CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 17, 2014

KUIH CUCUR BADAK....Kegemaranku

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum....dan selamat pagi semua, pada pengunjung yang masih lagi setia untuk mengunjunggi ke teratak MA yang tidak sepertinya ini. Terima kasih diatas kesudian anda semua. Telah hampir lima hari juga MA tidak mengupdate blog kesayangan ini....
Buat masa ini MA terlalu bz dengan tempahan yang tidak putus-putus.....Alhamdulillah syukor pada rezeki yang Allah berikan. Oleh kerana komitmen yang besar terhadap tempahan ...jadinya MA slowkan sikit aktiviti berblog ini....Besarlah harapan MA supaya anda semua memahami situasi yang MA hadapi.
Biasalah bukan tak ingin untuk mengadap laptop ini....tapi dek masa yang terbatas dan keletihan yang mengatasi segalanya....makanya MA ikutkan kata hati untuk merehatkan diri satelah apa yang MA usahakan telah selesai diuruskan. Dan pagi ini dikesempatan yang terluang sedikit, sebelum MA mulakan urusan lain...makanya MA mengupdate sebentar blog kesayangan ini.....dengan harapan apa yang MA persembahkan ini dapat menjadi pedoman bagi anda untuk mencari idea dalam menguruskan persediaan memasak untuk keluarga yang tercinta.
Bagitu juga semoga resipi yang MA abadikan ini juga, dapat memberi tunjuk ajar untuk anak-anak MA dimasa depan sekiranya mereka teringin untuk mencuba resipi yang sering kali MA buatkan untuk mereka. Semoga juga kenangan ini akan berkekalan disanubari mereka....
Okeylah...mai kita tengok resipi Cucur Badak yang menjadi kegemaran MA dari dulu. sekarang dan selamanya.....Supaya tidak membuanga masa, mai kita tenguk resipinya dan cuba sama-sama.......


KUIH CUCUR BADAK
Oleh : MA

Bahan Inti :
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 6 sudu besar cili kisar ( 10 biji cili kering dibuangkan biji - direbus dan dikisar halus) 
  • 3 biji cili padi *(pilihan sekiranya nak pedas)
  • 3 sudu teh serbuk jintan manis*(lebih sedap kalau jintan ini disangai dan ditumbuk halus)
  • 5 batang serai* - dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih*
  • 8 ulas bawang merah*
  • 2" kunyit hidup*
  • 70g udang kering - dibasuh dan direndamkan terlebih dahulu
  • 2 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
Cara Membuatnya :
  1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus. Masukkan udang kering dan putarkan sebentar jerr.....agar uadang kering tidak terlalu hancur dan halus.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan  dan tumiskan lagi sehingga cili agak garing.
  4. Masukkan garam. gula dan pati ayam. Rasakan kesuaiannya dengan selera kita.
  5. Masukkan kelapa dan kacaulah sentiasa sehingga sebati dan agak kering sedikit.
  6. Walau pun kering tetapi masih ada lembab sedikit, kerana MA suka intinya lembab dan tidak terlalu kering.
  7. Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti cucur badak.....
***Inti nie juga sesuai untuk digunakan sebagai inti pulut panggang serta disalut pada pulut untuk sarapan. 

Ini Cucur Badak yang telah ditempakan....

Cucur Badak yang telah digorengkan
separuh masak untuk disejuk bekukan....

BAHAN DOH KLEDEK
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1500g keledek putih
  • 200g tepung gandum (berat 13% - 15% daripada berat kelek yang telah direbus dan telah dileyekkan)
  • 1/3 cawan gula kaster
  • 1 sudu teh garam
Cara Membuatnya :
  1. Kupas kulit keledek, potongkan kecil dan bersihkan. Masukkan air dan rebus hingga empuk serta masukkan garam. Rebuskan anggaran 25 minit.
  2. Bila keledek telah empuk,  toskan airnya sehingga kering.
  3. Masukkan dalam bekas lain dan leyekkan keledek itu hingga hancur. (MA leyek guna anak lesong batu jerr..)
  4. Ketepikan keledek yang telah dileyek tadi sehingga sejuk.
  5. Sukatkan berat keledek yang telah dileyekkan tadi.
  6. Kemudian masukkan gula dan sebatikan.
  7. Masukkan juga tepung sedikit demi sedikit sambil diulikan adunan sehingga boleh dibentuk.
  8. Sekiranya adunan masih melekit ditangan dan tepung telah habis ...jangan risau.
  9. Basuh tangan dan keringkan. Salutkan tangan dengan sedikit tepung dan bulat-bulatkan adunan kepada bebola kecil. Berat anggaran 30g setiap satu bebola.
  10. Leperkan doh, masukkan inti dan tutup rapat.
  11. Bulatkan dan leperkan sedikit. Salutkan tepung ditangan sekiranya doh melekat.
  12. Susunkan diatas dulang plastik (dulang MA tidak taburkan tepung pun).
  13.  Panaskan minyak dikuali dan gorenglah cucur badak tadi separuh masak untuk disimpan sebagai sejuk beku.
  14. Jika digorengkan untuk makan, bolehlah digorengkan sehingga kuning cucur itu, dengan sentiasa membalikkannya, agar cucur tidak hangus.
Haaa...nie dia Cucur Badak yang telah siap digoreng
Yummm...yummm...sedapppnya..
Kalau nak tahu kesedapannya...cubalah buat...
Pasti anda berpuas hati...


No comments:

Post a Comment