CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 28, 2014

CUCUR UDANG MAMAK PENANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alahaiii...dah lama MA mengidam untuk merasa Cucur Udang Mamak Penang nie....tapi entah kenapa masih tak berkesempatan untuk mencubanya. Resipi nie pun dah lama terperap dalam draft MA nie.....cuma menanti masa yang sesuai untuk membuatnya sahaja....
Pagi nie....mood MA pula berkubar-kubar untuk mencubanya....jadi tanpa berlengah lagi MA jalankanlah projek yang dah lama terbengkalai nie.....lagi pun kannn sekarang musim cuti sekolah dah pun bermula pada 22hb November yang baru berlalu......
SiBungsu pun pada 25hb November 2014 yang lalu, baru berakhir subjet peperiksaan SPM yang diambilnya....kertas Biology 1,2 dan 3....Syukur alhamdulillah sepanjang menghadapi peperisaan nie....siBungsu diberikan ALLAH SWT kesihatan yang baik....cuma dipermulaan peperiksaan dulu MA dan MyHubby terlalu lah risau sbb SiBungsu mengalami keracunan makanan kerana pada malam ahad sebelum peperiksaan tuu....MA, My Hubby dan SiBungsu telah keluar JJCM.....
Alahaiii besok tuu....siBungsu sorang pula keracunan makanan....terpaksalah kami bawa siBungsu ke emergency ward di Hospital Besar Ipoh @ Hospital Permaisuri Bainun.....untuk dibuat pemeriksaan....
Besoknya hari Isnin 3hb November 2014 peperiksaan SPM baru bermula...dengan subjet yang penting pulak tuu....Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2.
Risau betul kami....tentang kesihatan siBungsu ketika itu....semasa itu terpaksalah siBungsu dibekalkan ubat bagi menghadapi peperiksaan tuu .... dua, ke tiga hari jugaklah perut siBungsu kurang selesa.....
Semenjak itu .....disepanjang hari peperiksaan tuu, MA tiap-tiap hari menyediakan juadah untuk siBungsu.....tak berani lagi kami untuk keluar JJCM lagi sepanjang waktu tuuu....
Serik rasanya...untuk ketempat itu lagii....
Inilah kenangan abadi yang tak dapat kami lupakan....
Semoga ALLAH SWT merahmati siBungsu dalam menghadapi ujiannya ini.....dan semoga juga keputusan SPM yang diperolehi siBungsu nanti...memperohi kejayaan dengan cemerlang....aamiiinn.
Alahaiii panjang lebar lak MA bercerita......berbalik pada resipi nie, mai kita sama-sama mencubanya......memang sedap betul Cucur Udang Mamak Penang nie.....Terima kasih pada sumber yang MA perolehi...citarasawan manakala resipi asal dari Mamak Haji....mai kita cuba jangan tak cuba yerrr.....Cucur udang mamak Penang nie...rangup diluar...lembut didalam...
Tapi cucur udang nie, MA hanya jemput2kan saja....malas nak buat saperti yang disyorkan dalam resipi.... masukkan adunan cucur kedalam senduk....hahaha biasa lerr yerr......yang penting asalkan dapat merasai keenakkannya ....sama jerr..kann.


CUCUR UDANG MAMAK PENANG
Resipi Asal : Mohammad Roslan @ Balanabiar Wordpress.com
Sumber : citarasawan

Bahan-bahannya :
  • 250g tepung gandum
  • 3 tangkai daun kucai potong 1"
  • Segengam taugeh
  • 60g udang kecil - dicincang kecil
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 1/2 sudu teh yis segera + 60ml air + 1/4 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 300ml air 
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
* 20 ekor udang sederhana untuk hiasan

Caranya :
  1. Larutkan yis bersama air suam dan gula, kacau dan biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung dalam bekas, tuang larutan yis dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan garam, daun kucai,taugeh dan serbuk kunyit kedalam tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak cair atau likat. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam untuk adunan mengembang. Aduk kembali adunan.
  4. Panaskan senduk selama 5 minit didalam minyak. Tinggalkan sedikit minyak didalam senduk, kemudian masukkan 1 sudu besar adunan kedalamnya, letakkan udang diatasnya dan goreng bersama senduk tadi dalam minyak sederhana panas hingga timbul.
  5. Balik-balikkan dan goreng hingga keperangan.
Alaaahaiii ciannya siBungsu terpaksa 
makan ubat dihari peperiksaan 
pertama dan kedua....
Just sekadar kenangan
Semoga Allah SWT merahmati 
dan memberi kejayaan yang cemerlang
 pada siBungsu dlm peperiksaan SPM, 
yang baru berlalu...Aamiinn

SOS KACANG MAMAK PENANG

Bahannya : 
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 150g cili kering
  • 100g udang geragau kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 senduk gula pasir (untuk kuah perang gunakan gula merah)
  • 2 sudu besar tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa
Caranya :
  1. Goreng kacang tanah dan cili kering berasingan dengan minyak sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng udang geragau dengan api yang kecil pastikan udang tidak hangus. angkat dan toskan.
  3. Kisar cili dan udang bersama air dan bawang besar hingga halus. Kemudian masukkan kacang tanah goreng dan kisar sebentar, biar kacang kasar sedikit.
  4. Masukkan bahan kisar tadi bersama air secukupnya mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih. Masukkan cairan tepung jagung sebagai pemekat. Sos tidak terlalu likat atau terlalu cair. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Sedia dihidang bersama sos uadang.
NOTA : Sos dan cucur udang yang lebih bolehlah disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa. Kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang , timun dan ubi sengkuanag. Selamat mencuba.

* Sos kacang mamak Penang  dan Cili Sos nie ...MA tak buat pun, cuma MA catitkan disini sabagai rujukkkan dimasa akan datang sekiranya berkeinginan untuk membuatnya.
* Cucur Udang Mamak Penang ini  ...MA cicahkan dengan cili keropok leko yang ada sebotol lagi dirumah nie.....sos nie anak MA yang belikan semasa dia pergi kerja di Terengganu......

SOS CILI 

Bahan : 
  • 5 tangkai cili merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm belacan - dibakar dahulu
  • 3 sudu besar sos cili
  • 100g gula melaka - diracik halus
  • 200ml air asam jawa
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Caranya :
  1. Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam. Masak hingga mendidih.
  2. Tambah larutan tepung jagung dan masak hingga hampir pekat. Hidang bersama cucur udang yang di potong kecil.

Cucur Udang Mamak Penang
dah pun siap
Jemput makan...

No comments:

Post a Comment