CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 22, 2014

RESIPI KEK BATIK LAPIS


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Resipi kek batik nie MA dah buat seminggu yang lalu....tapi baru sekarang berkesempatan untuk update....hahaha biasalah kalau bukan kerana bz....pastinya mood mengupdate memanjang jerr tak adanya...
Apatah lagi...semenjak dua menjak nie line internet pun bemasaalah.....slownya..Allahuakbar....
Wbp resipinya dah lama tersimpan dalam draft....tunggu masa terluang untuk mencuba dan pastinya kalau dah mencuba dan merasa sendiri keenakkannya....barulah MA abadikan disini bagi rujukkan MA dan anak2 dimasa akan datang....
Kepada anda dialam maya yang teringin nak mencubanya dipersilakan.....bagi peminat coklat cuba jangan tak cuba ...kek nie telalu kaya dengan aroma coklat manakala biskut marienya pula terlalulah sedapppnyaaa apatah lagi bila kerangupan biskutnya digandingkan dengan coklat......manakala pula bila MA salutkan dia dengan almond nibs lagilah bertambah kelazatannya.... 
Terima kasih pada penyumbang resipi asal dan hanamemories ......walau pun siapa anda dan dimana anda berada semoga perkongsian ini....memberi manfaat untuk anda dan kita semua...semoga juga ALLAH SWT merahmatinya....dan membalas keiklasan anda dalam perkongsian ilmu ini..... 
Resipi Kek Batik kali ini MA buat menggunakan telur, ada juga resipi tanpa telur.....nanti dilain hari dan masa jika berkesempatan ....MA akan mencuba google resipi Kek Batik tanpa telur pula....
Untuk itu mai kita intai resipinya.......



RESIPI KEK BATIK LAPIS
Resipi asal : wendyinkk.blogspot @table2more  
Sumber Terjemahan : hanamemories
Olahan : MA

Bahannya :
  • 250g @ 1 paket biskut marie
  • 200g @ 1 paket milo (boleh juga digantikan dengan coklat cair, ovaltine atau vico dll)
  • 397g @ 1 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk nescaffe ( optional) ~ MA xbubuh pun
  • 2 sudu besar air panas (optional) ~ untuk kek yang agak moist
  • Almond nibs secukupnya ~ untuk ditaburkan atas kek (MA tambah)
Caranya :
  1. Sediakan loyang 7" yang dialas dengan kertas minyak bawah dan kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan, boleh dirujuk step by step DISINI
  2. Kocokkan sebentar telur. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan, kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan kedalam kuali. Buka api kecil untuk mengelak hangit dibahagian bawah. Kacau hingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi hingga pekat dan kasar berbintit-bintil. Matikan api.
  4. Cedokkan 1 senduk kedalam loyang dan ratakan, Susun biskut diatasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  5. Lapisan terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Biarkan sejuk selama beberapa jam dalam peti ais.
  6. Keluar dan potong. Hidangkan.



TIP RESIPI KEK BATIK YANG CANTIK DAN TIDAK MELEKIT- LEKIT (untuk resipi yang nie yerr...) :
  • Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak potong dan keluarkan dari loyang.
  • Sebelum mati api, pastikan tekstur adunan bukan saja pekat tapi KASAR berbintit-bintit saolah menggerutu.Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu, sesudah itu baru boleh matikan api dan angkat. Boleh juga rujuk juga rujuk blog wendy untuk teksturnya.
  • Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah....juga boleh rujuk blog wendy.
  • Selepas siap melapis...ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya lincin. Jangan tekan kuat sangat, nanti lapisan biskut akan pacah dan lari dari kedudukkan asal.
  • Saelok-eloknya sejukkan kek dalam peti ais semalaman (biasa hana buat malam, so keesokkannya dah boleh makan dan kek nampak cantik sbb lagi padat). 
  • Potong menggunakan pisau yang tajam dan basahkan terlebih dahulu  dan lap. Untuk potongan ke 2, lapkan pisau dahulu dengan kain/ tissue basah dan ulangi proses memotong saperti tadi.
Hahaha...susunan biskutnya tak menjadi cantik macam Wendy
Wbp Kek Batik ini tetap yang tersedappp....
Kepada peminat coklat...cuba jangan tak cuba yerr..

