CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 17, 2014

KUIH CUCUR BADAK....Kegemaranku

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum....dan selamat pagi semua, pada pengunjung yang masih lagi setia untuk mengunjunggi ke teratak MA yang tidak sepertinya ini. Terima kasih diatas kesudian anda semua. Telah hampir lima hari juga MA tidak mengupdate blog kesayangan ini....
Buat masa ini MA terlalu bz dengan tempahan yang tidak putus-putus.....Alhamdulillah syukor pada rezeki yang Allah berikan. Oleh kerana komitmen yang besar terhadap tempahan ...jadinya MA slowkan sikit aktiviti berblog ini....Besarlah harapan MA supaya anda semua memahami situasi yang MA hadapi.
Biasalah bukan tak ingin untuk mengadap laptop ini....tapi dek masa yang terbatas dan keletihan yang mengatasi segalanya....makanya MA ikutkan kata hati untuk merehatkan diri satelah apa yang MA usahakan telah selesai diuruskan. Dan pagi ini dikesempatan yang terluang sedikit, sebelum MA mulakan urusan lain...makanya MA mengupdate sebentar blog kesayangan ini.....dengan harapan apa yang MA persembahkan ini dapat menjadi pedoman bagi anda untuk mencari idea dalam menguruskan persediaan memasak untuk keluarga yang tercinta.
Bagitu juga semoga resipi yang MA abadikan ini juga, dapat memberi tunjuk ajar untuk anak-anak MA dimasa depan sekiranya mereka teringin untuk mencuba resipi yang sering kali MA buatkan untuk mereka. Semoga juga kenangan ini akan berkekalan disanubari mereka....
Okeylah...mai kita tengok resipi Cucur Badak yang menjadi kegemaran MA dari dulu. sekarang dan selamanya.....Supaya tidak membuanga masa, mai kita tenguk resipinya dan cuba sama-sama.......


KUIH CUCUR BADAK
Oleh : MA

Bahan Inti :
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 6 sudu besar cili kisar ( 10 biji cili kering dibuangkan biji - direbus dan dikisar halus) 
  • 3 biji cili padi *(pilihan sekiranya nak pedas)
  • 3 sudu teh serbuk jintan manis*(lebih sedap kalau jintan ini disangai dan ditumbuk halus)
  • 5 batang serai* - dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih*
  • 8 ulas bawang merah*
  • 2" kunyit hidup*
  • 70g udang kering - dibasuh dan direndamkan terlebih dahulu
  • 2 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
Cara Membuatnya :
  1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus. Masukkan udang kering dan putarkan sebentar jerr.....agar uadang kering tidak terlalu hancur dan halus.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan  dan tumiskan lagi sehingga cili agak garing.
  4. Masukkan garam. gula dan pati ayam. Rasakan kesuaiannya dengan selera kita.
  5. Masukkan kelapa dan kacaulah sentiasa sehingga sebati dan agak kering sedikit.
  6. Walau pun kering tetapi masih ada lembab sedikit, kerana MA suka intinya lembab dan tidak terlalu kering.
  7. Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti cucur badak.....
***Inti nie juga sesuai untuk digunakan sebagai inti pulut panggang serta disalut pada pulut untuk sarapan. 

Ini Cucur Badak yang telah ditempakan....

Cucur Badak yang telah digorengkan
separuh masak untuk disejuk bekukan....

BAHAN DOH KLEDEK
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1500g keledek putih
  • 200g tepung gandum (berat 13% - 15% daripada berat kelek yang telah direbus dan telah dileyekkan)
  • 1/3 cawan gula kaster
  • 1 sudu teh garam
Cara Membuatnya :
  1. Kupas kulit keledek, potongkan kecil dan bersihkan. Masukkan air dan rebus hingga empuk serta masukkan garam. Rebuskan anggaran 25 minit.
  2. Bila keledek telah empuk,  toskan airnya sehingga kering.
  3. Masukkan dalam bekas lain dan leyekkan keledek itu hingga hancur. (MA leyek guna anak lesong batu jerr..)
  4. Ketepikan keledek yang telah dileyek tadi sehingga sejuk.
  5. Sukatkan berat keledek yang telah dileyekkan tadi.
  6. Kemudian masukkan gula dan sebatikan.
  7. Masukkan juga tepung sedikit demi sedikit sambil diulikan adunan sehingga boleh dibentuk.
  8. Sekiranya adunan masih melekit ditangan dan tepung telah habis ...jangan risau.
  9. Basuh tangan dan keringkan. Salutkan tangan dengan sedikit tepung dan bulat-bulatkan adunan kepada bebola kecil. Berat anggaran 30g setiap satu bebola.
  10. Leperkan doh, masukkan inti dan tutup rapat.
  11. Bulatkan dan leperkan sedikit. Salutkan tepung ditangan sekiranya doh melekat.
  12. Susunkan diatas dulang plastik (dulang MA tidak taburkan tepung pun).
  13.  Panaskan minyak dikuali dan gorenglah cucur badak tadi separuh masak untuk disimpan sebagai sejuk beku.
  14. Jika digorengkan untuk makan, bolehlah digorengkan sehingga kuning cucur itu, dengan sentiasa membalikkannya, agar cucur tidak hangus.
Haaa...nie dia Cucur Badak yang telah siap digoreng
Yummm...yummm...sedapppnya..
Kalau nak tahu kesedapannya...cubalah buat...
Pasti anda berpuas hati...


