CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 9, 2013

CREAM PUFF

Untuk hari nie, MA buat cream puff utk minum petang kami 3 beranak. Cream puff nie juga selalu MA terima tempahan bagi katering utk jamuan Hi-tea. Resepi cream puff nie MA memang ikut resepi daripada chef Azli Razali (Dari Dapur Azli Razali blogspot.com). MA memang berpuas hati dengan resepi beliau. Adunan cream puff beliau memang elok menjadinya.....
Cream puff nie juga memang favorite anak MA si Bongsu dan anak dara MA si Angah, tapi si Bongsu le yang selalu berpeluang untuk menikmatinya........
Si Angah sekali sekala je sbb dia duduk berjauhan dari MA.
MA kalau buat cream puff nie, selalu  ikut resepi daripada chef Azli Razali aje.......untuk krim pasterinya MA selalu ikut resepi yang MA belajar semasa di Shah Alam dulu.

Ok le..... apelagi mari kita cuba resepi ini, jangan risau pasti elok menjadinya dan MA gerenti pasti  berpuas hati.
Makan masa sejuk2 memang sedap......betul kata chef Azli Razali.
Disini MA salinkan balik resepinya, terima kasih pada chef Azli Razali kerana sudi share resepi cream puff ini, siap dengan tip-tip penting lagi utk mendapat cream puff yang gebu dan berongga didalamnya.



CREAM PUFF

Bahan-bahannya :
Sumber : Dari dapur Azli Razali blogspot.com

100g majerin (MA guna buttercup je)
250ml air
1 sudu besar gula (MA guna gula kaster)
75g tepung halus (tepung superfine)*
75g tepung gandum biasa (MA guna tepung gandum cap sauh)*
3 biji telor gred A

Tepung yang bertanda * hendak le diayak

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C
  2. Satukan marjerin, air dan gula dalam periok. (MA gunakan kuali je). Panaskan hingga majerin cair.
  3. Selepas ia mula mendidih , terus masukkan tepung. Kacau hingga pantas sahinggaia kurang melekat pada dinding periok.Konsistensi perlulah kental, biarkan adunan sejuk.
  4. Bila adunan telah sejuk baru masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
  5. Guna bag paiping, dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka, diatas dulang yang telah disapu marjerin.
  6. Renjiskan diatas choux pasteri yang telah di paipkan dengan sedikit air.
  7. Masukkan didalam oven selama 15 minit dengan suhu 220C, kemudian turunkan suhu oven kepada 190C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi atau pun sahingga keperangan.
  8. Sejukan dulu cream puff, kemudian baru boleh di bubuh Krim pasterinya.




Bersama ini juga MA sertakan Krim pasterinya yang selalu MA gunakan kalau MA buat cream puff nie

KRIM PASTERI

Bahan-bahannya :
Sumber : MA belajar ngan cikgu Nor'aini Ahmad

500ml susu UHT
2 biji telur gred A
25g tepung kastad
25g tepungjagung
100g gula kaster
1-2 titik essen vanila

Kaedah menyediakan nya :
  1. Masak susu dengan saedikit gula, panaskan
  2. Bancuh telur, gula, tepung kastad, tepung jagung, essen vanila dan sadikit susu.
  3. Aapabila susu sudah mendidih, masukkan adunan telur dan kacau hingga masak dan sedikit pekat.


* Kalau buat 2 adunan, boleh dapat 76 biji menggunakan acuan kecil
   Kalau buat buat 1 adunan, boleh dapat 18 biji kalau menggunkan acuan besar.

Update pada : 22.04.2014

Inilah nozel yang selalu MA gunakan untuk 
membuat cream puff


Saturday, June 8, 2013

TRIFFLES RAINBOW

Salam sayang kepada semua pengunjung blog MA nie....
Sekarang nie cuaca agak panas juga.....Pasti sedap kalau kita makan puding yang sejuk-sejuk......kan, kan ,kannn
Triffles Rainbow nie MA skodeng dari dapur Azita Zain, Terpikat MA pada colorfull triffles nie....
Tak rugi mencubanya......sedappp


MA tidak le serajin Azita melapiskan jelly dengan 3 perisa- lime, blackcurrent dan rasberry, MA hanya gunakan 2 perisa jelly je......
Wbp terima kasih le di atas kesudian Azita berkongsi resepi nie....
Izinkan MA salin balik resepi nie ke blog MA pulak ye......tapi maaf le MA ada sedikit derhaka pada resepi nie.......harap Azita faham. Pada kawan- kawan yang nak mencuba Triffles Rainbow nie, resepi nya ada di sini, tapi resepi nie dah ikut versi MA le.......sesiapa nak original resepinya boleh le ke Blog Dari Dapur Azita Zain. Jum kita tengok resepinya .



