CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 11, 2013

BISKUT RED PEARL -Memang Sodappp


Assalammualaikum......apa kyabar semuanya, bagaimana dengan puasa hari nie.....masih lagi penuh????? He3 tak kan le awal-awal lagi dah mengelat.......
Hari ini MA ada buat biskut lagi.....sekarang mood membuat biskut dah mari.....kuang3
Baru-baru ini MA ada skodeng di rumah Cendanakasih.....mencari-cari biskut apa yang MA akan cuba pula......dan daripada komen yang MA baca daripada Cendanakasih, memang biskut nie di gemari ramai........Pada tahun 2012 je, Cendanakasih kata dia menerima tempahan sebanyak 30 botol & oleh kerana itulah MA terpanggil untuk mencuba buat biskut nie......
Kepada Cendanakasih terima kasih kerana pengkongsian ini, izinkan MA berkongsi di blog MA pula.......kepada sesiapa yang nak tengok dari Cendanakasih ada di SINI.
Ok.....malam nie selepas berbuka puasa MA pun terlalu excited nak merasa biskut nie....memang sedapppp, apa tidaknya di samping rasa conflake, kita juga akan merasa kerangupan badam beserta coklat cip dan kismis (MA gantikan ceri kering dengan kismis sbb kismis je yang ada di rumah nie). MA cuma nak mencuba rasa keenakkan biskut nie saja, jadi MA buat ape yang ada kat rumah je..... Tapi memang sedap, kombinasi biskut nie.....memang berbaloi membuatnya.
Cubalah.......



BISKUT RED PEARL - Yang sedappp.....
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahannya: (50 biji)

150g butter
150g tepung gandum
75g gula kaster
60g conflake (di ramas sedikit)
50g coklat cip
20g ceri kering (merah & hijau)- MA gantikan dengan kismis
25g badam/gajus/hazelnut (bakar dulu & di hancurkan sedikit)- MA guna badam & hazelnut 25gx2
1 sudu teh essen Vanila
1 sudu teh emplex- MA gantikan dengan tepung beras, ikut apa yang Cendanakasih kata

Hiasan :

ceri merah - dihiris halus & memanjang
Sedikit kuning telur

Cara membuatnya :

  1. Pukul butter & gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula & butter je)
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering & kacau sebati.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput & bulatkan seperti bebola (bila di bakar, biskut akan leper dengan sendiri).
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut & letakkan ceri merah.
  5. Bakar pada oven bersuhu 165C, selama 30-40 minit.
TIP:

  • Tahun nie CK keluarkan 2 sudu besar tepung gandum (dari sukatan di atas) & di ganti dengan 2 sudu besar tepung beras. So biskut lebih rangup & sedap. Tak perlu guna emplex pun tak pe.
  • Kata Cendankasih...."Ada kengkawan yang buat biskut nie dan jadi tak berapa nak rangup....nak dapat biskut yang rangup dan sedap??...jeng jeng jeng.....Biskut nie tak boleh di bakar dengan api yang tinggi....so suhu oven kena slow je.....dalam 165C/180C gitew.....bergantung la pada oven korang......"



IPOH INTERNATIONAL RUN

Assalammualaikum......tak ada masakkan ape nak di ceritakan di pagi nie......jadi MA update N3  yang tertunggak nie...
Dah lama dah cerita nie tak update......bz dengan masakkan je.
Pada 07.07.2013 my hubby, my Yanti & si bongsu telah pun daftar dalam Ipoh International Run yang di adakan pada tiap-tiap tahun pada bulan Julai di Ipoh di bawah anjuran MBI.
Bermula pada tahun dulu 2012; semenjak MA & keluarga berpindah ke Ipoh.....anak-anak MA, my Yanti & si Bongsu telah pun join aktiviti nie.....tapi my hubby baru mula join in di tahun nie 2013.
Sepatutnya di tahun nie, my Yanti pun join sama, nama-nama mereka dah pun di daftarkan semenjak 29.05.2013 lagi.
Tapi ye lah kita hanya merancang, tapi segala-galanya Tuhan yang menentukan....
Tahun nie my Yanti tak dapat menyertainya, hanya my hubby & si bongsu je lah yang join in kali ini.
MA just jadi penyokong setia je....
My Yanti pada mulanya nak balik jugak untuk menyertainya. tapi besok paginya hari Isnin dia pula ada urusan di KL.....jadi kalau balik pun, malam sabtu baru sampai ke rumah dan pagi besoknya selepas mengikuti aktiviti larian tu....petangnya nak balik semula ke KL. Oleh kerana tu le MA & my hubby nasihatkan my Yanti tak payahle join aktiviti tu di tahun nie.....
Bukan ape MA risau setiap kali my Yanti balik ke Ipoh .....dia memandu sendirian, jadi itu yang membuatkan MA risau sangat...... kerana my Yanti pernah mengalami accident ketika pulang dari Ipoh ke KL dulu......Itu cerita lama dah, tapi MA masih lagi fobia, bila dengar saja my Yanti nak drive balik ke Ipoh......hati MA dah berdebar-debar, ye le hati se orang IBU.
Di tahun nie si bongsu join larian 7 kilometer, my hubby 15 kilometer & sepatutnya my Yanti just join Fun Run je, 5 kilometer.
Gambar-gambar yang ada just gambar my hubby je....si bongsu entah mana perginya dengan kawan-kawannya.......
Ok le MA berhenti di sini dulu......just untuk kenangan mengusik jiwa untuk anak-anak & kami sekeluarga.....
Mari kita layan je gambar-gambarnya......
  