Sunday, November 16, 2014

SPAGETI BAKAR.....KEGEMARAN SIBUNGSU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu....apa sarapan anda pagi nie ??? Anda sudah kerr memikirkan nak masak apa untuk sarapan hari nie??? Apa kata ...mai kita tukar selera kepada western food pula....
Petang semalam MA ada jalankan projek membuat Spageti Bakar.....
Jadi kali ini MA N3kan pula makanan barat yang diMelayukan...hihihi :-) ...Biasa lah yerr kalau Melayu...Melayu jgk..kan...tekak pastinya nak taste kemelayuan jgk....kenaperr MA kata bagitu yerr??? Hahaha ...mana tidaknya kerana kuah spageti MA kali nie, MA celok dari inti cara berlauk yg ada dalam simpanan....maknanya ada rasa karilah dalam kuah spageti MA nie.....
Tapi ....jgn kata apa, woiii sedapppp tuuu...SiBungsu berbekas2 spageti nie disantapnya....biasalah dia memang hantu spageti...
Tapi dibawah nie MA catitkan resipi  cara membuat kuah spageti yang ori dari sumber buku yang MA buat rujukkan....boleh jerr ikut caranya kalau mahu.....jgn jadi saperti MA selalu jerr meminda dan mengolah resipi ......tapi tak salah kann....dalam dunia masakkan nie segala resipi boleh diolah sendiri mengikut citarasa situkang masak.... Kann memasak itu seolah bagaikan.....'Dunia Tanpa Sempadan'....dengan masakkan daripada resipi yang sama kita boleh olah menjadi bermacam2 rasa resipi yang berlainan.....cuma kreativiti siTukang masak yang diperlukan...
Wokey....pada yang teringin nak mencuba dan bereksperimen...boleh jerr jadikan resipi dibawah nie sebagai sumber rujukan dan seterusnya boleh juga diolah mengikut citarasa sendiri....mai kita tenguk resipinya....


SPAGETI BAKAR
Sumber : Buku Seleksi Kek & Pastri dari Filipina
Oleh : MA

Bahannya :
  • 500g spageti
  • Keju mozzarella secukupnya
Ramuan Untuk Sos Putih :
  • 1/4 cawan mentega (110g)
  • 1/4 cawan tepung gandum (83g)
  • 1/4 cawan susu UHT (375ml)
  • 1/2 cawan air (230g)
Kaedah Membuatnya :
  1. Cairkan mentega dan kemudian masukkan tepung
  2. Tambah susu, air dan masak hingga menjadi krim
  3. Tutup api dan biarkan sejuk
Ramuan Untuk Sos Daging : 
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 500g daging cincang - (MA guna ayam kisar -inti cara berlauk jerr)
  • 2 sudu besar kicap soya 
  • 1 lobak merah cincang - MA guna mix vegetable
  • 1 tin cendawan butang
  • 2 helai daun bay
  • 1sudu kecil lada sulah
  • Perencah Itali - (MA guna oregano dan Rosemary) 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub pati ayam  (MA tambah)
Kaedah Membuatnya :
  1. Goreng bawang dengan 2 sudu besar minyak zaitun hingga layu 
  2. Bubuhkan daging, kicap soya dan lobak merah (mix vegetable)
  3. Tambah daun bay, hirisan cendawan, perencah, garam, gula. kiub pati ayam dan lada sulah.
  4. Masakkan sos daging ini, kacau hingga sedikit kering, matikan api 
  5. Ketepikan sehingga sejuk
CARA MA pula - untuk membuat sos daging :
  1. Oleh kerana ada kelebihan inti cara berlauk yang MA frozenkan, makanya MA gunakanlah inti tersebut untuk membuat sos daging bagi spageti. Boleh lihat DISINI cara membuat inti cara berlauk.
  2. Kemudian cara memasaknya MA ikut step sama kaedah membuat sos daging sperti diatas, cuma MA tambahkan 3 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar sos cili dan tabur serbuk oregano banyak2 ....haa kuah spageti pun dah siap....senang kan..kannn.
Cara Merebus Spageti :
  1. Didihkan air dan masukkan 500g spageti bersama 2 sudu besar minyak zaitun.
  2. Rebuslah spageti hingga lembut.
  3. Apabila spageti telah lembut toskan. Ketepi dan sejukkan.
Kaedah Meletak Spageti dalam bekas pembakar :
  1. Letakkan spageti, sos daging, sos putih dan hirisan keju mozzarella dalam bekas kaca pyrex
  2. Akhir sekali bakar pada suhu 180'C selama 15- 20 minit atau sehingga keju mozzarella cair.
  3. Bila masak bolehlah dihidangkan dan dimakan.
Cara MA :
* Spageti MA letakan dalam bekas alamunium : cara susunannya 200g spageti, 150g sos daging, 80g sos putih dan diatas sekali taburkan dengan keju mozzarella secukupnya.
Buatlah sampai habis spageti nie....
* Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit atau sehingga keju mozzalella cair.

TIP lain....
* Bekas spageti yang berlebihan satelah siap dilapiskan MA cover dia dan MA simpan dalam frozen untuk dimakan dihari2 yang lain pula.....cuma jika diperlukan semula jadi MA nyah bekukan sahaja spageti tuu mengikut suhu bilik dan barulah dibakarkan spageti tuu apabila berhajat nak menikmatinya semula. Bakar cuma 10 minit dengan suhu 180'C jerr, tujuan untuk memanaskan spageti tu sahaja......(Oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu) 

Spageti Bakar dah pun siap terhidang..
Jemput makan...