Thursday, March 13, 2014

KOMPILASI ANIKA TEMPAHAN YANG DI AMBIL..........

Bismillah pembuka bicara......

Selamat pagi semua pengunjung setia blog MA khasnya....semoga anda
beroleh kebahagian dunia dan akhirat.......Aminn
Agak lama juga MA tak update blog kesayangan ini...
Sejak akhir-akhir nie MA bz dengan satnika tempahan...
Jadi terpaksalah menyepikan diri seketika....
N3 kali nie....just untuk cucikan mata jerr....untuk kenangan ......
MA abadikan disini kompilasi anika tempahan yang selalu MA ambil.
Untuk renungan serta kenangan sepanjang hayat MA.....
Untuk anda yang ingin menempah juga bolehlah pm atau whatsApp MA
di no tel : 0122485408
MA amat berbesar hati dan mengalu-alukan pada sokongan anda semua ....
terima kasih daun keladi......
Okeylah mai kita menjamu mata sebentar.....

Cheese kek meleleh versi kek span

Cheese Kek Meleleh versi kek cheese...
MA akan masukkan dalam bekas kecil-kecil
bulat atau 4segi seperti diatas....

Tart buah-buahan....
Ini MA ambil tempahan dalam kuantiti 50 biji ke atas....
Yummy..yummy memang sedapppp....

Ini juga tart buah versi packing kecil...
Harga satu pack rm12....tapi MA akan buat dan terima oder
dalam kuantiti banyak baru MA jalankan projek...

Ini juga tart buah.....
Buahan-buahan yang dihiaskan diatasnya biasanya MA gunakan
buah kiwi, anggor dan buah peache dalam tin...
Sekiranya ada musim buah-buahan yang bersesuaian 
dengan tart nie ....akan MA pertimbangkan untuk menggunakannya...

Ini pula cheese tart
Juga MA ambil tempahan dalam kuantiti yang banyak 
sekurang-kurangnya 50 biji ke atas....
dibuat dalam acuan tart kecil yang biasa....
Tapi untuk hantaran...MA akan buat dalam kuantiti yang sikit
pun  boleh....
Selalunya untuk hantaran MA buat dalam acuan tart besar
dan harganya MA charge mengikut kategeri hantaran....

Ini pula Durian creape
Ummphhh...memang sedapppp

Durian Creape nie MA akan packing dalam pack yang kecil-kecil
6 biji satu packing....harganya hanya rm10.....
MA akan terima order dalam kuantiti yang banyak 
baru MA jalankan projek......
sekurang-kurangnya 6 pack ke atas... 

Ini pula lompang warna warni.....
MA sering dapat tempahan dari kawan-kawan dan katerer...
Juga buat dalam kuantiti yang banyak....
sekurang-kurangnya 50 biji ke atas.....

Ini juga kuih lompang versi perisa pandan
Juga MA buat untuk tempahan.....
Bagi majlis kenduri-kendara dan perbagai jamuan... 

Ini pula karipap pusing
 MA terima juga sebagai tempahan 
dalam kuantiti yang banyak juga sekurang-kurangnya 100 biji...
Juga karipap biasa pun MA terima tempahan.....
Boleh juga tempahan dalam versi sejuk beku.....

Ini pula Kuih Limas...panggilan oarang Perak...
dan terkenal juga dengan panggillan Tepung Pelita
di setengah-tengah tempat.....
MA ambil tempahan dalm kuantiti yang banyak juga..

Ini puding jagung....
MA ambil juga tempahan....untuk perbagai majlis.

Ini Apam Polkadot...
Inti didalamnya selalunya MA letakkan blueberry...
tapi atas pemintaan costumer juga MA bubuhkan inti kaya....

Ini pula Blassom Steam Cake...
Ada inti didalamnya...Inti kelapa gula merah.. 

