CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 19, 2014

UDANG GORENG BUTTER/ BUTTERED PRAWN.....MEMANG KESUKAAN MA NIE

Bismillah pembuka bicara.....
Assalamualaikum penyeri kata.....
Menu MA hari ini adalah Udang Goreng Butter/ Buttered Prawn....
memang menu nie menjadi favourite MA dulu, kini dan selamanya...
Siapa yang tak suka makan udang angkat tangan ...!!!
Rugi...rugi betoi kalau anda tak suka makan udang....
Keenakan udang tak dapat dinafikan....kann...kann kaan
buatlah menu macam mana pun...pastinya sedaappp..
Menu nie MA buatkan kemarin, menu tertunggak lagi....
Saperti biasalah tak berkesempatan nak N3 kan dihari yang sama,,,,
Resipi nie MA skodeng dari dapur Azie....terpikat MA pada resipi
yang Azie persembahkan.....siap step by step lagi....
Sesiapa yang berhajat untuk melawat kedapur Azie ...bolehlah KESINI
Terima kasih Azie diatas perkongsian ini....
Terima kasih daun keladi....next time MA skodeng lagi yeerrrk,,,,he3
Di sini MA catitkan semula resipinya untuk rujukkan MA dan anak-anak...
Kepada yang sudi nak mencubanya ...dipersilakan
Jom kita intai resipinya............


UDANG GORENG BUTTER/ BUTTERED PRAWN
Sumbrr : Azie Kitchen
Oleh : MA

Sarang Telur :
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter/ majerin
  • 1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya :
  1. Pukul rengan kuning telur. 
  2. Panaskan butter/ majerin bersama minyak masak. Sebaiknya guna senduk bulat.
  3. Bila minyak dalam kuali sudah betul-betul panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk tu laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa berhenti.
  4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuangakan tinggi sedikit supaya telur jatuh ke dalam kuali itu halus jer. Teruskan pusing minyak panas tu laju-laju dan tuang hingga habis.
  5. Pusingkan terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
  6. Satelah masak, tuangkan kedalam tapis santan besi untuk toskan minyaknya.
  7. Langkah seterus kita siapkan pula udangnya.
Udang :
  • 12 ekor udang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi - dihiris
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair/ susu segar
  • Sedikit butter/ majerin untuk menumis
  • Sedikit serbuk lada hitam / lada putih - jika suka
  • Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
  1. Mula-mula gorengkan dulu udang yang telah bergaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila di makan.
  2. Angkat dan toskan minyaknya, Keluar minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
  3. Panaskan butter/ majerin didalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hi gga garing dan naik bau.
  4. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar.
  5. Masukkan udang yang di goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam / putih dan garam secukup rasa. jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter / majerin sudah ada garam.
  6. Satelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah di masukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur /floss yang kita buat tadi.
  7. Siap....Senang kan.
Udang Goreng Butter dah pun siap 
ummphh sedaapp nyaa
Apa tunggu lagi.....jemput makan
Gandingan masakan MA hari nie...
Udang goreng butter, Ikan keli masak berlado
dan Sayur lemak bayam bersama pucuk manis
Perrggghh...memang menyelerakan....
Bertamboh-tamboh nasinya....



Tuesday, February 18, 2014

JOM KITA BUAT KARIPAP PUSING

Bismillah pembuka bicara....
Assalamualaikum.... salam ceria...dan apa kyabar semua???
Petang-petang nie anda buat apa yerkk???
Untuk minum petang nie apa kata mai kita buat karipap pusing pulak...
Tak susah mana pun membuatnya...cuma mesti ada kesabaran 
dalam membentuknya...dengan erti kata lain anda perlu mempunyai 
kerajinan yang tinggi dalam membuat dan menggorengkannya....
Bila dah jadi...memanglah sedap karipap pusing nie ..rapuh dan rangup jerrkk...
Pastinya kita nak makan dan makan lagi....tak boleh berhenti...he3
Resipi karipap pusing nie MA ambil dari rumah Azlina @ Terminal Hijrah,
memang banyak resipi karipap pusing nie....tapi cara nie yang MA paling sukai
kerana hasilnya sangat2 memuaskan...banyak lapisan dan sangat2 rangup. 
TQ Azlina..Betul saperti kata Azlina......tak tipu.......
Oh yerrk...lupa pulak bagitau resipi intinya MA tak ikut cara Azlina....sebab intinya 
dah ada dalam simpanan  MA...jadinya MA jalankan projek 
membuat pastrinya mengikut cara Azlina jerr......
Wbp untuk rujukan MA dimasa akan datang makanya MA salinkan juga resipi 
Inti karipap cara Azlina di sini.....untuk inti yang MA gunakan ini sekiranya
ada sesiapa yang ingin melihatnya bolehlah KESINI.. 


