CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 9, 2013

CILI HIJAU JERUK

Baru-baru ini MA ada buatkan Cili Hijau Jeruk, untuk dimakan bersama dengan Char Kuey Tiow & Mee Rebus. Rasanyanya kalau tak ada Cili Jeruk nie tak sah.....
Kombinasi yang serasi bila MA nak makan Char Kuey Tiow & Mee Rebus, pasti Cili Jeruk nie yang MA akan prepare dulu.
Buat MA resepi nie memang selalu MA gunakan bila nak makan cili jeruk.......MA berpuas hati dengan resipi Cili Jeruk nie.
Jadi kepada anda yang teringin nak makan Cili Jeruk......jom kita buat sendiri, bahan-bahannya tak le susah sangat......
Okey mai kita semak resepinya.......


CILI HIJAU JERUK
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

12- 15 biji cili hijau
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan

Cara membuatnya :

  1. Cili hijau dibersihkan & dipotong secara menyerong atau secara membulat anggaran 1/2 inci tebal.
  2. Kemudian dimasukkan kedalam tapis plastic yang lubangnya besar, & goyang-goyangkan tapis supaya biji-biji cili akan terkeluar.
  3. Rendamkan cili hijau tersebut anggaran 30 minit di dalam air kapur.
  4. Lepas itu bersihkan semua cili daripada air kapur. Jeruskan air panas mendidih pada cili hijau tersebut supaya layu sedikit. Ketepikan sebentar supaya airnya tos.
  5. Masukkan kedalam botol  & ketepikan. 
  6. Sementara itu masakkan gula, cuka beserta dengan air & garam hingga mendidih. 
  7. Setelah mendidih curahkan kedalam botol yang berisi cili hijau tersebut. Cili mestilah terapung anggaran 1 inci daripada permukaan botol. Sekiranya cili tidak terapung, bolehlah ditambahkan sedikit air panas sehingga cili hijau terapung.
  8. Tutup botol & simpanlah cili jeruk nie anggaran 1 hari, bolehlah dimakan.
  9. Cili jeruk nie lebih sedap rasanya jika disimpan lama.
- SELAMAT MENCUBA-


Friday, September 6, 2013

TEMPAHAN LAGI...

Assalamualaikum.....salam sejahtera, semoga anda semua dirahmati & dilindungi Allah dalam menjalani kehidupan ini...
Bagi MA syukur alhamdulillah rezeki yang diberikan Allah...."HambaMu amat bersyukur YaAllah YaTuhanku.....diatas rezeki yang melimpah ruah ini.......& hambamu bersyukur jua kerana diberikan kesihatan yang baik dalam menghadapi situasi ini".
Bagi MA, dua minggu nie amat mencabar sekali....sebabnya tempahan-tempahan terlalu banyak untuk diuruskan & disiapkan ....
Semoga kesabaran dalam menghadapi situasi ini dapat dipenuhi dengan jayanya....
Alhamdulillah, semuanya dapat MA laksanakan seperti yang dirancang ......
Syukur .....
Dibawah ini MA selitkan tempahan-tempahan yang MA sering kali terima.....just sebagai kenangan bagi MA untuk masa-masa akan datang.......
Dihujung minggu nie MA nak berehat seketika....anak-anak mengajak MA berjalan-jalan .......
Malam nie MA sekeluarga akan bertolak ke Grik, Perak. Jadinya mungkin dalam masa 3 hari nie MA bercuti menerima tempahan .....serta berblog. Panjang umur kita bertemu kembali dialam maya ini lagi.......
Kalau anda ingin cuci mata...mai kita layan gambar-gambar ini......


Inilah kotak-kotak yang MA sediakan bagi 
tempahan-tempahan...
Kotak kek yang MA belikan & telah pun
diubah suaikan....




Ini pula Puding Kek Kastad Marble
Puding ini sedappp rasanya 
Kombinasi 2 dalam satu
Lapisan bawahnya ada kek manakala
lapisan atasnya kastad marble
yang diolah dengan 
coklat emalco.


Ini pula Puding Kastad Marble Oreo
keenakkannya tidak boleh dipertikaikan
rasa kastad marble dilapisan bawah...
Manakala dilapisan atasnya pula
ada biskut oreo...
Sedappp tak terkata..


