CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 28, 2014

CUCUR UDANG MAMAK PENANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alahaiii...dah lama MA mengidam untuk merasa Cucur Udang Mamak Penang nie....tapi entah kenapa masih tak berkesempatan untuk mencubanya. Resipi nie pun dah lama terperap dalam draft MA nie.....cuma menanti masa yang sesuai untuk membuatnya sahaja....
Pagi nie....mood MA pula berkubar-kubar untuk mencubanya....jadi tanpa berlengah lagi MA jalankanlah projek yang dah lama terbengkalai nie.....lagi pun kannn sekarang musim cuti sekolah dah pun bermula pada 22hb November yang baru berlalu......
SiBungsu pun pada 25hb November 2014 yang lalu, baru berakhir subjet peperiksaan SPM yang diambilnya....kertas Biology 1,2 dan 3....Syukur alhamdulillah sepanjang menghadapi peperisaan nie....siBungsu diberikan ALLAH SWT kesihatan yang baik....cuma dipermulaan peperiksaan dulu MA dan MyHubby terlalu lah risau sbb SiBungsu mengalami keracunan makanan kerana pada malam ahad sebelum peperiksaan tuu....MA, My Hubby dan SiBungsu telah keluar JJCM.....
Alahaiii besok tuu....siBungsu sorang pula keracunan makanan....terpaksalah kami bawa siBungsu ke emergency ward di Hospital Besar Ipoh @ Hospital Permaisuri Bainun.....untuk dibuat pemeriksaan....
Besoknya hari Isnin 3hb November 2014 peperiksaan SPM baru bermula...dengan subjet yang penting pulak tuu....Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2.
Risau betul kami....tentang kesihatan siBungsu ketika itu....semasa itu terpaksalah siBungsu dibekalkan ubat bagi menghadapi peperiksaan tuu .... dua, ke tiga hari jugaklah perut siBungsu kurang selesa.....
Semenjak itu .....disepanjang hari peperiksaan tuu, MA tiap-tiap hari menyediakan juadah untuk siBungsu.....tak berani lagi kami untuk keluar JJCM lagi sepanjang waktu tuuu....
Serik rasanya...untuk ketempat itu lagii....
Inilah kenangan abadi yang tak dapat kami lupakan....
Semoga ALLAH SWT merahmati siBungsu dalam menghadapi ujiannya ini.....dan semoga juga keputusan SPM yang diperolehi siBungsu nanti...memperohi kejayaan dengan cemerlang....aamiiinn.
Alahaiii panjang lebar lak MA bercerita......berbalik pada resipi nie, mai kita sama-sama mencubanya......memang sedap betul Cucur Udang Mamak Penang nie.....Terima kasih pada sumber yang MA perolehi...citarasawan manakala resipi asal dari Mamak Haji....mai kita cuba jangan tak cuba yerrr.....Cucur udang mamak Penang nie...rangup diluar...lembut didalam...
Tapi cucur udang nie, MA hanya jemput2kan saja....malas nak buat saperti yang disyorkan dalam resipi.... masukkan adunan cucur kedalam senduk....hahaha biasa lerr yerr......yang penting asalkan dapat merasai keenakkannya ....sama jerr..kann.


CUCUR UDANG MAMAK PENANG
Resipi Asal : Mohammad Roslan @ Balanabiar Wordpress.com
Sumber : citarasawan

Bahan-bahannya :
  • 250g tepung gandum
  • 3 tangkai daun kucai potong 1"
  • Segengam taugeh
  • 60g udang kecil - dicincang kecil
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 1/2 sudu teh yis segera + 60ml air + 1/4 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 300ml air 
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
* 20 ekor udang sederhana untuk hiasan

Caranya :
  1. Larutkan yis bersama air suam dan gula, kacau dan biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung dalam bekas, tuang larutan yis dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan garam, daun kucai,taugeh dan serbuk kunyit kedalam tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak cair atau likat. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam untuk adunan mengembang. Aduk kembali adunan.
  4. Panaskan senduk selama 5 minit didalam minyak. Tinggalkan sedikit minyak didalam senduk, kemudian masukkan 1 sudu besar adunan kedalamnya, letakkan udang diatasnya dan goreng bersama senduk tadi dalam minyak sederhana panas hingga timbul.
  5. Balik-balikkan dan goreng hingga keperangan.
Alaaahaiii ciannya siBungsu terpaksa 
makan ubat dihari peperiksaan 
pertama dan kedua....
Just sekadar kenangan
Semoga Allah SWT merahmati 
dan memberi kejayaan yang cemerlang
 pada siBungsu dlm peperiksaan SPM, 
yang baru berlalu...Aamiinn

