CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 30, 2013

KUAH BERIANI

Assalamualaikum....
Ini pula MA N3 Kuah Beriani yang MA masakkan semalam untuk makan dengan Nasi Beriani
Okey le mai kita tenguk je resepinya.....leteh rasanya MA nak membebel panjang-panjang.....
Resepi nie juga MA dapat daripada kawan sekerja MA, Pn Ramlah ......tapi seperti biasalah MA dah tambahkan sikit disana sini untuk menepati citarasa MA...
Bagi anda yang ingin mencubanya......jangan segan mai kita cuba buat & rasa.....



KUAH BERIANI 
Resepi asal : Pn Ramlah
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya :

  1. 1 kilo daging (MA gantikan dengan 1 ekor ayam)
  2. 6 ulas bawang putih*
  3. 3 ulas bawang besar*
  4. 1" halia*
  5. 1" lengkuas*
  6. 2 batang serai*(* bahan-bahan ini semuanya di blander)
  7. 3 sudu besar rempah beriani
  8. 1/2 kiub pati ayam - MA tambah
  9. 3 sudu besar cili giling - MA tambah (untuk pedaskan sikit)
  10. 1/4 tin susu cair
  11. 1/4 botol cili sos
  12. 1/4 botol sos tomato
  13. 2 sudu besar kerisik
  14. 1/4 buku gula melaka di hiris
  15. 1 sudu besar madu 
  16. Garam secukup rasa
  17. Buah badam/gajus (di goreng & di tumbuk)
  18. Daun ketumbar, daun pudina & daun sup - daun-daun nie di bersihkan & di ramaskan sedikit
  19. 4 biji cili hijau - di ketukkan sahaja (jangan di blander, nanti maung)
  20. 2 biji tomato bersaiz sederhana - dipotong kecil-kecil (MA tambah)
  21. 2 helai daun pandan - di koyak-koyak & di simpulkan
  22. Rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  23. Minyak sapi + minyak biasa untuk menumis 

Cara Membuatnya :
  1. Daging di potong kecil & di rebuskan hingga empok ( kalau guna ayam di goreng 1/2 masak)
  2. Semua bahan dari No 2 hingga No, 18 di gaul sekali dengan air panas.
  3. Perapkan daging sebentar dengan kesemua bahan- bahan yang telah bergaul dengan air panas tadi.
  4. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan tumis & daun pandan, kacaukan.
  5. Masukkan daging yang telah berperap tadi, bersama tomato. Masukkan air rebusan daging. Biarkan sehingga kering sedikit. Kacau selalu.  
  6. Jika kuah daging terlalu kering tambahkan sedikit air. (Sbb kuahnya akan diambil untuk di bubuh diatas nasi)
  7. Rasakan mengikut kesesuaian citarasa kita.
  8. Bila daging elok masak. Padamkan api & bolehlah di hidangkan.

KUAH BERIANI AYAM yang telah siap di masak
Nak rasa.... mai le cuba
Sedaappp


NASI BERIANI......MA style

Salam sayang untuk pengunjung MA....
Hari nie dah masuk 21 hari dah kita berpuasa.....lagi 9 hari kita akan meninggalkan Ramadhan yang mulia....
Anda semua tentunya dah buat preparation untuk menyambut hariraya. Pastinya bagi anda yang nak pulang berhariraya di kampong, dah pun bersiap sedia menunggu hari sahaja.....
Rasanya tak sabar untuk berangkat pulang ke kampong halaman.....Wbp tugas perlu diutamakan, bagi yang telah mendapat cuti untuk berhariraya nie.....alhamdulillah.Tapi bagi yang tidak boleh bercuti pulak......janganlah bersedih, insyaAllah di lain masa di lain hari tentunya peluang anda pasti ada.... Redhalah dengan apa yang ditentukan pada kita....
Bagi MA semenjak berhijrah ke kampong halaman sendiri nie.....suasana spt ini dah tak perlu di lalui lagi.....hanya kini MA pulak menanti kepulangan anak-anak.....

