CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 24, 2013

KEK KEJU DINGIN BLUEBERRY & COKELAT

Salam sejahtera untuk semua......hari nie MA nak share pula resepi Kek Keju Dingin Blueberry & cokelat yang baru-baru nie MA buat bersama menantu MA.....
Kek nie memang sedap sekali terutama bagi peminat cheese pasti sangat teruja ngan kek nie.... 
Tapi awas !!!
Kepada yang mempunyai masalah kesihatan yang Tinggi Kelestrol jangan selalu amalkan memakan kek nie.....almaklum sendiri mesti ingat le......
Kek ini juga kegemaran My Yob.....harap-harap menantu MA rajin-rajin le buatkan kek nie untuk your hubby ye......Masa MA ke Shah Alam dulu MA ada ajarkan camne nak membuatnya........
Hari nie pula MA ajarkan menantu yang seorang lagi......
Yang seorang nie pula sangat teruja untuk berniaga, harap-harap berjaya le perniagaannya nanti.........Ameen Rezeki ada di mana-mana, rajin dengan tidak saja........... 
Kombinasi kek nie MA skodeng daripada Rahel blogspot, terima kasih pada tuan tanah di atas keikhlasan share resepi nie. Kalau nak tengok resepi asalnya ada di SINI, (Kek Keju Dingin Blueberry) tapi untuk basenya MA ikut resepi untuk Pandan Cheesecakes, MA tak suka guna kek span untuk basenya......
Ok le kita layan je resepinya .......jeng..jeng....jeenngg


KEK KEJU DINGIN BLUEBERRY & COKELAT

Bahan Base:

160 g biskut digestive - di hancurkan
80g mentega cair

Untuk basenya: gaul semua bahan hingga rata, kemudian mampatkan ke dalm loyang atau taperware yang nak di gunakan, saperti MA letakkan di dalam gambar dia atas.

Bahan untuk inti keju & blueberry

250g kerim keju
200ml kerim putar tenusu (dairy whipping cream)
80g guala kastor
60 ml air panas mendidih*
13g serbuk gelatin halal*(* di satukan kemudian dilarutkan atas api dengan cara steamed bath)

Blueberry filling atau coklat ganache untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Geriskan acuan bulat berukuran7"x 3".Lapik plastik wrap. (Ini MA ignore kan, MA prepair  taperware yang telah di mampatkan ngan basenya yang telah di simpan dalam peti ais kira-kira 20 minit.
  2. Pukul kerim putar hingga kembang dan pekat. Ketepikan
  3. Pukul kerim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkerim. Masukkan kerim putar tadi dan di kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan larutan gelatin yang telah sejuk ke dalam adunan keju tadi.Kacau hingga sebati
  5. Tuangkan adunan ke atas base tadi. Ratakan ngan mengetukkan sedikit acuan/taperware tadi perlahan-lahan sehingga adunan keju menjadi rata.\ 
  6. Paipkan filling keatas adunan keju tadi mengikut corak yang di kehendakki. Hiaskan ngan filling yang di kehendaki seperti blueberry / cokelat ganaghe, srawberry dll.
  7. Simpan ke dalam peti sejuk selama 5-6 jam sebelum di potong.


                                Ini kek keju dingin yang MA letakkan di atasnya ngan filling blueberry

                               Ini pula MA letakan di atasnya ngan filling cokelat ganache



                               Ini pula kek keju dingin yang telah siap dan di letakkan ke dalam peti ais
                               selama 5-6jam, untuk mengeraskannya sebelum boleh di potong dan
                               di makan.


                               Nak tahu kesedapannya ......buat sendiri atau kalau malas beli je.....
                               MA ada menjualnya. SELAMAT MENCUBA.



