CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 5, 2013

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR

Salam sayang semua...... hari nie anda masak ape....???
MA hari nie masak simple je......tapi nie salah satu daripada lauk favourite MA. Kalau MA masak lauk nie pasti selalu MA gunakan telur itek, MA tak guna telur ayam sbb kalau guna telur ayam buat masak lauk berkuah nie, pasti tak cantik kejadian kuahnya, mana tidaknya kalau pecahkan telur ayam masuk ke dalam kuah pastilah telur ayam tu akan pecah bertabur dalam kuah tu nanti, lain le kalau telur itek kejadiannya pun cantik.......kelihatan bulat je telurnya dalam kuah.........
Kalau nak masak kuah guna telur ayam......kita rebuskan dulu telur ayam tu........haaa  cara nie pasti selamat.
Di rumah MA nie......telur itek pastinya ada stok, MA selalu simpan untuk masa-masa emergency.....
Ok le mari kita tengok resepinya pula.......rasanya terlalu le senangnya untuk memasak kuah lemak cili padi telur nie........Wbp demi untuk rujukan anak-anak MA titipkan resepinya di sini..........


MASAK LEMAK CILI PADI TELUR

Bahan-bahannya:

4 biji telur itek sederhana besar
20-30 biji cili padi*
2" kunyik hidup*(*di tumbuk/ di kisar lumat)
2 cawan santan pekat/ Rm2.00
1-2 helai daun kunyit (di carek-carek / di potong halus)
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Sediakan periok & masukkan bahan-bahan kisar tadi, masukkan sedikit air, jika ada air semasa mengisar bahan-bahan tadi pun ok.
  2. Masukkan serai yang telah di titikkan, biarkan sebentar di atas api yang sederhana, bila kelihatan bahan-bahan tadi dah sedikit mengering,  masukkan santan sesuaikan kepekatannya bersama air. Kacau selalu hingga mendidih.
  3. Bila kuahnya telah mendidih, paecahkan telur itek ke dalam kuah tersebut, biarkan sebentar, jangan di kacau......supaya telur itek mengeras sedikit.
  4. Masukkan daun kunyit yang telah di carek-carek / di potong halus beserta asam gelugor.
  5. Selalu kacaukan kuahnya supaya tidak pecah minyak. Biarkan mendidih sebentar.
  6. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa kita. Setelah kuah masak tutupkan api, dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA......jemput makan.

No comments:

Post a Comment