Okeylah berbalik pada juadah berbuka MA semalam, entah kenape tetiba je MA teringin nak makan nasi beriani, kebetulan kebanyakan stok bahan-bahannya ada dirumah.....jadi projek membuat nasi berianinya terlaksana lah jugak.....
Hanya kali ini MA masak nasi beriani menggunakan beras biasa je, tidak beras basmati seperti yang MA selalu buat kalau memasak nasi yang berperisa.....
Entah kenape ....malas betul MA untuk keluar ke kedai atau pun pasaraya untuk mencari beras basmati....jadi hantam je lah labu....he3x

Resepi nasi beriani nie....dah lama MA simpan & sering membuatnya mengikut resepi nie....
Resepi asal daripada kawan sekerja MA.....orang Muar (Pn Ramlah), terima kasih pada beliau di atas resepi ini.....tapi resepi asalnya beliau menggunakan ibu beriani & rempahnya pula di bawa drp Muar, ....semasa bekerja dulu selalulah MA kirimkan rempah Beriani nie melalui dia.....tapi sekarang ......huhuhu sendiri mesti ingat lahh...
Dan sekarang daripada resepi asal, MA telah olahkan sendiri mengikut citarasa MA.
Wbp MA berpuashati dengan resepi ini.....pastinya kalau membuat nasi beriani resepi nie lah yang MA ikut ..... Kepada anda yang ingin mencubanya.
Mai kita tenguk resepinya.....


NASI BERIANI ... MA style
Resepi asal : Pn Ramlah
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya :

4 pot beras Beriani (Basmati) - Disukat sama banyak dengan air
3 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak biasa (MA tambah)
1/4 cawan susu cair + 1/2 biji  air limau nipis/ Limau kasturi (MA tambah)
1 sudu besar madu
1" halia di tumbuk/ dimesin
1 labu bawang besar - di mayang
4 ulas bawang putih - di mayang
2 helai daun pandan - di koyak-koyak & di simpul ( MA tambah)
1 pokok daun ketumbar - dipetik daunnya saja
4 batang daun pudina - dipetik daunnya
2 sudu besar rempah beriani (resepi asal 1/4 sudu besar ibu beriani)
Rempah tumis 4 sekawan - (kulit kayu manis, bunga lawang , bunga cengkih & buah pelaga)
Garam secukup rasa
Sedikit pati ayam - (MA tambahkan)
Pewarna kuning/ koma-koma

Untuk Hiasan :

Sedikit daun sup & daun bawang - dipotong halus
Kismis - di goreng terlebih dahulu
Kacang peas - jika suka

Cara Membuatnya :
  1. Basuh beras & rendamkan sebentar - toskan, ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi + minyak, dalam kuali.
  3. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis (4 sekawan), daun pandan, bawang besar, bawang putih serta halia  kacaukan sehingga naik bau.
  4. Masukkan kesemua daun & rempah beriani, kacau sebatikan.
  5. Masukkan air yang telah disukat & campurkan madu & susu cair.
  6. Biarkan campuran hingga mendidih.Rasakan garam sesuaikan  dengan citarasa kita.
  7. Masukkan beras yang telah di toskan kedalam rice cooker & tuangkanlah bahan campuran yang medidih tadi ke dalam rice cooker.
  8. Masak nasi seperti biasa....Setelah kering nasi, Buatkan lubang-lubang & masukkan sedikit kuah beriani yang telah kita masak terlebih dahulu.(MA tambah)
  9. Masukkan juga pewarna kuning, taburkan kismis serta kacang peas jika suka.
  10. Biarkan nasi masak sebentar & kacau nasi dengan menggunakan cop stick agar nasi tak pecah.
  11. Siap. Sedia di hidangkan....(semasa menghidang taburkan nasi dengan daun bawang & sup)
TIP :

Kalau tak mahu muak makan nasi beriani, setiap 4 kepul/pot beras, perahkan sebiji sunquick semasa memasak nasi.