SOS KACANG MAMAK PENANG

Bahannya : 
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 150g cili kering
  • 100g udang geragau kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 senduk gula pasir (untuk kuah perang gunakan gula merah)
  • 2 sudu besar tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa
Caranya :
  1. Goreng kacang tanah dan cili kering berasingan dengan minyak sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng udang geragau dengan api yang kecil pastikan udang tidak hangus. angkat dan toskan.
  3. Kisar cili dan udang bersama air dan bawang besar hingga halus. Kemudian masukkan kacang tanah goreng dan kisar sebentar, biar kacang kasar sedikit.
  4. Masukkan bahan kisar tadi bersama air secukupnya mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih. Masukkan cairan tepung jagung sebagai pemekat. Sos tidak terlalu likat atau terlalu cair. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Sedia dihidang bersama sos uadang.
NOTA : Sos dan cucur udang yang lebih bolehlah disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa. Kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang , timun dan ubi sengkuanag. Selamat mencuba.

* Sos kacang mamak Penang  dan Cili Sos nie ...MA tak buat pun, cuma MA catitkan disini sabagai rujukkkan dimasa akan datang sekiranya berkeinginan untuk membuatnya.
* Cucur Udang Mamak Penang ini  ...MA cicahkan dengan cili keropok leko yang ada sebotol lagi dirumah nie.....sos nie anak MA yang belikan semasa dia pergi kerja di Terengganu......

SOS CILI 

Bahan : 
  • 5 tangkai cili merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm belacan - dibakar dahulu
  • 3 sudu besar sos cili
  • 100g gula melaka - diracik halus
  • 200ml air asam jawa
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Caranya :
  1. Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam. Masak hingga mendidih.
  2. Tambah larutan tepung jagung dan masak hingga hampir pekat. Hidang bersama cucur udang yang di potong kecil.

Cucur Udang Mamak Penang
dah pun siap
Jemput makan...

Wednesday, November 26, 2014

PUDING UNTUK TEMPAHAN ISTIMEWA DI HARI BAHAGIA....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Salam ceria serta sejahtera.....kapada anda yang sudi bertandang kesini.....
Apakah anda sedang mencari2 persediaan untuk hantaran bagi hari bahagia anda....????
MA sedia membantu anda dalam meliasasikan impian anda itu,
MA ada sediakan bermacam2 tempahan untuk hantaran ....diantaranya
Kek fondant, cupcake fondant, pulut kuning untuk hantaran dan juga bermacam2 biskut serta juga puding....semuanya MA hiasi sesuai dengan majlis pertunangan dan perkahwinan yang anda idamkan......
Juga kuih - muih melayu untuk majlis kenduri kesyukuran dll.....
Semua itu anda boleh layari diblog MA nie dibahagian tempahan, puding hantaran dan kek hantaran...
Tunggu apa lagi ...jika anda berhajat telipon jerr MA di no yang tertera dibahagian bawah ini.....
MA menerima tempahan untuk kawasan IPOH dan kawasan berhampiran dengannya sahaja.....
Untuk anda yang berhajat ....jangan lepaskan peluang ini.....


Puding hantaran yang dihiasi dengan bunga jelly
serta pudingnya dilapisi dengan fruit coktail yang enak....

Terima kasih Puan Munah Amri
diatas tempahan ini
Puding hantaran yang dibuat bagi 
majlis pertunangan ini MA hiasi dengan
bunga daripada jelly.....

Jangan risau.....!!!!!
Bunga jelly ini boleh juga dimakan....

Untuk tempahan @ pertanyaan sila call/ whatsApp
di no : 0183665488/ 0122485408
Terima kasih atas sokongan anda,
luv u all 




ASAM PEDAS THAI IKAN PATIN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat pagi semua pengunjung blog nie...terima kasih kerana kesetiaan anda bertandang kesini, kehadiran anda sebagai tetamu sentiasa dialu-alukan....Walaupun  tuan rumahnya memanjang jerr tiada...
Pagi nie MA N3kan pula resepi Asam Pedas Thai Ikan Pari...menu asal daripada Azie Kitchen
MA nie sebenarnya bukan peminat asam pedas.... tapi yerrr laaa sekali sekala tuuu nak jugak bertukar angin dan merasanya.....
Memandangkan komen yang positif daripada Azie....Woouuu melecuo air lior MA dibuatnya....jadi membuatkan MA terpanggil untuk mencubanya...apa tidaknya, Azie yang bukan peminat Asam Pedas pun boleh mengulang sampai 2x ke  Shar' Nis Conner di Kuala Perlis semata-mata untuk menikmati sekali lagi hidangan ini....!!!!
Walau bagaimanapun memandangkan MA tak makan ikan pari maka MA tukarkan menunya kepada ikan patin jerr ....jadinya menu pun bertukar namalah jugak yerr.....
Terima kasih Azie diatas perkongsian ini......Pada anda yang ingin menikmati keenakkan menu nie, mai sama-sama kita buat.....
Untuk membuatnya anda bolehlah tenguk resipinya disini ......atau anda juga boleh pergi ke link Azie Kitchen....SELAMAT MENCUBA.


