CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 14, 2013

BINGKA SERI PANDAN

Assalammualaikum.......
Salam sayang & sejahtera khas untuk pengunjung setia blog MA nie.....
Hari nie MA buatkan Bingka Seri Pandan untuk order......seperti biasa le, di samping itu MA tumpang sekaki buatkan lebih sedikit untuk MA & keluarga.
Bingka nie faviorite MA......kerana memang MA sukakan kuih yang lembut sedikit. Kalau MA beli bingka nie di kedai pasti susah nak dapat yang lembut saperti ini. Bingka nie memang sedap ......kerana memang berlemak manis & lembut serta harum bau pandannya. Sesuai rasanya untuk tekak MA.....
Bagi anda yang tercari-cari kuih apa yang nak di buat untuk berbuka puasa nanti & yang berminat dengan bingka yang lembut, apa kata anda cuba resepi nie. Cubale membuatnya sendiri, bukan susah pun............  Orang kata tak kenal maka tak cinta......
Ok le mari kita intai resepinya dulu.......



BINGKA SERI PANDAN

Bahan-bahannya: (Acuan 13"X13")
oleh : MamaAna

6 biji telur gred A
2518ml santan + air daun pandan (6-7 helai daun pandan di blander)
(MA campurkan 400ml santan + 600ml air daun pandan + 1518ml air biasa)
768g tepung gandum (MA guna tepung gandum cap sauh)
737g gula pasir
1 1/4 sudu teh garam
4 sudu besar mentega (MA guna minyak sapi +  mentega)
Bijan secukupnya.

Cara Membuatnya :

  1. Pukulkan telur & gula hingga hancur sahaja, tak perlu sampai kembang
  2. Masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan adunan tadi di dalam bekas besar & masukkan santan yang telah bercampur dengan air biasa & air daun pandan. Kacau sebatikan.
  4. Tapiskan adunan tadi di dalam periuk, kacau dengan whisk sebatikan.
  5. Alihkan periuk ke atas dapur dan masakkan adunan itu. Kacau selalu dengan whisk adunan itu di atas api yang perlahan sehingga sedikit pekat. Sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  6. Bila sudah agak pekat, tuangkan adunan itu di dalam acuan yang telah di lapek dengan aluminium foil yang telah di sapu dengan sedikit mentega.
  7. Taburkan di atasnya dengan bijan.
  8. Bakarlah dengan api oven atas & bawah sehingga warna keperangan,  dengan kepanasan oven 180C selama 30 minit dan selepas itu naikkan suhu ketuhar kepada 230C dan bakar selama 20 minit lagi atau sehingga bingka kelihatan keperangan di permukaannya. 
  9. Bila sudah masak, bingka ini akan kelihatan sedikit lembik, tapi jangan risau kerana bingka akan mengeras bila sudah sejuk.
  10. Bila bingka telah sejuk, boleh le di potong dan di hidangkan.

                                                             - SELAMAT MENCUBA-







Saturday, July 13, 2013

MURTABAK LAPIS CRACKERS

Salam sejahtera......N3 ini adalah N3 tertunggak yang MA buatkan sebelum bulan puasa lagi. Dah lama tersimpan asyikkan N3 masakkan yang lain je.......sumber resepi nie MA rujuk dari Norzailina's Ponderings, terima kasih pada beliau.....tapi resepi yang MA sertakan di sini MA dah edit mengikut citarasa MA........ sesiapa yang nak melihat resepi asal, boleh le ke blog beliau. Dulu zaman MA dok gila belajar memasak pun, MA pernah attend kelas memasak Murtabak Lapis Crackers nie....selalu juga MA mencubanya......Wbp kali nie MA cuba resepi daripada Norzailina's, kombinasi resepinya sama je........hanya sikit je perbezaannya...... kalau berlainan pun, rasanya masih tak menjejaskan pun.
Sedap Murtabak Lapis Crackers nie........cuba le kalau nak tahu rasanya.
Mari kita lihat resepi nya...



