CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 2, 2013

TAZKIRAH RINGKAS - PAGI JUMAAT

Assalamualaikum.....salam sejahtera, semoga kita semua di rahmati Allah....Ameen
Hari ini MA nak berkongsi tazkira ringkas  tapi impaknya terlalu besar dalam kehidupan kita seharian,
semoga kita sama-sama dapat menghayatinya.....
Mari kita renungkan Tazkirah yang penuh bermakna ini.....


Rasulullah SAW bersabda...

" Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayat Ku"

"Jangan baring ketika AZAN nanti jenazah kita berat"

"Jangan berkata-kata semasa AZAN, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika 
 Saratul Maut"


       5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan kesihatan,.....
       AL-QURAN ada mengajar kita menjaga kesihatan & membuat amalan  
       seperti berikut......

  • MANDI PAGI SEBELUM SUBUH atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan kita, boleh mengurangkan lemak yang terkumpul, kita boleh melihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkan badan mereka TIDAK GEMOK.


  • Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas AIR SEJUK (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena penyakit). Jadi marilah kita amalkan untuk meminum air sejuk di pagi hari sebelum/selepas Solat Subuh.


  • Waktu subuh di sunatkan kita BERTAFAKUL (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah dikepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan BERSUJUD maka darah akan mengalir diruang berkenaan.


  • Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat dapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ION+VE, manakala dalam ikan mengandungi ION-VE, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas BIOKIMIA yang terhasil yang boleh merosakkan USUS KITA. Orang Yahudi suka makan ikan tanpa bercampur dengan makanan yang berasaskan ayam.


  • Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan & bila habis makan hendaklah menjilat jari. Bagitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda drp terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

            Sabda Nabi SAW ILMU itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu
            demi kebaikkan InsyaAllah , ALLAH akan menggandakan 10 kali 
            kepadanya.

            Mari kita Istiqamah amalkannya semoga InsyaAllah kita menjadi  
            Muslimin & Muslimah yang berjaya di DUNIA & AKHIRAT ......Ameenn


            Sumber : Bahterasamudera
            Image Gambar : ikhsan dari cik google

Thursday, August 1, 2013

BERAS BASMATI jASMINE KING SESUAI UNTUK NASI ARAB

Salam....
Hari ini MA nak berkongsi satu info yang MA dapat daripada blog kujie2....info yang berguna bagi memenuhi citarasa peminat nasi arab....
Nasi Arab ni memang trend kat mana-mana saja orang bercakap pasal Nasi Arab.
Cuma agak mahal set hidangannya....
Kalau kita buat sendiri pasti berbaloi untuk makan seisi keluarga.

beras basmathi king

Kata kujie2...."Bagi saya bahan penting yang menghasilkan Nasi Arab yang sedap bergantung pada berasnya. Kalau menu biasa kita boleh gabungkan dengan perbagai jenis lauk pauk atau mendapatkan rasa yang lebih sedap bersama dengan nasi. Tetapi Nasi Arab bergantung pada terbitnya rasa daripada beras yang dimasak. Sebab itu beras BASMATI paling sesuai.

Memasak menggunakan beras BASMATI yang berkualiti & diikuti dengan gabungan dengan perbagai jenis rempah ratus, akan menerbitkan aroma harum Nasi Arab.
Memandangkan masakkan jenis ini memang di makan kering bersama salsa (salad) atau sos, tekstur nasi yang sedap & enak sangatlah perlu. Sebab itulah pemilihan jenis beras sangat di titik beratkan."

beras basmathi jasmine yang sedap

Beras Basmati menjadi kemestian didalam menyediakan menu istimewa tak kiralah majlis keluarga, majlis berbuka puasa atau untuk jamuan hariraya (open house).
Beras Basmati Jasmine King cantik je berasnya, bila nak tanak nasi pun senang, tidak berkanji sangat.
Selain daripada nasi briayani yang popular menggunakan beras Basmati, nasi lemak, nasi jagung atau nasi minyak juga boleh menggunakan beras BASMATI.


Beberapa panduan yang penting yang tak harus di abaikan sewaktu menyediakan beras basmati :
  • Rendam sekurang-kurang setengah jam sebelum dimasak, untuk memastikan ia betul-betul kembang.
  • Sewaktu mengaul atau mengais-gais nasi (saya panggil gembur). gunakan garpu supaya nasi menjadi peroi & tak padat.


