CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 2, 2013

MASAK TAUCHU IKAN ROHU a.k.a.IKAN ARA

Assalamualaikum....salam sejahtera semua...
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.....dalam kita menjalani kehidupan ini...
Baru-baru ini MA ada gi memancing....sekarang angin kus-kus memancing dah melanda pulakk....
Bila memancing selalu dapat ikan Rohu a.k.a. ikan Ara....
Biasalah ikan air tawar nie.....sedap memang le sedap ...tapi yang tak tahannya kerana tulangnya terlalulah banyak.....
Si Bungsu dirumah nie...memang tak berani nak makan ikan air tawar nie.....jadi hanya MA & My Hubby je yang sering makan ikan pancingan tuuu....selebihnya kalau banyak MA agehkan pada kawan-kawan & keluarga yang suka makan ikan air tawar nie....
Semalam MA ada masakkan Tauchu.....sedapp pulak tuuu.....tapi semalam MA masakkan sikit je.....& hari nie rasanya nak repeat buatkan lagi ......tak puas makan semalam sebab sikit sangat MA buatkan......
Sedap pulak masak taucu ikan Rohu yang besar nie.......tulang pun tak le beselerat banyaknya spt ikan-ikan air tawar yang kecil....
Nak lihat ikan yang MA dapat semasa panching baru-baru nie....mai kita cuci mata sekejap yeekkk...


Ikan Rohu a.k.a Ikan Ara
Ikan yang besar tu beratnya 2kg 100g
Ikan yang kecik sikit tu 500g je

Okey mai kita tenguk pulak resipi masak tauchu yang MA buatkan semalam & repeat hari nie lagi......


MASAK TAUCHU IKAN ROHU a.k.a. Ikan Ara
Oleh : MA

Bahan-bahanya :

3 potong ikan Rohu
3 sudu besar tauchu kasar - dibersihkan sedikit & ditoskan
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia *(*Bahan ini dimayang halus)
2 biji cili hijau - bersih & dibelah 2
10 biji cili api - bersih & diketuk 
1 biji bawang besar - bersih, dibelah 4 & dileraikan kelopaknya
2 cawan air biasa
2 sudu besar gula (MA guna gula kabung + gula pasir)
1 sudu besar kicap lemak manis Jalen
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis & mengoreng ikan 
Sedikit serbuk kunyit & garam

Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan ikan rohu & toskan. Lumurkan sedikit garam & kunyit pada ikan serta gorengkan lah ikan, bila elok gareng, angkat & ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan- bahan yang dihiriskan tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar serta tauchu kasar tadi, kacau sebatikan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan pula sos tiram, air asam  & air biasa .Kacau & biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan cili hijau, kicap serta gula. Rasakan kesesuaian dengan citarasa kita. 
  6. Bila telah sesuai citarasanya , baru lah masukkan ikan yang telah digorengkan tadi. Biarkan sehigga mendidih & barulah padamkan api.
  7. Tak perlu bubuh garam kerana tauchu telah pun masin.
  8. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.


Ikan Rohu masak tauchu
memang sedaappp.....
Makan pula dengan nasi panas-panas...
serta sambal belacan...
Wooiii ..tak ingat duniaa...



Tuesday, October 1, 2013

KEK PISANG CEPAT SIAP.......Sedappp tuuuu

Pagi - pagi lagi selepas sembahyang subuh, angin kus-kus kerajinan melanda MA....
Jadinya MA cubalah membuat kek pisang yang simple nie...
Dah lama MA teragak nak buat kek pisang simple nie, sejak terpandang dirumah Mas Duniaku....Pisang pun dah MA belikan 3 ke 4 hari sudah.....tapi tak juga jadi nak membuatnya.....huhuhu
Itulah selagi kita dinamakan manusia... kita hanya cuma boleh merancang ....tapi segala-galanya,Tuhan yang menentukan.......
Wbp Alhamdulililah....pagi nie terlaksana juga hajat dihati MA nak mencuba membuat kek pisang yang simple nie.....
Syukur semuanya berjalan dengan lancar, walau pun baru pertama kali MA buatkan kek pisang nie.....kek pisang yang lembut, gebu & moist terhasil....
Terima kasih pada Mas Duniaku kerana resipinya MA ambil daripada rumah Mas, terima kasih juga pada CMG & tuan asal resipi nie kerana sudi berkongsi......
Memang sedap kek nie.....membuatnya pun tak susah.....tak perlu guna mixer pun, cuma godek-godek je dengan garpu & senduk kayu..... adunan kek pisangnya dah pun terhasil.....senang kan...
Jom kita tenguk resipi kek yang simple nie....



