CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 9, 2013

GUBAHAN HANTARAN - PUFF BAKUL BUAH

Salam sayang dan selamat berpuasa untuk semua warga blog.......
Hari nie MA masih lagi dalam mood gubahan hantaran. Bukan ape just untuk memberikan idea pada raja sehari bagi membuat persediaan dalam meliasasikan impian mereka.......
Resepi kali ini pula....Puff Bakul Buah.
Senang saje membuatnya, jika anda telah pernah membuat Cream Puff.......jadi pasti tidak menjadi masalah untuk anda membuat Puff Bakul Buah ini. Cuma sedikit creative dari anda sahaja yang di perlukan......
Terima kasih pada penyumbang idea nie.....
Mari kita intai resepinya....




                           Ini pula gambar doh Puff Bakul Buah yang telah di paipkan 
                           ke dalam acuan tart, tapi belum di bakar.....


PUFF BAKUL BUAH
Sumber: Majalah Aroma November 2012

Bahan-bahannya:

110g mentega
250ml air
1 sudu teh gula caster
1/4 sudu teh garam
150g tepung gandum
4 biji telur gred B
30 biji acuan tart di gris dengan mentega

Krim Kastad:

250 ml susu segar
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad/ jagung
1 biji kuning telur - di pukul
1/2 sudu besar majerin

Cara Penyediaannya:
  1. Didihkan air, mentega, gula & garam. Tutup api masukkan tepung gandum, kacau dengan senduk kayu sehingga sebati & menjadi doh.
  2. Buka api dan kacau selama 2 - 3 minit dengan api sederhanahingga kelihatan lapisan tipis putih di dasar periuk.
  3. Angkat & kacau doh sehingga suam/ sejuk. Masukkan sebiji telur, kacau sehingga telur sebati. Tambah telur berikutnya, kacau satu persatu hingga sebati dengan doh, baru di masukkan telur berikutnya.
  4. Pastikan adunan likat & boleh di paip. Masukkan ke dalam piping bag dan picit adunan di tengah acuan tart. Mula dari tengah, picit adunan dari bawah ke atas. Picit hingga memenuhi acuan tart.
  5. Bakar pada suhu 160C di rak atas selama 25 - 30 minit di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.
  6. Untuk tangkainya paipkan bentuk "U" di atas dulang yang di alas kertas minyak. Bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
  7. Masukkan inti kastad di tengah puff, letakakn tangkainya dan susun dengan buah-buahan segar/ biskut buah-buahan (saperti dalam gambar - cara ini tidak perlu bubuhkan krim kastad di dasar bakul puff). 
Krim Kastad:
  1. Satukan semua bahan kecuali majerin. Masak hingga agak likat. Masukkan majerin dan kacau hingga pekat & angkat.
  2. Sejukkan dulu di dalam peti sejuk sebelum di paipkan ke dalam puffs.




                            Ini Puff Bakul Buah yang telah siap, cuma MA letakkan
                            Biskut Tart Nenas Buah Hantaran je,untuk snap gambarnya je.....
                            Lebih elok di letakan krim kastad dan buah-buahan segar.






SPAGETI YANG SEDAP.....

Salam..... semalam MA telah buat spageti, atas pemintaan si bongsu, kebetulan bahan-bahan untuk buat spageti semuanya ada.......jadi apa lagi yang di tunggukan......maka MA mulakan lah operasi.
Si bongsu tolong rebuskan spageti & MA buat kuah spageti.
Kebetulan ayam kisar lebihan Murtabak Crackers masih ada lagi dalam freezer. Jadi hajat si bongsu untuk makan spageti kali ini terlaksanalah......
Kebetulan pula semasa MA buat spageti nie.....menatu MA ada, jadi apalagi dia pun rupanya peminat tegar spageti.........
Siap tapau lagi.......bila dia balik ke KL pagi nie. Buat spageti nie tak le susah sangat, simple je......janji bahan-bahan yang di perlukan ada,,,,,,sekejap saje membuatnya.
Pada anda yang teringin sangat mahu makan spageti.....mari kita cuba membuatnya sendiri......pasti puas hati & puas makan. Jum kita lihat resepinya.