Ini pula Kek Kukus Velvet
Cantik & ceria warnanya
Sedap rasanya, kerana ada dilapiskan dengan
 asam manis hawflakes



Ini pula Talam Keladi
Bagi peminat keladi....memang selalulah
menempahnya  


Ini pula Puding Selasihku Sayang
Resipi MA sendiri
Namanya diberikan oleh 
kawan baik MA ......
Memang banyak sekali tempahan untuk puding ini...



Ini pula Bahulu Kemboja
sering menerima tempahan....
setelah berkali-kali diolah mengikut citarasa MA..
Akhirnya berjaya...& MA memang berpuas hati 
dengan resipi nie
Rasa Bahulu nie lemak manis &
yang pentingnya lembuttt sekali...


Ini pula Macaroni Bakar & Bingka Pandan
juga menjadi tempahan 
favourite semasa..
Untuk yang sukakan kelainan
pastinya menempah 
Macorani Bakar.
Manakala Bingka Pandan yang sangat lembut...
selalu juga ada tempahan. 



Ini pula Pavlova...yang sedappp
menjadi top list tempahan semasa....
memang MA tak menang tangan membuatnya.
Sentiasa saja ada pemintaan...
terutamanya daripada 
kawan-kawan sibungsu... 







Thursday, September 5, 2013

PUDING KEK KASTAD MARBLE

Asalamualaikum.....salam ceria kepada semua kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog MA ini... Maafkan MA kerana sejak kebelakangan nie, cuma sempat N3 menu tertunggak je....
Selepas raya nie MA terlalulah bz dengan tempahan.....jadinya agak terlewat untuk N3kan sebarang cerita & menu.
MA tak berkesempatan untuk mengadap laptop nie.....
Terkadang MA cubakan juga untuk update blog nie.....tapi dilewat malamlah. Namun begitu biasalah, terkadang tu....cuma dapat update sekerat jalan je.....kerana badan yang keletihan, cepat sekali mata mulalah mengantuk....Sebab tulah N3nya terkadang tu....memakan masa berhari untuk disiapkan....huhuhu
Baru-baru ini MA ada buatkan Puding Kek Kastad Marble bagi tempahan.... Disamping itu MA juga ada buatkan untuk santapan kami sekeluarga. Puding Kek Kastad Marble nie memang sedap, rasanya, citarasa 2 dalam satu...
Kesedapan rasa keknya dilapisan bawah beserta keenakan kastad dibahagian atasnya memang memikat selera. Apatah lagi rasa coklat emalco yang ditambah dalam marblenya....woooiii sedaapp...
Bagi anda yang ingin mencubanya.....mai kita semak resepinya.....



PUDING KEK KASTAD MARBLE 
Oleh : MA

Bahan-bahannya: (Acuan 13")

2 bungkus kek marble/ kek roll (Perisa yang disukai)
16g serbuk agar-agar
3 cawan air
3 cawan susu segar/ cair
1 1/4 cawan gula pasir
90g tepung kastad
3 biji telur gred A
4 sudu besar mentega
3/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh essen vanila
2 sudu kecil coklat emalco

Bahan Lapisan Atas:

8g serbuk agar-agar
200g gula pasir
900ml air

Cara Membuatnya:

  1. Lenserkan acuan dengan mentega.
  2. Susunkan kek menutupi bahagian bawah acuan. Ketepikan.
  3. Masak air bersama serbuk agar-agar & gula hingga mendidih.
  4. Bancuhkan tepung kastad, garam, essen vanila dengan susu segar/cair serta telur, kacau sebatikan.
  5. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam adunan agar-agar yang telah mendidih tadi. Kacau hingga mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan mentega, kacau sebatikan.
  7. Bila semua sudah masak, & mentega pun telah elok sebati serta cair semuanya, tutup api.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan coklat emalco & satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal. Kacau sebatikan adunan bahagian coklat emalco.
  9. Tuangkan adunan ini diatas kek yang telah disusunkan dalam acuan/ loyang tadi. 
  10. Adunan ini dituangkan secara berselang seli diantara adunan koko & adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang disukai.
  11. Untuk Lapisan Atas : Masakkan adunan lapisan atas  dengan mencampurkan semua bahan-bahan & kacau diatas api sehingga mendidih.
  12. Bila mendidih, matikankan api & tuangkan adunan ini keatas adunan marble tadi.
  13. Biarkan sejuk & bolehlah dihidangkan.  