Bagi MA rasanya info ini amatlah berguna, jika hendak menikmati aroma Nasi Arab yang ooommppp....
Next time kalau kita nak buat Nasi Arab jadi kita mestilah menggunakan beras BASMATI yang bermutu tinggi saperti BERAS BASMATI JASMINE KING yang telah di war-warkan oleh kujie2. Semoga dengan info ini, Nasi Arab yang kita buat, betul-betul kaww saperti yang pak-pak arab buatkan....
Di Ipoh nie ada satu tempat yang Nasi Arab nya memang menjadi idaman, MA gemar sekali memakannya...iaitu di Restoran Hydramaut di RiverFront...OOii Nasi Arabnya memang mengancam habis...tukang-tukang masaknya pun semua Pak-Pak Arab. Nasinya yang betul-betul mengancam....dengan aroma rasa nasinya yang lembut memang kita tak boleh lupa......Aduuuhhh tak boleh tahan kalau MA terbayangkan Nasi Arab Hydramaut.
Lain kali MA akan cuba buat Nasi Arab nie, menggunakan beras BASMATI JASMINE KING.
Nak juga merasa perbezaan aroma rasa Nasi Arab, kalau menggunakan beras nie....
Mai kita cuba buat Nasi Arab raya nie.....
ANDA bagaimana tak mau mencuba..???

Kabsa Mandi

Ya Allah... Pak-Pak Arab nie memang buruk melantak..
Tengok tu....boleh habis ke  ???
SUBHANALLAH

Sumber info : kujie2
Image Gambar : Ikhsan dari cik google

IKAN MASAK TAUCU versi KERING......pembuka selera

Lagi satu resepi yang simple tapi pembuka selera yang MA nak sharekan di sini....Ikan Masak Taucu versi Kering. tentu ramai yang meminati tauchu...
Selalunya MA masakkan taucu ni berkuah...tapi hari nie teringin pulak masak taucu kering....
Seperti biasalah kalau nak masak tentunya MA minta pertolongan cik google untuk mencari idea apa yang nak di masak.....hehehe
Nasib baikle ada cik google ye....tak le pening sangat kepala nie memikirkan apa yang nak masak...hari-hari pulak tu...kadang-kadang tu ketandusan idea...
Resepi nie MA masak dengan ikan patin je.....ikan itu yang ada di rumah buat masa nie....jadi MA hentam aje lah....ape-ape aje, asalkan bahagia.....kita yang buat dia
Resepi nie MA ternampak di rumah HaSue@sue-hasue.blogspot.com.....kata HaSue dia dapat resepi nie drp Nina Mirza.....
Terima kasih pada kedua-duanya kerana resepi yang sedap nie...
Pada yang ingin mengenali Nina Mirza, salah seorang blogger masakkan juga....ye lah orang perempuan kan, pasti tak dapat lari drp dunia masakkan, boleh lah buat kunjungan DISINI :D
Untuk yang nak berkunjung ke rumah HaSue pula pergilah DISINI....anda mesti dapat berkenalan dengan mereka berdua.....Okey selamat berkenalan ye..
Mari kita tenguk resepinya....


IKAN MASAK TAUCU versi KERING
Resepi asal : Nina Mirza
Sumber : HaSue@sue-hasue

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan kerisi ( atau ikan pilihan anda) - MA guna ikan patin je
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya) - MA guna sedikit je, sbb nak buat kering
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 bawang besar bersaiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 " halia - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris kasar untuk hiasan (MA potong 6 & ceraikan kelopaknya)

Cara Membuatnya :

  1. Ikan di potong pada saiz sederhana, cuci bersih & lumur dengan sedikit kunyit, kemudian goreng & toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang besar, bawang putih , cili merah & halia hingga harum & keperangan.
  3. Masukkan taucu & sos tiram, masukkan sedikit air, masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan ikan & renjis dengan sos ikan.
  5. Rasakan lah garam & gula secukup rasa.
  6. Sediakan hidangan dengan nasi putih...makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap makan dengan bubur nasi.



Oh ya, bahan-bahannya tu sendirilah korang adjust ikut selera ya...contoh kalau nak berkuah banyak tambahlah air, tak nak rasa taucu tu kuat sangat, kurangkan le...ala korang pun tahu kan..