ASAM PEDAS THAI IKAN PATIN
Sumber : AzieKitchen
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 2 ekor ikan pari kecil - potong 4 (MA gantikan dengan ikan patin cuma sepotong jerr)
  • 2 sudu besar sambal belacan - rujuk dibawah
  • 3 gelas air
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 4 sudu besar cili kering (MA tak bubuh pun)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit  Ajino moto - (MA gantikan dengan pati ayam)
  • Garam
  • Bawang putih - ketuk
  • Serai - dititik
  • Sedikit daun limau purut - dibersih dan dileraikan  (MA tambah)
Cara-cara :
Masakkan semua sekali bahan diatas hingga mendidih dan nampak pekat sedikit.

H
SAMBAL BELACAN
Bahan-bahannya :
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • Belacan (sikit jerr...jangan byk, nanti terasa belacannya)
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula 
  • Ajino moto - (MA gantikan dengan pati ayam)
Kisar semua bahan diatas. Digunakan jumlah tertentu untuk dimasukkan kedalam kuah Asam Pedas Thai.

* Semua bahan2 diatas MA adjust....bersesuaian dengan ikan yang MA masak cuma sepotong saja....just untuk MA seorang sahaja....My Hubby  dan siBungsu tidak makan asam pedas.
Alahaiii....satelah dirasa, menyesal pula MA buat sepotong jerr ikan patinnya.....sedapppp tuuu....rugi MA buat sikit jerr....
Dilain kali pasti nak buat lagi menu nie....
Pada selera MA...memang okey rasanya.....sebagai pembuka selera bagi anda yang suka masam2 pedas dan memperbagaikan menu.
Asam Pedas Thai Ikan Patin
Pembuka selera....
cuba lerr ....sedappp tuuu

Monday, November 24, 2014

SUP TULANG MERAH SINGAPURA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sup Tulang Merah Singapura nie....rasanya masam-masam manis....sedap dimakan dengan roti Perancis dan Gardenia. Hidangan ini sebenarnya popular di Johor dan Singapura. Tetapi disana biasanya mereka menggunakan tulang gear box kambing.
Kalau pergi ke Singapura rasanya ada 4 makanan ORI yang WAJIB dicuba....sup tulang merah, rojak, nasi beriani dan murtabak. Hampir semua makanan nie ada dijual di Arab Street, Beach Road dan Gelang. Semua tawkey2nya... mamak dan orang Arab....orang Melayu jarang sekali jumpa.
Di Beach Road Garden ...kat Golden Mile Food Centre tu ...ada satu section untuk peniaga Islam dan kat sini semuanya ada jual sup tulang merah....dalam banyak2, kedai DEEN yang paling femes. Dia dapat Best Food Award olih The Green Book TIGA KALI. Dah masuk dalam TV program Makansutra di Asia Food Channel.
Harga??? Hahaha...kalau shopping kat Singapura bayar jerr laaa...jangan convert nanti heart attack pulak.....
MA insyaAllah pada pertengahan bulan Disember 2014...dicuti sekolah nie, kalau tak ada apa aral melintang, teringin jgk nak pergi lagi ke Singapaura....ada jemputan kawin cucu sepupu ....nanti pastilah melencong JJCM disana....hahaha itulah hajat dihati....'Sambil menyelam kita minum air' yerrr....!!!! itu pun kalau di izinkan ALLAH SWT.
Okey ...mai kita terjah pula resipi Sup Tulang Merah Singapura yang dikongsikan oleh Puan Ita..masam manis.
Alahaiii....sedapppp tuuu....kalau tak ke Singapura pun dah terubat jugak kempunan kita.....
Mai kita sama-sama cuba ...jangan tak cuba....