KEK PISANG CEPAT SIAP
Sumber : Mas Duniakau
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

200g tepung gandum* (MA guna tepung rose/superfine)
1 sudu kecil soda bicabonate*
1 sudu kecil baiking powder*(*bahan ini disatukan & diayak)
150g pisang (MA guna pisang raja)
170g gula kaster (MA guna 150g gula perang spt CMG guna)
Secubit garam (Mat tambah) - (MA guna 1/4 sudu kecil)
3 biji telur gred A (MA guna telur gred B je)
120g minyak sayur (Mat guna minyak jagung) - (MA guna minyak Sri Murni je)
1 sudu besar ovellate
Beberapa titik essen pisang (MA tak guna pun)
Chocolate rice sebagai hiasan

Cara Membuatnya :
Mai kita tenguk cara buatnya secara step by step.......


1. Mula-mula masukkan pisang, gula, garam &  ovellate
                                     kedalam satu bekas, lecekkan semua bahan-bahan ini 
                                            dengan menggunakan garpu, sehingga sebati.

2. Masukkan telur  sebiji demi sebiji & kacau hingga rata.

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi 
sedikit demi sedikit & gaulkan sehingga rata serta sebati
 dengan menggunakan senduk kayu.

4. Masukkan minyak sedikit-sedikit 
sambil dikacau hingga sebati.

5. Tuang adunan ini kedalam bekas pembakar 
yang telah dilapik dengan kertas minyak
& sapukan dengan sedikit mentega
 (MA guna bekas pembakar 6 1/2" x 10")

6. Taburkan diatas adunan kek dengan chocolate rice,
kemudian masukkan kedalam oven yang
 telah dipanaskan terlebih dahulu
dengan suhu 170C, bakarkan adunan kek ini
 selama 40-60 minit/sehingga kek masak.

7. Biarkan kek sejuk sedikit, keluarkan kek drp acuan, 
biarkan ia sejuk diatas jaringan 
& bolehlah dipotong serta  dihidangkan..


KEK PISANG CEPAT SIAP........SEDAPPPP
Bertambah sedap kalau dimakan panas.....





Saturday, September 28, 2013

NASI AYAM BLACK PAPER SIMPLE

Assalamualaikum....hari nie MA catitkan disini resipi Nasi Ayam Black Paper Simple...
Bagi rujukkan MA & anak-anak dimasa akan datang.....
Baru-baru nie MA pergi ke Pasaraya Maidin Meru untuk membeli barang-barang keperluan dapur....kebetulan balik pun dah lewat .Jadinya MA pun buatkan je Nasi Ayam Black Paper Simple nie untuk juadah tengahari kami.....
Kebetulan masa di Maidin Meru tadi MA ada belikan seekor ayam panggang..... sebab itu lah MA buatkan nasi ayam nie.....senang ayam pun dah ada, tak payah susah-susah untuk mengoreng atau memanggang ayam lagi.....
Hanya yang MA buatkan cuma sup ayam dan kuah cili serta black paper sauce atas pemintaan si bungsu.
Bagi anda yang suka masakkan simple .......mai kita cuba buat masakkan nie, masakkan yang paling simple dan sekejap je penyediaannya.......


NASI AYAM SIMPLE 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam yang siap dipanggang (beli dikedai Ayamas atau pasaraya je)

Untuk Nasinya :

3 cawan beras basmati (MA guna Basmati Jasmin King)
3 1/2 cawan air ( 1 cawan air rebusan tulang ayam yang dibuat sup + 2 1/2 cawan air biasa)
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia* (* bahan ini diblender bersama)
1 batang serai - dititik
1 sudu besar susu pekat manis
2 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kunyit
3 sudu besar mentega

