CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 23, 2013

YAA AMPUUN SEDAP NYER NASI BERIANI PAKISTAN

Salam untuk semua pengunjung MA ......dah masuk ke 3 hari MA tak bersiaran.....bukan ape, MA bercuti ke  Sri Manjung rumah anak menantu......
Biasalah kalau dah bercuti........Nasi Beriani Pakistan nie MA buat di hari Jumaat 22 Jun 13, teringin nak makan......dan kebetulan petangnya MA pegi ke Sri Manjung.......jadi MA buat banyak, leh le bawa sikit pada anak menantu.......
MA masa skodeng rumah Azie Kichen, terpikat dengan nasi nie.........banyak komen yang MA baca di blog Azie semuanya komen positif........tu le MA terpanggil untuk mencuba Nasi Beriani Pakistan nie.
Buatnya tak le teruk sangat kalau kita ikut betul-betul cara yang Azie shorkan.....
Pada Azie MA minta izin uantuk salinkan di blog MA pula bagi rujukan MA di masa depan........halalkan ye. Tapi maafle MA derhaka sikit......untuk ikut citarasa MA. Kepada sesiapa yang nak tengok resepi asalnya ada di SINI....di bawah nie MA salinkan resepinya yang di olah oleh MA .......
Jum kita tenguk resepinya .......



NASI BERIANI PAKISTAN

Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmati (rendam 20 minit & toskan)
1 ekor ayam
4 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar*
1 sb serbuk jintan manis*
1 sb serbuk jintan putih*(* MA guna 1/2 sb je kemudian MA + 2 sb rempah beriani)
1 sk serbuk kunyit
3 labu bawang besar di potang dadu
5-6 biji buah tomato saiz besar di potng dadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 1/2 cawan yoghurt
2 helai daun bay
Minyak olive (MA guna minyak sapi + minyak jagung)
4 biji telur - rebus, kupas & kelar
4 biji kentang - kupas & rebus
1/2 cawan susu cair (optionl)
saffron & pewarna kuning

Hiasan:
Bawang goreng
Daun ketumbar- hiris
4 biji cili hijau - potong 1 inci
Daun pudina\
Badam & kismis - jika suka





Penyediaan Ayam :
Perap ayam dgn garam, separuh daripada bawang putih & halia yang di kisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih & jintan manis serta serbuk rempah beriani* (* nie MA tambah) selama 1 jam.


Potong dadu 3 labu bawang besar & 5-6 biji tomato bersaiz besar. 1/3 daripada tomato yang telah di potong dadu nie di ketepikan untuk di taburkan di atas nasi.




Panaskan minyak dan tumis rempah ( bunga lawang,bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga) beserta ngan baki bawang putih & halia kisar serta bawang besar yang telah di potong dadu tadi, sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sbb suka wangian nya.
Masukkan ayam yang telah di perapkan tadi.......kacau sebati. Biarkan sebentar agar ayam empuk dan naik minyak.




Satukan yoghurt dan 2/3 daripada buah tomato yang telah di potong dadu dan tuangkan ke dalam kuali yang ada ayam tadi, masak lagi sambil di kacau rata hingga naik minyak. Masukkan sedikit air - kacaukan. Jangan sampai terlalu kering biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan daun bay, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Tutup kuali ngan penutup dan masak ngan api perlahan sebelum di tutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam 20 minit dan di toskan.
Di dalam periok berasingan, masukkan air (banyak pun tak ape), sedikit minyak (MA bubuh butter),  4 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih, 2 helai daun bay dan garam. Masak hingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan toskan nasi di dalam bekas penapis hingga kering.



Penyediaan Beriani:
Didalam periok rice cooker, letakan lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayak saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakan telur yang telah di kelar dan kentang rebus. Tabur tomato potong dadu, bawang goreng,cili hijau yang telah di potong 1 inci, daun ketumbar & daun pudina yang telah di hiris.
Letakan lapisan ke 2 iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
Lapisan ke 3, letakan nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu random dan titiskan pewarna kuning.
Lapis di atas sekali dengan lapisan ayam dan kuahnya. Taburkan ngan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periok dalam rice cooker dan masak seketika. Boleh juga di tutup ngan aluminium foil dan di masak menggunkan microvave atau dapur gas.
Bila nasi telah masak. Keluarkan periok daripada rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk besar lain dan di gaul rata dengan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Hidangkan dalam pinggan hidang.
Nasi nie boleh di hidang ngan salad atau yoghurt. Taburkan ngan daun ketumbar.


MA tak buat  salad dan yoghurt just makan ngan jelatah timun & nenas je.......
Ingatkan nak buat dalca tapi ye le kita hanya merancang, di sebabkan tahap kerajinan menurun, MA layan je lah Nasi berani nie ngan jelatah je.......huhuhu

Untuk rujukkan MA di masa akan datang, MA sertakan di sini resepi salad & sos yoghurt. Mana le tau kut-kut nanti MA teringin nak buat salat & Sos yoghurtnya pula di masa-masa akan datang.

SALAT

Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun - buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan semuanya. Sesuaikan rasa yang di sukai

SOS YOGHURT

Yoghurt
Bawang besar - di potong bulat
Daun ketumbar - dihiris halus
Garam

Satukan semuanya dan gaul hingga sebati.






Jemput makan......sedapp........ nak tahu ummmhh atau tak, kena le buat sendiri, baru tauuu :D
SELAMAT MENCUBA.



No comments:

Post a Comment