                            Pagi- pagi lagi selepas subuh kami dah pun bertolak
                            ke Stadium Indera Mulia. Larian nie akan bermula pada 6.30 pagi,
                            ramai betul orang di stadium. Tahun ini lebih kurang 17,000 ++
                            yang berdaftar untuk menyertai Ipoh International Run nie

                                My hubby keletihan......selepas menyelesaikan larian
                                15 kilometer.....tak pe bang panjang umur tahun depan
                                boleh cuba 21 kilometer pulak.....
                                Tahun depan mesti target dapat hadiah......
                                jangan harapkan sijil je ,,,,,,,,,,,


Wednesday, July 10, 2013

BISKUT COKLAT CIP.......MEMANG SEDAPPP

Salam sayang semua......kini kita semua telah pun menjalani ibadat puasa. Anda bagaimana......MA pagi-pagi nie, jadual harian telah pun berubah.......mana tidaknya selalunya pagi-pagi begini selepas My hubby berjogging......terkadang MA akan keluar ke pasar untuk mencari ikan atau sayur-sayuran yang akan di masakkan untuk hari itu, dan kebetulan sudah keluar, maka MA & hubby terus bersarapan sekali di luar.
Dulu sebelum bulan puasa kami keluar bersarapan di kedai sahaja, dan terkadang-kadang tu,  sebelum bersarapan MA & hubby pergi menziarahi dulu kubur arwah cucu serta arwah nenek MA.
Ok le kita pun sekarang sedang menjalani ibadah puasa.......dah tentunya anda sedang mencari-cari resepi biskut untuk preparation raya. Hari nie MA ada buatkan biskut favourite MA & anak-anak......Biskut nie selalunya MA tidak pernah tinggalkan setiap hari raya menjelang......bukan sahaja untuk hari raya, malah biskut nie selalu MA buatkan untuk kudapan harian & sentiasa ada di atas meja ........ Si bongsu memang suka sangat dengan biskut nie.........
Kalau MA buatkan biskut nie, sekejap je habisnya.......mana tidaknya, asyik mengulang memakannya......biskut nie kalau dah mula memakannya rasanya tak jemu-jemu, pasti mahu makan & makan lagiii....
Untuk anda yang tercari-cari biskut apa yang nak di buat untuk hari raya yang akan menjelang tiba......apa kata anda cuba buat biskut nie, pasti tak menghampakan.......
Bukan sahaja untuk hari raya sahaja, MA pasti anda akan buat lagi & lagi........malah untuk kudapan harian juga.
Jom kita buat biskut nie.........




BISKUT COKLAT CHIP

Bahan-bahnnya:

300g tepung superfine (tepung gandum rose)
250g mentega
200g gula kastad
3 biji kuning telur
1 sudu teh soda baikabonet
3 sudu teh baiking powder
2-3 sudu besar serbuk koko/ coklat ( lebih sedap guna serbuk coklat)
1 sudu kecil essen vanila
140g badam hancur - di bakar sebentar (40g di ketepikan)
100g coklat cip (30g di ketepikan)

Cara membuatnya :

  1. Tepung, koko/coklat, baiking powder & soda baikabonate di ayak sekali.
  2. Pukul mentega & gula hingga kembang.
  3. Bila mentega dah kembang, masukkan telur satu persatu dan bubuhkan essen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil di kacau. Sebatikan.
  5. Campurkan separuh badam & coklat kacau sebatikan.
  6. Masukkan adunan dalam paiping bag & paipkan adunan tersebut ke atas acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak atau anda juga boleh gunakan sudu kecil untuk bentukkan adunan ini. (MA gunakan sudu sahaja).
  7. Setelah adunan siap di paipkan di atas acuan semuanya. Anda boleh le lagi mencantikkan biskut dengan menghiaskan di atasnya lagi dengan taburan badam & coklat cip yng telah di ketepikan. 
  8. Bakarlah dengan api 170C selama 20 minit.
  9. Sejukkan biskut dan barulah di simpan dalam bekas kedap udara.
Bancuhan di atas boleh dapat dalam 175 biji biskut.
SELAMAT MENCUBA. 