Wednesday, November 12, 2014

IKAN SIAKAP GORENG 3 RASA YANG SEDAP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah sedap betul menu Ikan Siakap Goreng 3 rasa nie....memang berbaloi membuatnya, terasa pedas, manis dan masamnya...sekali hadap jerr dah habis langsai semuanya. Next time MA nak mencuba pula cara kukus. Masakkan cara nie memang menambat selera penghuni rumah nie....
Pada mulanya MA berhajat nak masukkan hirisan cili padi banyak2...tapi yerr lerr memandangkan SiBungsu tak tahan pedas jadinya hasrat MA itu terbantut....kalau MA dengan My Hubby saja pastinya kami lebih suka yang pedas....lagi pedas lagi uummpphhh..
Ikan Siakap Goreng 3 rasa kali nie MA tak bubuh bunga kantan...sbb tak ada stok...kalau ada pastilah aromanya lagi lah memikat....lain kali MA akan buat menggunakan bunga kantan pula... Siakap, tuunngguuu Aku masakannya lagi...hihihi
Menu Ikan Siakap Goreng 3 Rasa kali ini MA buatkan lebih kuahnya sbb penghuni dirumah nie kalau menu yang berkuah ...pasti laju jalannya......
Terima kasih pada Azie yang sudi berkongsi resipi nie...pada anda yang ingin melihat linknya sila klik DISINI yerr.....
Okey...jom kita tenguk resipi yang sangat sedapp yang menambat selera nie...


IKAN SIAKAP GORENG 3 RASA YANG SEDAP
Sumber : Azie Kitchen
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ikan siakap - (boleh goreng atau kukus)
  • 100 ml air - boleh tambah air kalau nak kuah lebih (kalau ikan dikukus)
  • 2 sudu besar minyak - untuk menumis
  • Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus :
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah (MA tak bubuh pun)
Bahan Dihiris Halus:
  • 1/2 kuntum bunga kantan (MA tak bubuh sbb tiada stok)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4-5 biji cili padi
Bahan Sos :
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos plum - (MA spt Azie guna sos ikan)
  • 2 sudu besar gula pasir - (MA guna 2 1/2 sudu besar)
  • 1 sudu besar jus limau nipis/ lemon - (MA guna 3 biji limau kasturi)
  • 1 sudu kecil kicap manis
Cara Membuatnya :
  1. Sediakan kukusan. Jika kukus. lumur ikan dengan garam dan biarkan 10 minit. Letakkan ikan didalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Jika di goreng, lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan digoreng garing. 
  2. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  3. Masuk cili kisar dan goreng cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata-rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan bahan- bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  5. Masak hingga kuah pekat sedikit, dan tuang atas ikan yang telah dikukus atau digoreng.
  6. Sedia unatuk dihidangkan dengan nasi panas-panas. 
Ikan Siakap Goreng 3 Rasa
Memang sedaapp
Jemput makan...!!!!

Tuesday, November 11, 2014

AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI @ DAUN KARI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Petang semalam MA cuba resipi ayam kicap pedas madu karipulai yang MA skodeng dari rumah Teratak Mutiara Kasih yang tuan tanahnya linapg. Terpikat pada komen dan masakkan yang sampoi....makanya MA jalankan projek memasak dilewat petang. Dalam resipi nie, MA hanya guna separuh drp resipi asal...bukan apa hanya ayam separuh jerr yang  masih tersimpan dirumah nie. Kalau masak disabelah petang nie biasalah...kita masak apa yang ada dalam simpanan jerr. Wbp...memang sedap, terima kasih pada linapg dan tuan yg punya resipi asal. Jika anda ingin melihat resipinya daripada linapg bolehlah lihat DISINI. Resipi yang ada ini MA dah darhaka sikit...MA hanya membuat separuh dari resipi asal dan ada tambahan sikit sana sini....biasalah yerr, bila resipi dah bertukar tangan ....jangan marah yerr Lina.....
Untuk keluarga yang kecil saperti MA nie...separuh daripada resipi asal pun dah memadai...
Bagi anda yang ingin mencuba resipi nie dipersilakan....memang sedappp 5 STAR MA bagikan pada resipi nie....My Hubby pun suka sangat dengan menu nie....bertambah-tambah nasinya....
Mai kita tenguk resipinya......


AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI @ DAUN KARI
Sumber rujukan : linapg
Oleh : MA

Bahannya :
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong 7 bahagian
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris nipis2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji buah tomato ~ dibelah 4
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1" halia* (*dikisar)
  • 1 batang serai ~ diketuk (MA ikut linapg)
  • 2 sudu besar cili kering ( MA jg ikut linapg guna cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah ~ dipotong serong (MA gantikan dengan 8 biji cili padi - dibelah 2 jangan putus)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar (MA xguna sbb xder stok)
  • 4-5 batang kacang panjang - dipotong 1 1/2" panjang (MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Lumurkan kepingan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar, serai dan daun kari sehingga agak layu, baru masukkan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling dan kacaukan sehingga agak garing dan naik aromanya.
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu dan kacau2kan. Tambahkan garam dan gula (jika perlu).
  4. Apabila kuah sudah pekat masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya.
  5. Terakhir baru masokkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar dan kacau2kan lagi. (MA masukkan juga kacang panjang)
  6. Apabila nampak sebati barulah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
 Jemput makan...
memang sedappp...