CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 20, 2013

BURUNG PUYUH GORENG HALIA.....sodapppnya

Assalamualaikum....selamat pagi buat pengunjung setia MA,
Malam tadi juadah berbuka MA sekeluarga, salah satunya adalah Burung Puyuh Goreng Halia, ini adalah menu favourite my hubby....
Menu nie simple je.....yalah terkadang-kadang tu, menu yang simple lebih menyelerakan....
Bab menu masakkan nie My hubby tidaklah terlalu memilih sangat........Alhamdulillah, apa yang MA masakkan, semuanya boleh di terima dengan seleranya. Cuma kalau MA buatkan gulai podes.....lagi le berseleranyaaa  dia...... Tapi gulai podes tak bolehle kerap MA masakkan.....tinggi kelestrol tuuuu....
Wbp asalkan setiap hidangan ada menu berkuah, dah memadai.....
Okeyle...mari kita intai resepinya yang simple nie......




BURUNG PUYUH GORENG HALIA.....sodapppnya

Bahan-bahannya : 

4 ekor burung puyuh- seekor di potong 4
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2" halia*
2 biji cili merah*(* dihiris)
7 biji cili padi - di belah 2
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam - di tumbuk kasar
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam, serbuk kunyit & gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

  1. Burung puyuh di bersih & di toskan. Di perap dengan garam & serbuk kunyit. Kemudian di gorengkan jangan terlalu garing, ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak menggoreng puyuh tadi, tumiskan bahan-bahan yang di hiris sampai naik bau & agak layu sikit.
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam & kiub pati ayam beserta sadikit gula. Kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan burung puyuh tadi bersama cili merah & cili padi. Kacau hingga bahan tumis tadi sekata dengan burung puyuh tadi.
  5. Sesuaikan dengan citarasa kita, bila sudah sekata tutupkan api & bolehlah di hidangkan.


Friday, July 19, 2013

BISKUT DAHLIA

Assalamualaikum.....anda dah start buat biskut...???
Kalau masih tercari-cari resepi biskut raya.....haaa nie dia resepi Biskut Dahlia.....kata Mas "Tekstur biskut nie yang mencair di mulut memang best.....antara biskut wajib saban tahun..."
Kerana komen ini lah MA terpanggil untuk mencuba buat biskut nie......
Terima kasih pada penyumbang resepi biskut nie......
Alhamdulillah...... semasa berbuka tadi malam, MA pun tak sabo nak merasa biskut nie ......memang betul le.......saperti Mas kata, MA juga suka dengan tekstur biskut nie......pasti ada siaran ulangan lagi,.......kita simpan resepinya, pasti raya tahun hadapan Biskut Dahlia nie antara biskut wajib.....he3x
Mari kita tengok resepinya :


                                                Biskut Dahlia dalam proses penyediaan

                                                Biskut Dahlia yang telah siap di hidangkan

BISKUT DAHLIA
Resepi : Norazie - Resepi.net
Sumber : Mas- Duniaku

Bahan-bahannya:

300g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160g gula icing - Noorsha & Mas guna 120g (MA guna 140g)
2 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - MA ikut Noorsha tambah
1 sudu teh essen vanila
240g tepung gandum- di ayak (Jika adunan masih lembik boleh tambah sikit-sikit)- MA tambah 60g lagi
100g tepung jagung*
160g tepung kastad*- Noorsha guna 200g, MA pun sama saperti Noorsha (Bahan bertanda* di ayak bersama)
Ceri merah di potong kecil - untuk hiasan.

Caranya :
  1. Putar mentega & gula icing hingga berkrim, masukkan kuning telur dan essen vanila@ rose & putar hingga kembang.(Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, kuning telur & susu pekat, dengan menggunakan spatula sahaja, asal bercampur semua......tak perlu pukul lama sbb nanti kukis jadi kembang).-MA ikut cara ini
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut & mudah di tekan.(Untuk step nie Noorsha memasukkan tepong kastad & tepung jagung terlebih dahulu....kacau rata dengan spatula, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut & mudah di bentuk)
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang di pasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar.Buat hingga siap & hias dengan sepotong ceri kecil.Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 175C selam 15 - 20 minit.(MA pun macam Noorsha & Mas guna suhu 130C dan bakar selama 20 minit.....suhu ini bergantung pada oven masing2 ye.....jadi kenali oven anda...he he) - MA bakar 175C selama 20 minit.
  4. Biar biskut sejuk sedikit dalam dulang pembakar sebelum di alehkan atas jaringan.
  5. Biar sejuk betul, sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. 


