CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 19, 2014

MI KARI CINA....YANG MARVELOUS...!!!!

Bismillah pembuka bicara........

Assalamualaikum...salam ceria semua....Semoga kita semua berada didalam sehat walafiat dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT, semoga juga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat......
Sebelum kita ke resipi yang MA akan titipkan disini untuk rujukkan  MA dan anak-anak serta kepada anda yang sudi untuk mencuba resipi ini....Mari kita sama-sama turut mendoakan akan kejayaan misi pencarian dan menyelamat MH370. Semoga kesemua 227 penumpang serta 12 Kru Kabin dan Teknikal Penerbangan MH370 berada didalam selamat. 
Pada 8hb March 2014, pukul 1.21 pagi MH370 telah hilang dengan tiba-tiba dari radar di menara kawalan Subang....
Hari ini telah masuk hari ke 12 pencariaan MH370, tapi masih lagi tidak ditemui dan harapan kita semoga tiada erti berputus asa dalam usaha pencarian dan menyelamat ini. Sama-samalah kita semua berdoa semoga ALLAH SWT akan permudahkan dalam usaha pencarian dan menyelamat  ini..... Aminnn


Image adalah ikhsan daripada Cik Google...t.kasih

Okeylah ...mari kita tenguk pula resipi Mi Kari Cina yang memang menjadi kegemaran MA dan keluarga.....
Untuk itu MA n3kan resipi Mi Kari Cina yang sungguh marvelous.....resipi nie adalah resipi daripada Chef Faizal Ng Abdullah..... Sekiranya MA nak membuat Mi Kari, pastilah resipi ini yang MA buatkan.....
MA nemang suka dengan resipi Mi Kari Cina nie, kerana kuahnya tidaklah terlalu pekat dan terlalu berkari...
Bagi anda yang ingin mencubanya ...silakan. TQ pada Chef Faizal Ng Abdullah diatas resipi yang sedap ini. 
Seperti biasa kalau kita nak membuat resipi daripada Chef Fizal Ng Abdullah nie....kita mestilah sediakan Air Stok Ayam terlebih dahulu......Untuk itu anda mestilah merajinkan diri membuat Air Stok Ayamnya....
Samada air stok ayam di buat terlebih dahulu dan disejuk bekukan atau pun dibuat dihari yang sama ketika hendak menyediakan Mi Kari Cina  (Bagi MA Air Stok Ayam nie sentiasa MA simpankan sebagai sejuk beku,,,bagi memudahkan MA menjalankan projek membuat beranika resipi Mi Cina drp Chef Faizal Ng Abdullah) Untuk itu mai kita tenguk resipinya.........

Mi Kari Cina

Air Stok Ayam
PENYEDIAAN AIR STOK AYAM
Oleh : MA

Bahan-bahan :
  • Kain muslin  (dijahit berbentuk kantung bertali) - MA belikan saja
  • 3 litre air
  • 1 batang timun - dipotong 2 atau 3
  • 1 batang timun tua - dipotong 2 atau 3
  • 1 biji bawang besar - dibelah 2
  • 1 batang lobak merah - dipotong 2
  • 1 biji tomato - dibelah 2
  • 1 batang saderi - dipotong 2
  • 10 biji kurma merah (kurma Cina)
  • Tulang ayam
  • 1 bungkus sup bunjut.
Penyediaannya :
  1. Bersih semua sayuran sebelum dipotong.
  2. Isikan semua sayuran di atas ke dalam kain muslin, punjut dan masukkan kedalam periuk besar.
  3. Isikan air kedalam periuk.
  4. Reneh diatas api perlahan selama 3 jam, sehingga sayur yang direbus menjadi lembik.
  5. Buang hampas. (boleh dijadikan baja).
  6. Sejukkan stok sayuran. Sup jernih ini boleh disimpan didalam bekas kecil dan didingin bekukan. Tujuan disimpan dalam bekas -bekas kecil, adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyediaan perbagai juadah apabila diperlukan, sebagai pengganti serbuk perasa.
*** MA cuma masakkan bahan-bahan di atas dengan preasure cooker jerr ....selama 30 minit, kemudian tapiskan dengan kain muslin ...ambil airnya sahaja.


RESIPI MI KARI CINA
Sumber : Chef Faizal Ng Abdullah
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 200g mi kuning - dicelur sebentar dan disejat
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil rempah kari
  • 1 batang rempah - dititik
  • 1 ekor ketam - untuk menambah keenakkan hidangan
  • 800ml santan
  • 200ml air stok ayam  (air rebusan isi atau tulang ayam)
  • 3 tangkai batang pudina (untuk menambah keenakkan)
  • 1/2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 200g isi kerang
Bahan Kisar :
  • 3 biji cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji buah keras
  • Sedikit belacan kisar
  • 1 sudu besar udang kering
Bahan Hiasan :
  • 100g tauhu goreng - yang dipotong dadu kecil-kecil (MA tak guna pun)
  • 60g taugeh
  • 60g bebola ikan yang dibelah 2
  • Sedikit daun pudina
  • Sedikit hirisan nenas 
  • 20 biji telur puyuh (MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak, tumis daun kari, rempah kari dan masukkan semua bahan kisar, kacau rata sehingga betul-betul masak. Kemudian masukkan serai.
  2. Tuangkan santan dan air stok ayam. Kacau tanpa berhenti di atas api sederhana supaya tidak pecah minyak.
  3. Masukkan ketam, tangkai pudina, pati ayam dan garam. Perlahankan api dan terus kacau.
  4. Akhir sekali masukkan kerang, kacau seketika dan tutup api.
  5. Masukkan mi dalam mangkuk. Hiaskan dengan taburan tahu, hirisan nenas dan bebola ikan. Tuangkan kuah, siap untuk dihidang.
Mi Kari Cina sudah pun terhidang....
MA makan Mi Kari nie dengan cili asam
Jemput makann....
Yummm..yummm ..sedapppnyaaa


2 comments:

  1. Kita hanya mampu berdoa... teruskan berdoa untuk kesejahteraan MH370, penumpang & anak kapal.
    Cantiknya hidangan mi kari cina MamaAna.... serius... nampak menggoda selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amie...kita hanya mampu berdoa...ketentuannya dari ALLAH SWT, semoga kita semua tidak berputus asa dalam meneruskan berdoa, untuk penumpang dan anak kapal
      MH370.....
      Mi kari cina nie memang sedappp sangat....pada tekak mama lerrr...kerana rasanya tak berkari dan pekat sangat dengan santan. Betoi ke nampak menggoda Amie....cb lerr kalau nak tahu menggoda ke tidak.....!!!

      Delete