KARIPAP PUSING
Sumber : Azlina @Terminal Hijrah
Oleh : MA

Bahan A :
  • 200g tepung gandum
  • 100g shortening (MA guna 50g shortening + 50g majerin)
  • Seculit garam (MA guna 1/8 sk)
Bahan B :
  • 400g tepung gandum
  • 200ml air (MA guna air ais)
  • Secubit garam (MA guna 1/8 sk juga)
Cara Buat Doh A :
  1. Gaul shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam.
  2. Uli dengan tangan sehingga betul-betul sebati.
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil, 1 doh bersamaan 50g.
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembab.
Cara Buat Doh B :
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit, sambil digaul sehingga menjadi doh.(Apabila dah menjadi doh MA ulikan dengan mesin supaya doh menjadi lincin - woiii tak larat menguli) 
  2. Bahagikan kepada 6 doh kecil dan doh bersamaan dengan 100g.
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembab.
RESIPI INTI KARIPAP
Sumber : Azlina @Terminal Hijrah

Bahan-bahannya :
  • 6 biji ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu kecil2
  • Isi ayam atau daging secukupnya - dicincang kecil2
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
Bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1 sudu besar udang kering (jika suka)
Cara Membuatnya :
  1. Rebus ubi kentang yang dipotong dadu hingga 3/4 empuk .Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu dan daun kari sehingga layu diikuti bahan kisar, kacaukan dan biarkan sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering, biarkan rempah garing dulu.
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dantunggu ayam atau daging betul2 masak.
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacau biar sebati dengan rempah.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula, masak sehingga betul2 kering.
Wokey... disini mai kita tenguk step by step cara membuat karipap pusing....
Gambar A : Doh kecil adalah doh A dan besar adalah doh B
Gambar B : Letakkan doh A betul-betul ditengah doh B
Gambar C : Tutupkan doh A dengan doh B
Gambar D : Semua doh A dah selesai dibalutkan dengan doh B
Gambar E : Ambil doh tadi dan canaikan memanjang serta potongkan ditengah2nya
Gambar F : Gulungkan doh secara menyerong dan memanjang....pastikan 
gulungannya kemas dan padat.  
Gambar G : Baginilah bentuk doh yang sudah siap digulung sepenuhnya.
Rehatkan doh sebentar..tutup dengan tuala yang lembab supaya doh tidak kering.
Gambar H : Ambil satu doh dan canaikan memanjang, 
kemudian gulungkan doh kemas-kemas.
Gambar I : Doh yang telah bergulung dibahagikan 4 bahagian.
Gambar J : Potongkan doh dengan ketebalan yang sama.
Gambar K : Canaikan doh yang telah dipotongkan tadi.
Gambar L : Inti yang disediakan untuk dimasukkan dalam pasteri karipap
Gambar M : Karipap yang telah diklim dan dikemaskan tepinya. 

Karipap pusing yang telah siap digorengkan...
Tunggu apa lagi mai kita makann....

Karipap pusing yang telah digoreng separuh masak
untuk difrozenkan....

