CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 9, 2014

PUDING HANTARAN.....

Salam sejahtera....untuk anda semua yang sudi berkunjung kesini...
Pagi ini MA bz menyiapkan tempahan Puding Selasihku Sayang....atas pemintaan kawan baik MA untuk diberikan kepada jiranya yang anaknya bertunang dihari ini.....
Puding hantaran nie....MA hiaskan dengan bunga-bungaan yang dibuat daripada agar-agar......
Jenuh jugak leee....MA nak menyiapkan bunganya.....bermula daripada malamnya ....tapi dok terlalu mengantuk, jadinya MA sambungkan kepaginya pulak....hehehe
Alhamdulillah....siap juga akhirnya.....
Janjinya beliau akan menjemput pagi nie....tapi memandangkan MA ada urusan nak keluar ke bandar Ipoh...jadinya MA hantarkanlah sekali Puding hantaran ini kerumahnya.....
Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Munah Amri kerana sering menempah satnika tempahan hantaran daripada MA......terima kasih kerana memberi kepercayaan pada MA untuk menyiapkan satnika hantaran untuknya ....sedari dulu hinggalah sekarang....hehehe (sukanya diaaa)
Bagi anda yang ingin menempah Puding hantaran, kek hantaran ke.....bolehlah pm, sms atau call jerr MA.......
InsyaAllah akan MA cuba untuk menunaikan impian anda...sekiranya tempahan-tempahan MA masih lagi kekosongan ditarikh berkenaan.......
Bermacam-macam puding yang ada dalam senarai MA...tapi selalunya Puding Selasihku Sayang menjadi favourite palanggan......sbb banyak yang komen sedappp puding nie...
Okeylah mai kita menjamu mata melihat Puding Hantaran untuk hari ini.....







MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK (2)....YUMMY..YUMMY SEDAAPPPNYAAA

Assalamualaikum....menu apa anda masak hari ini....????
Bagi MA memang peminat telur itik...jadinya MA masakkan Lemak Cili Padi Telur Itik.....
Dah pernah dan selalu pun masak lemak cili padi telur itik nie.....selalunya MA masakkan... Masak Lemak Cili Padi Telur Iitik nie.....resipinya jika nak lihat ada DISINI.
Tapi dikali ini untuk perubahan dan untuk menambah koleksi masakkan telur itik nie...makanya MA pun mencari dengan pertolongan Cik Google...MA teruja sekali untuk mencuba versi daripada dapur Fauziah Haji Ariffin.....memandangkan masak lemaknya ada diletakkan lengkuas dan versi tumis pula......jadinya MA terpikat untuk mencubanya.... Terima kasih pada beliau atas pengkongsian ini dan izinkan MA pula catitkan semula didalam blog MA yerrkk...
Ulalala...mengancam habis....apatah lagi MA gandingkan makan dengan ikan pekasam goreng hancur yang resipiya ada MA catitkan DISINI....
Makan pula dengan nasi panas-panas makanya bertamboh-tambohlah nasinya.... ummmpphh sedaappnyaaa.
Untuk My Hubby MA tumbuk sambal belacan dan digandingkan dengan ulam peria katak yang direbus.....
Perrgghh....makannya tak ingat dunia.....hehehe
Jom kita intai resipinya.......


MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK
Sumber : Fauziah Hj Ariffin (Intai-intai Dapur FHA)
Oleh : MA

Bahan A (Untuk menumis) :
  • Sedikit minyak masak
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)*
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)*
  • Sedikit halia sebesar ibu jari (ditumbuk)*(* MA blanderkan sekali)
  • 3 batang serai (diketuk-ketuk bagi lebam) - MA guna 2 batang jerr
  • Lengkuas sebesar 2 ibu jari (diketuk-ketuk bagi lebam)
  • 15-20 bijicili padi (mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (MA guna kunyit hidup - blander bersama cili padi)
Bahan B :
  • Santan pekat dari sebiji kelapa
  • 1/2 kiub Pati Ayam Knorr
  • 1 helai daun kunyit - dihiris besar-besar (MA hiriskan halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam - ini MA tambah
Bahan C :
  • 5 biji telur itik
Cara Memasaknya :
  1. Panaskan minyak dalam periuk
  2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu. pastikan bawang menjadi hampir garing...jika tidak masak lemak kurang menyengat/ sedap.
  3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan ( jangan biarkan santan mndidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik).
  4. Masukkan telur itik sebiji-sebiji sampai habis.
  5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna. (MA suka telurnya lembik jadi MA tak tudungkan periuk dan masakkan sabentar jerr...sekadar mengeraskan telur putih luaran jerr) 
  6. Siap untuk dihidang.


Nie dia Masak Lemak Cili Padi telur Itik...
Dah terhidang.....nampak tak telurnya 
masih terbayang-bayang lagi....merah..kerana telur merah
didalamnya tidaklah terlalu keras.....
Versi telurnya yang macam ini lee.. MA sukaaa.....