TRIFFLES RAINBOW
Sumber: Azita zain
Olahan : MA

Bahan-bahannya: (untuk 40 bekas)

1 tin buah laici @ longan
1 tin fruit cocktail
Swish roll cake (perisa ikut kesukaan masing2)

Bahan Lapisan kastad

1 tin susu cair
100g tepung kastad
100g gula pasir
1250ml air
7g agar-agar*       ]
1 biji telur gred B*] ini MA tambah

Lapisan jelly

1 kotak jelly segera (apa-apa perisa)

Cara-membuatnya :
  1. Potong swish roll kecil-kecil dan susun di dalam acuan.
  2. Campurkan semua bahan2 lapisan kastad, gaul hingga sebati dan panaskan di atas api yang kecik sehingga pekat (semasa mengacau adunan kastad nie, ketika ini jangan berhenti di kuatiri adunannya akan hangus).
  3. Tuangkan kastad di atas swish roll tadi.
  4. Kemudian susunkan pula buah-buahan diatas kastad tadi.
  5. Sediakan jelly mengikut cara yang tertera di kotak bungkusan (masukkan serbok jelly ke dalam 2 cawan air yang mendidih) Tuangkan jelly ke dalam bekas trifles. Biarkan sejuk.
  6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan sejuk-sejuk.

SELAMAT MENCUBA,

Thursday, June 6, 2013

BISKUT SUJI KRISTAL / CRYSTAL BALL COOKIES

Biskut nie nampak meriah jika di sajikan untuk tetamu, apatah lagi kalau di hari raya.....pasti ia akan menambah seri lagi pada hidangan. MA copy resepi nie daripada  citarasawan blogspot.Terima kasih pada penyumbang resepinya. Bagi kawan-kawan yang minat biskut perasa minyak sapi, boleh le mencuba resepi biskut nie..........
Okey le mari kita tengok resepinya.



BISKUT SUJI KRISTAL / CRYSTAL BALL COOKIES
Sumber : citarasawan .blogspot


Bahan-bahannya A (diayak bersama)

250g tepung gandum
1 sudu teh serbok penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan-bahan B

125g gula icing
1/8 sudu teh garam
100g badam kisar ( di panggang)
1/2 sudu teh essen vanila
200g minyak sapi (cairkan dan di sejukan)

Pewarna pink, hijau & kuning
Hiasan: gula kaster


Cara-caranya :

  1. Satukan bahan A & bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan 3 jenis pewarna secukupnya.
  3. Susun ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10g setiap satu
  4. Bular-bulatkan doh dan susun di dalam loyang pembakar.
  5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 160C seklama 20-25 minit atau se hingga masak.
  6. Biarkan sejuk . baru biskut tu disalutkan dengan gula kaster..








Wednesday, June 5, 2013

AYAM MASAK JINTAN

Hari nie MA masak ayam masak jintan, resepi nie MA ambil daripad adek MA yang tinggal d Kubang Semang , Bukit Mertajam. Terima kasih pada beliau dan tuan asal resepi nie. Halalkan dan izinkan MA letakkan di blog MA nie ye..........Masa MA pergi ke rumahnya dulu , dia masakkan ayam masak jintan nie. Jadi dari situ le MA dah pun jatuh cinta ngan masakakan nie. Jadi MA bertanyakan dia cara memasaknya.
Bila dia bagi tau.......rasanya tak le susah sangat simple je rupenya.
Ceritanya dia pun ambil resepi nie daripada anaknya yang satu masa dulu belajar di Yaman. Resepi nie resepi daripada kawan anaknya yang maknya ajarkan semasa anaknya berjauhan nun di Yaman jugak.


Jangan buang masa mai kita tengok resepi nya ye........
Kalau kawan-kawan nak cuba, jangan risau tak le susah sangat cara penyediaan nya. Nama asal masakan nie MA tak tahu, tapi nama nie je yang MA rasa bersesuaian ngan masakan nie,  jadi MA gunakan lah nama nie...........hentam saje le labu........hihihi


AYAM MASAK JINTAN
Sumber : Adik MA Rozita
Olahan : MA sendiri


Bahan-bahannya :

6 ketul kepak ayam (isi ayam nie terpulang pada citarasa masing-masing)
1 labu bawang besar*]
2 ulas bawang puteh*] Di blender halus
6-8 biji cili padi - di titikkan saje (ini MA tambahkan)
1 sudu teh serbuk lada hitam#
1  sudu teh serbuk jintan manis#
1/2 sudu teh serbuk jintan puteh#
1 sudu besar sos tiram#
2 sudu besar kicap manis#
1 batang serai - di titik
1 biji buah tomato - dibelah 6 (ini MA tambahkan )
Sadikit garam & perasa ayam
Sedikit gula
Minyak untuk memasak
( Kalau suka pedas tambahkan dengan 1sudu besar cili giling)

Cara-caranya :

  1. Bersihkan kepak ayam dan potong kepada 2 atau 3 bahagian
  2. Camporkan bahan -bahan yang bertanda # dengan bawang yang telah di blender. Sebatikan
  3. Bahan-bahan no 2 di lumurkan kepada ketulan ayam, perapkan selama 1 jam se elok-eloknya, supaya bahan-bahan sebati dengan ayam.
  4. Panaskan minyak dan masukan ayam yang telah di perap tadi bersama-sama serai dan cili padi.
  5. Renehkan ayam ini dengan api perlahan dan tutupkan sebentar kuali dengan tudung supaya ayam masak dengan elok. Masukan buah tomato yang telah di potong.
  6. Bila masakan telah pekat sedikit masukkan garam, gula & perasa ayam. Kacau sebatikan.
  7. Rasa masakan supaya bersesuaian dengan citarasa kita.
  8. Tutup api dan boleh le di hidang.