RAINBOW CAKE...DIHARIJADI ANAKKU NURUL a.k.a KAKAK

Bismillah pembuka bicara.....
Selamat tengahari dan salam ceria serta sejahtera ....
N3 kali ini MA abadikan untuk kenangan kami....diharijadi anakku NURUL a.k.a KAKAK.
Sebenarnya harijadinya telah pun berlalu pada 16hb February, 2014 yang lalu..
Tapi baru pagi ini MA berkesempatan untuk updatekan disini.... 
Harijadi kali ini kami bertiga beranak jerr meraikannya....just dirumah jerrr....
"Allah Selamatkan Kamu...Allah Selamatkan kamuu...Allah Selamatkan Kamuuu
NURUL IZZATI...Allah Selamatkan Kamuu..."
"Selamat Harijadi Kakak...semoga berjaya serta dirahmati ALLAH 
hidupmu dunia dan akhirat, dipanjangkan umur serta diteguhkan iman"
Aminnn......
Nurul a.k.a Kakak adalah anak bongsu dalam keluarga...
Kelahirannya diibaratkan rahmat dan hikmah untuk kami ibubapanya...
Perbedzaan kelahiran kakak ngan abangnya Faiz ....9 tahun..
ketika itu MA pun tidak menyangka akan mendapat anak kecil lagi.....
Dimasa bayi...Kakak seorang anak yang terlalu senang dijaga....
Kakak tidak pandai merangam saperti anak-anak yang lainnya....
Apabila tidur malam ...pastinya sehingga pagi baru kakak terjaga..
memang senang sekali menjaga KAKAK semasa bayi...  
Alhamdulillah sekarang Kakaklah peneman kami ....anak-anak yang lain
dah pun duduk berjauhan dari kami.....
Dialah pengubat, pengarang jantung dan tempat kami 
berkelahi dan bermanja diusia ini...
Tanpanya pasti rumah ini sunyi..... just MA dan MY Hubby 
Walaupun Nurul anak bungsu....tapi kami sering memanggilnya KAKAK.....
Nama timangan ini diperolehi daripada pengasuh Kakak semasa kecil....
ketika itu MA bekerja dan tinggal di Subang, Shah Alam.
Kakak MA hantarkan kerumah Puan Nor Bani.....
Lama beliau menjaga Kakak ....sehingga kedarjah satu jugak leerr... 
Kebetulan Puan Nor Bani....tiada anak perempuan, kesemua anak-anaknya
lelaki.....dan dari situlah Puan Nor sering memanggil Kakak.....dan sehingga
kehari ini, nama timangan itu berterusan diguna pakai....he3
Kakak pula membasakan Puan Nor dan suami sebagai mama dan papa.
Jika MA pergi kerumah anak MA disana....Kakak tentunya 
tak melepaskan peluang ...pastinya dia akan kerumah mama dan papanya......
Untuk birthday Kakak dikali ini...MA buatkan untuknya...Kek Rainbow
yang resipinya MA skodeng daripada blog Azie Kitchen manakala Azie
 pula kata beliau ambil resipi nie daripada blog Qaseh Honey dan Rahel.....
TQ pada semuanya diatas resipi yang sedaaapppp ini....
Tapi untuk kek Rainbow kali ini MA tidak icingkan dengan 
Krim Mentega saperti yang Azie buat......
Wbp resipi Krim Mentega nie ...just MA abadikan jerr disini ...
sebagai rujukkan MA dimasa akan datang.
Untuk itu mari kita tenguk resipinya........

RAINBOW CAKE
Sumber : Azie Kichen
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 250g mentega
  • 220g tepung kek (ayak dgn 1 sk b. powder) - MA guna selfraising flour jerr
  • 200g gula kaster
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu besar air susu (guna susu segar) - 75ml
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • pewarna yang disukai
Cara- caranya :
  1. Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serab minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
  2. Pukul mentega dengan gula kaster dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan acuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan essen vanila. gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
  6. Selepas kek masak, biarkan sejuk dan barulah dihias dengan krim mentega.
NOTA : Saiz 8" (6 warna), guna hanya 1 1/2 adunan. kalau mahu 7 warna, guna 2 adunan. Saya guna loyang 9", 2 adunan dan 6 warna. (MA guna loyang 8", 1 adunan 5 warna jerr)

KRIM MENTEGA
Resipi : Kompilasi Hidangan Kek/ Chef Noraini Zakaria
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahannya :
  • 150g mentega
  • 350g krimwell
  • 180g sirap gula/ susu krimer manis
  • 3 sugu besar gula icing
Cara :
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  2. Masukkan sirap gula / susu manis dan gula icing.
  3. Pukul lagi hingga sebati, Siap untuk digunakan.
Kek Rainbow nie MA icingkan dengan Cream Cheese...
MA dan Kakak memag suka cheese...
sbb itulah MA memilih Cream Cheese untuk icing kek nie...
Wbp ...huhuhu, entah kenape cheesenya berketul2 dan tidak smooth
MA guna Tatura Cheese.....kerana cheese nie jerr yang ada dirumah.....
Oleh kerana itu....disebabkan krim cheesenya tak smooth...
jadinya...MA icingkan ala kadar jerr....tak semenggah betoi (senonoh).....
mana nak cantik icingnya...sbb nak guna nozel untuk deco...
krim cheesenya tak boleh keluar...melalui nozel ...asyekkan tersekat jerrr
disebabkan cream cheesenya berketul-ketul laa tuuu...
Apa-apa pun hentam jerr lah LABU...asalkan siap..he3