Thursday, July 18, 2013

DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDU

      DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDU

  1. SOLAT SUBUH : satu kali meninggalkan akan di masukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60,000 tahun di dunia.
  2. SOLAT ZOHOR : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1,000 orang umat islam.
  3. SOLAT ASAR : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup /meruntuhkan ka'bah.
  4. SOLAT MAGRIB : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
  5. SOLAT ISYA : satu kali meninggalkan, tidak akan di redhai Allah SWT, tinggal di bumu atau di bawah langit serta makan & minum dari nikmatnya.
     Siksa di Dunia bagi Orang yang Meninggal Solat Fardu :
  1. Allah SWT mengurangkan keberkatan umurnya
  2. Allah SWT akan mempersulitkan rezekinya
  3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahayasoleh dari raut wajahnya.
  4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
  5. Amal kebaikkan yang pernah di lakukannya tidak mendapatkanpahala dari Allah SWT.
  6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
     Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
  1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dengan keadaan hina.
  2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
  3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
     Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardu di Dalam Kubur :
  1. Allah SWT akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya.
  2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya amat gelap.
  3. Di siksa sampai hari kiamat tiba.
     Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardu Ketika Bertemu Allah SWT
  1. Orang yang meninggal solat, di hari kiamat akan di belenggu oleh malaikat.
  2. Allah SWT tidak akan memandang dengan kasih sayang.
  3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
     Mengenai Balasan Bagi Orang yang Meninggalkan Solat Fardu :

    Rasulullah SAW, di perlihatkan pada suatu kaum yang menghantukkan kepala mereka
    kepada batu. Setiap kali hantukkan itu menyebabkan kepala mereka pecah, kemudian
    ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya....
    Lalu Rasulullah bertanya "Siapa kah ini wahai Jibril?" Jibril menjawab
   "Mereka ini orang yang berat kepadanya untuk menunaikan Solat fardu"
   (Hadith Riwayat Tabrani - sanad shahih)  

    By : http//khaulah-azwar.blogspot.com
    Sumber : Bumi Serta Isinya


Perbagai alasan boleh di reka untuk tak nak solat
Seluar kotor laa..
Sibuk sangat sampai tak sempat laa..
Kalau tak ada masjid/surau  tak nak solat
Tapi yang paling sedeh takut di gelar alim...oleh kawan-kawan

NAUZUBILLAH...

PERLU INGAT
Tiada alasan untuk ponteng solat
Malaikat di bahu kiri & kanan tak kan penat
Takkan penat mencatitkan setiap saat








Di tempat parking kereta
Di tengah terik Gurun
Di tengah padang
Di ladang
Di tengah khalayak ramai
SubhanAllah.....apabila Allah telah memanggil untuk solat
Segerakanlah ia......

SUBHANALLAH...

Hati benar tersentuh tegok gambar ini
Seorang yang tiada kedua-dua kaki
Masih mampu untuk mengerjakan seruan NYA!!
Apatah lagi kita yang sempurna fizikalnya ini

SUBHANALLAH...

SUMBER : http//hikayatcikzqa.blogspot.com

IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Selamat pagi semua pengunjung blog MA.....
Semalam MA masakkan ikan siakap stim ala Thai untuk menu berbuka kami.....Dah lama tak makan ikan stim nie...... Resepi ikan nie MA skodeng dari rumah Jun's - Yummylicious, kata Jun's, dia jumpa resepi nie kat rumah MEL, terima kasih pada kedua-duanya kerana resepi yang sedap nie.....
MA salin semula di blog MA ye....untuk rujukan di masa akan datang.....tapi sorry le MA derhakakan sikit resepinya.....MA tambahkan cendawan Enoki, kebetulan ada kelebihan masa masak Tom Khai Gai tempohari. My hubby siap meratah lagi.......sukanya diaaa. Pasti ada siaran ulangan .......
Ape-ape pun mari kita tengok resepinya......

                                  Ini bahan-bahan MA gunakan semasa buat ikan stim ala Thai
                                  Gambar di sebelah kiri bawah tu cendawan Enoki....

                                Ikan siakap stim ala Thai dah pun masak......MA cuma guna
                                pemanggang ajaib untuk mengukusnya...senanggg
                                Jemput makan....


IKAN SIAKAP STIM  ala Thai
Resepi: MEL
Sumber : Jun's Yummylicious

Bahan-bahannya :

1/2 ekor ikan siakap - MA guna 1 ekor
1 batang serai - diketuk
1/2 biji bawang besar - di hiris (MA guna 1 biji)
2 ulas bawang putih - di ketuk
4 biji cili padi - hiris (MA guna 10 biji - di ketuk)
1 " halia - di ketuk (MA hiris memanjang)
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi - di ambil jusnya (MA guna 4 biji)
2 helai daun limau purut - di hiris
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - bancuh  dengan sadikit  air
Gula
Daun sup/ daun bawang

Caranya :

  1. Pastikan air di dalam pengukus telah di didihkan terlebih dahulu. (MA gunakan pemanggang ajaib je bagi stim ikan).
  2. Masukkan semua bahan di dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, gula & daun sup.Ratakan bahan di atas & bawah ikan. (MA lakukan sama tapi masukkan dalam pemanggang ajaib)
  3. Masukkan juga sedikit air.
  4. Kukus dalam 5 -10 minit sehingga ikan masak. (MA ikut cara ini juga)
  5. Masukkan air bancuhan tepung, gula & daun sup.
  6. Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam. Jika masin letakkan air lagi atau perahkan lagi limau. (MA ikut cara ini, tapi MA kukuskan lagi 5 minit lagi, untuk memekatkan bancuhan tepung)
  7. Hidangkan panas-panas ......baru le ngam.