Cara Membuatnya:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan mentega dalam periuk, bila sudah cair masukkan bahan yang diblander tadi bersama dengan serai yang telah dititik, kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu pekat, kiub ayam, garam serta sedikit kunyit. Kacau sebatikan & tunggu hingga mendidih.
  4. Sementara itu beras yang telah bersih tadi masukkan kedalam rice cooker, bila air telah mendidih tuangkan kedalam rice cooker yang berisi beras tadi, kemudian taburkan sedikit kunyit kedalam nasi ayam tadi untuk menaikkan seri warna nasi ayam.
  5. Masaklah seperti nasi biasa, apabila nasi telah elok masak, karehkan nasi dengan garpu atau chop stick, bagi mengelakkan nasi pecah...
  6. Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan dengan menaburkan diatas nasi itu daun sup & daun bawang serta bawang goreng sebagai hiasan.
PENYEDIAAN SUP :
Saperti biasa cuma rebuskan tulang ayam sedikit, masukkan kiub ayam, garam & sesuaikan rasanya.
Bila nak dihidangkan taburkan dengan daun sup & daun bawang yang telah dihiris halus.


Nasi Ayam Simple dah terhidang
Jom...kita makan...


SOS PEDAS
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

4 ulas bawang putih
4 biji cili merah
6 biji cili padi 
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
Sedikit air sup & garam

Cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut diatas kedalam blander & kisarkan sehingga halus.
  2. Masakkan bahan-bahan sos ini sehingga sedikit pekat jika suka.
  3. Boleh juga sos ini, di makan tanpa di masak, terpulang pada citarasa masing-masing. 

SOS BLACK PAPER ....paling senang.

Bahan-bahannya :

2 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Lada hitam yang telah diblander - agak-agak je, jangan banyak sangat.
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
Planta / buttercup
Sedikit air
Sedikit tepung gandum

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan & cairkan planta/ buttercup dahulu
  2. Masukkan bawang besar & putih, gaul rata sehingga naik bau
  3. Masukkan kiub ayam & lada hitam
  4. Masukkan juga sos cili & sos tomato, sos tiram, kicap cair serta sedikit air
  5. Seandainya sos cair , blanderkan sedikit tepung gandum bersama sedikit air & masukkan dalam sos tadi. Gaul rata.....takperlu letak ajinomoto, garam & gula.
  6. Biarkan sos masak sebentar di atas api & hidangkan.

Nasi Ayam Black Paper

Catittan :
Sos pedas & sos black paper, boleh juga dibuat salah satu sahaja untuk dimakan dengan nasi ayam.
Tak perlu dibuat kedua-duanya......tapi hari ini MA terlebih rajin, maka MA buat kedua-duanya....



Tuesday, September 24, 2013

LALA GORENG BERCILI......kegemaranku

Assalamualaikum.....salam sejahtera & ceria....
Tengahari semalam MA masakkan Lala Goreng Bercili untuk lunch kami. Lala nie dah lama MA teringin nak buat tapi tertangguh-tangguh je.....almaklum My Hubby  tak boleh makan seafood....
Biasalah kalau MA buat pasti My Hubby pun ikut le makan sama......lepas tu telan ubatlah, apa lagi.....
Sbb tu le sejak akhir-akhir nie MA pun dah tak tahu nak masak apa dah......banyak dah yang tak boleh dimakan dirumah nie....
Umur dah meningkat....banyak yang mesti dipantangkan.....huhuhu
Wbp MA kadang-kadang tu, teringin jugak nak tukar selera, jadinya buatkan jugak le larangan pantang nie.
Lala nie MA selalu masak saperti ini, selalunya MA campurkan dengan pucuk paku/ kacang panjang je......tapi hari nie MA terlupa pulak membelikan bahan-bahan perencahnya, jadinya MA masakkan lala sendirian je lah.....
Jom kita tenguk resipi yang simple nie.......


LALA GORENG BERCILI 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 kg Lala
3 biji cili merah*
4 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*(* bahan ini dikisar halus)
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai - diketuk
Garam /gula/ perasa pilihan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara :
  1. Bersihkan lala & toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali & tumiskan bahan-bahan kisar beserta dengan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa pilihan. Kacau sebatikan & sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  5. Masukkan lala, kacau sebatikan. Masaklah lala itu sehingga elok masak anggaran 10 minit. Lala akan mengeluarkan air, sesuaikan kepekatannya. Sekiranya suka air banyak, maka bolehlah ditambahkan dengan air sedikit lagi.
  6. Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan.


Lala...kegemaranku