Ini pula Apam Warna-Warni
Sedappp apam nie....budak-budak suka apam nie...
Ceria dan cantik jerrr kelihatan nya...

Cream Puff...selalu MA terima tempahan daripada katerer
Sedappp cream puff nie...intinya cream kastad
Bukan cream kastad instant yerrr....

Ini pula Trifles Rainbaow
Juga selalu terima sebagai tempahan untuk majlis-majlis...
Musim panas nie....memang sedappp betul 
kalau kita menikmati trifles rainbow yang sejuk nie...
Juga MA terima tempahan dalam kuantiti 50 biji ke atas...

Ini pula Kuih Cara Berlauk dan Kuih Ketayap versi belang..
Katerer suka menempah kuih ketayap versi ini....
nampak cantik dan ceria...bila dihidangkan....

Ini pula Macroni Bakar
Juga sering ditempah oleh kawan-kawan dan katerer..
Atasnya MA paipkan dengan cili sos dan myonise..
Sedappp tuuu....

Haaa.... yang ini...Puding Selasihku Sayang...
Sering sekali menjadi faveorite kawan-kawan dan katerer
untuk menempahnya....
Sedappp...puding nie....tak boleh dipertikaikan ....
Ada lapisan fruit coktail lagi di dalamnya...

Ini pula Coklat..
Selalunya MA terima tempahan waktu dihari raya
MA terima tempahan untuk hantaran juga ....

Ini Biskut Samperit versi moden daa...
MA terima tempahan dihari raya dan dihari-hari biasa juga....
Untuk biskut nie bermacam anika jenis yang MA 
ambil tempahan.....saperti Biskut Lidah Kucing versi coklat, keju 
dan Lidah Kucing Pelangi.....
Juga Biskut Tart Nenas, Conflake Rangup, Chipmore  dll... 

Ini pula Biskut Lidah Kucing Coklat Berbadam

Ini pula cupcake
Selalu juga MA terima tempahan....
Cupcakenya bermacam-macam versi....
Selalu terima tempahan untuk majlis harijadi...
dan bermacam-macam majlis....

Ini juga cupcake versi buttercream

Ini pula cake coklat moist....

Ini pula Puding untuk Hantaran.....

Juga puding hantaran....
Bunganya dibuat daripada agar-agar...

Nampak cantik ..kan..kan...
Jangan risau...bunganya pun boleh dimakan....

Ini pula Kek Hantaran untuk pertunangan atau perkahwinan..
Kek didalamnya selalunya MA buatkan kek buah kukus...
kerana kek jenis nie ...tahan lama. 

Juga tempahan Kek hantaran...
Kek nie kek yang disalut dengan fondant....

Kek Hantaran fondant juga....
Kek didalamnya ...boleh request bermacam-macam
jenis kek....tapi bukan kek span yerr....

Ini juga Kek Hantaran versi fondant juga....


Ini cupkek...juga untuk hantaran
Dihiasi dengan fondant juga......

Cupcake hantaran juga.....

Juga cupcake hantaran
Kek didalamnya boleh request daripada berjenis-jenis 
resipi cupcake....


Okey...ada sesiapa yang ingin menempah 
bolehlah hubungi MA pm atau whatsApp
Tel no : 0122485408
Kalau berhajat...tel jangan tak tel yerr...


Thursday, March 6, 2014

KATTETONG ALMOND CHOCOLATE a.k.a BISKUT LIDAH KUCING COKLAT BADAM

Bismillah pembuka bicara....

Salam ceria dan selamat petang pada anda yang sudi bertandang keblog MA nie.....
Petang nie MA updatekan Biskut Lidah Kucing Coklat Badam (dalam bahasa Indonesia pula dipanggil Kattetong Almond Chocolate).....Resipi nie MA rujuk dari Buku Indonesia Cookies yang dah lama sekali MA miliki, tapi tak pernah pun mahu mencubanya.....hehehe
Biasalah MA nie hobby suka menyimpan buku-buku masakkan.....banyak sekali buku masakkan dalam simpanan MA.....ada yang resipinya MA telah pun mencuba dan menjadi masakkan faviorite famili dan ada juga sehingga sekarang resipinya belum pernah dicuba.....huhuhu
Tenguk mood MA.....terkadang tu...dok tak duduk teringat dan teringin sekali nak mencubanya.....saperti juga dengan resipi nie.......
Sebenarnya MA terlalu lah malas nak mengupdatekan resipi nie buat masa sekarang.....
Tapi oleh kerana kasihankan sahabat FB yang dok teringin nak menikmati biskut nie....jadinya MA usahakan jugalah dipetang nie untuk n3kan resipinya.......semoga temanku nun yang berada jauh di Miri berpuas hati........Lepas nie...buat jangan tak buat yerrr.......
Biskut nie MA dah tayangkan pun di FB MA tengahari tadi...... selepas selesai memasaknya.....
Biskut nie memang sedappp......crispy sekali...SiBongsu asyikkan mengulang jerr.... dah nak habis pun biskutnya.....Nampak gayanya kalau rajin...besok pasti kene buat lagi nie......
Okeylah...apa yang kita tunggu lagi.....mai kita tenguk resipinya.........