SPAGETI YANG SEDAP...

Bahan-bahannya:

400g daging ayam kisar - di bersih & di toskan.
1 labu bawang besar - di potong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 tin cendawan butang - di potong nipis
1 tin sos spageti tomato cendawan - jenama prego
4 biji cili merah - di buang biji & di potong halus
1 sudu teh lada hitam /sulah
1 sudu teh oregano
Sedikit garam & gula
Minyak untuk menumis

1/2 bungkus spageti
- di rebus dalam air mendidih yang di bubuh dengan sedikit minyak, rebus hingga spageti kembang.

Cara-caranya:
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, bila minyak sudah panas masukkan bawang besar. kacau hingga naik bau.
  2. Bila bawang layu, masukkan ayam kisar & masukkan sedikit air, kacau sebatikan biarkan sehingga ayam empok.
  3. Masukkan buah tomato & sos spageti tomato cendawan - kacau sebatikan. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan butang & cili merah serta lada hitam /sulah. kacau sebatikan
  5. Bila semuanya dah hampir masak, masukkan garam & gula serta oregano..
  6. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.........
  7. Spageti siap untuk di hidangkan bersama-sama kuahnya. 


Monday, July 8, 2013

MINI FRUITS JELLY

Assalammualaikum.....salam sayang, apa kyabar anda semua ???  Semoga semuanya sehat & ceria menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini.....
Ok le MA tak mahu bercerita panjang.......kerana MA ada banyak urusan yang hendak di buatkan......
N3 kali ini masih lagi berkisar resepi untuk dulang hantaran. Mari kita cuba resepi ini pula .....kalau anda inginkan kelainan. Mari kita cuba buat Mini Fruits Jelly nie .......
Mini Fruits Jelly nie tak boleh di simpan lama, paling lama pun 3 - 4 hari, dengan syarat di simpan dalam freezer.......tidak seperti Biskut Tart Nenas Buah Hantaran. Bagi yang tengah mencari idea....ini satu lagi gubahan bagi dulang hantaran. Untuk membuatnya anda mesti creative & tahap kesabaran mesti tinggi.......
Bagi anda yang ingin mencubanya, jom kita tengok resepinya.......


MINI FRUITS JELLY 
(Kao Noom Look Choup)
Sumber: Majalah Aroma November 2012

Bahan-bahannya: 

200g kacang dal atau (kacang hijau tanpa kulit)
150g gula
1/2 sudu teh garam
150ml santan pekat KARA
Pewarna yang sesuai

Bahan Pengilat:

10g serbuk agar-agar
350ml air
100g gula

Cara Penyediaannya:
  1. Rendam kacang semalaman. Tos & kukus selama 45 minit.
  2. Kisar kacang tadi bersama gula, garam & santan sehingga menjadi pes.
  3. Masukkan ke dalam periuk & kacau di atas api sederhana sehingga adunan menjadi kental. Angkat & biarkan sejuk.
  4. Ambil doh kacang seberat10 - 15g & bentuk menjadi buah-buahan yang di sukai.
  5. Apabila siap bentuk warnakan buah-buahan tadi. Kemudian cucuk dengan toothpicks dan tekan atas polystyrene untuk mengeringkannya.
  6. Untuk mengilatkan :                                                                                                                Masak serbuk agar bersama air & gula sehingga larut. Biarkan suam sedikit tapi jangan sampai beku. Sekiranya beku panaskan semula agar-agar tadi.
  7. Ambil buah-buahan yang siap di bentuk dan celup ke dalam agar-agar. Cucuk di atas polystyrene untuk mengeringkan nya. Buat sampai habis.
NOTA:
  • Buah-buahan mini ini di buat dari kacang dal atau kacang hijau yang di bentuk dan di warnakan seperti buah-buahan. 
  • Bahan pengilatnya datangnya daripada agar-agar.
  • Setiap doh hendaklah seberat 10 - 15g sahaja, kerana jika terlalu besar susah untuk di cucukkan dengan lidi atau di celupkan ke dalam agar-agar.
  • Seeloknya guna toothpicks untuk menyucuk doh semasa mewarnakannya.