MURTABAK LAPIS CRACKERS

Bahan-bahannya: (untuk acuan 13"x13")

520g daging ayam kisar
4 camca besar rempah sup*
1 1/2 camca besar rempah kurma*(*membumbun)
2 camca besar cili giling/ cili serbuk (option)
390g bawang besar - di dadu
4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah + 2 1/2 cm halia - di kisar
4-5 camca besar minyak masak - MA guna minyak sapi
325 ml air
58 keping biskut cream crackers (1 1/2 bungkus - jenama Hup Seng)
390 ml susu cair + 520 ml santan (dari 2 biji kelapa)
8 tangkai daun bawang - di hiris halus
6 biji telur gred A
6 camca besar mentega
1/2 sudu teh gula + 1/2 sudu teh pati ayam
Garam & serbuk lada sulah secukupnya

Bahan untuk hiasan (option):

Daun bawang di hiris halus
Cili merah di buang biji & di hiris halus
Bawang goreng
Bijan.

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan kisar, cili giling & rempah. Masak hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar & sedikit air, masakkan sehingga daging masak & empok.
  3. Bila kering masukkan bawang besar, garam & serbuk lada sulah. kacau hingga bawang layu & naik bau, kemudian angkat.
  4. Gaulkan daging & daun sup. Pecahkan telur ke dalam adunan tadi & gaul sebatikan.Ketepikan. 
  5. Alas dasar tin dengan foil. lenser dengan majerine.
  6. Celup beberapa keping biskut dalam campuran susu + santan, susun di dasar tin.
  7. Taburkan 1/3 campuran daging tadi di atas kepingan roti. Ulangi 3 layer yang sama sehingga habis.
  8. Tuangkan baki santan + susu hingga separas biskut. Letakkan mentega di atasnya.
  9. Taburkan sedikit di atasnya dengan daun bawang, cili merah yang di potong halus, bawang goreng sedikit beserta bijan. Untuk mencantikkan murtabak crackers .
  10. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit. Biarkan sejuk sebelum di potong.
Nota:
  • Kuih ini sedap di makan bersama-sama bawang jeruk seperti bawang murtabak 
  • Jika tidak di makan bersama bawang jeruk, boleh juga di paipkan di atasnya dengan cili sos & mayonis. (MA buat cara nie.....kerana kemalasan)









NASI AYAM, AYAM GORENG MADU,SOS PEDAS MERAH,SAMBAL KICAP & SUP AYAM MUDAH

Selamat pagi.....Assalammualaikum semua....
Semalam dah masuk hari ke 3 kita semua menjalani ibadah puasa. Waktu berbuka semalam MA masakkan Nasi Ayam untuk hidangan berbuka ...... Bukan apa semasa MA skodeng di rumah Yatie, MA ternampak menu yang di tayang oleh Yatie......memang memikat hati & terliur MA di buatnya. Apa lagi oleh kerana terliurkan menu tayangan Yatie, maka MA pun mulakan projek memasak nasi ayam saperti Yatie.
MA ikut resepi yang Yatie buat, terima kasih pada Yatie di atas perkongsian ini. Sedapp tuuu.....habis licin nasi ayam tu, tak de pun berbaki. My hubby & si bongsu komen.....sedapp.
Pasti nanti ada siaran ulangan lagi......he3
Bersama nasi ayam nie juga, MA ada buatkan menu tambahan Taugeh Celur ala The Rice Chicken Shop.....sedap tu kombinasi  taugeh bersama nasi ayam nie. Terima kasih pada Che' iza myR di atas resepi yang di kongsikan ini. Kepada Yatie & Che' iza, izinkan MA salinkan semula resepinya di blog MA pula. Sorry pada Yatie kerana MA edit sikit resepinya. Kepada anda yang nak melihat resepi asal, anda boleh le pergi ke SINI &  di SINI juga.
Ok le jom kita jamu mata dengan gambar-gambar yang MA sertakan bersama resepinya :


                            Nasi Ayam yang resepinya MA skodeng dari rumah 
                            Yatie "Sinar Kehidupanku". Jealous tengok Yatie buat nasi ayam,
                            makanya MA terpanggil membuatnya........
                            nak minta Yatie sepinggan ....jauh sangat...... huhuhu

                             Ada sesiape yang teringin nasi ayam???? Jemput makan      


                             Ini le set nasi ayam yang MA buat semalam, 
                             siap dengan taugeh celur ala The Chicken Rice Shop lagi
                             ......sedappp yummm 3x CUBE LE