KATTETONG ALMOND CHOCOLATE
(Biskut Lidah Kucing Coklat Badam)
Sumber : Buku Indonesian Cookies
Oleh : MA

Bahan-bahanya :
A
  • 150g mentega
  • 100g majerin
  • 250g gula icing
  • 1 sudu teh essen vanilla
B
  • 210g putih telur (dipukul) - lebih kurang 6 biji telur gred A
C
  • 210g tepung gandum* - MA guna tepung biskut (Red Rose Flour)
  • 40g serbuk koko*(*dicampur dan diayak)
D
  • Badam keping
Cara Membuatnya :
  1. Campurkan bahan A dan gaul hingga sebati. Masukkan bahan B dan pukul hingga lembut.
  2. Masukkan bahan C dan gaul hingga sebati betul.
  3. Masukkan adunan kedalam pipping bag yang telah dipasangkan dengan nozel bulat dan picitkan secara memanjang berukuran 4-5cm panjang, keatas dulang yang telah bersapu minyak.
  4. Hiaskan dengan bahan D.
  5. bakar dengan kepanasan 150"c selama 25 minit. ( MA bakar denagn api bawah 160'C dan api atas dengan 180"C) - kepanasan oven terpulang dengan kesuaian oven anda...jadi kenalilah oven anda sendiri.
Bancuhan dimasukkan kedalam pipping bag
yang telah dibubuh nozel bulat dan picitkan 
secara memanjang berukuran 4-5cm

Adunan yang dipaip di hias dengan kepingan badam

Kattetong Almont Chocolate

Biskut Lidah Kucing Coklat Badam
dah pun siap.....
Mai kita dok pakat....cuba membuatnya
Jangan risauuu
Sedapppp.... pasti berbaloiii



Tuesday, March 4, 2014

MI SIZZLING CHINESE STYLE.....YUMMY..YUMMYYY..SEDAPPPNYAAA

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum....selamat malam dan salam ceria semua...
Kali ini MA updatekan pula Mi Sizzling Chinese Style yang sungguh sedapp.....Resipi nie MA dah lama simpan dan sering membuatnya....tapi ketika tuu MA masih belum pandai berblog lagi...
Resipinya daripada Buku Chef Faizal Ng Abdullah...tapi MA dah derhakakan sikit...wbp terima kasih pada tuan punya resipi asal......
Selalunya MA buatkan tanpa menggunakan hot plate .....just lambak-lambakkan dalam pinggan jerr......
Kebetulan semalam MA terlalulah teringin sangat nak buat Mi Sizzling nie....menggunakan hot plate pulak......dan pagi semalam juga MA dan MY Hubby pi beli hot plate tuu sebanyak 3 buah jerr ...(kerana yang tinggal dirumah nie hanya 3 orang)
Pagi nie MA usahakan membuat kuahnya.....sebenarnya dari petang semalam MA dah prepare Air Stok Ayam ....MA memang suka ikut cara ini apabila nak membuat kuah mi sizzling dan satnika kuah mi chinese style.....tapi yerrlahh kerjanya rumit sikit....tapi keputusan yang kita dapat .....memang berbaloi sedapppnya .....pasti berpuas hati. Kuahnya juga pasti berkhasiat...disebabkan pati air sayur-sayuran.
Untuk itu mai kita tenguk resipinya.....

Ini Yee Mee Sizzling
Yummy....yummy sedapppnyaa

Ini pula Air Stok Ayam
Sepatutnya warnanya jernih jerr...tapi disebabkan
MA blend sayuran-sayurannya yang dah jadi lembik tu
kemudian MA perahkan ambil airnya....itu yang warnanya kuning
sbb warna lobak merah.....

