CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 24, 2013

KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PERIA KATAK....untuk My hubby

Selamat pagi.....
Ini satu lagi resepi yang MA masakan bagi juadah berbuka kami pada hari yang ke 14 puasa tahun nie....
Disamping  Ayam Percik Kelantan, MA ada juga masakkan Sayur Bayam Masak Bening Air. Resepi Keli Salai Masak Lemak Cili Padi bersama Peria Katak nie adalah masakkan request daripada My hubby. Dia memang suka sangat dengan Peria Katak nie.....
Bagi MA memang tak suka...kerana Peria Katak nie kan pahit....!!!
Bagi My hubby apa yang pahit, itulah yang sedap padanya....
Wbp sebagai seorang isteri...MA akan masakkan apa yang My hubby suka makan....Rasanya berbaloi MA masak...sebab waktu berbuka berseleraaaanyaaa dia makannn .....
Untuk keli salai nie saperti biasa MA bakar menggunakan pemanggang ajaib juga.....senang & mudah kerja kita kalau ada pemanggang ajaib nie... MA cuma bakarkan 15 minit je, dah pun siap keli salainya. Bagi kawan-kawan yang sukakan buah peria katak bolehlah mencuba resepi nie....
Okey mari kita jengok resepinya.....
 




KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PERIA KATAK
Oleh : mamaAna

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan keli - dibersih & di rendam dengan air limau kasturi  serta di toskan
6 biji buah peria katak- bersaiz kecil (buangkan bijinya & di potong 4 
- rendam dalam air beras /garam untuk kurangkan rasa pahitnya)
2 ulas bawang merah*
10- 16 biji cili padi*
1 ulas kunyit hidup /kunyit serbok - MA guna kunyit hidup* (* bahan-bahan ini 
di tumbuk/ diblander halus)
2 batang serai - di titik
200ml santan pekat 
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit kunyit serbuk

Cara-caranya:
  1. Lumur ikan keli bersama garam & kunyit, bakar ikan sampai agak garing.
  2. Masukkan bahan-bahan yang di blander ke dalam periok, masukkan juga serai yang di titikkan tadi. Jerangkan bahan-bahan ini di atas api supaya airnya kering sedikit supaya cili padi layu & masak sedikit.
  3. Masukkan santan bersama dengan sedikit air, sesuaikan kepekatannya, kuah ini hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
  4. Apabila susah mendidih sedikit, masukkan keli salai bersama dengan buah peria katak. Kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam & asam keping. Sesuaikan dengan citarasa kita & bolehlah di padamkan api.
  6. Hidangkan.  







AYAM PERCIK KELANTAN

Assalamualaikum....selamat pagi..
Semalam untuk berbuka puasa bagi hari ke 14,  MA masakkan Ayam Percik Kelantan, hasil skodeng di rumah Azie Kitchen. Pada mulanya memang tak ada rancangan pun nak buat ayam percik nie; entah kenapa semasa skodeng tu....MA terpikat pulak dengan masakkan Ayam Percik Kelantan - Azie Kitchen. Banyak juga resepi ayam percik yang MA search hasil pertolongan cik google....tapi Ayam Percik Kelantan juga yang menjadi pilihan.
Mungkin resepi ayam nie simple saja kut......Resepi ayam percik lain, ada yang menggunakan rempah ratus. Wbp di lain kali, dilain masa & hari MA akan mencuba resepi ayam percik yang lain pula......
Berbalik pada ayam percik nie...... senang saja, MA bakarkan ayam nie menggunakan pemanggang ajaib sahaja.... Senang & mudah kerja MA.....hanya MA akan pantau semasa nak menyalutkan bahan kuahnya sahaja. MA bakar ayam nie selama 16 minit je...... tiap-tiap 4 minit MA terbalikkan & salutkan bahan kuah.
Si bongsu & My hubby sangat sukakan Ayam Percik Kelantan nie.....terima kasih pada Azie Kitchen kerana sudi berkongsi resepi yang sedap nie.Wbp Ayam Percik Kelantan MA nie berwarna merah cikit....kerana MA lebihkan cili keringnya.....biasalah MA sekeluarga memang suka masakkan pedas. Pada kawan-kawan yang ingin melihat resepi asalnya ada DISINI. di bawah nie MA salinkan semula resepinya bagi rujukkan MA.
Mai kita tenguk resepinya.......






