu nie..
Selalu jugak MA buat sekiranya tomato ada berlebihan di rumah....
Sudah semestinya buah tomato sentiasa ada stok didalam peti ais MA....
Selain kerabu tomato ....MA juga suka jus tomato.
Tahukah anda buah tomato memang kaya dengan vitamin, mineral
& antioksidan boleh membantu meningkatkan sistem imun.
Melawan berbagai penyakit termasuk kanser.
Disamping memberi perlindungan terhadap penyakit
kardiovaskular, tomato juga baik untuk kesihatan mata, usus, kencing manis,
darah tinggi, kulit, mencegah katarak, kedutan, bintik gelap, melawan peroses
penuaan & jangkitan pada salur kencing.
Kandungan niasin (B3) dalam tomato boleh membantu menerunkan paras
kelesterol yang tinggi & mineral kalium pula boleh mencegah kekejangan otot.
Pendek kata banyak khasiat tomato pada kehidupan kita,
kalau nak dsenaraikan pastinya tak cukup satu mukasurat nie.......
Okey la....mai kita lihat resipinya......
KERABU TOMATO
Oleh :MA
Bahan-bahannya :
3 biji buah tomato - sederhana besarnya
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 biji cili merah *
3 biji cili padi * (Pilihan jika suka pedas)
Sedikit belacan & garam *
1 sudu kecil gula
Cara membuatnya:
Buah tomato dipotong nipis-nipis & masukkan kedalam satu bekas. Ketepikan.
Tumbuk bahan-bahan bertanda* sehingga lumat. (Seeloknya
tumbuk dengan lesong batu...jangan guna blander)
Masukkan bahan tumbuk ini kedalam bekas tomato tadi.
Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris, bersama dengan gula.
Gaulkan tomato, kemudian simpan tomato dalam peti sejuk, supaya dia sebati.
Simpan sekurang-kurangnya 20 minit.
Hidangakan kerabu tomato nie bersama nasi putih panas-panas atau
enak dimakan bersama nasi tomato.
Kerabu Tomato yang memikat selera
'SELAMAT MENCUBA.'
salam mamaana..
ReplyDeletesedapnya kerabu tomato..sya pun suka sangat makan tomato..suka jadikan sambal..memang selera makan..banyak kebaikan tomato kan..
Wkumsalam Bbwana adienia..... betul tu, memang banyak keabaikan tomato nie .....
DeleteMA suka makan tomato cara nie...selain dibuat jus...
Kalau kepasar pastinya MA tak lepaskan peluang membeli buah tomato untuk dibuat stok.