BISKUT TART NENAS BUAH HANTARAN

Selamat pagi & salam sejahtera untuk anda semua....... Lagi 2 hari sahaja kita semua akan menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke 4. Semoga di tahun ini ibadah puasa kita akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.........
Selepas sebulan menunaikan ibadah puasa........pastinya kita semua akan berhadapan dengan bulan Syawal pulak. Di bulan Syawal banyak sekali majlis perkahwinan akan di adakan .....di sana sini jemputan terpaksa di tunaikan.
Di pihak tuan rumah pula banyak perkara terpaksa di uruskan. Bermacam-macam urusan mesti di selesaikan menjelang hari yang istimewa, semuanya  untuk menunaikan impian yang ke sekian lama telah di rancangkan.....
Bagi yang masih tercari-cari idea untuk dulang hantaran, ape kata mari kita cuba membuat sendiri biskut buah-buahan yang sungguh cantek ini. Membuatnya sungguh seronok sekali, kerana kita akan mencuba buat bermacam-macam buah-buahan yang cute-cute.....
Biskut nie boleh di buat awal, kerana dia boleh di simpan dalam bekas yang kedap udara dan biskut nie juga tahan lama.......
Kepada yang rajin untuk mencari pendapatan sampingan......apa kata anda buat biskut ini dan gubahkan sendiri. Pasti ramai bakal-bakal pengantin akan mencari anda bagi tempahan untuk hantaran mereka.....
Ok le mari kita tengok resepinya.....



BISKUT TART NENAS BUAH HANTARAN
Sumber : Majalah Aroma - November 2012

Bahan-bahannya :

250g mentega
60g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh essen vanila
370g tepung gandum
30g tepung jagung
Jem nenas (Ready Made)

Bahan Glaze/ pengilat
Putih telur & kuning telur secukupnya
Pewarna yang di perlukan
Berus kecil untuk mewarna

Royal Icing :
1 biji putih telur
1 cawan gula icing - di ayak
1 sudu teh essen nenas/ essen yang di sukai
Pewarna hijau
Nozzle daun & paiping bag

Cara Penyediaannya:
  1. Satukan mentega & gula pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur & essen vanila, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang di ayak. Uli hingga adunan tidak melekat di jari.
  3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan jem nenas yang telah di gentel, di tengah adunan, Bentuk menjadi buah-buahan yang di sukai.
  4. Warnakan buah-buahan mengikut warnanya. Biarkan pewarna mengering. Kemudian campurkan sedikit putih telur & pewarna mengikut warna buah & sapu hingga rata menggunakan berus. Biarkan mengering.
  5. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 140C selama 25 minit. Keluarkan dari oven sejukkan dahulu.
  6. Sapu pula dengan kuning telur hingga rata. Bakar semula selama 5 minit untuk mengeringkan kuning telur.
  7. Untuk daun, hiaskan dengan royal icing dengan nozzle bentuk daun. Boleh juga di gunakan doh untuk membentuk daunnya, jika anda tidak mahu mengunakan Royal icing.
  8. Hias di dalam bakul roti atau bakul rotan mengikut kreativiti. Sesuaikan untuk hantaran.
***Pewarna boleh juga di campurkan terus di dalam adunan.

Royal Icing :
  1. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula icing & essen, putar hingga sebati. Masukkan pewarna dan kacau hingga rata. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di paip dengan nozzle.
  2. Buah-buahan tart yang popular seperti strawberry, orange,jambu,nenas,durian,apple, manggis dan juga bentuk sayur-sayuran.