Puding Kek Kastard Marble
yang telah siap.....sedaappp
Cubalah buat...
kalau nak merasa keenakakn kek & kastadnya.

Tuesday, September 3, 2013

KEK KUKUS VELVET

Asalamualaikum & salam sejahtera untuk semua.
Semalam MA ada buatkan kek velvet kukus yang MA ambil resipinya daripada rumah Yatie Sinar Kehidupanku. MA suka dengan rasa kek nie yang masam-masam manis, apatah lagi warnanya pun menarik. Alhamdulillah ....... kami sekeluarga sukakan rasa kek nie.
Kiranya untuk membuat kek nie pun tak le susah sangat....cuma mesti ada ketekunan serta kesabaran dalam melapiskan kek nie saja. Kata Yatie resipinya daripada K.Fida, terima kasih pada K.Fida & juga Yatie yang sudi berkongsi resipi nie disini.....
Kepada kawan-kawan yang nak tenguk resepi daripad Yatie, bolehlah ke SINI....di bawah nie MA salinkan resepi bagi acuan besar, kerana MA sering buat untuk tempahan.....jadi MA dah olahkan resepi nie kepada loyang 13". kerana senang bagi MA untuk jadikan rujukan jika ada tempahan.
Memang kek nie selalu ditempahkan oleh pelanggan MA.....mungkin sebab warnanya yang cantik & menarik disamping keenakkannya pun tidak boleh dipertikaikan lagi.
Pada kawan-kawan yang nak cuba membuatnya dalam kuantiti banyak, untuk jamuan ke, mai kita semak resipi yang MA dah olahkan dibawah nie......


KEK KUKUS VELVET (Loyang 13"x 13")
Olahan : MA

8 biji telur gred A (yang sejuk dari fridge)
366g gula halus
358g tepung gandum
1 1/2 susu kecil rata baking powder
1 1/2 sudu besar ovallete
244ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
163ml minyak jagung/ masak
1 sudu kecil essen vanila
Beberapa titis pewarna merah, kuning & hijau
Asam hawflakes secukupnya

Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung & baking powder ke dalam mangkuk, & ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula & telur hingga kembang. Satelah kembang masukkan ovallete & pukul lagi sehingga betul-betul kembang & gebu. Masukkan minyak jagung/masak & digaul sebati.
  3. Masukkan tepung & baking powder yang telah diayak berselang seli dengan susu & masukkan essen vanila. gaul sebati & bahagikan kepada 3 bahagian...letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas dengan kertas & disapu minyak. Ratakan adunan pertama, letakkan merah dahulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan & susun secukup hawflakes dipermukaannya & kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya & susun hawflakes & kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus  selama 20 minit, supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan diatas redai supaya sejuk.
Nota : Untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk & dibahagikan kepada 3 mangkuk & warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka......


Okeyle .....dibawah nie pula, MA salinkan semula resipi daripada Yatie. Resipi ini bagi loyang 10"x10". MA pun sering juga membuat rujukkan daripada resipi nie untuk dibuat makan kami sekeluarga. Boleh juga dimasukkan kedalam bekas 8"x10", kerana bagi MA untuk membuatnya bagi dimakan oleh keluarga kecil seperti MA, dah memadailah dengan bekas kecil.....malah masih boleh lagi dikongsikan bersama jiran serta kawan-kawan...... Banyak tuuu....
Jom kita semak resipinya...


KEK KUKUS VELVET
Resipi : K.Fida
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahannya :
  • 5 biji telur gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225g gula halus
  • 220g tepung gandum
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu besar ovallete
  • 150ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100g minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • Beberapa titis pewarna merah, kuning & hijau
  • Asam hawflakes secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung bersama baking powder kedalam mangkuk & ketepikan dulu.
  2. Pukul gula & telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete & pukul lagi hingga betul-betul kembang & gebu. Masukkan minyak jagung/masak & digaul sebati.
  3. Masukkan tepung 7 baking powder yang telah di ayak berselang seli dengan susu & masukkan essen vanila. Gaul sebati & bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyaang dialas kertas & disapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan 7 susun secukupnya hawflakes dipermukaannya & kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya & susun hawflakes & kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***Untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk & bahagikan kepada 3 mangkuk & warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka....


Kek kukus valvet yang cantik & ceria warnanya
Rasanya pun sedappp...

- SELAMAT MENCUBA -