MACARONI BAKAR......Sedappnya

Selamat pagi semua warga blog........semalam MA terima order lagi daripada katerer, sempena menyambut puasa nie. MA terpaksa sediakan di sebelah malam, kerana pagi- pagi lagi pihak keterer  telah datang mengambilnya. Kali ini MA buatkan Macorani Bakar & Bingka Pandan. Kebetulan MA buatkan untuk keterer, jadi MA pun tumpang sekaki le, buatkan sekali untuk makan MA sekeluarga. Just buat dalam acuan kecil sahaja........al- maklumlah nanti kalau tak buat saperti ini, tak le merasa pulak......kerana MA hanya terima tempahan setalam-setalam dan siap dengan potongkan sekali.......Sbb tu le kalau tak buat lebih pasti kami tak merasa.......
Macorani Bakar nie memang selalu MA terima tempahan......begitu juga dengan Bingka Pandan.
Kepada anda yang ingin mencubanya......silakan, memang sedap, Marconi Bakar nie versi kemelayuan pasti keluarga anda sukakannya. MA selalu makan dengan cili sos & mayonis sahaja.
Membuatnya senang sahaja........tak susah pun, cuma banyak sikit preparation. Tapi kalau semua bahan-bahan telah tersedia pasti le senang je....
Ok le mari kita lihat resepinya......




MACARONI BAKAR

Bahan-bahnnya : (acuan 13"x13")

500g macaroni - brand San Remo (elbows)
(untuk bekas 13"x13" ambilkan 1700g macorani yang telah di rebuskan)
400g daging cincang/ kisar
14 biji telur gred A
1 paket mushroom sup serbuk - brand kimball
5 sudu besar rempah kari daging (2paket kaecil)
3-4 labu bawang besar - di potong dadu
3 biji buah tomato - di potong dadu (saiz kecil)
1 biji karot - di parut kasar (saiz sederhana)
6- 7 biji cendawan butang (dalam tin) - di potong nipis
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3/4 tin  susu cair
200ml air
Garam, gula & pati ayam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Untuk hiasan :

Daun sup - dipotong halus
Cili merah - di buang biji & di potong halus
Bawang goreng
Sedikit parutan keju mozzarella (option)

Cara-caranya:
  1. Rebus macaroni dengan air dan sedikit minyak.Bila macaroni kembang angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan daging cincang/kisar & sadikit air. Kacau rata  & biarkan sabentar hingga daging empuk.
  4. Masukkan parutan karot & cendawan butang, kacau rata.
  5. Kemudian masukkan susu, mushroom sup, garam , gula & pati ayam secukupnya. Kacau rata 
  6. Masukkan buah tomato & sos tomatobeserta cili sos (agak-agak biar lembab) gaul sebati. Rasakan kesuaian citarasanya.
  7. Ambilkan 1/4 daripada daging ini, ketepikan. (untuk di tabur di atas macorani)
  8. Pecahkan 10 biji telur(1 bahagian) & 4 biji (1bahagian) & letakkan sedikit garam & lada sulah, kacau dengan garpu biar rata. Ambikan bahagian 10 biji & gaulkan dengan 3/4 bahagian daging  tadi.
  9. Masukkan bancuhan daging ini ke dalam macaroni, kacau rata supaya sebati. Ketepikan.
  10. Laser acuan dengan mentega, masukkan macaroni tadi dan bakar pada suhu 170C hingga separuh masak. Bakar lebih kurang 25 minit.
  11. Keluarkan dari oven, taburkan di atasnya dengan bahan-bahan hiasan & 1/4 daripada daging kisar yang telah di masak tadi, ratakan. Kemudian tuangkan baki telur (4 biji) tadi, ratakan sehingga meliputi macaroni. Taburkan parutan keju. Bakar semula macaroni hingga masak dengan api 170C selama 45 minit/ sehingga masak
  12. Hidangankan bersama mayonis & cili sos (MA paipkan sahaja mayonis & cili sos di atas macaroni )