AYAM PERCIK KELANTAN
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahannya:

I ekor ayam - potong 4

Bahan-bahan Perap:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1" halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap & di keluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya :

  1. Kisar bahan perap hingga halus & perap pada ayam dalam 30 minit.
  2. Bakar ayam hingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam di bakar siapkan bahan-bahn kuah.
  3. Kisar semua bahan kuah & masakkan atas dapur dengan api perlahan , sambil terus di kacau.
  4. Masak hingga kuah pekat, masukkan garam & gula.
  5. Sesuaikan rasa & bolehlah di angkat.


-SELAMAT MENCUBA-

Tuesday, July 23, 2013

TAZKIRAH RENGKAS HARI INI






Berapa lama dah kita hidup di dunia ini???
26/30/35/45/55/60 tahun???
Koleksi dosa kita mungkin setiap hari/jam/minit/saat - kecil & besar
Hati kita mungkin dah lama bertempek-tempek dengan tompokkan hitam. 
Keras sampai di cuci dengan clorox pun dok degih!!!
Malanglah kita dah sampai ketahap buat maksiat pun rasa tak bersalah...Malah berbangga...
Jika ini berlaku, hati kita dah MATI!!!
Namun, Allah SWT Maha Kaya, penuh sifat kasih & sayang kepada hambanya...
Bersihkanlah HITAM KELAM HATI KITA DENGAN TAUBAT...
SEBELUM TERLAMBAT !!!

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya seseorang mukmin bila mengejakan satu dosa atau kesalahan,
maka tiap kesalahan & dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya, dan bila dia
menyedari dosa & kesalahan itu, lalu menyesali dirinya & meminta ampun, hatinya menjadi bersih.
Tetapi bila kesalahan itu di tambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya
akan menjadi gelap & hitam seluruhnya.
Inilah yang di kata ALLAH:
Sesungguhnya sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu".
(HR Al-Hakim, Tarmizi & Nasa')




Bila tubuhmu lesu, hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kamu telah cuba sedaya upaya .....
Bila tangisanmu berpanjang & hatimu terluka,
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.......
Bila dirimu telah terlanjur melalukan dosa,
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu....
Bila kau telah cuba segalanya tapi masih tidak berhasil,
ALLAH mengumpulnya untuk satu saat tak terduga....
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman,
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kejayaan hakiki....
HIDUP INI INDAH JIKA BERSAMA ALLAH

SubhanAllah
SELAMAT BERAMAL


Sumber : www. wangcyber.com
www.mulan-sahbanu.blogspot.com
www.facuitmt.blogspot.com
www.kakicinta.blogspot.com

ASAM TUMIS BATANG KELADI....sedap woooo

Salam.....untuk pengunjung setia blog MA nie....
Semalam MA ada masakkan Asam Tumis Batang Keladi... Kebetulan batang keladi tu ada MA belikan semasa pergi ke Pasar Besar Ipoh kemarin....
Rancangan awalnya, MA belikan batang keladi tu untuk buat Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut......huhuhu....apa nak kata Siput Sedutnya tak de di jual.....mungkin masa nie bukan musimnya.
Masa MA skodeng rumah Asmah Yusof at Asam Garam, terpikat pula MA dengan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Keladi .......Waduuhhh2x pada mulanya hajat hati tu nak buatle Keli Salai Masak Lemak Cili Padi & di rencahkan dengan batang keladi ...
Tapi aleh-aleh semalam masa MA skodeng ke rumah Yatie ....ternampak pula resepi Asam Tumis Batang Keladi...... Laaa dah pulak MA tukar fikiran.
Wbp atas perbincangan dengan My hubby, maka inilah keputusannya.....masak je Asam Tumis Batang Keladi. Resepi nie hasil MA skodeng dari rumah Yatie, kalau nak tengok resepi asal DISINI.
Terima kasih pada Yatie di atas perkongsian resepi ini. Sebelum nie MA tak pernah pun masak batang keladi nie.....takut gatalll.
Tapi semalam dah cuba buat.....betul kata Yatie ...Alhamdulillah lincinnn....sedappp woooooo
Okey ....jom kita tengok resepinya....





ASAM TUMIS BATANG KELADI
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahannya :

  • 2 ikat batang keladi & buahnya (MA beli 1/2 kilo batang keladi yang telah siap di potong)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • Garam & sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • 1 batang bunga kantan - yang ini MA tambah
Bahan di Kisar :

  • 1/2 cawan ikan bilis - cuci & di toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit belacan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • 1/2 " kunyit hidup
Cara-caranya :

  1. Batang keladi & buahnya di siang, bersihkan. cuci & toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa & masukkan pula batang keladi & buahnya yang di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam & gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api & hidangkan.

-SELAMAT MENCUBA-