NASI AYAM

4 cawan beras ( saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air (air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam & campur dengan 5 1/2 cawan air)
sedikit garam ( kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter

Bahan Tumis :

4 ulas bawang putih - di hiris
1" halia - dihiris
4 batang serai - di ketuk (MA guna sebatang je - di rumah serai dah habis)
3 sudu besar minyak

Cara-caranya :
  1. Basuh beras, toskan Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cawan air rebusan ayam ke dalam rice cooker. Masukkan beras & biarkan se bentar,
  3. Panaskan minyak & tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masokkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih & masukkan ke dalam rice cooker.
  5. Masokkan butter dalam periuk & masak seperti  biasa.
  6. Bila nasi dah kering, gaulkan guna chopstick sekali sekala & tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak boleh lah di hidangkan bersama ayam goreng madu, sos cili merah & sambal kicap.

AYAM GORENG MADU

1 ekor ayam - dipotong 4 - selebihnya di cincang untuk buat sup.
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar besar madu
2 sudu besar sos tomato

Cara-caranya :
  1. Rebus ayam bersama air hingga 1/2 masak; & keluarkan drp sup tersebut ( Air rebusan ayam nilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram, sos tomato & madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah masak angkat & toskan.
Nota dari MA :
  • Bila menggoreng ayam, jangan lama-lama nanti ayam kelihatan hitam macam hangit kerana ayam dah perap dengan kicap, sos tiram & madu that way dia akan cepat hitam.

SOS PEDAS MERAH

4 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
6 biji cili padi merah /hijau
2 sudu besar cuka (MA gantikan dengan air limau kasturi)
2 sudu besar gula & sedikit garam
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air masak untuk blend bahan-bahan.
Secubit garam

Cara - caranya :
  1. Kisar bawang putih, cili padi & cili merah
  2. Masukkan cuka & sos cili, gaulkan sebati
  3. Masukkan gula & garam sercukupnya. Perasakan sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
Nota dari MA :
  • Sos pedas merah nie MA masakkan sebentar di atas api - biar pekat sedikit.

SAMBAL KICAP

10 biji cili padi hijau /merah
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap - secukupnya
Gula &garam - secukupnya
Sedikit sup ayam
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
  1. Bakar bawang putih sekejap, kisa/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dalam mangkok & letakkan kicap
  3. Masukkan gula & garam secukupnya.

SUP AYAM MUDAH

Ayam yang telah di potong kecil-kecil (bahagian yang lebih/tulang ayam)
2 biji kentang - dipotong dadu besar
1 batang karot- dipotong kecil
Daun sup/bawang & bawang goreng secukupnya - di hiris 
2 ulas bawang putih - di hiris
2 ulas bawang merah - di hiris
1" halia- di hiris
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang & 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dalam 4 cawan
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan :

Daun sup/bawang
Bawang goreng

Cara-caranya :
  1. Masukkan rempah tumis, bersama bahan2 hiris dalam periuk bersama 4 cawan air
  2. Masukkan ayam yang di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masokkan karot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dengan taburan daun sup/bawang & bawang goreng.

MENU TAMBAHAN

TAUGEH CELUR ala The Chicken Rice Shop
Sumber : myR ( oleh : Che'iza)

Bahan-bahannya : (untuk2-3 orang)

150g taugeh
2 sudu besar air panas*
1/2 sudu teh serbuk pati ayam*
1/2 susu teh kicap pekat
1 sudu beasr kicap manis
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan/ minyak bawang putih
Sedilkit lada sulah
Secubit garam (sekiranya sos tiram yang di guna tidak masin)

Bahan Hiasan:

Daun bawang
Cili merah
Bawang goreng

Cara-caranya :

  1. Celur taugeh, jangan lama sangat, setakat 1 minit je. Toskan airnya , ketepikan.
  2. Satukan bahan bertanda*. Sekiranya buat nasi ayam lagi sedap gunakan kuah sup. Ambil 2 sudu besar sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan-bahan bertanda* & bahan yang lain, siap sos. Tuangkan sos di atas taugeh yang di celur tadi.
  4. Sebelum di hidang taburkanlah dengan hirisan daun bawang, lada merah & bawang goreng.