Wednesday, July 31, 2013

NASI ULAM PERAK STYLE

Salam....
Hari ini MA cuba mencari masa utk N3 resepi nie....sejak akhir-akhir nie bz satu macam je.....
Masa memang sering mencemburui kita, apatah lagi sekarang, dah hampir nak raya....huhuhu
N3 hari nie, MA nak catatkan menu NASI ULAM PERAK STYLE pulak...
Dah lama MA tak makan nasi ulam nie....puasa tahun sudah pun tak berkesempatan membuatnya.... ye le tuu...bz ke atau malas???...he3x
Sebenarnya Nasi Ulam nie...selalunya di buat oleh arwah nenek MA setiap tiba je bulan puasa, pasti selalu je nasi ulam di sediakan oleh beliau....semua di buatnya sendiri, dari mencari daun ulaman yang nak di gunakan dalam nasi, sehinggalah nasinya terhidang di meja.
Masa tu bestnyaaa...tinggal makan je, tapi sekarang ....RINDU BETUL pada arwah nenek.....
AL-FATIHAH buat nenek MA ..... (Suriah binti Mahmud @ Tok Cuk)
Oleh kerana terlampau teringin nak makan Nasi Ulam Perak Style....MA merajinkan diri membuatnya...
Kebetulan kemarin bila MA ke Pasar Besar Ipoh, adalah ternampak seberkas ulaman yang diikatkan khas untuk membuat nasi ulam...apa lagi MA pun membelinyalah, harganya satu ikat RM3.00 je....
Dah naik sekali ganda harganya ...dulu RM1.00 je....Apa-apa pun sendiri yang mahu...beli aje lah..... Tapi ulaman yang ada didalamnya tak lah banyak sangat, kalau ikutkan kita terpaksa tambahkan lagi daun ulamnya,....
Sebenarnya Nasi Ulam Perak nie menggunakan 44 jenis daun ulam....tapi ye lah mana nak dapat sebanyak tu sekarang nie.....
Buat aje lah apa yang dapat....tapi bila balik rumah MA tambah lagi daun ulamnya spt daun limau purut, daun timba tasek, daun belalai gajah, pegaga, daun kesom, daun ketumbar, pucuk tenggek burung, pucuk dakap anak dll.
Mungkin ramai yang tak suka Nasi Ulam nie.....dirumah nie MA sendirian je yang makan....si bongsu & My hubby....sentuh pun mereka tak mau apatah lagi, bila nampak nasi penuh dgn ulam-
ulaman ....
Hanya yang suka Nasi Ulam nie.....MA, emak & ayah MA je....yelah itu aje orang tuanya....budak-budak muda sekarang mana mau.....
Wbp MA letakkan jugak resepinya dalam blog MA nie untuk rujukkan MA di masa akan datang...
Bagi anda yang ingin mencubanya....mai kita tengok resepinya :


NASI ULAM PERAK
Resepi : mamaAna

2 mangkuk nasi - disejukkan terlebih dahulu
1 batang serai*
1" halia*
1/2 " lengkuas*(*potong halus & ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
1 mangkuk kelapa putih - di sangai sehingga kuning
2-3 potong isi ikan kering - di bakar/goreng (MA guna ikan tenggiri & di bakar)
(Ikan kering nie di perisi kecil-kecil atau di tumbukkan)
3 ulas bawang merah - di mayang halus
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman ambilkan 2-3 helai je setiap satu - ambil pucuknya ( dihiris halus spt buat bunga rampai) Ulam-ulaman nya spt :
(Daun kunyit, pucuk sekentut, ulam raja, ulam selom, daun limau purut, daun belalai gajah,pucuk mengkudu, daun timba tasik, pucuk gajus, pegaga, daun ketumbar, daun kesom,pucuk tenggek burung, pucuk dakap anak, pucuk jambu batu, malah pucuk manggis pun boleh. dll - semua pucuk ulam yang boleh di makan semuanya boleh di bubuh)

Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan-bahan tersebut di atas semuanya, gaul rata sehingga sempurna dan bolehlah di hidangkan.

Nota :

Ulamnya kalau terlalu banyak bila sudah di potong halus, jgn bubuh semuanya ...bubuh agak-agak je.....dikuatiri jika terlalu banyak nasi akan pahit.


Ini antara ulam-ulaman yang MA gunakan
Di bersihkan kemudian di keringkan airnya, 
bubuh dalam talam untuk cepat kering.
Kemudian di hiriskan  halus seperti bunga rampai. 



Nasi di sejukkan, kelapa putih di sangai,
(Halia, serai, lengkuas) - di potong halus & di tumbuk,
Lada hitam - di tumbuk halus

Isi ikan kering di bakar/goreng
Kemudian tumbuk isinya
Bawang merah di mayamg halus
Campurkan semua bahan dengan nasi & gaul sebatikan.
Masukkan garam, rasakan mengikut citarasa kita.....


Ulalaaa Nasi Ulam Perak dah siap terhidang...
Jemput makan....