CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 29, 2014

SAMBAL HITAM PAHANG.......pembuka selera

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam sejahtera untuk anda yang sudi kesini....
Menu kali ini MA buatkan pula Sambal Hitam Pahang...yang MA skodeng dari dapur
MaDiHaA... Teruja melihat sambal hitam yang MaDiHaA tayangkan....
Kebetulan pula pokok belimbing dibelakang rumah MA banyak pula buahnya...
jadinya MA pun apa lagi cuba lah  membuatnya....
Walau pun sebelum nie MA pernah membuatnya...tapi itu dah lama dulu....
Serek juga lah masa tu....sebab habis periuk yang MA gunakan ketika tu menjadi hitam
dan jenuh jugaklah MA menyentalkannya...huhuhu
Kali nie MA dah tahu penangannya....jadi buatkan dalam periuk lama.....
periuk rice cooker yang dah tak digunakan kerana rosak....
periuknya pun dah tak semenggah dah....jadinya periuk nie lah yang MA guna
untuk merenih belimbing tu....kalau hitam pun taklah ralat sangat.
Nak ceritakan sikit...pokok belimbing MA yang berada dibelakang rumah nie MyHubby
yang tanamkan dalam bekas air kolah yang tak digunakan lagi....
itu pun bekas kolah jiran MA yang ditinggalkan dibelakang rumah....
MA tanyakan samaada dia masih nak gunakan ker lagi...jawapannya tidak 
dan dengan keizinannya My Hubby tanamkan pokok belimbing tu..
Terima kasih pada jiran MA ...Puan Zai Sofea....saaayanggg Zai...
Sekarang berguna jugalah belimbing tu kalau berbuah....sesak-sesak
boleh digunakan untuk memasak...tuuu lerr ceritanya.
Dibelakang rumah MA nie adalah sedikit mini kebun...untuk kegunaan ketika sesak...
yang My Hubby tanamkan dalam pasu serta tab mandi yang MA dah
tak mahu gunakan....semasa ubahsuai rumah dulu....
Tab tu nak dibuangkan pun sayang....jadinya MA syorkan agar ditanamkan saja
satnika pokok yang boleh digunakan untuk masak memasak saperti...
pokok pandan, kunyit, daun kari, ceko manis, kucai, pokok limau purut
serta pokok terung bulat dan panjang.....
Okey...panjang pula leteran MA....kau orang tentu jemu....kihkihkih
Jangan mare.....mai kita tenguk resipinya...



SAMBAL HITAM PAHANG
Sumber : MaDiHaA daripada MILnya
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 cawan belimbing buluh - direbus
  • 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis - yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya:
  1. Sediakan dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus nie boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 dan simpan stok.Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri dan kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biar sehinggabelimbing mengecut dan jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. PESANAN : jika nak guna untuk buat sekali jerr sambal nie...memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat sahaja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering dan gelap adalah untuk tujuan simpanan.PESANAN KEDUA : Sila guna periuk yang buruk2 jerr untuk rebus belimbing, kerana belimbingpunya asid yang kuat dan boleh jadikan periuk bertukar jadi kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yang ibu periuknya dah rosak...) kalau kat kampung biasanya dorang guna tin minyak masak yang empat segi tuu untuk rebus belimbing nie.... 
  2. Tumbuk cili padi hingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat.(3 ulas lagi hiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus dan tumislah sehingga bahan2 tersebut nampah agak kering dan garing (agak lama juga). Tambah kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (saperti serunding gitu). Bila dah garing, tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Aatau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
  4. Sambal nie boleh disimpan lama dan boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda....Sedap yang teramattttt!!!
Sambal Hitam Pahang dah pun siap...
Selamat Mencuba....

Haaa....nie lerr mini kebun yang MA maksudkan....
Hihihi....okey tak ???
Tanaman untuk waktu sesak....orait la..kan..kan

Thursday, May 22, 2014

TEMPAHAN LAGIII.....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam ceria dan salam 1 Malaysia....
Apa kyabar anda semua....hari ini anda buat apa yerr...???
MA di hari Rabu nie ....sedari pagi lagi dah bz menyiapkan tempahan untuk Puan Shima pula....
Puan Shima nie adalah pelanggan tetap MA sedari dulu lagi.....kalau ada tempahan katering dia pasti menempah kuih muih daripada MA....terima kasihlah pada Puan Shima kerana sudi menempah dan memberi kepercayaan kepada MA...
Puan Shima nie .....tuan punya Restoran yang beroperasi di Pekan Ipoh.....
Bermacam-macam kuih muih yang pernah Puan Shima tempah daripada MA....katanya kalau pelanggan Syarikat koperat yang buat tempahan katering daripadnya....pasti dia akan menempah kuih muih... daripada MA....sbb katanya dia tahu kuih-muih yang MA buat pasti sedap.... comei dan cantik-cantik pula....
Kuih-kuih frozen juga selalu Puan Shima tempah..."Untuk dibuat stok ketika kecemasan"...katanya.
Harapan MA semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya.....amin
Untuk itu MA abadikan tempahan daripada Puan Shima untuk hari ini....yang telah MA siapkan dan telah diambilnya pada jam 2.00 petang .....
Dah agak lewat malam barulah boleh poskan entry nie.....sepatutnya awal siang tadi nak cuba N3kan....tapi yerrlah....kita hanya merancang tetapi segala-galanya ditentukan ALLAH...