Nasi Beriani telah terhidang dengan lauk-pauk sampingan
Kalau mahu resepinya boleh le tenguk :
1.   Jelatah Mentah - resepi DISINI
2.  Masak Dalca Ayam- resepi DISINI
3.  Kuah Beriani  - resepi DISINI 

Sunday, July 28, 2013

BISKUT KRUNCHY KARAMEL ALMOND......sedaaapp tak terkata

Selamat sejahtera.....
Kali ini MA nak tayang biskut Krunchy Karamel Almond yang orang dok tergila-gilakan tu. Rasa MA raya tahun nie Biskut Krunchy Karamel Almond nie meletooop betul......he3x
Semejak MA terpandang di rumah azlita-masam manis....terpikat MA nak mencubanya.......
Tapi tak dapat nak mencari tepung Florenta.....huhuhu
Wbp ....alhamdulillah dapat jugak jalan penyelesaiannya......
MA tak guna tepung Florenta ....tapi MA gunakan tepung Siebin (Bee-sting Mix), tepung nie berharga hanya RM17.90 sahaja 1 pek & berat bersihnya 600g.......Kalau membuatnya ...kita boleh dapat 4 loyang 10"x10", banyak tuuu.....
Tapi kalau nak gunakan loyang 12"x12" pun boleh jugak....MA dah try dah....tapi kejadian biskut tu nipis le sikit......tapi jangan risau, masih sedappp.
Okey le pada kawan-kawan yang tak dapat mencari tepung Florenta, moh kita buat dengan tepung Siebin (Bee-sting Mix).....di peknya ada dicatitkan basic resepinya....tapi jangan ikut resepi tuuu.... tak sedapp...
Moh kita ikut resepi yang MA nak berikan nie......
Mula-mula sekali moh kita tengok peralatan & bahan-bahan yang kita nak gunakan dulu....


1.    Untuk membuat Biskut Krunchy Karamel Almond kita mesti ada:
  • Loyang 10"x10" atau 12"x12" pun boleh
  • Kertas kek yang tebal (bukan kertas minyak ye....di kuatiri biskut akan melekat bila dah masak nanti).
  • Pemotong pizza/pisau
  • Pembaris besi....kalau tak ada pun tak pe....tapi kena pandai adjust le untuk potongkan biskut tuu nanti.......
  • Spatula nipis - Gambarnya MA lupa ambil.....huhuhu



2.    Lepas tu kita sediakanlah bahan-bahannya: ( Mai kita pi beli bahan-bahannya)
  • 1 bungkus Tepung Siebin (Bee-sting Mix) - 600g
  • 200g Sun Flower Seeds
  • 200g Kuaci Labu (Pumpkin Seeds)
  • 500g Badam Flake
       Okey bila dah beli bahan- bahan nie semua.....mai kita tengok resepinya pula.....


3.    Mula-mula kita bakarkan sebentar biji-bijirin (Badam Flake, Sun Flower Seeds & 
       Kuaci labu/Pumpkin Seeds), bakar selama 15 minit dengan suhu 160C - tujuan 
       untuk merangupkannya.

4.    Resepi nie adalah untuk loyang berukuran 10"x10"/ 12"x12"
  • Mula-mula bahagikan bahan-bahan di atas kepada 4 bahagian kesemuanya...(Fahamke nie....). Okeylah mai kita sama-sama timbang ye....untuk satu adunan.....kita  sediakan :
  • 150g tepung Bee-Sting Mix
  • 50g  Sun Flower Seeds
  • 50g Kuaci labu (Pumpkin Seeds)
  • 150g Badam Flake

Cara-caranya :

  • Satukan semua bahan di dalam bekas....saperti dalam gambar di atas - gaul rata sehingga bersalut sempurna.
  • Sediakan loyang 10'x10", alas loyang dengan kertas kek sahaja. Loyang yang telah di alas dengan kertas kek tadi, biarkan lebihkan sikit kertas tu di kiri & kanan loyang  - agar senang untuk kita angkatkan biskut nanti.
  • Panaskan oven 170C ........ (suhu nie, anda mestilah kenali oven anda sendiri ).
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang & ratakan nipis-nipis.
  • Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga nampak adunan itu mencair & keperangan/separuh masak sahaja.
  • Keluarkan loyang daripada oven dan potongkan biskut tadi mengikut saiz yang di kehendaki. Masa memotong nie mestilah cepat....kerana dikuatiri biskut akan mengeras. Kalau biskut       mengeras nanti, takut tak dapat potong mengikut bentuk yang dikehendaki.
  • Bila sudah siap di potong semuanya....masukkan kembali biskut yang separuh masak tadi semula ke dalam oven.
  • Bakar semula selama 15 minit lagi atau sehingga elok perang nya.
  • Bila biskut dah masak...sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.