KEK COKELAT MOIST KUKUS

Semalam MA juga buat Kek Coklat Moist Kukus nie......sedappp, moist sekali. Tergoda bila masuk ke blog Yatie......bila telihat je kek nie, benar-benar bersemangat nak mencubanya........
Dan ini lah hasilnya....MA just bubuh dalam bekas taperware je.........  bila dah rasa kek nie memang berpuas hati....... nyumm...nyummm sedappp
Kali ini MA cuma buat dalam bekas kecil-kecil je.......nanti di lain kali pasti ada siaran ulangan  lagi, dan nak buat dalam acuan yang besar pulak, jadi leh le mendeco macam Yantie......memang teruja.
Pada kawan-kawan yang nak lihat Yatie punya leh le ke SINI. Di bawah nie MA salinkan resepinya kembali untuk rujukan MA di masa akan datang. Terima kasih pada Yatie diatas sumber resepi nie.......Mungkin resepi asalnya daripada Chef Zubaidah......terima kasih  dan halalkan MA untuk masukkan dalam blog MA pula.....
Ok le kita terus je ke resepinya:


                               Ini kek-kek yang telah siap dan di masukkan ke dalam peti ais




KEK COKELAT MOIST KUKUS

Bahan-bahannya : (acuan 8-9 inci)

100g serbuk koko*
250g gula kastor*
1 tin susu isian cair *
200ml minyak masak sayuran*
250 g susu pekat*
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150g tepung gandum]
1 sudu kecil sodium baicabonat]
1 sudu  kecil baiking powder]>>>>>diayak sekali

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan se hingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai mengelegak.
  2. Satukan dengan telur yang di pukul dengan mixer tadi. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata gunakan whisk je.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lapik ngan kertas minyak.Loyang hendaklah di lenser dgn sedikit minyak di sekeliling terlebih dahulu. Tutup loyang dgn alaminium foil yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus kek tadi.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hias dgn icing / ganache.



GANACHE SIMPLE
Resepi : K.Nor@ SecubitGaram
Sumber : Yatie memories

Bahan-bahannya:

150g cooking cokelat
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak( sayuran /masak)- MA bubuh 1 sudu besar butter

Cara-caranya:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking cokelat yang telah di potong kecil.
  2. Padamkan api dan kacau hingga cokelat cair.
  3. Masukkan minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru di curah di atas kek.

NOTA :
Kaedah letak minyak nie sbg ganti butter untuk hasilkan ganache yang berkilat.Dan juga kek yang di hias dgn ganache nie.........ganachenya tak mengeras/ berkeping bila dah di biarkan di dalm peti ais.Kaedah nie K.Nor pelajari kat kelas deco yang di hostkan oleh chef dr Vietnam baru-baru nie.






Sunday, June 23, 2013

BONUS RAMADHAN



Assalamulaikum.....salam ceria, dan rasanya tidaklah terlalu awal untuk MA mengucapkan salam ramadhan.....semoga anda berada dalam situasi yang amat-amat menyenangkan serta sehat selalu dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Ramadhan datang lagi....ahlan wasahlan........... pada 10.07.2013 semua umat islam akan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan ramadhan, untuk itu mari kita renungkan amalan-amalan yang patut kita buat semasa di bulan ramadhan ini, semoga kita memperolehi pahala se masimum yang bolih. Untuk itu mari kita bersama merenung artikel bonus ramadhan ini yang telah MA salin  daripada blog Dr Zaharuddin Abd Rahman untuk kita renungkan bersama. Semoga ia memberi manfaat kepada kita bersama dalam mengerjakan ramadhan tahun ini.........

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.


8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

9)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.


11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Sekian dan Ramadhan Kareem..

Dr. Zaharuddin Abd Rahman




YAA AMPUUN SEDAP NYER NASI BERIANI PAKISTAN

Salam untuk semua pengunjung MA ......dah masuk ke 3 hari MA tak bersiaran.....bukan ape, MA bercuti ke  Sri Manjung rumah anak menantu......
Biasalah kalau dah bercuti........Nasi Beriani Pakistan nie MA buat di hari Jumaat 22 Jun 13, teringin nak makan......dan kebetulan petangnya MA pegi ke Sri Manjung.......jadi MA buat banyak, leh le bawa sikit pada anak menantu.......
MA masa skodeng rumah Azie Kichen, terpikat dengan nasi nie.........banyak komen yang MA baca di blog Azie semuanya komen positif........tu le MA terpanggil untuk mencuba Nasi Beriani Pakistan nie.
Buatnya tak le teruk sangat kalau kita ikut betul-betul cara yang Azie shorkan.....
Pada Azie MA minta izin uantuk salinkan di blog MA pula bagi rujukan MA di masa depan........halalkan ye. Tapi maafle MA derhaka sikit......untuk ikut citarasa MA. Kepada sesiapa yang nak tengok resepi asalnya ada di SINI....di bawah nie MA salinkan resepinya yang di olah oleh MA .......
Jum kita tenguk resepinya .......