SUP TULANG MERAH SINGAPURA
Sumber : ita masam manis
Olahan : MA
  • Mula-mula kita rebus tulang dahulu hingga empuk (MA cuma guna tulang lembu dan isinya saja....xderr tulang gear box kambing pun...huhuhu)


Bahan- bahan merebus tulang :
  • 1kg tulang lembu atau kambing - pastikan banyak dagingnya (kalau kambing boleh guna tulang gear box atau rawan - lagi bagus)  
  • Air secukupnya untuk merebus daging
  • 2" halia ~ dhiris kasar
  • 2 batang serai ~ diketuk
  • 1 labu bawang putih ~ dibelah 2
  • 1 bungkus sup bundut
Kaedah merebus tulang :
  1. Cuci tulang bersih- bersih. Masukkan kedalam periuk.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan serai, halia bawang putih dan sup bundut dan rebus hingga daging pada tulang empuk (MA rebus menggunakan presure cooker ~ 30 minit)
  4. Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai,halia, bawang putih dan sup bundut.
  5. Asingkan tulang tadi dari serai, halia, bawang putih dan sup bundut tadi. Ketepikan.
Sekarang kita sediakan bahan- bahan rempah cilinya pula


Bahan-bahan rempah cili :
Bahan A :
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan B (dikisar halus) :
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1" halia
  • 15 tangkai cili kering

Bahan C (bahan rempah) :
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk the manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam


Bahan D ( untuk sos) :
  • 1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tuu guna dalam 1/2 tin)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 botol sos tomato (botol kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 buku gula melaka
  • 2 kiub daging
  • 1 cawan bawang goreng
  • Sedikit pewarna merah
  • 4 biji kentang ~ kentang dikupas kulit, potong bulat dan digoreng kemudian masukkan dalam blander dan dikisar halus.

Bahan E ( Sayur-sayur) :
  • 2 biji kentang ~ kupas kulit dan didadu
  • 4 biji tomato ~ potong baji
  • 1 batang lobak merah ~ potong panjang
  • 3 pokok daun ketumbar ~ dihiris, akarnya dibersih tanahnya dan dimasukkan sekali nanti.
* Okey dah siap dah bahan- bahan yang diperlukan, sekarang bolehlah kita mulakan proses memasak rempahnya....


Kaedah Menyedia :
  1. Panaskan minyak  dan tumis rempah tumis.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar.
  3. Masukkan cili yang dikisar. Masakkan hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam yang bancuh dengan sedikit air. Kacau dan masak lagi hingga garing.
  5. Masukkan tomato puree dan tomato sos.
  6. Masukkan juga kicap manis, gula melaka dan kiub daging. Masak hingga gula melaka larut.
  7. Tambah air jika kuah pekat.Masak hingga terbit minyak. Matikan api dan angkat.
* Rempah kita telah pun siap, sekarang kita mulakan proses memasak sup tulang pulak.....


Kaedah Menyediakan Sup Tulang Merah :
  1. Panaskan semula air rebusan daging dan masukkan semula daging kedalam air rebusan.
  2. Masukkan kuah cili yang kita masak tadi. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kentang yang dikisar tadi. Masukkan juga pewarna merah. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Perasakan juga dengan maggie secukup rasa  (jika suka). Biarkan merenih sebentar.
  5. Masukkan bawang goreng.
  6. Masukkan tomato, kentang, daun ketumbar, akar ketumbar dan lobak merah.
  7. Kacau dan biar kentang dan lobak empuk.
  8. Akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok.
  9. Biarkan kuah sup merenih dan pekat.
  10. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng diatasnya, sedia untuk dihidang.


* Dah pun siap kuah sup tulang merah kita....hihihi panjang betul ceritanya, banyak stepnya pula....jangan bimbang betul saperti kata ita... tak susah macamana pun....kalau bahan semua dah tersedia....dengan mudah, rengkas dan cepat...dan segala proses memasak akan berjalan lancar.....
Yang penting rasanya sedappp hingga menjilat jari....MA memang suka sekali Sup Tulang Merah Singapura nie....memang ngamm makan dengan roti Perancis atau roti gardenia.....ulalalaaa sedapppnya...Mesti cuba jangan tak cuba....
MA dengan siBungsu memang suka sekali rasanya.....marbeles....kami makan sampai esok harinya, dipanaskan.... lagi pekat lagilah sedapppp.......

Ini pula Sup Tulang Merah Singapura yang ORI 
Alahaiii....tenguk sajerrr dah terlio....
berbedza daripada Sup Tulang Merah Singapura yang MA buat
Hahaha....biasa lahh...yerr....tulang gear box...pasti sedappp!!!
kelestrol pun tinggi bibbb....
Janji rasa kesedapannya hampir sama....Terbaikkk
Gambar ikhsan dari Cik Google...
terima kasih pada tuan punya gambar...


Mai kita pergi Singapura.....!!!!
Kalau nak rasa sup tulang merah yang ORI
Ini bukan promosi yerr....
Just untuk catitan MA untuk JJCM sahaja...
Kalau nak ke Singapura senang rujuk jerr disini..