Apam Mekar a.k.a. Apam Warna Warni
120 biji


Ketayap Belang...110 biji

Untuk anda yang berhajat nak buat jamuan
dan berhajat nak menempah kuih-muih
bolehlah whatsapp MA
di no tel : 0122485408

MA juga ada menyediakan kuih cucur badak
dan karipap frozen
Sesiapa yang berhajat nak buat stok untuk
waktu-waktu kecemasan
boleh menempah dari MA ....
1 paket ada 25 biji

Cucur Badak

Karipap pusing



Monday, May 19, 2014

MASAK LEMAK KUNING SIPUT SEDUT a.k.a. SIPUT BELITUNG......memori indah semasa di Kampung

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum....pernah anda merasai keenakkan masakkan Siput Sedut a.k.a. Siput Belitung???
MA memang suka dengan masakkan nie...dan sekarang telah menjadi kesukaan kepada famili MA....Alhamdulillah anak-anak MA dan My Hubby juga sukakan masakkan nie....
Sedari kecil MA telah diajar menikmati masakkan ini....
MA masih ingat lagi....dulu masa tinggal di kampung .... suasana di kampung kami dimasa era 60an...masih tidak mempunyai air paip lagi di rumah....cuma kalau adapun hanya satu paip yang disediakan oleh kerajaan untuk mengambil air bagi minuman....
Ketika itu ...sungailah menjadi nadi utama untuk kami, bagi membasuh kain baju serta mandi manda.
Nostagia dizaman itu sungguh seronok.....sungailah menjadi tempat kami bertemu kawan-kawan serta bermain aci lut dalam sungai......di lubuk mana diSungai Kinta yang melalui kampung MA tuu yang MA tak pernah terjun semasa zaman kanak-kanak dulu......mungkin anak-anak sekarang tak pernah merasai dan mengharunginya.....
Kalau air bah ....lagilah seronok, masing-masing akan menunjukkan keberanian untuk mengharungi sungai yang bah (banjir) tersebut, bagi menyeberangi sungai dengan berenang mengikut arus yang tengah deras....... untuk keseberang.
Diwaktu menuba ikan pula.....seluruh kampung akan berpesta di sungai bagi mengutip ikan-ikan yang sedang mabuk......kenangan terindah yang tak mungkin dapat dilupakan....
Untuk mencari siput sungai pula....bila teringin nak menikmati masakkan siput sedut tu.....mulalah MA mencarinya dengan menggagaukan tangan di tebing sungai yang banyak mempunyai perdu teberau.... kerana dicelah-celah perdu teberau nie lah terdapat banyak siput-siput nie.
Masa tuu perasaan takut tak pernah hinggap disanubari MA....
Bila dapat siput tuuu....MA bawa balik kerumah dan simpan semalaman dengan merendamkan siput tu dalam air sungai tuu juga....fungsi supaya pasir-pasir serta lumpur yang berada di dalam perut siput tuuu akan dimuntahkan oleh siput tersebut,,,,jadi jika dimasakkan siput tu....tak adalah terasa pasirnya....
Tapi sekarang kalau MA teringin nak makan masakkan ini....MA belikan saja siput tu dipasaraya,,,,tapi terpaksalah menikmati siput belitung laut jerr.....tak pernah pun lagi MA jumpa siput sungai seperti dulu-dulu lagi......huhuhu
Untuk memasak siput nie anda mestilah kene pandai ....sebab jika anda cuma potong sedikit jerr di hujungnya yang runcing dibelakang siput tuu....alamat tak merasalah untuk menikmati isinya ... sebab bila anda menyedutnya ketika makan.... tak terkeluar lah isinyaaa...
Okey,,,dah terlalu panjang lebar MA bercerita kesah silam yang tak pernah akan dilupakan. Sekarang mai kita tenguk resipinya pula....


MASAK LEMAK KUNING SIPUT SEDUT a.k.a. SIPUT BELITUNG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 kilo siput belitung laut - buang ekornya dibersihkan dan ditoskan.
  • 1 ikat pucuk paku - dipotong2, bersih dan ditoskan.
  • 1 batang serai - dititik
  • 20 biji cili padi* - terpulang kepada kepedasan yang diinginkan
  • 2" kunyit hidup* (*ditumbuk sehingga lumat/ boleh juga diblander)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 asam keping 
  • Garam secukup rata
  • Sedikit pati ayam
  • Sedikit air
Caranya :
  1. Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama dengan serai kedalam periuk dan panaskan diatas api yang sederhana sehingga cili agak kering .
  2. Masukkan 1 cawan santan kedalam periuk bersama sedikit air, supaya kuahnya cair sedikit.
  3. Kacau selalu apabila mendidih, supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Masukkan siput yang telah dibersihkan, kacau lagi sehingga kuah mendidih dan siput masak.
  5. Kemudian masukkan pula pucuk paku.
  6. Masukkan juga separuh lagi santan, garam , pati ayam serta asam keping....kacau hingga mendidih dan siput elok masak.
  7. Rasakan garamnya
  8. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Mai sama-sama kita menikmatinya
Sedappp tuuu......

Selamat Mencuba....



TEMPAHAN HARI SABTU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...salam ceria pada anda yang sudi berkunjung kesini...
Terima kasih pada Puan Nani yang sudi menempah serta memberi kepercayaan kepada MA untuk menyediakan kuih muih bagi jamuan Harijadi anakandanya....
Alhamdulillah semoga Puan Nani berpuas hati....jangan serik yerr....
Kepada Puan Nani ..."Kalau sedap...ceritakan pada kawan-kawan...tapi kalau sebaliknya ceritakan pada MA yerr....semoga MA boleh perbaiki ".
Semoga perkenalan kita dialam maya ini boleh berpanjangan....amin.
Selamat Harijadi juga pada anak Puan Nani...Semoga dirahmati Allah dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat....amin.
Untuk itu MA abadikan tempahan-tempahan tersebut... disini sebagai kenangan....

Kepada sesiapa yang berhajat nak menempah
kuih muih untuk jamuan
sila pm MA....TQ