PENYEDIAAN AIR STOK AYAM..
Oleh : MA

Bahan-bahanya :
  • Kain Muslin (dijahit bentuk kantung bertali)
  • 3 litre air
  • 1 batang timun - dipotong 2 atau 3 kerat
  • 1 biji bawang besar - dibelah 2
  • 1 batang lobak merah -dipotong 3 atau 4 kerat
  • 2 biji tomato -dibelah 2
  • 15 biji korma merah -dibelah 2 (kurma cina)
  • 1 ekor rangka ayam - dipotong kecil
  • 1 bungkus sup bundut
Cara Penyediaannya :
  1. Bersihkan semua sayuran sebelum dipotong.
  2. Isikan semua sayuran diatas kedalam kain muslin, punjut dan masukkan kedalam periuk besar.
  3. Isikan air ke dalam periuk.
  4. Masukkan rangka ayam, kurma cina dan sup bundut.
  5. Reneh diatas api yang perlahan selama 2 jam, sehingga sayur-sayur yang direbus menjadi lembik. (MA masukkan dalam preasure cooker jerr...masak hanya 30 minit).
  6. Bila sayuran dah lembik, biarkan sejuk sebentar. Perahkan air sayuran yang berada dalam kain muslin. Kemudian buangkan hampasnya (boleh dijadikan baja)=MA blanderkan sayur-sayuran yang dah lembik tadi.....perah ambilkan airnya.
  7. Sejukkan stok sayuran. Sup jernih nie boleh disimpan di dalam bekas-bekas kecil dan didingin bekukan. Tujuan menyimpan dalam bekas-bekas kecil adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyediaan perbagai juadah apabila diperlukan, sebagai ganti serbuk perasa.
***Stok juga boleh disediakan dalam kuantiti yang kecil.
Bagi surirumah, anda boleh berjimat cermat dan kitar semula kulit-kulit
lobak merah dan putih, kulit timun, kulit tembikai atau batang sawi.
Apabila sayur dalam peti sejuk mulai kelihatan layu saperti sawi, lobak, timun, 
kobis jangan dibuang bagitu sahaja, sebaliknya proseskan sayuran tersebut 
menjadi stok dengan kaedah diatas.
Ini  pula bahan-bahan yang diperlukan bagi 
penyediaan kuah sizzling
Ini pula kuah sizzling yang separuh masak...
belum dibubuhkan tepung jagung dan ditambah kicap pekat

PENYEDIAAN KUAH MI SIZZLING
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 ulas bawang putih - dicincang kasar
  • 3 " halia - dititik dan dihiris kasar
  • 20 tangkai cili kering - dicuci dan digunting 3
  • 1/2 batang sadri- dipotong kasar dan dititik
  • 10 biji kurma cina - dibelah 2
  • 200g isi ayam - dipotong kecil (boleh juga diguna isi ayam bertulang)
  • 100g sos tiram*
  • 30ml kicap cair*
  • 30ml kicap pekat*(*dicampurkan sekali)
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 1sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 litre stok ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air (Untuk memekatkan kuah...jika tak cukup pekat boleh tambah lagi).
Cara Penyediaan Kuah :
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih, halia, batang sadri, kurma cina, cili kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, bahan bertanda *, pati ayam,gula dan lada putih serta stok ayam. Masak hingga mendidih diatas api sederhana.
  3. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan air tepung jagung supaya kuah sedikit pekat, kacau tanpa berhenti dan tutupkan api.
Haaa...nie Yee Mee Sizzling dah pun terhidang
Ada sesiapa yang terlio ke???
Kalu terlio mai kita buat sama-sama...
Kalau kita buat sendiri...puas makan
MI SIZZLING
Oleh : MA

Bahan-bahanya :
  • 200g mi kuning, kuey tiaw atau yee mee
  • 1 ulas bawang putih - dititik dan didadu halus
  • Sedikit minyak bijan + minyak biasa
  • 1 biji telur
  • 100g sayur sawi - dicelur
  • 50g cendawan shitake - dicuci dan dibelah 4 (rendamkan dulu cendawan hingga lembut)-dicelur hingga lembut.
  • Sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Cili padi (dipotong halus) + kicap cair (untuk lebih pedas) - ini bahan sampingan kepada yang suka pedas.
Cara Penyediaannya :
  1. Panaskan hot plate diatas api kuat. Titiskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan mi kuning, kuey tiaw atau yee mee dan gaul seketika. kemudian tolakkan mi kebahagian tepi hot plate.
  2. Pecahkan telur dibahagian tepi hot plate sebelah lagi.
  3. Letakakn cendawan dan sawi yang telah bercelur didalam hot plate.
  4. Siram kuah diatas mi beserta hirisan cendawan dan sawi. Biarkan kuah mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Hidangkan panas-panas bersama hirisan daun sup dan daun bawang, Akhir sekali titiskan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau. 
  6. Boleh dimakan bersama cili jeruk atau cili padi berkicap.
Haa..nie pula Kuey Tiaw Sizzling
Kegemaran MA nie....

---SELAMAT MENCUBA---