Wednesday, February 5, 2014

KINTA RIVERFRONT a.k.a I-CITY IPOH .....dalam kenangan.

Assalamualaikum....
Berdasarkan pada n3 nie....MA nak ceritakan sikit tentang 
KINTA RIVERFRONT a.k.a  I-CITY IPOH
Ramai yang tidak tahu....orang Ipoh pun ada I-City.....hehehe
Yelah ....tidak dapatlah dibandingkan betapa gahnya I-City di Seksyen 7, Shah Alam
I-City Ipoh...cuma tempat beristirehat bagi warga bandaraya Ipoh diwaktu malam jerrkk...
Yang penting....Tiada bayaran dikenakan untuk berjalan-jalan di I-City Ipoh.

Kalau anda berada di Ipoh....jika anda nak ke I-City Ipoh....
Nak tahu di mana....????
Kalau anda nak pegi sana....anda bolehlah ikut belakang Bank Islam..
dari jalan besar korang akan nampak Kinta City Riverfront Hotel...
jadi ikut saja jalan tu....InsyaAllah pastinya korang akan sampai 
ke I-City Ipoh a.k.a Kinta Riverfront.

Disini korang bolehlah beristirehat sambil menikmati keindahan
pancaran lampu bewarna warni....
Disepanjang kawasan Riverfront nie....ada mengalirnya sungai Kinta ...jadinya
dikedua-dua tebing sungai inilah wujudnya I-City Ipoh...
nama jolokkan yang diberikan oleh orang2 Ipoh...hihihih
Disini juga korang boleh menjamu selera sambil menikmati
pemandangan indah yang dihiasi oleh lampu LED, disepanjang tebing sungai.....


Ini pemandangan I-City Ipoh apabila kita
melihat,,,,,melalui di atas jambatan yang merintasi sungai Kinta
Betapa indahnya....
Keindahan ciptaan manusia...yang mana ideanya dari yang MAHA KUASA.

Ini pula jambatan yang merintasi sungai Kinta
Kita boleh menyusurnya untuk keseberang....
I-City Shah Alam....takde...jambatan kan kan .....


Ini pula tebing diseberang sungai...
Disinilah biasanya orang beristirehat ,,,,kerana disepanjang tebingnya
ada dibina benting bagi pengunjung duduk beristirehat.....
sambil menikmati keindahan lampu bewarna warni diwaktu malam...
serta melihat pengunjung yang ingin mengayuh basikal 
menyusuri tebing sungai Kinta...
Dan disepanjang tebing ini juga penuh dengan kedai2 makan,
bagi anda yang ingin menjamu selera.....bolehlah kesini.


Disini juga korang boleh mencuba menaikki basikal
untuk menyusuri sepanjang tebing sungai....
Basikal yang boleh dikayuh untuk berdua orang....
Bayaran yang dikenekan cuma rm10 untuk masa 30 minit....



Kalau anda singgah ke Ipoh, bolehlah jejak kesini.
Takyah pi jauh2...Ipoh pun dah cantik......




Tuesday, February 4, 2014

AYAM MASAK TOMATO...yang menyelerakan


Selamat pagi...salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog MA...
Pagi nie ..apa yang hendak dimasak yerr...????
Untuk anda yang tengah tercari2...resipi apa kah yang hendak 
dimasak buat family tersayang...
Apa kata hari nie mai kita masak AYAM MASAK TOMATO......
resipinya taklah susah sangat.....tapi membuka selera kita...
apatah lagi  kalau dimakan dengan nasi yang berperisa saperti 
nasi minyak, nasi tomato dan nasi jagung.....dll nasi.
Okeylah untuk tidak melengahkan masa ...mai kita intai resipinya......


AYAM MASAK TOMATO
Oleh : MA

Bahan A :

 1/2 ekor ayam
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu makan sos tomato
1/2 kiub pati ayam
Minyak masak 
Garam dan gula secukup rasa
(MA guna sedikit gula pasir + gula kabung)
Serbuk kunyit 
Sedikit air

Bahan B : (Di kisar)

20 tangkai cili kering
4 biji cili padi - option (kepada yang suka pedas)
1" halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 batang serai - dipotong kecil2
2 biji tomato - potong kecil


Cara Membuatnya :

1.   Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaul
dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam separuh masak.
2.   Panaskan minyak lebihan gorengan ayam tadi (jika banyak minyaknya 
keluarkan, hanya tinggalkan cuma anggaran 3 sudu besar sahaja).
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
3.   Kemudian masukkan tomato yang telah didadu, tomato sos, kiub pati ayam,
gula dan garam. Sesuaikan citarasanya dengan selera kita....
4.   Kemudian baru masukkan ayam yang telah bergoreng separuh masak tadi.
Gaullah hingga sebati dan rata. Jika terlalu kering kuahnya tambahkan sedikit air.
 Bila telah berpuas hati dan telah elok masak, tutupkan api.
5.   Hidangkanlah dalam pinggan.

Ayam Masak Tomato....telah pun terhidang
'JEMPUT MAKAN'