NASI BERIANI PAKISTAN

Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmati (rendam 20 minit & toskan)
1 ekor ayam
4 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar*
1 sb serbuk jintan manis*
1 sb serbuk jintan putih*(* MA guna 1/2 sb je kemudian MA + 2 sb rempah beriani)
1 sk serbuk kunyit
3 labu bawang besar di potang dadu
5-6 biji buah tomato saiz besar di potng dadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 1/2 cawan yoghurt
2 helai daun bay
Minyak olive (MA guna minyak sapi + minyak jagung)
4 biji telur - rebus, kupas & kelar
4 biji kentang - kupas & rebus
1/2 cawan susu cair (optionl)
saffron & pewarna kuning

Hiasan:
Bawang goreng
Daun ketumbar- hiris
4 biji cili hijau - potong 1 inci
Daun pudina\
Badam & kismis - jika suka





Penyediaan Ayam :
Perap ayam dgn garam, separuh daripada bawang putih & halia yang di kisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih & jintan manis serta serbuk rempah beriani* (* nie MA tambah) selama 1 jam.


Potong dadu 3 labu bawang besar & 5-6 biji tomato bersaiz besar. 1/3 daripada tomato yang telah di potong dadu nie di ketepikan untuk di taburkan di atas nasi.




Panaskan minyak dan tumis rempah ( bunga lawang,bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga) beserta ngan baki bawang putih & halia kisar serta bawang besar yang telah di potong dadu tadi, sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sbb suka wangian nya.
Masukkan ayam yang telah di perapkan tadi.......kacau sebati. Biarkan sebentar agar ayam empuk dan naik minyak.




Satukan yoghurt dan 2/3 daripada buah tomato yang telah di potong dadu dan tuangkan ke dalam kuali yang ada ayam tadi, masak lagi sambil di kacau rata hingga naik minyak. Masukkan sedikit air - kacaukan. Jangan sampai terlalu kering biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan daun bay, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Tutup kuali ngan penutup dan masak ngan api perlahan sebelum di tutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam 20 minit dan di toskan.
Di dalam periok berasingan, masukkan air (banyak pun tak ape), sedikit minyak (MA bubuh butter),  4 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih, 2 helai daun bay dan garam. Masak hingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan toskan nasi di dalam bekas penapis hingga kering.



Penyediaan Beriani:
Didalam periok rice cooker, letakan lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayak saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakan telur yang telah di kelar dan kentang rebus. Tabur tomato potong dadu, bawang goreng,cili hijau yang telah di potong 1 inci, daun ketumbar & daun pudina yang telah di hiris.
Letakan lapisan ke 2 iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
Lapisan ke 3, letakan nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu random dan titiskan pewarna kuning.
Lapis di atas sekali dengan lapisan ayam dan kuahnya. Taburkan ngan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periok dalam rice cooker dan masak seketika. Boleh juga di tutup ngan aluminium foil dan di masak menggunkan microvave atau dapur gas.
Bila nasi telah masak. Keluarkan periok daripada rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk besar lain dan di gaul rata dengan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Hidangkan dalam pinggan hidang.
Nasi nie boleh di hidang ngan salad atau yoghurt. Taburkan ngan daun ketumbar.


MA tak buat  salad dan yoghurt just makan ngan jelatah timun & nenas je.......
Ingatkan nak buat dalca tapi ye le kita hanya merancang, di sebabkan tahap kerajinan menurun, MA layan je lah Nasi berani nie ngan jelatah je.......huhuhu

Untuk rujukkan MA di masa akan datang, MA sertakan di sini resepi salad & sos yoghurt. Mana le tau kut-kut nanti MA teringin nak buat salat & Sos yoghurtnya pula di masa-masa akan datang.

SALAT

Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun - buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan semuanya. Sesuaikan rasa yang di sukai

SOS YOGHURT

Yoghurt
Bawang besar - di potong bulat
Daun ketumbar - dihiris halus
Garam

Satukan semuanya dan gaul hingga sebati.






Jemput makan......sedapp........ nak tahu ummmhh atau tak, kena le buat sendiri, baru tauuu :D
SELAMAT MENCUBA.