CREAM CHEESE
Oleh : MA

Bahannya :
  • 250g cream cheese
  • 125g gula icing
  • 125g mentega
  • 1/2 sudu kecil jus lemon  
Pukul kesemuanya sampai lincin, baru dibubuhkan jus lemon dan sebatikan. Siap untuk digunakan.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

Monday, February 17, 2014

BISKUT KRUNCHY KARAMEL ALMOND ....bancuhan sendiri yang indah khabar dari rupa (REJECT)

Bismillah pembuka bicara....
Assalamualaikum...dan salam ceria....
N3 kali ini MA catitkan Biskut Florentine a.k.a 
Biskut Krunchy Karamel Almond.....
(Bancuhan sendiri tanpa tepung instant)

Resipinya dah lama MA simpan....tapi tak pernah buat pun...
dan baru2 nie biskut nie menjadi famous......
Tiba2 MA teringatkan resipinya...ada tercatit dalam buku lama MA, 
jadinya dari sehari kesehari MA nak mencubanya....
Tapi tak berkesempatan....bz memanjang jerr....
Dan kemarin MA gagahkan diri untuk membuatnya...
tapi alahaiii....huhuhu.......
sedihhh nyaaa.... tak menjadi pulak.........

Wbp...N3 ini just untuk kenangan pahit MA.....
Jadinya untuk masa ini...bagi membuat biskut nie
mesti menggunakan tepung instant
yang telah tersedia...dikedai bahan2 kek...
Ada yang menggunakan tepung Florentine...tapi MA  guna
tepung Seibin (Bee-sting Mix)....memang sedap biskut nie...crispy
Apabila memakannya tak boleh berhenti pasti
nak lagii dan lagiii... biasalah biskut nie dipenuhi badam
dan kekacang lainnya..... pastilah sedappp kan..kann.

Atas niat asal untuk mencari cara lain dan untuk
menunaikan janji bagi  membuat biskut
nie secara bancuhan sendiri tanpa menggunakan 
tepung instant Florentine atau tepung Seibin...tak kesampaianlah
nampak gayanya.....Apa2 pun InsyaAllah
jika diizinkan MA tetap akan cuba dan cuba lagiii sehingga berjaya...
Doakan yeerrkk...
Okey mai kita tenguk cara MA membuat resipi ....
Biskut yang tak menjadi nie....

Sebelum itu...mai kita hayati kata-kata hikmat yang dapat
memotivasikan diri kita......
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur...
kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang...
Kegagalan dalam kemuliaan, lebih baik
daripada kejayaan dalam kehinaan
Memberi sikit dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Iklaslah dengan diri sendiri, agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan,,,
Hidup tanpa pegangan...ibarat buih-buih sabun...
Bila-bila masa ia akan pecah.

IMBASAN CARA MEMBUAT BISKUT YANG TAK MENJADI....
Gula ditaburkan pada acuan pembakar....
untuk dibakar separuh masak dan dijadikan karamel...

Haaa...nie gula tadi dah dibakar dan dah jadi
karamel pun....ketepikan
Sementara itu....kita preparekan bahan2 lainnya.....

Badam.... kita bakarkan sebentar untuk
mendapatkan crispynya....

Madu, gula, buah2an campuran kering, susu segar
dan mentega disatukan sekali

Kacaukan diatas api sehingga mendidih

Bila adunan tadi sudah mendidih....
Campurkan badam dan gaul rata -sebatikan 

Tuangkan kedalan acuan yang ada gula separuh masak tadi
Ratakan adunan tersebut......
Bakarkan dengan suhu 180C selama 20 minit/ sehingga masak

Ini biskut separuh masak....
MA bentukkan dulu kepingannya....biar senang untuk
dipotong atau dikepakkan bila dah masak nanti....
Takut...bila masak dia jadi keras....

Biskut yang dah siap dibakar...
tapi masih basah dan tak kering-kering...
Tak keras-keras n crispy langsung......
Next time nak cuba buat lagi...buat sikit jerrr
Kurangkan bahan-bahan yang sepatutnya...
Nanti kita ubahsuai sendiri yerrrk...
Pastinya  MA akan cuba buat sampai puas hati..
Entah berapa banyak lagi bahan yang akan terbuang 
tak tau leerrrr
InsyaAllah....semoga akhirnya akan berjaya....Aminn