CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 6, 2013

TELUR BISTIK

Telur bistik yang sedap dan memang senang membuatnya.....
Sebenarnya dah banyak kali MA buat telur nie......kalau MA kekurangan idea nak masak ape & angin MALAS melanda......telur bistik nie le yang selalu jadi penyelamat.....
Dalam freezer MA pun dah banyak tersimpan isi ayam yang memang tak tahu nak buat apa lagi......dan kebetulan MA teringat nak buat telur bistik nie......jadi apa tunggu lagi, MA pun keluarkan le saki baki isi ayam yang memang sentiasa di freeze kan tu.......
Maklum le ini sahaja salah satu caranya untuk menghabiskan isi ayam berkenaan selain di gorengkan bersama mee atau sebagai perencah sayur-sayuran.
Mai kita lihat resepi telur bistik yang sedap & senang di buat nie........ 


TELUR BISTIK YANG SEDAP

Bahan-bahannya A:

3 biji telur - di pukulkan sikit
1 keping isi ayam - di potong dadu
Garam
Sedikit serbuk lada hitam

- campurkan semua bahan-bahan A & pukulkan telur & goreng seperti membuat telur dadar biasa.

Bahan-bahan B :

1/2 inci halia  - dihiris memanjang seperti mancis
1 labu bawang besar - di potong dadu
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1 biji tomatao - di potong dadu
2 sudu besar cili mesin
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sayur campur/ jagung frozen (option)
Sedikit minyak

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan halia, bawang putih & bawang besar sehingga naik bau, masukkan cili mesin dan masak lagi hingga wangi.
  2. Masukkan semua sos dan tomato yang di potong dadu beserta dengan sedikit air.
  3. Bila sudah mendidih,masukkan garam, gula seta sayur campur / jagung
  4. Masak hingga sedikit pekat dan boleh lah di tuangkan di atas telur dadar tadi. 
  5. Telur bistik telah siap, boleh lah di hidangkan.






No comments:

Post a Comment