Taraaaa.....nie le Biskut Krunchy Karamel Almond yang telah siap di masak.....


Mai le cuba buat ........
Sedaaapppp

BISKUT TELUR REBUS........Sedaaaappp tuuu

Asalamualaikum....selamat sejahtera...
Hari nie MA nak N3 beberapa biskut citarasa pilihan MA untuk hariraya nanti.....
Masa berjalan bagitu cepat sekali, rasanya tak terkejar oleh kita.......sekarang pun hanya tinggal lebih kurang 10 hari saja lagi, kita dah pun nak meninggalkan bulan Ramadhan. MA masih pun belum membuat biskut-biskut yang kawan-kawan rapat tempah.....
Sebenarnya di tahun nie MA tak ambil pun tempahan biskut.....memandangkan kawan-kawan rapat merengek nak juga, jadi MA pun just buatkan jugak le untuk mereka....tak banyak pun, sbb tu le MA masih belum lagi membuatnya ......mungkin le sehari dua nanti........lagi pun mereka-mereka yang menempah pun taklah duduk jauh sangat......
Ok le mari kita tenguk resepi biskut apa pula yang MA nak tayangkan ini.....
Baru-baru nie MA ada le skodeng biskut di dapur mas - Duniaku, terpikat dengan komen mas, jadi MA pun mencubalah membuatnya.....tapi biasalah MA, tak pandai pakai sukatan cawan-cawan ni.....apatah lagi kalau sukatan mentega yang menggunakan cawan.....laaaa leceh nya.......
Jadi resepi yang MA sertakan dibawah nie MA dah tukar ke sukatan metrik, tapi kepada anda yang nak menggunakan sukatan cawan leh le tenguk di rumah mas DISINI. Terima kasih pada mas serta Mamajay untuk resepi ini....
Mai kita buat,,,,,,sedappp, pasti takkan menyesal .........
MA just buat 1/2 sukatan je daripada resepi di bawah, itu pun dah dapat banyak..........lebih kurang 144 biji, tapi ini pun terpulang lah pada acuan yang anda guna.......
Pertama kali buat biskut nie, just MA nak mencuba je......tapi alahaiii sedap pulak tu...jadi nanti terpaksalah buat lagi nampak gayanya sbb nak prepare untuk anak menantu & mak MA....
Jom kita tenguk resepinya....



BISKUT TELUR REBUS
Resepi : Mamajay
Sumber: mas - Duniaku
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya :

5 biji telur - direbus (ambil kuning sahaja)
200g gula icing
240g tepung gandum - MA tambahkan 150g lagi sbb adunan lembik
240g tepung jagung
120g tepung kastad
480g planta @ mentega
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil b.pawder

Untuk hiasan :

1 biji telur (di kocok- sapu atas biskut - MA guna telur merah shj)
Badam hiris/hancur untuk hiasan

Cara-caranya :
  1. Pukul planta@ mentega dan gula icing dengan menggunakan spatula hingga sebati je.
  2. Masukkan essen & kuning telur yang telah di lecek. Pukul lagi.
  3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.(MA masukkan tepung jagung & kastad dahulu, sebatikan kemudian baru masukkan tepung gandum)
  4. Canai & terap dengan acuan yang digemari. Susun dalam loyang yang telah di sapu planta.
  5. Sapu telur & hias dengan badam hiris/hancur.
  6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180C sehingga masak  - (MA guna suhu 170C.....jadi kenali oven anda)


CUBE LE.....SEDAAAPPP
Sorry le gambar tak sharpe....kemera tak canggih ...huhuhu
Ada sape-sape nak donate kamera pd MA ke??? ......he3x