CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 5, 2013

AYAM MASAK KICAP MA STYLE......Yumm,yummm,yummm sedapnya.

Salam.......ape kyabar semua....????
Hari nie MA nak N3 masakkan favourite anak MA, My Yob pula.......
Memang senang masakkan nie.....simple je......ape2 pun memang kalau dia balik ke rumah nie......masakkan ini le yang selalu di mintakan & nasi goreng versi MA. Wbp harap2x, isterinya dah pun pandai memasakkan masakkan ini untuk dia.......
Tapi ye lah orang kata air tangan ibu berlainan.......pasti tak jemu, walau pun isterinya selalu memasakkan untuk dia masakkan nie......pasti kalau balik ke sini lauk ini jugak le yang di mintanya........
Bagi anda yang nak mencuba masakkan ini boleh le memasaknya.......apatah lagi, kini dah dekat bulan puasa, mana lah tau kalau2x emegency untuk masak waktu bersahor nanti, leh le cuba masakkan yang simple-dimple nie.......
Hari nie lagi 4 hari umat islam akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.......MA ucapkan "Selamat Menyambut Puasa" kepada warga blog semuanya.........
Mari kita lihat resepinya ye......




AYAM MASAK KICAP MA STYLE

Bahan-bahannya:

4 keping kepak ayam - dipotong  2
8-10  biji cili padi - diketukkan saja
1 labu bawang besar - di mayang halus
1 biji buah tomato - di belah 6
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)
1 sudu kecil pati ayam
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbok kunyit
Sedikit cuka masakkan / air limau kasturi
Minyak untuk menggoreng ayam & menumis

Cara-caranya:

  1. Ayam di bersihkan & di gaulkan dengan garam serta kunyit.Ketepikan.
  2. Sediakan bahan-bahan lain seperti di atas & ketepikan juga
  3. Panaskan minyak di dalm kuali, gorengkan ayam sehingga garing & masukkan ke dalam satu bekas lain.
  4. Apabila ayam sudah selesai semuanya di goreng, dengan menggunakan minyak yang sama (jika minyaknya terlalu banyak buangkan sadikit - hanya tinggalkan 2-3 sudu besar je). Gorengkan pula bawang besar & cili padi hingga naik bau.
  5. Masukkan sos tiram, kicap lemak manis & pati ayam. Kacau sebatikan & biarkan sabentar.
  6. Jika sos tadi terlalu kering masukkan sedikit sahaja air dan bubuhkan sedikit cuka, garam & gula.
  7. Akhir sekali  masukkan buah tomato. Kacau sebatikan.
  8. Rasalah sos tadi mengikut kesesuaian citarasa kita. Padamkan api dan tuangkan sos ke atas ayam yang telah di gorengkan tadi.
  9. Bolehlah di hidangkan.


                             
                                     Ayam masak kicap MA style dah siap terhidang...........
                                                               JEMPUT MAKAN


No comments:

Post a Comment