                                             
                                                    Nasi ayam yang sedappp.....

Friday, July 12, 2013

ASAM PEDAS MELAKA - MEMANG MARVELOUS

Selamat pagi semua warga blog......
Semalam MA masak asam pedas untuk berbuka puasa......uummmpp sedapnya. Asam pedas nie bukan lah menu favourite keluarga kami. Biasa lah MA memang jarang masak asam pedas kerana My hubby tak suka......& kerana itu le MA malas nak masak asam pedas nie. Tapi semalam entah mengapa MA teringin nak makan asam pedas pulak....
Kebetulan pada masa MA ke pasar semalam, MA ada lah belikan kepala ikan tongsan.....MA tak pernah pun beli ikan tongsan sebelum nie. Bila MA tanya pada penjual ikan tu, masak apa yang sedap untuk ikan nie.....dengan bersahaja dia beritahu MA...." Houii kak ....ikan nie sedap kalau di masakkan asam pedas atau gulai tempoyak, teringatkan asam pedas, laa sekarang pun saya dah melelih air lior nie" Memandangkan komen beliau le MA terpanggil untuk mencuba masak asam pedas nie......sambil dalam hati MA risau pulak takut My hubby bising, sbb asam pedas nie bukan le favourite dia.....orang N9 le katakan, tak sah kalau tak de gulai podesnya.
Wbp pun MA cekalkan hati jugak petang semalam masakkan asam pedas nie.....saperti biasa le pastinya dengan pertolongan Cik Google, apa lagi MA cubalah selongkar resepi asam pedas......dari satu blog ke blog yang lain.
At last MA terjumpa le asam pedas Melaka nie daripada blog Teratak Mutiara Kasih, terima kasih pada beliau kerana sudi berkongsi, kata beliau dia dapat resepi nie daripada myR (oleh junjs). Terima kasih juga pada junjs kerana berkongsi resepi yang sedap nie.

                          

                        Asam Pedas Melaka yang meletopp sedapnya .....hingga tak terkata
                        Tengok tu....gambar 2 piring sebelah kanan tu lincinnnn - sedapp tuuu

Semalam masa berbuka......nak tahu apa komen My hubby tentang asam pedas Melaka nie.....????
Wooiii !!! Jangan tak tahu.....dia yang lebih makan daripada toke....bila MA komen sbb ingatkan tak suka asam pedas......nak tahu jawapannya....
"Asam pedas ni lain....sedap pulak, kalau asam pedas macam mak (MIL) buat tu ......memang tak lalu le". Ooo ye ke....asam pedas yang mak MA buatkan, style Penang mari.......he3.
Ok le .....mari kita lihat resepinya, bagi MA nie le asam pedas yang uummpp .....pasti ada siaran ulangannya nanti.....sbb My hubby pun komen sedappp.....

ASAM PEDAS MELAKA- yang memang terangkat sedappnyaaa
By: junjs myR
Sumber: Teratak Mutiara Kasih

Bahan-bahannya :

4 keping ikan pari - MA guna kepala ikan tongsan je

Bahan Kisar :

3 biji bawang merah
10 biji cili kering
1/2 " halia
1 sudu teh jintan manis (serbuk)
1 sudu teh jintan putih (serbuk)
1/4 sudu teh lada hitam (MA guna lada hitam serbuk 1/2 sudu teh)
1/2 " kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan Tumis :

1/2 bawang besar (MA guna 1 biji - kecil)
1 sudu teh halba
1/4 sudu teh biji sawi (MA guna 1/2 sudu teh)
2 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
1 biji tomato - potong 2x (MA potong 4x)
5 biji kacang bendi (MA tak letak pun)
1 batang serai - di ketuk
Bunga kantan atau daun kesom secukupnya (MA guna daun kesom -suka baunya)
Minyak masak
Garam & gula secukupnya

Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak tumis bahan bawang besar, daun kari, halba , biji sawi hingga wangi dan  bawang besar sedikit layu.
  2. masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak'
  3. Masukkan air asam & air, biar mendidih, masukkan ikan & bahan- bahan lain.
  4. Masukkan garam & gula, biar hingga masak hidangkan.