Semalam dah masuk hari ke 3 kita semua menjalani ibadah puasa. Waktu berbuka semalam MA masakkan Nasi Ayam untuk hidangan berbuka ...... Bukan apa semasa MA skodeng di rumah Yatie, MA ternampak menu yang di tayang oleh Yatie......memang memikat hati & terliur MA di buatnya. Apa lagi oleh kerana terliurkan menu tayangan Yatie, maka MA pun mulakan projek memasak nasi ayam saperti Yatie.
MA ikut resepi yang Yatie buat, terima kasih pada Yatie di atas perkongsian ini. Sedapp tuuu.....habis licin nasi ayam tu, tak de pun berbaki. My hubby & si bongsu komen.....sedapp.
Pasti nanti ada siaran ulangan lagi......he3
Bersama nasi ayam nie juga, MA ada buatkan menu tambahan Taugeh Celur ala The Rice Chicken Shop.....sedap tu kombinasi taugeh bersama nasi ayam nie. Terima kasih pada Che' iza myR di atas resepi yang di kongsikan ini. Kepada Yatie & Che' iza, izinkan MA salinkan semula resepinya di blog MA pula. Sorry pada Yatie kerana MA edit sikit resepinya. Kepada anda yang nak melihat resepi asal, anda boleh le pergi ke SINI & di SINI juga.
Ok le jom kita jamu mata dengan gambar-gambar yang MA sertakan bersama resepinya :
Nasi Ayam yang resepinya MA skodeng dari rumah
Yatie "Sinar Kehidupanku". Jealous tengok Yatie buat nasi ayam,
makanya MA terpanggil membuatnya........
nak minta Yatie sepinggan ....jauh sangat...... huhuhu
Ini le set nasi ayam yang MA buat semalam,
siap dengan taugeh celur ala The Chicken Rice Shop lagi
......sedappp yummm 3x CUBE LE
NASI AYAM
4 cawan beras ( saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air (air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam & campur dengan 5 1/2 cawan air)
sedikit garam ( kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter
Bahan Tumis :
4 ulas bawang putih - di hiris
1" halia - dihiris
4 batang serai - di ketuk (MA guna sebatang je - di rumah serai dah habis)
3 sudu besar minyak
Cara-caranya :
- Basuh beras, toskan Ketepikan.
- Masukkan 5 cawan air rebusan ayam ke dalam rice cooker. Masukkan beras & biarkan se bentar,
- Panaskan minyak & tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
- Masokkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih & masukkan ke dalam rice cooker.
- Masokkan butter dalam periuk & masak seperti biasa.
- Bila nasi dah kering, gaulkan guna chopstick sekali sekala & tutup semula.
- Bila nasi dah masak boleh lah di hidangkan bersama ayam goreng madu, sos cili merah & sambal kicap.
1 ekor ayam - dipotong 4 - selebihnya di cincang untuk buat sup.
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar besar madu
2 sudu besar sos tomato
Cara-caranya :
- Rebus ayam bersama air hingga 1/2 masak; & keluarkan drp sup tersebut ( Air rebusan ayam nilah buat masak nasi ayam tadi)
- Perap ayam bersama kicap, sos tiram, sos tomato & madu selama 1/2 jam
- Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah masak angkat & toskan.
- Bila menggoreng ayam, jangan lama-lama nanti ayam kelihatan hitam macam hangit kerana ayam dah perap dengan kicap, sos tiram & madu that way dia akan cepat hitam.
SOS PEDAS MERAH
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
6 biji cili padi merah /hijau
2 sudu besar cuka (MA gantikan dengan air limau kasturi)
2 sudu besar gula & sedikit garam
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air masak untuk blend bahan-bahan.
Secubit garam
Cara - caranya :
- Kisar bawang putih, cili padi & cili merah
- Masukkan cuka & sos cili, gaulkan sebati
- Masukkan gula & garam sercukupnya. Perasakan sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
- Sos pedas merah nie MA masakkan sebentar di atas api - biar pekat sedikit.
10 biji cili padi hijau /merah
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap - secukupnya
Gula &garam - secukupnya
Sedikit sup ayam
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
- Bakar bawang putih sekejap, kisa/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
- Masukkan dalam mangkok & letakkan kicap
- Masukkan gula & garam secukupnya.
SUP AYAM MUDAH
Ayam yang telah di potong kecil-kecil (bahagian yang lebih/tulang ayam)
2 biji kentang - dipotong dadu besar
1 batang karot- dipotong kecil
Daun sup/bawang & bawang goreng secukupnya - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
2 ulas bawang merah - di hiris
1" halia- di hiris
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang & 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dalam 4 cawan
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan :
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Bahan Hiasan :
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Cara-caranya :
- Masukkan rempah tumis, bersama bahan2 hiris dalam periuk bersama 4 cawan air
- Masukkan ayam yang di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
- Setelah kentang empuk, masokkan karot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
- Setelah mendidih tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
- Setelah siap boleh di hidangkan dengan taburan daun sup/bawang & bawang goreng.
MENU TAMBAHAN
TAUGEH CELUR ala The Chicken Rice Shop
Sumber : myR ( oleh : Che'iza)
Bahan-bahannya : (untuk2-3 orang)
150g taugeh
2 sudu besar air panas*
1/2 sudu teh serbuk pati ayam*
1/2 susu teh kicap pekat
1 sudu beasr kicap manis
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan/ minyak bawang putih
Sedilkit lada sulah
Secubit garam (sekiranya sos tiram yang di guna tidak masin)
Bahan Hiasan:
Daun bawang
Cili merah
Bawang goreng
Cara-caranya :
- Celur taugeh, jangan lama sangat, setakat 1 minit je. Toskan airnya , ketepikan.
- Satukan bahan bertanda*. Sekiranya buat nasi ayam lagi sedap gunakan kuah sup. Ambil 2 sudu besar sebagai ganti air panas.
- Satukan bahan-bahan bertanda* & bahan yang lain, siap sos. Tuangkan sos di atas taugeh yang di celur tadi.
- Sebelum di hidang taburkanlah dengan hirisan daun bawang, lada merah & bawang goreng.
Nasi ayam yang sedappp.....
No comments:
Post a Comment